Anda di halaman 1dari 1

Hadis : Rasulullah s.a.

w bersabda yang maksudnya:Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya Riwayat Ibn Majah Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya. . TUNGGAKAN BAYARAN UPAH BUAT PINTU PAGAR. Soalan Assalamualaikum... Saya pernah mengupah orang membuat pintu pagar, namun sejumlah baki bayaran upah saya simpan bagi tujuan sekiranya ada kerja-kerja yang tidak sempurna (perlu pembaikian semula) sehingga betul-betul saya berpuashati dengan kerjanya. Namun orang tersebut tidak datang sehingga sekarang bagi membaiki pintu pagar tersebut yang rosak tidak sempurna.... Soalan: Apakah status duit yang masih ada pada saya tersebut? Terma kasih.. Jawapan Waalaikumussalam, Nabi pernah bersabda:" bayarlah upah orang tersebut sebelum peluhnya kering".Hadis ini bermaksud supaya kita menyegerakan bayaran upah kepada pekerja.Ini kerana dibimbangi orang tersebut mati,pergi cari kerja lain atau tidak datang semula untuk tujuan menuntut baki bayaran,maka pada ketika itu kita berdosa.Paling menyedihkan jika kita sebagai majikan mati,alamat tidak terangkatlah ruh kita untuk disimpan di luh mahfuz.Hutang yang tidak tertunai mengakibatkan ruh akan berada terawang-awang antara langit ke bumi sehinggalah hutang tersebut dilunas/tunaikan. Status Duit itu tetap hak orang yang buat pintu pagar,anda sebenarnya telah menyekat rezki dan menahan haknya sekian lama.Panel nasihatkan agar anda cari orang tersebut Minta maaf kepadanya dan minta ampun banyak-banyak kepada Allah di atas perbuatan anda selama ini.Wallahu a'lam.

Anda mungkin juga menyukai