Anda di halaman 1dari 1

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar. Hadirin Sekalian, Antara langkah-langkah untuk mengatasi dan pencemaran alam alam sekitar sekitar yang ialah telah

menguatkuasakan

undang-undang

peraturan

diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi. Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempenkempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Hadiri sekalian, Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih tanggungjawabterhadap penjagaan alam sekitar. Di samping itu, masyarakat juga haruslah bersikap prihatin dan bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya diambil. Hadirin sekalian, Tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih sihat dan selesa. Sekian, terima kasih.