Anda di halaman 1dari 6

MEDIA PENGAJARAN/jr2000

MEDIA PENGAJARAN Pengenalan Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudian dikenali sebagai media pengajaran. Media pengajaran merupakan domain utama dalam bidang teknologi pengajaran. Perbincangan topik media pengajaran meliputi; l l l l l l Konsep media; Media pengajaran; Pengkelasan; Fungsi; Pemilihan; dan Penyediaan media pengajaran.

Konsep Media dan Media Pengajaran Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. Maksud asal merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Pervicel dan Elington (1984) Membahagikan media kepada dua: Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan Perkataan bercetak, filem, pita, pring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. Pelbagai Saluran Komunikasi Media Surat khabar, radio dan televisyen

Reiser dan Gagne (1983) Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media. Konsep media menurut Torkleson la) Mesej: lisi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan. lb) Bentuk Mesej: lbagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

MEDIA PENGAJARAN/jr2000
c) Saluran Mesej: lperalatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD dan sebagainya. Media Pengajaran Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran. Definisi Media Pengajaran. lMedia pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran l lNgui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total. Fungsi Media Pengajaran (MP) Kelebihan MP 1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej,

adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik. 2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh; i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography. iii.Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan. iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll. v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan. 3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri

MEDIA PENGAJARAN/jr2000
dan menurut kemampuan dan keselesaan. 4. Pengalaman dan Persepsi yang Sama,

sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal, belajar secara berulang kali dapat membantu membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

Fungsi MP dalam pengajaran Pengajaran Bersama Pengajar lPenggunaan media yang paling biasa, membantu pengajar melaksanakan pengajaran secara langsung. Berkesanannya bergantung bagaimana pengajar menggunakan media tersebut. Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar lMedia digunakan tanpa kehadiran pengajar. Pelajar dibimbing oleh pereka media dengan menggunakan modul dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri. Media dipakejkan dengan sempurna, serta dijelaskan tentang tujuan, objektif, cara menggunakan dan menilai pencapaian sendiri. Folio Bermedia lKoleksi kerja pelajar yang menunjukkan peristiwa dan proses dalam satu-satu tempoh. lPenghasilan folio membantu pelajar memahami, merumus dan membentang

Pelajar ini menitikberatkan soal ketepatan, betanggungjawab, dari pelbagai sumber dan komitmen yang tinggi dalam tugasan. Pengajaran Tematik lBerfokus kepada topik tertentu. lBermula dari perkongsian pengalaman kemudian perkongsian kepakaran (mengumpul data dan membuat kesimpulan) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa lMembantu orang kurang upaya seperti pekak dan buta dan bisu. lMembantu pelajar yang pintar mengukuhkan pengetahuan dalam bentuk yang lebih abstrak.

Pengkelasan Media Pengajaran Hoban dan Zissman (1937) l l Nilai bahan pandang dengar bergantung kepada tahap realisme Semakin tinggi tahap realismenya maka semakin tinggi nilai bahan. Oleh itu para pengkaji telah mencipta konsep penyusunan hirarki kaedah pengajaran berasaskan

MEDIA PENGAJARAN/jr2000
tahap realisme seperti: Edgar Dale (1946) Pengalaman Dale

Simbol/verbal Simbol/visual Rakaman audio/ video kaku Gambar bergerak Bahan pameran Lawatan Tunjuk cara Mengalaman dalam lakonan atau drama Pengalaman tiruan Pengalaman sebenar

Dari rajah kon tersebut pengalaman konkrit pelajar berlaku apabila mereka terlibat langsung dalam aktiviti/peristiwa. Pengalaman konkrit akan semakin berkurang jika menjadi pemerhati Pengalaman abstrak akan berlaku jika penggunaan simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa. (keberkesanan pengalaman abstrak bergtg kepada maklumat konkrit sedia ada dlm mentafsir konsep abstrak) Brunner (1966) menafsirkan kon Dale dgn 3 jenis pengalaman Pengalaman enaktif (pengalaman secara langsung) Pengalaman ikonik (visual) Pengalaman simbolik/digital (perkataan)

MEDIA PENGAJARAN/jr2000
Menurut Gagne dan Briggs (1974) media terbahagi 6 kategori berasaskan rangsangan fizikal yang dihasilkan oleh media Perkataan yang diucap Bunyi selain dari perkataan ucapan Perkataan bercetak Gambar pegun Gambar bercetak Sampel sebenar Mengenali ciri adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media daripada terus menentukan peralatan dan bahan. Satu pembelajaran mungkin boleh dilaksanakan oleh 3 dari 6 kategori tersebut. Oleh itu pengajar boleh memilih mana-mana bahan yang sesuai dan mampu dilaksanakan.

Pemilihan Media Tajuk ini memberi fokus kepada format / bentuk media Pelajar tidak dpt belajar kerana media yang digunakan tidak sesuai. (mereka tidak faham konsep abstrak maka mereka menghafal tanpa memahami konsep) Oleh itu: l l l Suatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran yang berkesan Perlu mengenal pasti objektif sebelum memilih media (sepertimana saranan ASSURE) Mengambil kira/mempertimbangkan soal kepentingan media dan jumlah kos

Kon Pengalaman Dale Prinsipnya: l go as low on the scale as you need to, in order to ensure learning for your group, but go as high as you can for most efficient learning Pendekatan ini slow but sure. Jika byk penggunaan simbol abstrak (verbal dan visual) ia adalah fast but risky Sifat fizikal media Visual Perkataan bercetak Bunyi dan suara Pergerakan Warna Bahan sebenar.

MEDIA PENGAJARAN/jr2000
Panduan memilih media berasaskan faktor praktikal Ia berkaitan dengan sama ada pilihan media dapat diperolehi/dilaksanakan: Adakah MP mudah diperolehi? Adakah mudah digunakan Jika tidak mudah diperolehi, berapa kos dan masa yang diperlukan Adakah pentadbiran meluluskannya?

Anda mungkin juga menyukai