Anda di halaman 1dari 4

HOSPITAL IMPIANKU

Hospital terdapat di mana-mana di bumi Malaysia ini. Hospital dibangunkan untuk kemudahan dan kegunaan orang awam supaya dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit dengan kelengkapan yang cukup dan lebih moden berbanding rawatan tradisional. Cita-cita saya adalah ingin menjadi doktor. hospital sendiri. Selain itu, saya juga mempunyai keinginan untuk memiliki Hospital yang saya impikan haruslah mempunyai pelbagai

kemudahan serta kelengkapan yang moden dan canggih.

Saya akan menentukan apa yang terbaik untuk pesakit-pesakit saya nanti. Antaranya ialah mempunyai kelengkapan yang cukup untuk kemungkinan. Contohnya,ialah surau, restoran hospital untuk kemudahan pelawat, ruang rehat atau bilik tidur untuk tetamu atau pelawat, dan wad selesa dan luas. Perkara ini penting supaya dapat menjamin keselesaan pesakit yang berkunjung. Saya juga akan menyediakan kemudahan lif, alatan perubatan selengkapnya dan juga kemudahan pengangkutan bagi pesakit.

Selain itu, saya akan memastikan pesakit mendapatkan layanan yang baik dan istimewa daripada doktor yang bertugas mahupun jururawat serta semua kakitangan hospital impian saya. Sebelum memilih para pekerja dan

kakitangan, saya akan memastikan meraka peramah dan mudah bergaul dengan orang lain. Doktor dan jururawat haruslah bersikap lemah lembut dan beramah

mesra dengan pesakit mahupun pelawat hospital yang harmoni dan ceria dapat diwujudkan di hospital saya.

Kebersihan dalaman dan luaran hospital saya juga akan dititikberatkan. Saya akan memastikan tong sampah berada di mana-mana di kawasan hospital untuk memberikan kemudahan kepada pesakit, pelawat ataupun kakitangan hospital membuang sampah. Saya juga akan mengupah pekerja yang

berkebolehan dan bertanggungjawab dalam pengurusan kebersihan untuk menguruskan perihal kebersihan hospital. Pada masa yang sama, saya akan membuat pemeriksaan berkala kepada kakitangan hospital untuk memastikan pakaian mereka kemas dan bersih. Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman. Jadi, hospital yang bersih akan memastikan ketenangan dan ketenteraman para pekerja dan pesakit.

Di samping itu, saya juga mengidamkan hospital dalam taman.

Saya

ingin hospital yang dihiasi pohon-pohon menghijau, bunga-bungaan yang pelbagai jenis, haiwan-haiwan penyeri taman dan tasik kecil untuk mendapatkan ketenangan. Saya juga akan memastikan udara di sekitar hospital tidak

tercemar dengan asap kenderaan atau asap kilang. Dalaman hospital pula akan dihiasi dengan pelbagai jenis pepohon segar. Keadaan ini dapat mewujudkan keadaan hospital yang serba semulajadi.

Pada setiap pagi pula, saya akan memastikan aktiviti membaca ayat-ayat suci Al- Quran berjalan dengan lancar. Ini membolehkan pesakit mendapatkan Kesabaran sepanjang berada di hospital dengan bergantung harap kepada Allah mendapatkan usaha-usaha daripada para doktor dan jururawat untuk mengubati penyakit mereka. Saya akan menjadikan hospital milik saya bukan sahaja untuk merawat pesakit tetapi membantu mereka iaitu umat islam dalam memanjkatkan doa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. bacaan Al-Quran pada setiap waktu pagi akan melahirkan jiwa yang tenang dan percaya dengan keajaiban Allah.

Seterusnya hospital yang saya inginkan mestilah luas dan cantik. Saya akan membeli tanah yang kedudukannya strategik dan mempunyai suasana sekitar yang tenang, damai, dan udara yang nyaman. Saya akan memastikan pesakit pesakit di hospital saya mendapatkan rawatan dengan selesa.

Selain itu, saya juga mahukan sebuah hospital yang ceria. Hospital itu akan saya hiaskan dengan daya kreativiti untuk menambahkan kedamaian dan ketenteraman di hospital. Saya akan menambah bahan bacaan untuk memenuhi masa pelawat- pelawat yang datang. Pelbagai kemudahan awam seperti telefon awam akan disediakan untuk kegunaan kecemasan pelawat atau kakitangan . Untuk surau hospital, saya akan mencari seorang atau dua orang imam untuk mengimarahkan surau itu setiap hari. Ini membolehkan para doktor dan

kakitangan hospital solat secara berjemaah bagi mengeratkan silaturahim diantara semua staf dan kakitangan hospital.

Akhir sekali, saya mengimpikan hospital di mana adanya doktor-doktor pakar yang berkebolehan untuk menjaga pesakit-pesakit saya. Doktor itu haruslah ramah, penyayang, sabar dengan kerenah pesakit dan rajin bekerja. Mereka juga haruslah dapat bersikap toleransi sesama kakitangan hospital supaya dapat menimbulkan suasana kekeluargaan walaupun dalam situasi bekerja.

Saya akan berusaha supaya impian dan cita-cita saya akan tercapai. Untuk menjadi seorang doktor yang berjaya dan seterusnya memiliki hospital sendiri, saya haruslah belajar bersungguh-sungguh dan mengharumkan nama keluarga, sekolah dan bangsa. Di samping itu juga, saya harus mempraktikkan sifat-sifat penyayang, toleransi dan hormat menghormati supaya pesakit tidak janggal apabila menerima rawatan di hospital saya. Saya akan memastikan

mereka selesa dengan layanan daripada pihak hospital. Saya akan berusaha kerana usaha tangga kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai