Anda di halaman 1dari 4

contoh teks ucapan pengacara majlis sempena jamuan akhir tahun

UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA JAMUAN AKHIR TAHUN SMK TINGGI PORT DICKSON.

Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

MENGUMUMKAN KETIBAAN PN ZAINAB BT YAAKOB PENGETUA SMK TINGGI PORT DICKSON KE DEWAN. 16 NOVEMBER MALAM INI WARGA SMKTPD BERSERI-SERI JAMUAN MAKAN MALAM DIRAI KITA MULAKAN DENGAN CERIA DI HATI

MALAM 1 MALAYSIA 1 STPD KITA HIASI MENJADI TEMA JAMUAN MALAM INI JAMUAN AKHIR TAHUN KITA MULAI MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA YG BERUSAHA PN ZAINAB BT YAAKOB ,PENGETUA SMK TINGGI PORT DICKSON YANG DIHORMATI DR RUSNI BT MOHD NOOR, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN EN. MATHIAZAKAN A/L RAMASAMY PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, EN AHMAD JAIS,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.. PN. HJH FAEZAH BT ABDUL HAMID RAKAN-RAKAN GURU DAN KAKITANGAN SMK TINGGI PORT DICKSON.

TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YG DIKASIHI SEKALIAN ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA DI MALAM YG BERBAHAGIA DAN PENUH ANEKA BUDAYA INI, KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011. HADIRIN SEKALIAN TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,BUKAN SAHAJA UNTUK MAJLIS MAKAN-MAKAN ,IA JUGA MENJADI MEDAN TERAKHIR BAGI KITA UNTUK BERAMAH MESRA SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN SETELAH BERPENAT LELAH DENGAN PENGLIBATAN DLM PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG 2011 INI. IBARAT PANTUN YANG BERBUNYI ANAK MONYET ANAK KERA ANAK SIANG BERNAMA TAHIM SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN (BACAAN DOA) HADIRIN YANG DIHORMATI, MENJELANG RAYA MENCARI BULUH BULUH DIPOTONG DIBUAT LEMANG ANGKAT TANGAN JARI SEPULUH MEMOHON DOA MAJLIS SELAMAT SERTA AMAN. BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA MLM INI,,DIPERSILAKAN UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ IMANUDDIN BIN ABDULLAH ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN SEKALIAN, ANTARA ACARA YANG AKAN DIJALANKAN PADA MALAM INI ADALAH CABUTAN BERTUAH, BEST DRESS UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN. ANTARA KRITERIA YANG DINILAI ADALAH..

PARA HADIRIN SEKALIAN. SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT PN SITI ZUBAIDAH SELAKU PENGERUSI KELAB GURU SMK TPD 2011 UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN. MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PN SITI ZUBAIDAH. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN DRPD PENGERUSI PIBG IAITU PN ISDAWATI BT DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN YG DIBERIKAN. (UCAPAN PENGETUA) MAJLIS SETERUSNYA, DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, PN ZAINAB BT YAAKOB KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN PENGETUA. (DOA MAKAN) PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH TIBA MASA MENJAMU SELERA TANPA MELENGAHKAN MASA MAJLIS SEKALI LAGI MEMPERSILAKAN USTAZ IMANUDDIN UTK MEMBACAKAN DOA MAKAN. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KPD USTAZ IMANUDDIN. SORONG PAPAN TARIK PAPAN MAKAN KERANJI DALAM PERAHU SURUH MAKAN KITA MAKAN JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU

(MAKLUMAN UNTUK GURU-GURU YANG INGIN BERKARAOKE)

HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI ACARA CABUTAN BERTUAH PUSINGAN YANG PERTAMA. DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN.. UNTUK MEMBUAT CABUTAN. DIPERSILAKAN.

PENUTUP HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA CABUTAN BERTUAH /PERSEMBAHAN ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA. JARI DISUSUN MAAF DIPINTA .SALAH SILAP HARAP DIMAAFI TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI INI SEKADAR PENGHIBUR SAJA MENJADI KENANGAN YANG ABADI SEMOGA PERSAHABATAN LEBIH TERSIMPUL RAPI. UBI MANIS UBI KELADI KALAU ADA DITAMBAH LAGI SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI KITA PASTI BERJUMPA LAGI DI 28 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI. .TERIMA KASIH.SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT