Anda di halaman 1dari 48

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

INTERAKSI
Kamus dewan: tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak Hubungan aktif yang saling bertindakbalas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain dipengaruhi oleh agama, pegangan, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial.

FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Kepimpinan Peranan golongan agamawan Geografi Perkahwinan Perdagangan Misi politik

Kepimpinan
Jika pemimpin atau raja bersikap adil dan toleran interaksi akan berlaku dalam aman atau sebaliknya Pemimpin yang toleransi
Nabi Muhammad SAW tidak menyekat orang yahudi dan kristian di madinah sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.

Pemimpin yang tidak toleransi


Sultan Shamsudin Altamish (india) bertindak keras terhadap penganut hindu.

Sikap Golongan Agamawan


Sami, Paderi, dan Alim Ulama Berusaha mewujudkan suasana harmoni dan menekankan sikap keinsafan Contoh sikap dan akhlak mulia yang ditonjolkan memudahkan interaksi dan islamisasi berlaku. Sikap golongan agamawan yang mencetuskan konflik - ramai sami dan penganut buddha ditangkap dan dipenjarakan (Dinasti Han)

Geografi
Bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan faktor penting Contoh
Cina 2 laluan penting : jalan sutera darat dan jalan laut Pelabuhan melaka kedudukan yang stratergik terlindung dari angin monsun

Perkahwinan
Contoh
pedagang arab dengan penduduk tempatan Perkahwinan berlaku sementara menunggu angin monsun berlalu Berlaku proses Islamisasi

Perdagangan
Contoh
Hubungan perdagangan antara Arab dan China berlaku sejak 3M Interaksi antara Asia Tenggara dengan negara Arab Interaksi antara Asia Tenggara dangan tamadun India- kitab Ramayana Suvarnadvipa (semenanjung emas) dan Suvarnabhumi (bumi emas).

Misi Politik
Mengalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni Contoh
Hubungan diplomatik antara Tanah Melayu dengan China melaka telah membuat hubungan diplomatik dengan China pada 1404. melindungi melaka dari ancaman Siam.

NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN

Semua tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian Menekankan aspek kemanusiaan Mementingkan institusi kekeluargaan Beretika dalam aspek kehidupan Kepimpinan yang berteraskan keadilan dan kebijaksanaan Menghargai alam sekitar

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PELBAGAI TAMADUN

Teologi Etika
Pendidikan Ekonomi Keluarga Komuniti Alam sekitar Kesihatan

Politik dan kerajaan Institusi keagamaan

Teologi
Persamaan
Semua agama menekankan konsep ketuhanan kecuali buddha yang menekankan konsep moral dan etika. Mempunyai doktrin dan amalan tertentu islam = solat, puasa dsb Aspek-aspek tertentu seperti kehidupan selepas mati dan pembalasan akhirat Konsep buddhisme dan hinduisme seperti kelahiran semula dan karma

Perbezaan
Manifestasi ketuhanan berbeza islam (konsep tauhid), kristian(trinity), hindu(trimurti) Hindu dan buddisme konsep penjelmaan semula Manifestasi konsep kenabian, amalan dan konsep hari pembalasan yang berbeza

Etika
Pendidikan
Persamaan
Sebagai pembentuk peribadi Merupakan sesuatu yang mulia

Perbezaan
Cara transformasi dan elemen yang diutamakan islam (tauhid), buddha dan hindu (sifat dan proses mencari diri sendiri)

Ekonomi
Persamaan
Kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks moral semesta
Buddha ajaran jalan lapan lapis mulia Islam konsep halal haram berhubung rapat dengan akhlak Tamadun china falsafah konfusianisme memberi perhatia kepada petani dan memandang rendah kepada pedagang kerana sentiasa terlibat dengan penipuan Tamadun eropah zaman pertengahan dipengaruh ajaran kristian seperti larangan riba, rasuah, penipuan dll

Perbezaan
Perbezaan pada kadar ekonomi dan bilangan penipuan dan rasuah

Keluarga
Tamadun china
Kasih sayang mewujudkan ketenteraman dan keharmonian (ajaran Confucius) 3 dari konsep wu lan (lima hubungan) ialah hubungan bapaanak, abang-adik, dan suami-isteri. Kesetian anak kepada bapa, rakyat terhadap maharaja, amalan menyembah nenek moyang

Tamadun islam
Hubungan anak dan ibu bapa berasaskan tangungjawab. Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang digariskan dalam islam Keredhaan ibu bapa kunci keredhaan Allah Kriteria memilih pasangan ditetapkan untuk keharmonian rumah tangga

Tamadun india
Keluarga merupakan unit terpenting Pembianaan keluarga bermatlamat membuat sokongan fizikal dan rohani disamping penerus zuriat Mementingkan ikatan kasih sayang

Komuniti
Tamadun islam
Wujud hubungan berasaskan ikatan kerabat, agama, dan kemanusiaan Konsep ummah melampaui batas bangsa, warna kulit atau geografi Menekankan kasih sayang dan tolak ansur dalam persaudaraan Peranan dan fungsi wanita diletakkan sesuai dengan fitrah dan sifat semula jadi wanita (barat = wanita sama taraf dengan lelaki) Mengiktiraf kedudukan wanita (pemilikan harta, mencari ilmu), tiada perbezaan kecuali takwa.

Tamadun china
Dipengaruhi sistem kekeluargaan cina = kuasa berasaskan lelaki dan bapa Sistem kekeluargaan berasaskan hubungan darah Sistem kelas ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran

Tamadun india
Berasaskan sistem kasta yang rigid yang diwarisi oleh nenek moyang Sistem kasta mempengaruhi bidang ekonomi, politik, sosial dan perundangan Hubungan sesema angota komuniti ditekankan oleh konsep dharma

Alam sekitar
Persamaan
Anugerah tuhan Manusia sebagai penjaga Memelihara alam sekitar = mengunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab

Perbezaan
Menyembah alam sekitar

Kesihatan
Persamaan
Dipengaruhi oleh alam sekitar

Perbezaan
Rawatan penyakit Mengubati penyakit = memulihkan proses keseimbangan pesakit

Politik dan kerajaan


Tamadun islam
Politik dan agama tidak boleh dipisahkan Prinsip pemerintahan keadilan,kesederhanaan, dll.

Tamadun awal melayu


Kesetiaan terhadap raja, tidak boleh diderhakai

Tamadun china
Ajaran confusius memberi panduan dalam hubungan antara pemerintah dengan rakyat Raja perlu baik moralnya Tidak dibenarkan menentang raja yang tidak bermoral tetapi akan ditarik oleh Tien (maha agung) melalui pelbagai bala.

Institusi keagamaan
Berperanan sebagai pusat agama, sosial, ekonomi, politik dan pendidikan Contoh
Tamadun islam masjid - pusat ibadah, ekonomi, pentadbiran ilmu dan sosial Tamadun barat gereja pusat ibadah, sosial dan ilmu Tamadun hindu dan buddha kuil pusat pendidikan

INTERAKSI TAMADUN DALAM SEJARAH

Tamadun India dan Tamadun Cina Tamadun Melayu dan India Tamadun Melayu dan Tamadun Cina Tamadun Eropah dan tamadun lain Tamadun Cina dan Tamadun Jepun

Tamadun India dan China


Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang saluran interaksi Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

kesan
Penyebaran Agama Buddha
Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali) Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

Sains dan Teknologi


Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian


Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. Seni muzik India alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou

Tamadun Melayu dan India


Bermula seawal abad ke-3 SM Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg Malayadvipa (Semenanjung Melayu) Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas Suvarnabhumi (tanah emas) gelaran diberi kpd Tanah Melayu

kesan
Penyebaran Agama
Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

Sistem Pemerintahan
konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi HinduBuddha.

Struktur Masyarakat
Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu

Adat resam dan Budaya


Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:amalan jampi & mentera Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi, Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu

Bahasa
Pengaruh bahasa Sanskit Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)
Bhakti = bakti Bhumi = bumi Dosa = dosa Drohaka = derhaka Maharddhika = merdeka Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra Tathapi = tetapi Vela = bila

Kesusasteraan
Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana Epik Mahabharata diberi wajah tempatan Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos Turut diadaptasikan dlm wayang kulit

Tamadun Melayu dan Cina


Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah. Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese

kesan
Penyebaran Agama
Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

Warisan Cina Peranakan


Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan Pakaian kebaya dan kain sarong

Kebudayaan
Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah

Perubatan dan Teknologi


Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Teh Cina ataupun green tea Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin

Tamadun Eropah dan tamadun lain


Perkataan Eropah berasal daripada Europe berhubung kait dengan lagenda. Europa anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete Konotasi dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete memindahkan pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996) Tamadun Eropah Empat zaman yang nyata tamadun Eropah: 1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m) 2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek) 3)Zaman Penguasaan Yunani Iskandar Zulkarnain 4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik

Zaman Pertengahan : Awal (476 m)


Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne. Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat

Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m)


Kegemilangan politik, ekonomi & sosial.

Zaman Awal Moden (1500 m)


Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti Revolusi Sains.

Zaman Moden (1800 m hingga hari ini). Zaman penyerlahan revolusi Perancis 1789. Revolusi Perindustrian England 1780an.

Tamadun China dan Jepun


Berlaku secara aman. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun. Dari segi agama dan tulisan
agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto) Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)

Perkembangan intelektual dan kesusasteraan


Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman. Struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga. Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. Sistem pemerintahan berpusat

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai