Anda di halaman 1dari 16

PENIPISAN LAPISAN OZON

Konsep Penipisan Lapisan Ozon


Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO).

Ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.

Kepentingan Ozon
Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari. Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan fotopengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran uv antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran uv.

Punca-punca Penipisan Lapisan Ozon


Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis atau berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi menyebabkan suhu meningkat. Penggunaan bahan CFC dalam pembuatan pendingin hawa dan penyembur aresol. Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.

Pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen dioksida. ujian senjata nuklear. Peperangan yang menggunakan bahan letupan. Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera. Pembalakan yang beterusan rnenyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara.

Kesan Penipisan Lapisan Ozon


Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit. mudah demam, ketarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuauca panas. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk Cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.

Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu panas. Risiko banjir laut dan penennggelaman kawasan daratan pantai yang munkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.

Langkah Mengatasi Penipisan Lapisan Ozon..


(a) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri. - Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon. -Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang- undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera.

- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia. - Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.

(b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflokarbon (CFC).
Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik.

Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan. Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin.

(C) Kerjasama dan komitmen antarabangsa.


Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu. Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketuaketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.

Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.

(d)Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.


Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon. Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS

Terima Kasih