Anda di halaman 1dari 4

Rujukan: Buku Dr. Zaid Ahmad, Dr. Ho Hui Ling, Dr.

Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee, et al. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Selangor: KHL Printing Co. Sdn. Bhd.

m/s 120-121

Pendekatan Islam dalam Menangani Masalah Hubungan Etnik Penggunaan pendekatan agama dalam menangani masalah pluraliti masyarakat sering menimbulkan kesangsian kerana sifat kepelbagaian dari segi teologi dan anutan manusia dikatakan tidak mungkin mewujudkan persefahaman. Pandangan ini sebenarnya tidak tepat. Walaupun agama dilihat dari segi teologi adalah berlainan, namum jika dikaji dari segi ajaran, khususnya dari segi nilai-nilai murni dan amalan kebaikan terdapat banyak aspek yang boleh dikongsi bersama. Menurut agama Islam, soal perbezaan seperti kaum, bangsa, kebudayaan, dan juga cara kehidupan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik, bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan penghormatannya kepada penganut agama lain sepanjang hayat baginda dan ia merupakan sebahagian ajaran penting dalam agama Islam. Hal ini boleh dirujuk dalam ayat al-Quran (misalnya 49: 13) yang menerangkan kejadian manusia yang berpuak, bersuku dan berbangsa. Ayat ini mengungkapkan tabiat pluraliti dalam masyarakat manusia. Menurut perspektif Islam, pluraliti dilihat dengan pandangan yang cukup positif, iaitu untuk berkenalan dan saling menolong dalam perkara kebajikan. Sebagai contoh, dalam satu peristiwa, Nabi Muhammad s.a.w menegur sahabatnya Abu Zarr yang digelar

Bilal (seorang yang berketurunan Afrika berkulit hitam) dengan menjelaskan tiada keistimewaan yang dimiliki oleh seorang yang berkulit putih berbanding dengan seorang yang berkulit hitam, kecuali ketakwaannya.

Pluraliti Masyarakat Madinah Dengan menelusuri sejarah pembentukan Piagam Madinah, kita dapat memperoleh gambaran yang lebih jelas tentang pendekatan Islam dalam menguruskan pluraliti. Piagam Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah merupakan satu kontrak sosial antara Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin negara dengan masyarakat Madinah yang berbilang suku dan kaum pada masa itu. Pluraliti pada masa itu agak rencam. Selain bangsa Arab yang menganut agama Islam, terdapat juga kaum Yahudi dan Kristian yang berpecah kepada pelbagai puak. Kaum Yahudi dikatakan terbahagi kepada lebih 20 puak kecil yang mendiami Madinah dan kawasan di sekitarnya. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w. bertekad mencari kata sepakat bagi menyatukan puak-puak yang sering bertelagah dan bermusuhan sesama mereka sejak sekian lama. Seterusnya Piagam Madinah terbentuk untuk tujuan menyatupadukan puak-puak dan kabilah-kabilah tersebut. Semangat yang terdapat pada pembentukan piagam tersebut nyata telah membuahkan hasil yang baik. Kontrak sosial yang dihubungjalinkan melalui piagam tersebut telah dapat menyakinkan puak dan kaum yang bertelagah bahawa keharmonian merupakan resipi utama dalam membina kemajuan dan peradaban.

Pandangan Tokoh Islam Salah seorang tokoh Islam yang terkenal iaitu Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddima telah mengungkapkan teori tentang proses bangun jatuhnya sesebuah peradaban. Semasa menghuraikan faktor kebangkitan dan kejatuhan sesebuah peradaban, beliau mengemukakan satu konsep yang relevan iaitu asabiyah yang bermaksud ikatan sosial atau kesetiakawanan. Pada hemat beliau, ikatan ini memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan pelbagai kaum dan bangsa yang seterusnya membentuk kekuatan bagi membina peradabannya. Menurut perspektif Ibn Khaldun, masyarakat yang mempunyai ikatan asabiyah yang kuat sudah tentu berupaya membina kekuatan dan jati diri berbanding dengan mereka yang lemah. Ikatan asabiyah yang dihuraikan oleh Ibn Khaldun bukan asabiyah yang membawa maksud chauvinisme dan rasisme yang ditegah dan dicela oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang diamalkan oleh puak Jahiliah sebelum kadatangan Islam. Konsep ini menjadi semakin jelas apabila Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menghuraikan asabiyah Jahiliah, iaitu mereka yang melakukan kezaliman atau membantu kaumnya melakukan kezaliman. Ibn Khaldun menyarankan asabiyah yang menekankan ikatan persaudaraan, semangat setia kepada kawan dan saling membantu dalam melakukan kebaikan. Oleh itu, usaha-usaha yang disarankan oleh Ibn Khaldun seperti mengeratkan perpaduan, semangat setia kepada kawan dan kesalingan melalui konsep asabiyah perlu digalakkan. Sebaliknya, faktor-faktor yang boleh menghalang perpaduan, semangat setia kepada kawan dan

kesalingan perlu dielakkan demi mengukuhkan kekuatan masyarakat yang berkongsi citacita untuk membangunkan tamadun dan peradabannya.

Rujukan Akhbar Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2005, April 15). Islam Hadhari penerimaan masyarakat Cina. Utusan Malaysia, 9. Habsah Dinin (2005, Jun 25). Islam Hadhari jana perubahan holistik. Berita Harian, 13. Norhayati Md. Said (2005, Disember 6). OIC terima pakai konsep Islam Hadhari. Berita Harian, 2. Azman Zakaria Wan Hazmir Bakar (2006, Februari 11). Islam Hadhari bawa perubahan berjaya perkukuhkan toleransi pelbagai kaum. Berita Harian, 4. Lokman Ismail (2006, Februari 20). Keperibadian mulia Rasulullah turut dikagumi cendekiawan bukan Islam. Berita Harian, 12. Hadhari panduan bangunkan negara, bangsa. (2005, Mei 4). Berita Harian, 2. Mohd Sukki Othman (2005, Januari 4). Prihatin sesama insan. Utusan Malaysia, 11. Jurnal Utaz Haji Fadzil Hanafi (1980). Hari Raya dapat melahirkan masyarakat penyayang. Dalam Al-Islam, 28(8), 28. Online Dictionary Terrorism. (2009). In DOD dictionary of military and associated terms. Retrieved from http://www.dtic.mil/doctrine/dod_dictionary/data/t/7591.html Magazine Article: Bower, B. (2008, Feb. 9). Dawn of the city: Excavations prompt a revolution in thinking about the earliest cities. Science News, 173(6), 90-92. Retrieved from http://www.sciencenewsmagazine.org/

Anda mungkin juga menyukai