Anda di halaman 1dari 23

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU


Meninjau Merasi Melamar Pertunangan Persiapan menjelang hari perkahwinan Persiapan Sebelum Bersanding Bersanding

MENINJAU

Seorang wakil diperlukan perempuan yang amanah, telah berumur & dipercayai. Tujuan

Untuk mengetahui sudah berpunya @ tidak. Akhlak, tingkah laku, tabiat, termasuk kesopanan dengan orang tua. Mengetahui tentang didikan agama, telah khatam al-Quran atau belum. Latarbelakang kedua-dua ibubapa dan keluarga juga diperkirakan.

MERASI
Untuk mengetahui adakah pasangan tersebut sesuai tau tidak. Biasanya dilakukan oleh pawang, bomoh atau bidan. Ada yang mudah dan yang susah yang disokong oleh petua-petua tertentu. Antaranya menghitung nilai nama pasangan.

Melamar
Upacara dilakukan oleh pihak lelaki kepada perempuan - tidak diberitahu ketika itu juga. Pihak lekaki akan memberi masa kepada pihak perempuan bertanya kepada empunya badan. Memberi masa kepada pihak perempuan menyelidik latarbelakang pihak lelaki.

Bertunang
Adat bertunang akan menyusul selepas adat merasi setelah tarikh dipersetujui. Adat bertunang ialah upacara memberi tanda atau mengikat pertalian antara pasangan sebelum ke perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa barang hantaran dan tepak sirih.

Antara barangan yang perlu semasa hantaran meminang ialah :


Sirih junjung dan sebentuk cincin. Satu set bahan persolekan. Bunga rampai. Kuih-muih tradisional. Buah-buahan.

Sesetengah tempat mengadakan barangan yang berlainan.

Barangan hantaran dikepalai oleh Pahar atau tepak sirih disebut sebagai sirih junjung. Setiap hantaran diletakkan di dalam sebuah pahar. Barangan hantaran biasanya berangka ganjil seperti 5,7,9 atau lebih.

Semasa majlis bertunang, pihak lelaki akan menyatakan hajat kedatangan. Setelah pinangan diterima, seterusnya kedua-dua pihak akan berbincang tentang tempoh pertunangan, bilangan hantaran, belanja perkahwinan dan tarikh perkahwinan. Wang kahwin biasanya ditentukan oleh pihak perempuan. Setelah pinangan diterima, istiadat menyarung cincin dijalankan.

Kebiasaannya, cincin tersebut disarung oleh kakak atau ibu pengantin lelaki. Setelah semua selesai, hidangan akan diangkat. Setelah pihak lelaki menikmati jamuan, pihak perempuan akan membuat balasan hantaran. Kebiasaannya kurang 2 dulang dari pihak lelaki.

Persiapan Menjelang Hari Perkahwinan.


Persiapan akan dibuat sebelum hari perkahwinan. Biasanya waris dan saudara-mara akan datang menbantu. Antara persiapan yang dilakukan ialah :

Bangsal Penaggah dan Bangsal Tamu. Memasang Gantung-gantung Bunga Telur Pulut Kunyit Jamuan

Bangsal Penanggah & Tamu


Bangsal penanggah akan dibina terlebih dahulu beberapa hari sebelum majlis. Untuk keperluan tempat memasak. Dibina oleh tuan rumah dengan bantuan jiran sekampung. Bangsal Tamu pula didirikan sehari sebelum majlis untuk tempat menjamu para jemputan.

Memasang Gantunggantung
Manalaka orang perempuan akan menghias pelamin serta bilik pengantin. Katil dihias dan dipasang dengan kelambu gantung yang cantik. Sebahagian hantaran pengantin digunakan untuk menghias bilik dan sebahagian pula untuk jamuan jemputan.

Bunga Telur

Sebahagian perempuan pula akan menyediakan bunga telur. Telur merupakan keperluan dalam adat istiadat orang melayu. Telur yang telah direbus akan dimasukkan ke dalam bekas yang cantik. Pada masa dahulu, bunga telur dibuat daripada bunga kertas yang diganggangkan buluh. Buluh dicucuk pada telur rebus dan didikelongsongkan pulut kuning yang dibungkus dengan daun pisang. Buga telur juga disediakan untuk guru al-Quran yang mengajar pengantin perempuan.

Pulut Kunyit

Pulut kunyit atau pulut kuning merupakan keperluan dalam istiadat perkahwinan melayu. Warna kuning melambangkan kebesaran dan kemegahan raja-raja. Kewujudan pulut kuning bersempena gelaran raja sehari bagi pengantin. Pulut Kuning diletakkan di dalam dulang dan dicucuk bunga telur diatasnya. Biasanya, orang dahulu akan menghantar pulut kuning beserta lauk dan bunga telur kepada guru mengaji setelah anak lelaki mereka khatam al-Quran. Manakala bagi perempuan, pulut kuning akan diberi semasa mereka akan berkahwin kepada guru mengaji.

Jamuan

Jamuan akan dibuat sempena perkahwinan. Jamuan biasanya mempunyai 5 hidangan iaitu gulai kawah, dalca, nasi, acar dan sambal. Untuk menyediakan hidangan, saudara mara dan jiran sekampung akan membantu. Mereka bergotong royong memasak secara kawah.

PERSIAPAN SEBELUM BERSANDING

BERINAI KECIL

Berinai kecil atau berinai curi dilakukan hanya dihadiri oleh beberapa orang tertentu sahaja iaitu mak andam dan beberapa teman pengantin perempuan. Inai tersebut akan diletakkan pada hujung jari tangan dan kaki dan di sekeliling tapak kaki. Diakukan beberapa hari sebelum berlangsung perkahwinan. Bahagian yang diinai adalah kedua tapak tangan, 10 jari tangan, kuku kaki dan sekeliling tapak kaki. Dijadikan satu tanda bahawa orang tersebut baru melangsugkan perkahwinan.

PERNIKAHAN

Terdapat 2 jenis pernikahan iaitu :


Nikah gantung pernikahan dilakukan tanpa majlis perkahwinan. Hanya diiringi dengan kenduri kecil. Dilakukan 6 bulan atau setahun sebelum majlis persandingan. Nikah Biasa pernikahan yang dilakukan dituruti majlis perkahwinan.

Barangan hantaran
Wang hantaran perkahwinan Mas kahwin atau mahar Sebentuk cincin Persalinan bagi pengantin perempuan Alat-alat solek Kasut, selendang dan sebagainya. Buah-buahan

Akad nikah akan dibuat pada malam sebelum hari persandingan ataupun disebelah pagi. Pada umumnya pernikahan dilakukan di rumah pengantin perempuan. Cara mengiringi pengantin untuk pernikahan sama seperti majlis pertunangan. Setelah akad nikah dilangsungkan, pengantin lelaki dipersilakan masuk ke bilik pengantin. Pengantin lelaki diiringi pengapit akan menemui pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan menyarungkan cincin dan pengantin perempuan akan bersalaman serta mengucup tangan pengantin klelaki. Adakalanya, pengantin lelaki akan mengucup dahi pengantin perempuan.

Berinai Besar

Majlis berinai dilakukan ke atas kedua-dua pihak pengantin. Kebiasaannya dilakukan selepas waktu isyak. Kedua-dua pengantin akan duduk di pelamin. Inai diletakkan di dalam mangkuk dan dicampur sedikit air. Selain itu, bertih, beras kunyit, beberapa tangkai daun beribu yang diikat dan semangkuk air teopung tawar disediakan. Sebelum menginai, orang yang berkenaan tundukkan sedikit kepala dan dibalas oleh pengantin sebagai tanda hormat. Dengan pertolongan mak andam, pengantin akan menadah tangan di atas paha.

Kemudian, orang menginai akan menabur beras kunyit dan bertih di hadapan pengantin. Daun seribu yang diikat dicelup tepung tawar dan dicecah pada tapak tangan pengantin. Kemudian, mengambil secubit inai dan diletakkan pada tapak tangan pengantin. Kemudian, pengantin akan mengangkat sembah sebagai tanda hormat. Jumlah orang yang dipanggil untuk menepung tawar ini selalunya ganjil. Diakhiri dengan Majlis bacaan doa selamat oleh imam.

Anda mungkin juga menyukai