Anda di halaman 1dari 1

Lampiran 5

Protokol Pencerapan Lesson Study A) SEBELUM P&P 1) Pengajar memberi taklimat kepada para pencerap berkenaan dengan sasaran dan apa yang telah dipelajari semasa membuat perbincangan untuk persediaan mengajar. 2) Ketua pasukan dan para ahli pasukan LS menerangkan sasaran LS dan memberi justifikasi reka bentuk rancangan mengajar. B) SEMASA P & P 1) Para pencerap boleh bergerak di dalam bilik darjah tetapi tidak campur tangan dalam proses P & P serta tidak menghalang interaksi guru-murid ataupun rakaman video. 2) Kutip data seperti dalam borang pencerapan. 3) Memberi fokus utama kepada pembelajaran murid. C) SELEPAS P&P 1) Pengajar memberi refleksi kendiri berkenaan dengan P & P. 2) Ahli pasukan berbincang dari aspek keberkesanan P & P (termasuk penglibatan pelajar, tingkah laku pelajar dan lain-lain yang berkaitan) . 3) Ketua pasukan memainkan peranan sebagai moderator dalam perbincangan. 4) Pakar rujuk yang hadir memberi input dan pandangan agar dapat mempertingkatkan mutu P & P. 5) Ahli pasukan Lesson Study memberi cadangan penambahbaikan rancangan mengajar (jika ada).