Anda di halaman 1dari 3

RAZALI BIN OTHMAN 201 2

JURNAL REFLEKTIF PENULISAN JURNAL SEPANJANG TEMPOH PERLAKSANAAN TUGAS.

Isu 1. Untuk tugasan yang pertama, saya telah diminta menyediakan tugasan powerpoint secara berpasangan. Di dalam powerpoint ini, tajuk pembentangan yang kami perolehi adalah Bahan Api. Pada awalnya, tajuk yang kami perolehi nampak mudah untuk diperolehi maklumatnya namun setelah beberapa hari mencari, didapati amatlah sukar untuk memperolehi isi-isi tentang tajuk ini. Dengan itu, kami terpaksa membahagikan tugas untuk mencari maklumat tentang bahan api seberapa banyak yang mungkin. 2. Untuk tugasan yang kedua, saya dan pasangan saya di kehendaki menerangkan kepada rakan-rakan di dalam kelas tentang tajuk yang kami perolehi. Walaupun nampak seperti topik yang mudah, namun apabila menggunakan dan melibatkan simbol-simbol, ini akan menyukarkan saya memandangkan saya bukanlah daripada pengajian sains tulen ketika di sekolah menengah. 3. Untuk tugasan yang ketiga, kami telah diminta melakukan amali secara berkumpulan. Walaupun saya sudah banyak kali melakukan amali, namun ini merupakan pengalaman pertama saya melakukan amali dengan tajuk yang di beri. Sebanyak 6 amali yang perlu di jalankan. Saya terpaksa melakukan dengan berhatihati agar setiap amali yang di jalankan berjalan dengan baik. Analisis 1. Masalah ini timbul kerana saya kekurangan masa untuk mencari maklumat. Ini disebabkan komitmen kepada sekolah memandangkan sekolah baharu sahaja memasuki bulan 2, dimana merupakan bulan yang penuh dengan aktiviti sukan dan permainan. Memandangkan saya terlibat sebagai guru pengiring sukan, kebanyakan masa saya di habiskan buat sementara dengan aktiviti sukan. Peluang untuk kami bertemu dalam membincangkan powerpoint kami juga terbatas.

RAZALI BIN OTHMAN 201 2


2. Masalah ini timbul kerana saya dan rakan saya bukanlah dari pengajian sains tulen di sekolah menengah. Ini merupakan pembelajaran yang baharu kepada saya. Dan amatlah sukar difahami dalam masa yang singkat ditambah pula dengan bebanan kerja di sekolah. Ini yang menyebabkan pembentangan kami mungkin sedikit kekurangan. Walaupun begitu, kami tetap menyediakan powerpoint yang terbaik untuk di kongsi dengan rakan-rakan. 3. Ketika melakukan amali, masalah yang saya hadapi adalah amat sedikit sekali kerana saya melakukan amali bersama rakan-rakan di dalam satu kumpulan. Dengan melakukan kerja berkumpulan, kerja menjadi lebih mudah dan senang. Cadangan memperbaiki 1. Untuk mengatasi masalah ini, saya terpaksa melakukan kerja lebih masa di waktu malam. Dengan cara ini sahajalah dapat membantu saya mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diperolehi. Saya juga meminta pertolongan rakan-rakan sekerja mendapatkan serba sedikit maklumat. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya ia dapat membantu saya mendapatkan bahan. 2. Untuk mengatasi masalah ini, saya melakukan ulangkaji dengan terperinci seberapa kerap yang boleh. Memandangkan saya merupakan kumpulan kedua yang membentangkan powerpoint ini, tidaklah banyak yang dapat saya pelajari. Walaupun begitu, pada pendapat saya pengalaman dan pengetahuan serba sedikit yang terdapat dalam diri saya banyak membantu saya ketika pembentangan. 3. Seperti yang jelaskan tadi, tiada masalah yang timbul ketika melakukan amali. Ini kerana saya melakukan amali secara berkumpulan. Ini memudahkan saya menjalankan amali yang akan di jalankan. Tindakan susulan 1. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cuba membahagikan masa agar dapat mencari maklumat yang di inginkan. Masa rehat terpaksa dikurangkan begitu juga waktu tidur. Saya dapati inilah cara terbaik untuk saya menyiapkan kerja ini.

RAZALI BIN OTHMAN 201 2


2. Sekiranya ada masa senggang diantara kelas, saya selalu meminta penerangan daripada rakan sekolah saya yang arif dalam sains ini. Dengan pertolongan mereka, dapatlah menambah pengetahuan saya. kesimpulan terima kasih di ucapkan kepada pensyarah, kawan-kawan, rakan sekerja dan juga semua individu yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Alhamdulilah, akhirnya dapat di siapkan juga tugasan ini. Apa yang dapat dirumuskan disini ialah, kerja yang berat akan menjadi mudah jika bekerjasama. Bak kata pepatah bersatu membawa maufakat yang membawa maksud jika kita bersatu, pasti hidup akan menjadi mudah.