Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Projek Pembinaan Rumah Hijau 2009

1.0

PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan ..ini telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2009. Kawasan sekolah yang luas dan strategik bukan saja berpotensi untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dari segi akademik malah boleh dipromosikan sebagai sebuah sekolah yang indah dari segi lanskapnya. Oleh itu, pelbagai usaha untuk menambah keceriaan lanskap Sekolah Kebangsaan .. telah dan sedang dirancang. Sekolah ini sudah menampakkan potensi besar ke arah sebuah sekolah yang cantik dari segi keindahannya melalui kerjasama semua warga sekolah di bawah sokongan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Seiring juga dengan itu, semasa lawatan Yang Berhormat, ke menyatakan rasa senang apabila pertama kali tiba di .. Beliau merasakan mempunyai potensi yang besar terutamanya dari segi pengisian lanskap dan melalui tanggapan ini mampu menonjolkan diri sebagai salah sebuah sekolah dalam taman yang cantik. Oleh itu, salah satu usaha ke arah itu ialah mewujudkan sebuah Rumah Hijau di sekolah ini. Rumah Hijau ini akan dijadikan tempat penyimpanan bunga-bunga perhiasan selain sebagai pusat pertumbuhan dan penjagaan anak-anak pokok bunga. 2.0 RASIONAL Sekolah merupakan salah satu pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Maka, adalah perlu jika suasana pembelajaran yang baik diwujudkan untuk memudahkan aktiviti perkembangan ilmu. Dengan adanya projek pembinaan rumah hijau ini, warga sekolah akan mendapat faedahnya. Selain daripada mewujudkan suasana pembelajaran yang baik, projek ini juga dapat dijadikan pusat pembelajaran bagi murid-murid. Ini merupakan antara faedah yang boleh diperolehi daripada projek ini. 3.0 Matlamat Sekolah Kebangsaan .. berharap untuk menjadi salah sebuah sekolah yang mempromosikan konsep . dan selain dijadikan peneraju konsep ini di bahagian .. pada masa hadapan. Melalui projek ini, diharap ia dijadikan sebagai salah satu langkah permulaan ke arah mencapai matlamat tersebut. 3.0 OBJEKTIF Cadangan projek ini mensasarkan pembinaan sebuah rumah hijau bagi: Menempatkan pasu bunga perhiasan yang boleh digunakan sebagai perhiasan bagi

4.0

majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi sekolah. Pusat semaian dan pertumbuhan pokok bunga. Pusat mendidik murid-murid tentang kesedaran kepentingan menanam tumbuhan. Menyuntik semangat kesepaduan dan kerjasama antara murid, guru dan ibu bapa. CADANGAN TARIKH PEMBINAAN PROJEK

Untuk tarikh pembinaan projek akan ditentukan apabila segala keperluan bahan telah dipenuhi dan juga mesyuarat persetujuan penetapan tarikh jawatankuasa tertinggi PIBG Sekolah Kebangsaan . 5.0 LOKASI PEMBINAAN PROJEK

Lokasi pembinaan Rumah Hijau ini dicadangkan di kawasan tanah lapang bersebelahan dengan . 6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga Sekolah Kebangsaan terdiri daripada murid, guru dan kakitangan sekolah dan ibubapa. 7.0 KEWANGAN

Untuk projek Rumah Hijau ini, rangka bangunan adalah berasaskan kayu. Memandangkan projek ini akan didirikan di luar, maka kayu yang baik harus digunakan. Berikut adalah senarai saiz, keperluan dan harga kayu yang telah diproses. Jenis kayu yang dicadang adalah kayu Belian dan Kapur. Selain itu, tapak untuk Rumah Hijau ini akan disimen. (Tinjauan purata harga berdasarkan tawaran beberapa buah kilang pemprosesan kayu di kawasan ..). Anggaran Purata Harga (RM) 34 50 67 70 40 115 85 8 1 ela 1 ela

No 1 2 3 4 5 6 7

Butiran Kayu Kayu Kayu Net Papan Batu Pasir

Saiz 2 x 2 x 12 2 X 3 X 12 2 X 4 X 12 40 meter (roll) 5/8 x 8 x 12 1 ela 1 ela

Keperluan 7 2 7

Jumlah Besar 238 100 469 70 320 115 85

8 9 10

Simen Paku Bolt Nut

1 bag 2, 3, 4 2

20 5 per kg 9 per kg

10 bag 3kg x 25 6 Jum Besar

200 75 30 1702

*kayu-kayu yang dicadangkan harga telah diketam. 8.0 CADANGAN LUKISAN KONSEP RUMAH HIJAU

Cadangan pelan bagi Rumah Hijau ini ada dilampirkan. 9.0 PEMBINAAN

Pembinan projek akan dijalankan secara kolektif antara guru dan PIBG. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PIBG akan diadakan untuk memutuskan masa pembinaan dan akan menjemput ibubapa yang mahir dalam kemahiran pertukangan. 10.0 PENUTUP

Pembinaan projek ini adalah sebahagian daripada projek pengisian kawasan lapang di sekolah selain memenuhi keperluan untuk mengumpul dan menghijaukan kawasan. Kewujudan Rumah Hijau ini akan memberi pilihan tempat untuk menyimpan pasu-pasu bunga yang diperolehi melalui sumbangan ibu bapa selama ini. Diharap dengan berjalannya projek ini nanti, lebih banyak projek lain akan menyusul dalam usaha untuk menghijaukan Sekolah Kebangsaan seiring dengan matlamat konsep ..

Sekian. Terima Kasih.

Disediakan oleh: (..) GURU Disemak oleh: .. (.) PENOLONG KANAN 1

Disahkan oleh: . (..) GURU BESAR SK .

Anda mungkin juga menyukai