Anda di halaman 1dari 5

syair kemangkatan sultan sulaiman

1. Maksud
Setiap rangkap: Rangkap 1 : kemakmuran negeri Deli tua tiada bandingannya, pasarnya
banyak serta meriah, dan kotanya kukuh

Rangkap 2 :

raja deli mempunyai tiga orang anak. Yang tua lelaki manakala yang kedua ialah perempuan yang sangat cantik. anakanda yang ketiga ialah lelaki. Parasnya cukup tampan dan Diminati tidak kira tua atau muda. raja kematian isteri dan baginda enggan berkahwin lagi. ditakdirkan tuhan, satu hari raja jatuh sakit.

Rangkap 3 : Rangkap 4 : Rangkap 5 : Rangkap 6 :


kehendak

baginda terlalu sakit hingga badannya kurus. Banyak tabib Yang datang untuk mengubatinya.

Rangkap 7 : tabib telah berusaha bersungguh-sungguh, namun dengan


Tuhan, Baginda belum sembuh.

Rangkap 8 : usaha tabib tidak berkesan dan baginda semakin tenat. Rangkap 9 : akhirnya baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Rangkap 10 : setelah mangkat, segala harta dan takhta terpaksa
ditinggalkan dan Diserahkan kepada penggantinya.

2. Tema
Syair ini mengisahkan hari-hari terakhir seorang raja sebelum baginda mangkat.

3. Persoalan
Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit. Redha dengan ketentuan Ilahi bahawa ajal sudah tiba masanya. Kebesaran dan kekuasaan seorang raja yang tiada bandingannya. Kesabaran menerima ujian daripada Allah S.W.T.

Ajal dan maut di tangan Tuhan.

4. Gaya Bahasa
Imej alam batu Personifikasi penyakit menggoda setiap waktu Bahasa asing(bahasa arab)-baqa,Rabbullizzati,rahmatullah,syahdah Bahasa istana baginda,gering,mangkat,takhta,raja Sinkope tak Hiperbola badannya kurus tinggallah tulang Unsur aliterasi baginda nan gering bukan kepalang(pengulangan konsonan n) Unsur ansonasi pasarnya ramai bukan suatu(pengulangan vocal a) Adanya jeda kotanya kukuh/berpagar batu

5. Bentuk
Terdiri daripada sepuluh rangkap. Setiap rangkap mempunyai empat baris. Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata. Setiap baris terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap kesepuluh ialah aaaa.

6. Nilai murni
Taat

Kasih sayang

Redha/pasrah
Tabah Simpati

7. Pengajaran
Rakyat haruslah memberikan taat setia kepada raja.

Raja harus mengasihi rakyat dan begitulah sebaliknya.


Sebagai insan, kita haruslah redha dan pasrah akan ketentuan takdir. Selagi ada hayat, kita haruslah tabah menghadapi segala ujian daripada Tuhan.

Kita haruslah bersimpati terhadap orang lain yang sedang dalam


kesakitan. Kita seharusnya sedar bahawa ajal dan maut itu ditentukan oleh Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai