Anda di halaman 1dari 2

Apple iPad 2 vs Samsung Galaxy Tab 10.1 Sekarang ni semua orang gilakan gadget.

Wife aku asyik cakap tentang kamera Nikon P500 je sejak akhir-akhir ni. Kalau di office, time tak ada kerja.. dia akan snap gambar dia dan post dalam blog dia. Memang tak dinafikan skill photography dia pun dah semakin meningkat. Aku pulak gilakan tablet. Target aku ialah iPad 2, tapi tak lama lepas tu Samsung keluarkan Galaxy Tab 10.1 yang korang semua pun tau bahawa dia adalah saingan yang terhebat bagi Apple iPad 2. So.. aku buat sedikit research tentang kedua-dua tablet ni dan buat comparison dari segala aspek. Semua orang tau label 10.1 yang ada pada Samsung Galaxy Tab merujuk kepada saiz display dia iaitu 10.1 inci manakala iPad 2 dilengkapi dengan display yang sedikit lebih kecil iaitu 9.7 inci. Berat kedua-dua tablet ini hampir sama iaitu 601 gram bagi iPad 2 dan 595 gram bagi Galaxy Tab. Kalau korang perasan, iPad 2 sebenar dibuat untuk orientasi menegak sebab fungsi utama iPad yang dicipta oleh Steve Job adalah untuk tujuan e-book. Sebab tu kalau dalam orientasi menegak, kamera akan berada di bahagian atas. Galaxy Tab 10.1 pulak dibuat untuk orientasi mendatar, thats why kamera dia akan berada di bahagian atas apabila korang pegang dia dengan orientasi mendatar. So dia nampak macam tablet yang wide screen. Memandangkan penggunaan processor dual-core dah semakin meluas, tak hairanlah jika kedua-dua tablet ini pun menggunakan processor dual-core yang mana Galaxy Tab 10.1 dilengkapi dengan CPU 1GHz NVIDIA Tegra 2 manakala iPad 2 dikuasakan oleh processor 1GHz Apple A5. Kedua-dua processor yang hebat ni menyebabkan setiap app yang korang buka di kedua-dua tablet ni nampak smooth dan jarang korang jumpa dia akan tersangkut atau pause masa korang tengah navigate benda alah tu. Android 3.1 atau Honeycomb yang digunakan pada Galaxy Tab 10.1 menjadikan gadget ni seolah-olah hidup dan mampu memberikan fungsi personalization yang banyak. Sebab tu korang boleh tengok homescreen untuk Galaxy Tab nampak seolah-olah sebuah organizer yang sangat lengkap dan canggih. Korang juga boleh buat multitasking semasa menggunakan Galaxy Tab 10.1 yang mana fungsi ini tidak ditawarkan pada iPad 2. iPad 2 pula dilengkapi dengan iOS 5, OS yang sama digunakan pada iPad yang awal. Kenapa Apple masih mengekalkan OS yang sama? Sebabnya adalah iOS dah terbukti merupakan OS yang paling mudah, pantas dan user friendly. Kalau korang guna app dalam iPad 2, memang tak akan ada pause dan sangat smooth untuk gaming. Tapi dari segi personalization, iPad 2 nampak macam gaint iPod sebab homescreen dia nampak penuh dengan icon je. But who cares? Ianya bukan satu masalah kerana fungsi sebenar tablet adalah untuk aplikasi apps yang ditawarkan dan bukannya merupakan organiser yang besar. Bila bercakap tentang memori, Galaxy Tab 10.1 dilengkapi dengan RAM yang lebih besar iaitu 1GB berbanding iPad 2 yang hanya mempunyai RAM sebanyak 512 MB. Pengguna iPad 2 juga diberi pilihan untuk memilih saiz storage yang diperlukan sama ada 16GB, 32GB atau 64GB. Samsung Galaxy Tab 10.1 juga dikatakan menawarkan saiz storage yang sama tapi aku pun tak sure sangat sebab kebanyakan penggemar Android yang nak beli Galaxy Tab 10.1 kat Malaysia ni masih tak jumpa yang ada storage 32GB dan 64GB. Mungkin habis stock atau mungkin tidak ditawarkan langsung bagi kapasiti 32GB dan 64GB.

Dari aspek input text, kedua-dua gadget ni menggunakan fungsi skrin sesentuh dan menggunakan on-screen keyboard untuk menaip. Tapi Apple ada menyediakan wireless keyboard yang dijual berasingan untuk iPad 2.

Anda mungkin juga menyukai