Anda di halaman 1dari 3

Pada 10hb April,jam dua petang saya telah melawat tempat kajian saya iaitu di Nombor 70, Jalan

Langkasuka, Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru , 80350, Johor Darul Takzim.Saya telah menjalankan sesi temubual bersama Encik Andrew Iruhaya Raj John,pengurus kilang Apollo Food Industries... Saya:Selamat sejahtera Encik Andrew,saya Muhammad Naim daripada Maktab Sultan Abu Bakar.Pada tahun ini,pelajar tingkatan 3 ditugaskan untuk menjalankan sebuah kajian tentang produk tempatan yang ada di negara kita.Saya telah memilih syarikat Apollo Fool Industries seagai tajuk saya.Boleh kah Encik memberitahu saya sedikit sebanyak tentang syarikat ini? Encik Andrew:Selamat sejahtera Naim.Tentu boleh. Syarikat Apollo telah diusahakan oleh Tan Song Cheng. Beliau telah menubuhkan syarikat atau perusahaan ini mulai tahun 1973 sehingga sekarang. Syarikat Apollo kini ialah sebuah syarikat Sendirian Berhad. Saya:Apakah sejarah kewujudan syarikat Apollo? Encik Andrew: Syarikat Apollo Food Industries telah ditubuhkan 39 tahun lalu , iaitu pada tahun 1973 dan telah diasaskan oleh Tan Song Cheng dan mula beroperasi secara kecil-kecilan di sebuah rumah kedai di Jalan Ngee Heng , Johor Bharu .Pada peringkat permulaan , proses penghasilan biskut keluaran Apollo ini telah dihasilkan secara manual iaitu mengunakan tangan . Contohnya , kerja-kerja pembancuan adunan , kerja-kerja membakar kek , pemotongan dan pembungkusan . Perniagaan syarikat Apollo dijalankan secara kecil-kecilan dan pasarannya hanya meliputi masyarakat berpendapatan rendah . Secara perlahan-lahan perniagaan syarikat Apollo mendapat sambutan yang meluas daripada semua golongan masyarakat terutamanya penduduk Johor. Saya:Apakah kemajuan yang dicapai oleh syarikat Apollo?

Encik Andrew: Sejak beroperasi pada tahun 1973,syarikat Apollo telah mencapai banyak kemajuan.Antaranya ialah,syarikat Apollo yang telah beroperasi di sebuah rumah kedai,kini syarikat Apollo beroperasi di sebuah kilang yang besar dan terkenal sebagi sebuat syarikat Sendirian Berhad.Selain itu,syarikat Apollo kini terkenal di kalangan pengeluar mesin dari negara Jerman dan Switzerland.Seterusnya,menjelang tahun 2000,keuntungan syarikat Apollo berlipat ganda kerana pelanggang antarabangsa di rantau Asia turut menyumbang melalui pembelian secara banyak untuk diniagakan di negara mereka.Akhirnya,kedudukan kewangan syarikat Apollo semakin kukuh sehingga tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Saya:Baiklah.Terima kasih kerana dapat meluangkan masa bersama saya.

Anda mungkin juga menyukai