Anda di halaman 1dari 4

Strategi untuk melahirkan akal budi anak-anak yang cemerlang memerlukan kombinasi yang erat antara ibu bapa,

pendidik dan anak-anak sendiri. Melalui pendidikan yang berterusan dan berkesan nilai-nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan dapat diterapkan dalam hati jiwa anak-anak
membantu menangani kenalan remaja dan kemerosotan akhlak yang terjadi kepada generasi muda masa kini akibat pengaruh barat dan dunia tanpa sempadan. Pendidikan akal budi dan pembangunan insan dengan akhlak yang baik yang seimbang mestilah dilakukan oleh semua pihak. Hanya melalui pendidikan akan merubah bangsa kearah bangsa yang berbudi dan berakhlak

Falsafah Pendidikan Negara yang merupakan usaha harus ditekankan kepada melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang berteraskan kepada agama. Memang
menjadi hasrat kita semua agar warga Malaysia berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi serta berakhlak mulia agar mereka dapat memberikan sumbangan bermakna kepada

Menghayati ciri akhlak itu sudah pasti dapat melahirkan manusia berbudi pekerti tinggi dan disertai dengan sifat berdaya maju

Akhlak membina diri manusia menjadi seseorang yang tunduk kepada kebenaran Ilahi, memiliki sifat suci dari segi sifat dalaman peribadi dan personaliti luaran, sekali gus meminati cara pergaulan dan perhubungan sesama manusia dengan penuh tolak ansur.

Oleh kerana individu menganggotai masyarakat, keutuhan masyarakat didokong oleh individu. Bahkan kekuatan dan kemajuan masyarakat dan negara akan ditentukan oleh anggota masyarakat. Justeru, dalam usaha kerajaan memajukan negara, nilai akhlak rakyat perlu diberi penumpuan. Bahkan keutuhan akhlak pemimpin dan rakyat adalah syarat kepada pembangunan negara.

Tamadun silam sudah terbukti, begitu juga dengan sekarang di mana tanpa keutuhan akhlak, sesebuah negara akan bermasalah. Kemajuan ekonomi negara tidak boleh dilihat sebagai satu dimensi berasingan yang tidak memerlukan keutuhan akhlak.

Bahkan nilai akhlak seperti yang dijelaskan di atas sangat perlu dalam memantapkan kemajuan ekonomi berterusan. Jika asas akhlak disepadukan dengan usaha kemajuan masyarakat termasuk ekonomi, ia akan mewujudkan satu tamadun manusia komprehensif yang mampu mengurangkan kewujudan gejala masyarakat seperti rasuah, keruntuhan institusi keluarga, penindasan, kemiskinan, penyakit mental dan sebagainya

Rajin, tekun, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerjasama dan sebagainya adalah nilai akhlak murni yang perlu dimiliki individu yang berkecimpung dengan urusan ekonomi. Kecekapan dan produktiviti tinggi adalah hasil penghayatan akhlak mulia.

Jelas daya saing ekonomi yang dimiliki mereka terhakis dengan keruntuhan akhlak di kalangan ahli masyarakat mereka sendiri. Keadaan begitu terpaksa berlaku bukan di atas kehendak masyarakat barat, sebaliknya hasil cara dan pendekatan pandangan hidup mereka yang berteraskan kepada pencapaian kemajuan kebendaan tanpa kesepaduan dengan nilai akhlak.
, usaha untuk memberi fokus kepada elemen pendidikan agama dan moral merentasi semua kursus dijalankan di institusi pengajian tinggi amatlah perlu dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar.

Cabaran terhadap keutuhan budaya dan moral umat daripada ledakan dan gelombang teknologi maklumat dalam era globalisasi kini tidak kurang hebatnya. Internet, umpamanya, membolehkan penggunanya menimba segala jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia mengandungi banyak sekali maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan etika umat beragama. Pendedahan kanak-kanak, golongan remaja dan orang dewasa kepada bahan-bahan yang bersifat erotik dan lucah di dalamnya boleh menimbulkan sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan moral para penagihnya.

Oleh itu kefahaman agama yang betul dan penghayatan nilai-nilai agama dan moral di kalangan golongan muda menjadi satu daripada strategi penting dalam menjaga dan meningkatkan keutuhan moral masyarakat KITA

Filem-filem dan program-program TV yang dibanjiri oleh filemfilem Hollywood, Bollywood atau Hong Kong yang membawa mesej keganasan dan keseronokan nafsu merupakan cabaran kepada keutuhan budaya dan moral masyarakat Islam hadhari kerana kandungan mesej dan nilai-nilai yang ditonjolkan itu jelas berlawanan dengan nilai-nilai kesopanan dan ketamadunan dalam pendekatan Islam hadhari.

. Pendedahan kepada budaya kuning melalui media dan aliran globalisasi telah sedikit demi sedikit menghakis nilai-nilai kesopanan masyarakat Timur sehingga perlakuan tidak sopan seperti berpeluk dan bercium ala Barat telah dapat diperhatikan di tempat-tempat awam di negara ini.

Pengisian jiwa generasi muda dengan segala unsur dan nilai murni baik melalui pendidikan di rumah, pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi mampu menangkis segala gejala sosial yang merosakkan mereka.

Anda mungkin juga menyukai