Anda di halaman 1dari 12

GANGGUAN KEJADIAN PAYA BAKAU

Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30U dan 30S latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.

Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia

Kepentingan Ekosistem Hutan Paya Bakau


1. Menstabilkan muara sungai dan pesisir pantai.
Pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sadimen (bahan enapan) dari kawasan muara dan pantai. Ini seterusnya berupaya untuk mengekalkan ekosistem muara sungai dalam jangka masa yang panjang.

2. Zon penampan semula jadi untuk mengurangkan atau mencegah hakisan pantai oleh ombak,angin dan arus.
Kanopinya yang tebal dan padat dan sistem akar yang timbul di permukaan menjadi penampan semula jadi yang paling baik untuk mengurangkan kuasa hakisan oleh ombak pasang dan surut.

3. Penapisan bahan pencemar.


Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan sebatian fosforus. Ini mengurangkan pembiakan alga dan bakteria E.Coli seterusnya menambahkan kandugan oksigen terlarut(DO) didalam air yang menjadi sumber pernafasan utama hidupan didalam air dalam ekosistem ini.

4. Menjadi habitat pelbagai jenis habitat air dan daratan.


Fungsi hutan bakau menjadi sebagai tempat perlindungan dan pembiakan pelbagai jenis udang,ketam,kepah,tiram,ikan,biawak,kera dan sebagainya. Ada bukti yang menunjukkan bahawa hutan paya bakau ini menjadi habitat kekal bagi spesis-spesis tertentu yang meneruskan kitar hidupnya di kawasan ekosistem tersebut tanpa berpindah ke tempat lain. Ini kerana hutan paya bakau membekalkan sumber makanan yang banyak.

5. Mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida setempat. Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesisnya. Dengan itu pokok bakau sebenarnya bertindak sebagai pembekal oksigen utama untuk hidupan di dalamnya.

Gangguan Kejadian Paya Bakau


Hakisan
Hakisan berlaku biasanya berpunca daripada ombak kuat. Hakisan juga akan merencatkan pertumbuhan bakau dan mungkin akan menyebabkan kepupusan. Hakisan ini akan memendakkan laut dan flora dan fauna yang sedia ada juga turut terjejas.

Tumpahan Minyak
Hal ini akan menyebabkan hidupan alam air akan mengalami ancaman untuk terus hidup dan membiak dalam habitatnya. Kepupusan hutan bakau mungkin akan terjadi kerana tumpahan minyak akan menyebabakan akar bakau tidak dapat bernafas dan pokok bakau akan mati. Tumbuhan bakau tidak dapat melancarkan pertumbuhan benihnya yang tersebar secara semulajadi melalui air.

Sampah Sarap
Sampah sarap yang terbina daripada aktiviti tidak bermoral sama ada daripada penduduk setempat atau daripada orang awam akan membuat persekitaran bakau terjejas.

Ini akan menyebabkan habitat hidupan air yang kecil seperti belacak dan ketam kebab akan musnah.