Anda di halaman 1dari 3

Karangan A - Bahan Rangsangan

Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul. Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180. 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Rujuk Karangan Respons Terbuka. Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang. Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurangkurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa. Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.

Karangan Bahagian A - Bahan Rangsangan

a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang diberikan. b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan, graf, carta, poster dan sebagainya. c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan. Bahagian ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya. d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus dan mesti ditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan). e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah dengan baik. f. Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (anggaran 70 patah perkataan setiap satu isi). g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi. h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang dibincangkan. Ciri-ciri Karangan Yang Baik a. Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas. b. Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi tersirat. c. Perenggan mesti kemas dan sesuai. d. Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh. e. Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya. f. Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami. g. Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan. h. Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik. i. Gunakan penanda wacana yang sesuai. j. Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan. k. Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar. l. Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca. Kriteria Pembahagian Markah a. Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema bahan rangsangan yang diberikan sama ada relevan atau tidak. b. Keupayaan pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi haruslah disertakan dengan huraian lanjut dan contoh yang sesuai. c. Setiap isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus juga sesuai dengan keadaan semasa dan mempunyai kematangan fikiran. d. Aspek bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi penulisan yang lancar dan kemas, tiada kesalahan tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan kemas, menggunakan tanda bacaan dan huruf besar yang tepat. Aspek-aspek Yang Dinilai