Anda di halaman 1dari 31

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PROJEK KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA TINGGI 2007

FOOD GAME MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGELASKAN JENIS MAKANAN UNTUK MEMBERI TENAGA, MEMBESAR DAN MENGEKALKAN KESIHATAN

OLEH : PN. ARSIMAH A. BAKAR SK LAKSAMANA PETI SURAT 32, 81907 KOTA TINGGI, JOHOR

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

BUTIRAN Isi Kandungan Penghargaan ABSTRAK 1. 2. 3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Fokus Kajian Objektif Kajian 3.1 Objektif Umum 3.2 Objektif Khusus Kumpulan Sasaran Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah i. Pemerhatian ii. Ujian Pra iii. Soalselidik 5.2 Analisis Tinjauan Masalah i. Analisis Pemerhatian ii. Analisis Ujian Pra iii. Analisis Soalselidik 5.3 Tindakan yang dijalankan 5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian 5.5 Refleksi Kajian Cadangan Kajian Seterusnya

MUKA SURAT i ii 1 1-2 2

4. 5.

2 2 - 10

6.

10 11

Bibliografi Lampiran Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Lampiran 7 Lampiran 8 Lampiran 9 Lampiran 10

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat dan kudrat yang diberikan olehNYA, saya dapat melengkapkan kajian ini. Rakaman jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Penghargaan ini saya tujukan khas kepada: 1. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Jabatan Pelajaran Negeri Johor 3. Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi 4. Pn. Azizah Bt Che Awang, Guru Besar SK Laksamana Kota Tinggi 5. Guru-Guru Penolong Kanan SK Laksamana Kota Tinggi 6. En. Palah Bin Suradi, Ketua Panitia Sains SK Laksamana 7. Pn. Julaila Bte Selamat, Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Johor. 8. Rakan-rakan guru 9. Keluarga yang sentiasa memberikan sokongan.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran mengelaskan jenis makanan untuk memberi tenaga, membesar dan mengekalkan kesihatan melalui kaedah FOOD GAME. Dalam mata pelajaran Sains banyak menggunakan kaedah mengingat, menghafal dan memahami sesuatu isi pelajaran. Pengetahuan berkaitan dengan makanan amat diperlukan. Justeru, satu kajian telah dilakukan terhadap 8 orang murid tahun 2 Jaya SK. Laksamana, Kota Tinggi terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang dikenalpasti belum menguasai kemahiran mengelaskan jenis makanan. Tinjauan awal yang dilakukan adalah melalui pemerhatian dan ujian pra. Dapatan dari tinjauan awal menunjukkan masalah utama murid tidak dapat menghafal pelbagai jenis makanan. Walaupun diajar berulang kali, namun keupayaan murid sangat terhad. Bagi mengatasi masalah ini, satu kajian menggunakan FOOD GAME dihasilkan yang berfungsi membantu meningkatkan ingatan dan kefahaman mereka terhadap pengelasan jenis makanan. Murid-murid yang terlibat diberi rawatan selama 2 minggu mengikut aktiviti nyanyian dan permainan FOOD GAME. Keputusan ujian pos yang diperolehi selepas menggunakan FOOD GAME berjaya meningkatkan prestasi pencapaian kefahaman dan seterusnya meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pengelasan jenis makanan. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar topik pengelasan jenis makanan melalui teknik nyanyian dan permainan.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

ii 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Murid-murid Tahun 2 Jaya terdiri daripada murid-murid yang boleh dikategorikan berada pada tahap sederhana. Namun begitu, masalah yang saya hadapi adalah dalam kalangan mereka ada yang berada pada tahap lemah. Apa yang saya maksudkan lemah ialah, mereka tidak dapat menyatakan jenis makanan mengikut fungsinya. Contohnya, telur makanan yang membantu untuk membesar, nasi makanan yang memberi tenaga; dan sayuran dan buahan makanan untuk mengekalkan kesihatan. Daripada pemerhatian saya, apabila sesi soal jawab dijalankan berkaitan dengan jenis makanan dan fungsinya terhadap keseluruhan 31 orang murid dalam kelas 2 Jaya ini terdapat 8 orang murid dapat menjawab dengan tepat, 10 orang boleh menjawab dengan bimbingan, 5 orang murid keliru, manakala 8 orang tidak dapat menjawab langsung. Apabila ditanya kepada murid ini mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut, 5 orang daripada mereka menjawab, saya sudah cuba hafal, tetapi tidak ingat langsung manakala 3 orang murid ini gagal membuat tugasan yang diberikan. Apabila ujian bulanan atau peperiksaan dijalankan, 3 orang murid ini juga selalu gagal. Setelah saya amati murid-murid yang lemah ini, mereka sukar untuk mengingati isi pelajaran dan terdapat juga yang kurang berminat untuk belajar. Saya tidqk berpuas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Kepentingan pemakanan yang sihat kepada mereka mendorong saya mencuba dan terus mencuba untuk memahamkan topik pengelasan jenis makanan ini. Saya telah berusaha untuk memahamkan mereka berkaitan jenis makanan kerana perkara ini merupakan amalan pemakanan yang baik berdasarkan kepada piramid makanan. Piramid makanan adalah penting untuk kita mendapatkan tenaga, membantu membesar dan mengekalkan kesihatan. 2. Fokus Kajian Saya telah menganalisis soalan-soalan berkaitan topik ini dalam ujian dan peperiksaan. Saya dapati soalan-soalan daripada topik ini 5 hingga 10 soalan akan ditanya. Jadi, jika murid dapat menguasai topic ini akan menyumbang dan memberi peluang untuk mereka lulus. Masalah utama adalah murid perlu mengingati dan memahami pengelasan makanan dan kepentingannya. Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah p&p, pencapaian murid ini akan dapat ditingkatkan. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

1 Lantaran itu, saya telah menjalankan ujian topikal terhadap 31 orang murid 2 Jaya. Sebahagian daripada mereka boleh menjawap dengan betul dan sebahagian lagi masih perlu dibimbing. Dalam ujian tersebut, ramai murid membuat kesilapan di bahagian pengelasan makanan mengikut fungsinya. 3. Objektif Kajian i. Objektif Am Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid mengelaskan jenis makanan mengikut fungsinya. ii. Objektif Khusus 3.2.1 Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang memberi tenaga. 3.2.2 Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang membantu membesar 3.2.3 Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang mengekalkan kesihatan. 3.2.4 Membina keyakinan diri seterusnya melahirkan murid yang kritis. 3.2.5 Menambahbaikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru. 4. Kumpulan Sasaran Sasaran saya ialah lapan orang murid Tahun 2 Jaya yang terdiri daripada lima orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Murid-murid ini terdiri daripada kalangan murid lemah. 5. Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti masalah. Saya menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian pra. i. Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kaedah hafalan menjadi masalah kepada murid-murid lemah kerana terdapat pelbagai makanan. Walaupun diajar berulang kali, namun keupayaan murid sangat terhad.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

2 ii. Ujian Pra Saya mengedarkan latihan yang mengandungi sembilan soalan kepada murid-murid. Setelah dua kali latihan dan Ujian Pra dijalankan kepada lapan orang murid sasaran ini menggunakan set soalan yang sama, mereka masih gagal menjawab kesemua soalan. iii. Soal selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid sasaran untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan topik pengelasan makanan dan fungsinya sebelum dan selepas FOOD GAME diperkenalkan. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah i. Analisis Pemerhatian Melalui pemerhatian terhadap lapan orang murid sasaran, saya dapati murid-murid ini terlalu lemah untuk mengingati fakta dan ada yang tidak berminat. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku murid itu sendiri. Lima orang daripada mereka mencuba untuk menghafal tetapi tidak dapat menyatakan kembali kerana keupayaan mereka terhad. Manakala tiga orang murid lagi menunjukkan mereka tidak berminat untuk belajar. Justeru itu, mereka kurang memberi tumpuan semasa pembelajaran berlaku di samping kurang melibatkan diri dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. iii. Analisis Ujian Pra Hasil dapatan daripada Ujian Pra, kekerapan menjawab dengan betul soalan-soalan yang diberikan bagi setiap latihan dapat dikelaskan seperti jadual di bawah: Jadual 1: Jadual Keputusan Ujian Pra Skala Latihan 1 Latihan 2 Kekerapan (Pemerhatian (Pemerhatian ) ) Betul semua Betul 7 Betul 5 Betul 4 1 Salah semua 8 7 Jumlah 8 8 Ujian Pra 5 3 8

Jadual 1 menunjukkan 3 orang murid tidak dapat mengingati pengelasan jenis makanan dengan mendapat salah semua dalam Ujian Pra yang dijalankan.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

iii.

3 Analisis Soal Selidik Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan betul. Analisa dapatan soal selidik dapat dilihat menerusi jadual di bawah. Jadual 2 : Analisa Soal Selidik Berdasarkan Bilangan dan Peratus PILIHAN BILANGAN PERATUS Tidak suka mata pelajaran 2 25.0 Sains Tidak boleh ingat 2 25.0 Keliru 1 12.5 Tidak faham 1 12.5 Susah 1 12.5 Malas nak hafal fakta 1 12.5 Jumlah 8 100 Berdasarkan Jadual 2 di atas, terdapat 2 orang murid sasaran (25.0%) tidak suka mata pelajaran Sains, manakala 2 orang murid sasaran (25.0%) menyatakan tidak boleh ingat jenis makanan, 1 orang murid sasaran (12.5%) pula lagi menyatakan keliru dalam mengelaskan jenis makanan , 1 orang murid sasaran (12.5%) menyatakan tidak faham, 1 orang murid sasaran (12.5%) menyatakan susah dan 1 orang murid sasaran (12.5%) lagi menyatakan malas nak hafal fakta.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan 5.3.1 Saya memberikan bimbingan klinikal kepada lapan orang murid ini selama dua minggu di bilik Sains. Masa yang diperuntukkan selama satu jam untuk setiap sesi. Aktivitiaktiviti yang dijalankan: i) Aktiviti 1 : Nyanyian ii) Aktiviti 2 : Kata Kunci iii) Aktiviti 3 : Permainan Food Game iv) Aktiviti 4 : Latihan pengukuhan

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan untuk setiap aktiviti: i) Aktiviti 1 a) Lirik Lagu Makanan (Lampiran 2) b) LCD, laptop, speaker dan mikrofon ii) Aktiviti 2 Kata Kunci a) Papan Kad Kata Kunci

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

b) Kad Kata Kunci (Lampiran 10) iii) 4 Aktiviti 3 Permainan Food Game a) CD Food Game (Lampiran 4) b) LCD dan laptop untuk paparan Slide Power Point (Lampiran 3) c) White Board Marker (Papan Markah) Aktiviti 4 a) Set soalan latihan (Lampiran 5) b) Soalan Ujian Pos (Lampiran 6)

iv)

5.3.3 Instrumen digunakan i. Senarai semak pencapaian individu murid sasaran (Lampiran 7) ii. Graf pencapaian individu murid sasaran (Lampiran 8) iii. Borang soal selidik (Lampiran 9) iv. Set soalan-soalan latihan v. Set soalan ujian pra (Lampiran 1) dan ujian pos 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 Nyanyian (melodi London Bridge is falling down) Guru memaparkan lirik lagu Guru menyanyi diikuti oleh murid Rice and bread, Mee and potatoes (3x) Rice and bread, Mee and potatoes (3x) Give us energy. Milk and meat, Egg and chicken (3x) Milk and meat, Egg and chicken (3x) Help us to grow. Cabbage, carrot and banana, Banana (3x) Cabbage, carrot and banana, Help us, stay healthy. Guru bersoaljawab dan meminta murid menyatakan jenis makanan dan fungsinya yang terdapat dalam lagu tersebut.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

5 i. Pemerhatian Hasil pemerhatian setelah murid-murid menyanyi Lagu Makanan, didapati mereka mula menunjukkan minat untuk belajar. Murid-murid menjadi lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan berkaitan kelas makanan. ii. Refleksi Daripada aktiviti yang dijalankan murid-murid lebih mudah mengingati fungsi makanan. Secara tidak langsung mereka juga dapat mengelaskan jenis makanan. 5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 Kata Kunci Guru menerangkan penggunaan Kata Kunci melalui Papan Kata Kunci Guru menerangkan makanan hasil dari haiwan iaitu Animal (A) sebagai Abang, manakala untuk membesar iaitu Grow ( G) sebagai Gemar . Vegetables & Fruits (V) sebagai Van dan Healthy (H) sebagai Hijau. Oleh itu Kata Kunci adalah AGVH iaitu Abang Gemar Van Hijau. Pemerhatian Hasil pemerhatian setelah murid-murid mendengar penerangan tentang Kata Kunci, mereka dapat memahami akan maksud AGVH dan murid-murid menjadi lebih berkeyakinan dalam mengingati fakta berkaitan kelas makanan. ii. Refleksi Daripada aktiviti yang dijalankan murid-murid lebih mudah mengingati fungsi makanan. Secara tidak langsung mereka juga dapat mengelaskan jenis makanan.

i.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

6 5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3 - Permainan Food Game

Guru menerangkan tentang jenis makanan dan fungsinya dengan menggunakan slide Power Point yang dibina sendiri. Guru membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang murid bagi setiap kumpulan Guru menerangkan cara dan peraturan permainan tersebut. Murid menggunakan komputer untuk bermain Permainan FOOD GAME yang saya bina sendiri. Dalam masa 20 minit Murid perlu klik pada ruang jawapan dan taip YES atau NO. Jawapan yang betul akan menerima 2 mata dan ucapan TAHNIAH manakala jawapan yang salah mendapat 0 mata dan CUBA LAGI. Murid bermain secara individu dalam masa yang ditentukan. Markah akan dikira mengikut jumlah jawapan yang betul Kumpulan yang mendapat markah tertinggi menjadi pemenang. i. Pemerhatian Permainan ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran semakin menyeronokkan. Muridmurid yang tidak pernah menggunakan komputer mendapat pendedahan melalui permainan ini, manakala murid-murid yang tahu akan mengajar rakan mereka. Secara tidak langsung terdapat bimbingan rakan sebaya dalam kalangan mereka. ii. Refleksi CD FOOD GAME ini membantu murid-murid meningkatkan kefahaman tentang pengelasan makanan mengikut fungsinya. Mereka dapat menjawab soalan yang diajukan berpandukan pada permainan FOOD GAME. Secara tidak langsung melahirkan murid yang celik IT melalui permainan tersebut. Rajah 1 : Permainan FOOD GAME lampiran 3 Rajah 2 : Slide Power Point Lampiran 2

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

5.4.4

7 Pelaksanaan Aktiviti 4 Latihan pengukuhan Guru mengedarkan kertas soalan-soalan Latihan

Pengukuhan (Lampiran 4) Murid akan menjawab dalam masa yang ditetapkan iaitu selama 30 minit. i. Pemerhatian Murid-murid sasaran ada keinginan untuk mencuba menjawab soalan-soalan latihan setelah mereka bermain FOOD GAME. ii. Refleksi Latihan pengukuhan ini dapat membantu muridmurid tersebut mengingat dan memahami topik pengelasan makanan mengikut fungsinya dan seterusnya dapat menjawab dengan tepat soalansoalan tersbut dengan tepat. Secara tidak langsung timbul murid minat terhadap mata pelajaran Sains. 5.5 Refleksi Kajian Semasa bimbingan klinikal dijalankan, saya membuat senarai semak pencapaian setiap murid sasaran untuk melihat perubahan peningkatan mereka dari semasa ke semasa. Jadual 2 : Pencapaian murid sasaran dalam bimbingan klinikal BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 NAMA MURID MURID A MURID B MURID C MURID D MURID E MURID F MURID G MURID H PENCAPAIAN (markah dalam %) LATIHAN 1 LATIHAN 2 LATIHAN 3 0 30 80 40 70 70 50 60 60 50 70 90 60 80 100 70 70 90 50 70 70 80 90 100

Jadual 2 di atas menunjukkan peratusan pencapaian murid sasaran dalam masa bimbingan klinikal dijalankan dari semasa ke semasa. Setelah rawatan dan Ujian Pos dijalankan, saya dapati melalui perubahan tingkah laku murid yang mana murid

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

8 menunjukkan minat kerana mereka berpeluang menggunakan komputer sambil bermain. Dengan penggunaan FOOD GAME, proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Ini kerana naluri semulajadi kanak-kanak sangat cenderung kepada permainan menyebabkan kaedah ini dapat mengukuhkan ingatan mereka sambil bermain. Di samping itu, ia dapat merangsang minda murid-murid yang lemah ini. Murid-murid sasaran ini menyatakan rasa gembira kerana dapat belajar sambil bermain. Selain mendapat pengetahuan, murid-murid juga dapat berinteraksi dan bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin ketika bermain. Kaedah ini dapat mengurangkan rasa tertekan murid-murid tersebut kerana ia dapat menarik minat tanpa memaksakan diri mereka untuk menghafal dan mengingat pengelasan makanan mengikut fungsinya. Melalui kajian tindakan ini, pencapaian murid berubah daripada tidak menguasai topik ini kepada menguasainya. Perbandingan pencapaian murid dalam ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut: Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos UJIAN PRA SKALA BIL Betul semua 0 Betul 7 0 Betul 5 0 Betul 4 5 Salah semua 3 Jumlah 8 % 0 0 0 62.5 37.5 100 UJIAN POS SKALA BIL Betul semua 3 Betul 7 5 Betul 5 0 Betul 4 0 Salah semua 0 Jumlah 8 % 37.5 62.5 0 0 0 100

Berdasarkan Jadual 3, saya dapati murid sasaran pada awalnya tidak menguasai kemahiran ini akhirnya telah menguasainya. Ini dapat dilihat dalam Ujian Pos, 8 orang murid tersebut telah dapat menjawab dengan betul pada tahap yang membanggakan. Saya sebagai pengkaji berasa gembira dan puas hati kerana terdapat perubahan dari segi pencapaian murid-murid dalam mengingat dan memahami fungsi makanan. Masa yang diambil untuk memahami dan mengingat sesuatu jenis makanan mengikut fungsinya adalah minima daripada belajar secara biasa. 9

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

Pencapaian murid dalam Ujian Pra, bimbingan klinikal dan ujian Pos menunjukkan peningkatan. Ini dapat dilihat menerusi graf pencapaian individu murid sasaran (Contoh seorang murid sasaran) Graf 1: Graf Pencapaian Individu
GR AF P ENC A P A IAN MURID S AS ARA N K A J IA N TINDAK AN S A INS 2007
NAMA : MURID B

100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 PRA LAT 1 LAT 2 LAT 3 POS

Berdasarkan Graf 1 di sebelah, Murid B, dalam Ujian Pra murid ini langsung tidak menguasai kemahiran yang dikaji (0 markah). Ianya bergerak menunjukkan peningkatan sedikit dalam sesi bimbingan klinikal seterusnya menunjukkan peningkatan kemuncak pada ujian Pos (100 markah).

Daripada kajian yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa ianya telah menunjukkan keberkesanan. Kaedah ini menjadi satu laluan atau cara kepada murid-murid bermasalah ini untuk menguasai kemahiran yang dikaji ini. 6. Cadangan untuk kajian seterusnya Saya telah menggunakan kaedah FOOD GAME ini dan mendapati ia sangat berkesan. Saya akan menggunakan kaedah ini kepada murid-murid lain pada tahun hadapan apabila mengajar tajuk yang sama. Saya juga akan mengaplikasikan kaedah FOOD GAME bagi tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Sains. Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya kerana muridmurid kajian ini telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan mereka dalam mengingati jenis makanan mengikut fungsinya. Dengan ini ianya dapat diaplikasikan dalam pemakanan seharian sebagai individu yang sihat dan cergas.

10

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

BIBLIOGRAFI Curriculum Specifications For Year 2 Science. Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II. Fajar Bakti Sdn. Bhd. : Shah Alam. Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III. Fajar Bakti Snd. Bhd. : Shah Alam. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah Rendah Negeri Johor Jilid 1/2006 Manual Kajian Tindakan (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia : Putrajaya Mohd Nasuha Jamidin dan rakan-rakan. (1996). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Fajar Bakti Sdn. Bhd. : Shah Alam. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah Jilid 4. (1992). Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran. Dewan dan Pustaka. : Kuala Lumpur. Yearly Plan Science Year Two.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

11

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

LAMPIRAN 1 Soalan Ujian Pra Classify the foods below into the correct group

eggs bread milk carrot

banana

cabbage

chicken

potatoes

rice

meat

Food that help us to grow

Food that give us energy

Food that help us to stay healthy

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

Lampiran 2

Lirik Lagu (Tune of London Bridge Is Falling Down)

Rice and bread, Mee and potatoes (3x) Rice and bread, Mee and potatoes (3x) Give us energy. Milk and meat, Egg and chicken (3x) Milk and meat, Egg and chicken (3x) Help us to grow. Cabbage, carrot and banana, Banana (3x) Cabbage, carrot and banana, Help us, stay healthy.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

LAMPIRAN 3 Slide 1

STATE THE KINDS OF FOOD

Slide 2

GIVES ENERGY

Slide 3

TO GROW

Slide 4

B HAT Y E E LH

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

LAMPIRAN 4 KANDUNGAN CD FOOD GAME

Write "YES" or "NO" in the pink colour


TO GROW GIVES ENERGY yes 0 try again no 2 excellent no 0 excellent yes 2 excellent yes 2 excellent yes 2 excellent no 2 excellent 2 2 2 2 2 2 0 BE HEALTHY

no CHICKEN try again yes MILK excellent no FISH try again no NOODELS excellent no RICE excellent no BREAD excellent no FRUITS excellent

no excellent no excellent 2 2

NO

excellent no excellent

NO

excellent no excellent yes excellent

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

no VEGETABLES excellent yes EGGS TOTAL excellent 14 2 2

no excellent no excellent 16 2 2

yes excellent no excellent 18 2 2

TOTAL

48

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

LAMPIRAN 5

LATIHAN 1
LATIHAN PENGUKUHAN MURID SASARAN KAJIAN TINDAKAN SAINS 2007

Nama: __________________________________

Kelas:______

Circle the food that gives us energy and cross the food that helps us to grow. 1 . 2 3

10

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

LAMPIRAN 5

LATIHAN 2
LATIHAN PENGUKUHAN MURID SASARAN KAJIAN TINDAKAN SAINS 2007

Nama: __________________________________

Kelas:______

Look at the pictures below. Tick ( / ) the correct answers in the table given below.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

Types of food Egg Banana Rice Nut Grapes Fish Bread Chicken Vegetable Potato

Food for energy

Food for health

Food to grow

LAMPIRAN 5

LATIHAN 3
LATIHAN PENGUKUHAN MURID SASARAN KAJIAN TINDAKAN SAINS 2007

Nama: __________________________________

Kelas:______

Write E for energy, H for grow and S for health in the correct box.

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

LAMPIRAN 6 Soalan Ujian Pos Classify the foods below into the correct group

eggs milk bread carrot

banana

cabbage

chicken

potatoes

rice

meat

Food that help us to grow

Food that give us energy

Food that help us to stay healthy

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

LAMPIRAN 7

SENARAI SEMAK PENCAPAIAN INDIVIDU MURID SASARAN KAJIAN TINDAKAN SAINS 2007 BIL NAMA MURID PENCAPAIAN (markah dalam %) LATIHAN LATIHAN LATIHAN 1 2 3 0 40 50 50 60 70 50 80 30 70 60 70 80 70 70 90 80 70 60 90 100 90 70 100

1 2 3 4 5 6 7 8

MURID A MURID B MURID C MURID D MURID E MURID F MURID G MURID H

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

LAMPIRAN 8

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

GRAF PENCAPAIAN MURID SASARAN KAJIAN TINDAKAN SAINS 2007


NAMA : KELAS :

100 90 80 70 PE RA 60 TU S 50 40 30 20 10 0 PRA LAT 1 LAT 2 LAT 3 POS

LAMPIRAN 9

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

SOAL SELIDIK MURID SASARAN KAJIAN TINDAKAN SAINS 2007

Tandakan (/) di bawah Ya atau Tidak.

Bil

Perkara

Ya

Tidak

Tidak suka mata pelajaran Sains

Tidak boleh ingat

Keliru

Tidak faham

Susah

Malas nak hafal fakta

LAMPIRAN 10

Seminar Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi 2007

KAD KATA KUNCI

ANIMAL (A)

GROW (G)

VEGETABLES & FRUITS (V)

HEALTHY (H)