P. 1
Persediaan Mengajar Pendidikan Seni

Persediaan Mengajar Pendidikan Seni

|Views: 42|Likes:
Dipublikasikan oleh Affizan Eady
RPH PSV THN5
RPH PSV THN5

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Affizan Eady on May 01, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/20/2012

pdf

text

original

PRSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN SENI ( PERSEMBAHAN BONEKA JARI

)

Tarikh Hari; Mata Pelajaran Kelas Bil. Pelajar Masa Tempo Masa Tajuk Bidang Hasil Pembelajaran

: 26 April 2012 : Isnin : Pendidikan Seni Visual : Tahun 5 : 25 orang : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi : 1 jam : Dewi Bunga : Membentuk dan membuat boneka : Menggunakan asas seni reka dalam membentuk dan membuat boneka jari.

Aras : 1 ( i) Menghasilkan boneka menggunakan pelbagai alat,bahan dan teknik yang inovatif dengan memberi penekanan kepada prinsip imbangan. ( ii ) Murid mengetahui kewujudan binaan yang berfungsi di persekitaran.

Objektif Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran murid dapat:1. Menguasai kemahiran membina boneka dengan menggunakan anggota badan iaitu jari sebagai asas penghasilan boneka. 2. Murid dapat menonjolkan kreativiti menghasilkan watak-watak di dalam menghasilkan boneka. 3. Murid dapat menggayakan watak dengan menggunakan jari dengan bantuan alat yang dihasilkan mengikut kreativiti

Pengetahuan Sedia Ada Murid 1. Murid mempunyai asas menghasilkan corak pakaian dengan menggunakan kertas. 2. Murid mempunyai kemahiran mewarna yang baik. 3. Murid mengetahui elemen-elemen unsur seni seperti jalinan rupa, bentuk, ruang dan warna. 4. Murid mengenal prinsip rekaan seperti harmoni, irama dan pergerakan.

Penggabungjalinan Kemahiran 1. Mengenal contoh-contoh watak di dalam cerita yang terdapat dalam cerita dongeng kanak-kanak. 2. Mengenal elemen-elemen unsur seni. 3. Menggunakan elemen-elemen Prinsip Rekaan. KBKK 1. Menjana idea. 2. Membuat gambaran mental. 3. Menilai.

Nilai Murni 1. Menghargai diri. 2. Menghargai warisan seni. 3. Bekerjasama dalam menghasilkan boneka. 4. Ketekunan dalam pengkaryaan. 5. Yakin diri dalam membawa watak boneka. Alat Bahan Dan Sumber 1. Manilakad 2. Kertas Putih 3. Gunting 4. Gam Kertas 5. Warna Pensel

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran. 1. Murid melakonkan watak Dewi Bunga dengan menggunakan boneka Jari. 2. Murid melakonkan watak Dewi Bunga Matahari, Dewi Bunga Mawar, Dewi Bunga Anggerik, Dewi Bunga Amanda dan Monyet. 3. Lakonan di iringi dengan muzik latar. 4. Lakonan di iringi dengan nyanyian dan lakonan. Bahan Bantu Mengajar : 1. Boneka Jari ( 4 jenis bunga ) 2. Kotak Pentas Persembahan 3. CD muzik dan latar belakang persembahan 4. Skrip Cerita Dewi Bunga.

SET INDUKSI
Langkah / Masa Set Induksi ( 10 minit ) Aktiviti 1. Guru bercerita kepada murid tentang kisah Dewi Bunga berpandukan kepada skrip cerita yang disediakan oleh guru sendiri. 2. Kaedah bercerita yang di lakukan oleh guru di bantu dengan ABM . 3. Murid sebagai pemerhati. Catatan ABM 1. Boneka Bunga 2. Kotak Pentas Persembahan. 3. Muzik Latar. 4. Skrip Cerita. Nilai 1. Cetusan Idea. 2. Minat 3. Kesungguhan 4. Kerjasama.

LANGKAH 1
Langkah/Masa Aktiviti Catatan

Langkah 1 ( 5 minit )

1. Guru minta murid menghasilkan Boneka Dewi Bunga mengikut kreativiti masing-masing. 2. Aktiviti penghasilan Boneka Dewi Bunga dilakukan oleh murid mengikut kumpulan kecil yang terdiri 5 orang bagi setiap kumpulan kecil. 3. Murid diagihkan oleh guru kepada 5 kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan 4. Segala peralatan untuk menghasilkan Boneka akan di sediakan oleh guru untuk setiap kumpulan.

ABM 1. Alat untuk menghasilkan boneka 1.1 Gunting 1.2 Manila kad 1.3 Kotak kosong 1.4 Kertas warna Nilai Murni 1. Kerjasama 2. Bertolak ansur 3. Perihatin 4. Yakin 5. Kreativiti 6. Kesungguhan

LANGKAH 2
Langkah/Masa Langkah 2 ( 30 minit ) Aktiviti 1. Murid menghasilkan beberapa jenis boneka bunga dan kotak pentas persembahan mengikut krativiti kumpulan masingmasing 2. Guru sebagai pembimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid tentang langkah dan teknik menghasilkan boneka dan kotak pentas persembahan boneka. 3. Guru memberi skrip cerita kepada setiap kumpulan untuk latihan boneka. 4. Murid setiap kumpulan membuat latihan sebelum sesi persembahan dijalankan. Catatan ABM 1. Boneka Dewi Bunga yang dihasilkan oleh murid. 2. Kotak persembahan boneka. 3. Skrip cerita

LANGKAH 3
Langkah/Masa Langkah 3 ( 10 minit ) Aktiviti 1. Guru mengarahkan setiap kumpulan murid berkumpul di dalam kumpulan dan bersedia menerima arahan untuk melakukan persembahan kumpulan. 2. Setiap kumpulan murid melakukan persembahan boneka masingmasing mengikut giliran kumpulan. 3. Guru sebagai fasilatator. Catatan ABM 1. Boneka Jari 2. Muzik Latar 3. Skrip Cerita

Nilai Murni 1. Yakin 2. Patuh Arahan 3. Kerjasama

Penutup
Langkah /Masa Penutup ( 5 minit ) Aktiviti 1. Guru memberi rumusan bagi persembahan setiap kumpulan. 2. Guru memberikan ganjaran dan ucapan tahniah di atas kerjasama dan kreativiti semua kumpulan. Catatan Nilai Murni 1. Perihatin 2. Menghormati 3. Bersyukur

LAMPIRAN ( SKRIP )

Skrip Cerita Dewi Bunga
Dewi Bunga : Ku menangis….tiada berair mata. Hendak ku senyum….tiada siapa nak teman….Kalaulah nasib sudah tersurat…Begini hebat….Apa nak buat. Dayang : Ampun Tuan Puteri…Mengapakah tuan puteri muram durjana?. Apakah yang merunsingkan Tuan Puteri?.

Dewi Bunga

: Dayang,…beta merasakan hidup beta rasa kesunyian…asyik-asyik bermain di taman Diraja. Adakah tempat lain yang boleh mengubati kesunyian beta wahai Dayang?. Dayang : Ampun tuan puteri…Ada pun tempat yang menarik yang ada hanya di luar Istana sahaja. Tapi patik rasa kalau tuan puteri berada di luar Istana, patik rasa tuan puteri tidak akan rasa kesunyian.

Dewi Bunga : Betulkah Dayang?...Kalau begitu, biarlah beta tukar pakaian dulu supaya rakyat tidak mengenali beta. Dayang : Baiklah Tuanku…Tuanku puteri memang bijak. Tapi jangan lupa tuanku, bawa duit sedikit untuk berbelanja. Dewi Bunga : A…a…a ye..dapat juga beli air kelapa

Suasana diluar Istana.. Dewi Bunga : Wah...indahnya pekan ini..Apa nama pekan ni Dayang? Dayang : Pekan Tanjung Rambutan Tuanku.. Dewi Bunga : Mari Dayang….kita beli air kelapa muda..terasa haus pulak beta. Dayang : Mari…
Tamat

BAHAN RUJUKAN
1.

Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, ( 1998 ), Kuala Lumpur, Affluent Master Sdn. Bhd. Kathleen Chee, ( 2010 ), Focus Goal Pendidikan Seni Visual SPM, Bangi Selangor Darul Ehsan, Pelangi Sdn. Bhd. Leela R, (1994 ), Melukis dan Membuat Gambar, Kuala Lumpur, Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakob, (2009), HBEF 1403 Seni dalam Pendidikan,Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan, Open Universiti Malaysia. Zailani Yaacob, ( 2006 ), Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM, Shah Alam Selangor Darul Ehsan,Oxford Fajar Sdn. Bhd

2.

3.

4.

5.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->