Anda di halaman 1dari 5

GAYA BAHASA METAFORA, IMEJAN DAN KIASAN

ARIKA WIRA BIN KARIM FARAHIYAH BINTI MOHAMMED NUR AISYAH BINTI JUMARI NUR DIYANA BINTI ALLUFDDIN SITI NURASKINAH BINTI SHEIKH LUJI SYAMEL IZWAN BIN SUEB

METAFORA
Pemakaian kata-kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya.
Perbandingan menggunakan dua kata yang berunsur konkrit dan abstrak. Unsur ini tidak melibatkan kata-kata penghubung seperti umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.

Contoh:
Dari sajak Negeri Cinta, Nahmar Jamil
Syurga bumi Syurga (abstrak) Bumi (konkrit)

Dari puisi Desa Jengking, A. Samad Said


rimba buas, kota ganas, pesan syahdu sabar, dinding derita

IMEJAN
Penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud yang berlainan. Penggunaan unsur alam dalam sastera Contoh:
Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah (Muda) Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (Tua) Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini (Kedamaian. Kemerdekaan)

KIASAN
Suatu kata frasa atau ayat yang mempunyai maksud yang berlainan dengan makna asalnya. Perbandingan suatu benda, kejadian, atau kegiatan benda lain secara nyata menggunakan kata perbandingan tertentu.

CONTOH BAHASA KIASAN


Kata Bandingan seperti bagai umpama Contoh Seperti cacing kepanasan Bagai aur dengan tebing Umpama rusa masuk kampung

Ibarat

Ibarat mencurah air ke daun keladi

laksana

Laksana bulan dipagar bintang