Anda di halaman 1dari 15

PERINDUSTRIAN

Perindustrian merujuk kepada aktiviti pembuatan, penghasilan barangan untuk perdagangan dan bukannya untuk kegunaan sendiri.

Perindustrian biasanya dibahagikan kepada 3 jenis menurut saiz, nilai dan bentuk industri itu sendiri. Pembahagian tersebut adalah: Industri Berat Industri Sederhana Industri Ringan

Pembahagian perindustrian ini adalah secara kabur dan tidak mempunyai had yang tetap, sebaliknya bergantung kepada jenis industri dan siapa yang mengtakrifkannya.

PERINDUSTRIAN BERAT

Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang perlukan kemahiran tinggi. Perlukan modal yang besar. Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM). Contoh : membuat kereta proton saga (Shah Alam) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak) Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

PERINDUSTRIAN RINGAN
1.

2.
3.

Industri Memproses Industri Pembuatan Industri Desa

Industri Memproses
Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya. Contoh : Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji. Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin. Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan. Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.

Industri Desa
Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong. Terkenal di Kelantan dan Sabah. Contohnya : Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh Mengecap batik / tenun sutera. Membuat keropok ikan / udang. Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

Industri Pembuatan

Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna). Jenis perindustrian yang terpenting.

Contoh : Pembuatan barangan elektrik, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya. Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap. Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia.

KESAN-KESAN PERINDUSTRIAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Hasil dari perkembangan industri yang pesat telah memberi kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan sampingan itu ialah :

1. Pencemaran Udara Dan Jerebu Kesan daripada aktiviti-aktiviti perkilangan, telah menggalakkan pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.
Ini telah menyebabkan komposisi ruang udara di persekitaran Gemas tercemar dan teroksida. Pembebasan habuk terampai telah menyebabkan fenomena jerebu terutama ketika udara kering (dry air). Ini telah meningkatkan nilai IPU (Indeks Pencemar Udara) di persekitaran Gemas.

Asap dan gas beracun daripada kilang dilepaskan ke udara. Hasil aktiviti kilang simen, kilang papan, kilang memecah batu - keluarkan habuk Kilang getah getah dan kelapa sawit keluarkan bau busuk.

PENCEMARAN AIR
Disebabkan oleh pembuangan bahan sisa kilang getah / kelapa sawit ke dalam sungai. Pembuangan bahan-bahan kimia dan sisa toksid yang merbahaya kepada manusia dan hidupan lain, menyebabkan pertambahan bahan organik secara langsung kurangkan bekalan oksigen - hidupan air terancam dan mati. Berlakunya wabak penyakit dan mengancam kesihatan pengguna.

2. Fenomena Hujan Asid Fenomena hujan asid ini terjadi apabila komposisi udara yang tercemar bertindakbalas dengan air hujan dan menyebabkan air hujan berasid. Bahan-bahan pencemar (pollutions) bertindak sebagai nukleus kondesas untuk menyerap wap-wap air di atmosfera dan menghasilkan sebatian-sebatian asid. Hujan asid boleh merosakkan ekosistem akuatik, membantutkan tumbesaran tumbuhan atau tanaman, meningkatkan nilai keasidan tanah dan melunturkan warna bangunan.

Pencemaran Bau:

Sesetengah industri khususnya industri primer atau industri pemprosesan seperti industri memproses getah, kelapa sawit, kayu balak dan sebagainya berupaya mengeluarkan sisa-sisa toksid yang berbau busuk. Sisa-sisa ini sukar dilupuskan dan tertinggal sebagai enap cemar di persekitaran kilang. Oleh itu, pencemaran bau sentiasa berpanjangan dan menimbulkan ketidakselesaan hidup bagi penduduk- penduduk di persekitarannya.

LANGKAH PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR


Adakan sistem pembuangan dan pengumpulan sampah sarap dan bahan buangan yang lebih teratur. Pengusaha kilang hendaklah jalankan kerja-kerja pengasingan bahan beracun dari bahan buangan sebelum dibuang ke sungai / tempat buangan. Bina kawasan perindustrian jauh daripada kawasan perumahan dan pastikan kawasan industri ini mempunyai tempat pembuangan sisa dan saluran longkang yang teratur dan baik.

Sisa-sisa lebihan dari kilang memproses bahan-bahan pertanian diproses jadi bahan makanan binatang. Kenakan denda atau menarik balik lesen / permit jalankan kegiatan perkilangan. Mengadakan undang-undang yang mewajibkan pengusaha kilang mengambil langkah untuk mencegah pencemaran. Contohnya : membina kolam pemendapan untuk sisa-sisa cecair - pemasangan penapis di corong asap (Akta Mutu Alam Sekitar).

Anda mungkin juga menyukai