Anda di halaman 1dari 19

pantang larang suku kaum bajau

dalam masyarakat suku kaum bajau begitu banyak pantang larang yang sehingga hari ini masih menjadi amalan kami sekeluarga. walaupun dalam era yang serba moden ini, keluarga tetap berpegang teguh pada adat resam. antara adat yang digunapakai sehingga hari ini ialah: 1. larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna 2. larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah 3. larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan - akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain 4. larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang 5. larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati 6. larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang 7. larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu 8. larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga 9. larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit 10. larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi 11. larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun 12. larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua 13. larangan mengemas tempat makan jika ada yang belum selesai - akan dibiarkan jika dilanda musibah 14. larangan menuang air di dapur ( bukan di hadapan tamu ) - untuk mengelakkan sebarang keraguan di hati tetamu 15. larangan makan di dalam kuali - muka tiada seri 16. barang dapur hendaklah didahulukan ketika berpindah rumah - agar rezeki tidak putusputus 17. anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai untuk pengantin - agar anak yang dilahirkan tidak yatim piatu

18. larangan membunuh sebarang haiwan ketika isteri mengandung - elak sebarang keburukan terhadap bayi dan isteri 19. larangan keluar rumah sekurang- kurangnya 3 hari untuk pengantin - elak sebarang keburukan berlaku 20. larangan makan sisa anak - anak keras kepala, tidak dengar kata

Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri abah dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir. Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut mahir yang menggunakan cara penangkapan tradisional pada masa dahulu. Di Sabah, mereka adalah nelayan yang tinggal di daerahemporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran mereka adalah nelayan, pesawah dan penternak serta bercucuk tanam. Bajau ota elud pula digelar Koboi Sabah mini kerana Bajau sudah lama terkenal dengan penunggang kuda dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul. Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai imur pula menetap di sekitar udat,andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau.

Bajau yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualiti dan senang di dapati sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pengunjung yang singgah di Kota Belud. Orang Bajau Pantai arat adalah berbeza dengan Orang Bajau antai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Masyarakat Bajau Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

Kima Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur. [sunting]Sagol/enagol Sagol/enagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/enagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak

separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol/enagol iaitu sagol/enagol kering (tiada kuah) dan sagol/enagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal. [sunting]Putu Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,ayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut) [sunting]Tompe (inompeh) Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubiubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya. [sunting]Tarian Tradisional [sunting]Tarian Dalling-Dalling ajau dan gal gal ajau Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan gal gal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan emporna.[1] Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi.Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya

wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin. [sunting]Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud) Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau KOTA BELUD. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan. [sunting]Pakaian Tradisional Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud (Ala Bimbang) bg lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian tradisional bagi uku aum ajau di antai imur emporna dikenali dengan "Alal Bimbang"

Kosa kata Bahasa-bahasa Bajau Adalah disarankan bahawa rencana atau bahagian ini digabungkan dengan Bahasa Bajau. (bincangkan) [sunting]Bajau semporna Aku sayang pada mu - Alasah aku ma ka'ah Aku suka padamu - Bilahi aku ma ka'ah Siapa namamu? - Sai on nu? Nama saya Dayang - On ku Dayang Sayang, aku cinta padamu / Sayang, aku sayang padamu - Rayang, alasa aku maka'ah

apa khabar? - Ai/I habbal? di mana? - maingga? Tak lama lagi aku jadi bapa = Embalna atoggol aku jari emmak Bangunlah kau - avatikna ka

aku - aku, saya angai - kenapa ahok - ya embal niak - tak ada atoggol - lama amangan - makan(sedang) lingantuh - lapar lekkas - cepat palastik - plastik amolek - pulang ka'ah - kau, engkau, awak , anda kita/kitam - kita ka'am - kamu kami - kami bilahi - suka rayang - sayang (Kata Nama - digunakan untuk memanggil atau menamakan seseorang yang disayangi) alasah - sayang, cinta, kasih (Kata Adjektif - menunjukkan perasaan sayang) ralua - sama maka - dengan ma'iya - padanya on - nama sai - siapa

ku = ku(kata ganti nama diri pertama yang menunjukkan hak milik) emmak - bapa onggok - ibu omboh - nenek kakak - kakak/abang siaka - adik beradik yang lebih tua siali - adik siaka - abang otok - (panggilan manja untuk adik/laki-laki yang lebih muda) babu' - makcik bapa/pak - pakcik omboh/ombok -nenek/datuk kaki - sepupu tapek - kaki anak - anak umpu - cucu lella -lelaki randa - perempuan anak kamanakan - anak buah anakranakan - keturunan Ginis Kinakan - Jenis Makanan bohey -air manuk - ayam raing/daing - ikan sapi' - sapi/lembu gula-gula/gulak-gulak - gula-gula buas - nasi/beras

gula/gulak - gula sayul - sayur entollo - telur Ginis Walna/kolol - Jenis Warna pote' - putih ettom - hitam bilu - biru bianing - kuning gaddung - hijau kalas - merah jambu keyyat - merah taluk - unggu Numbul - Nombor assa - satu duwa - dua tullu - tiga empat - empat lima - lima ennom - enam pituh - tujuh waluh - lapan siyam - sembilan sangpuh - sepuluh rahatus/dahatus - seratus Ada beberapa perkataan suku kaum bajau yang hampir sama sebutannya dengan bahasa melayu dan membawa maksud yang sama dalam bahasa bajau. Contoh:Tompah/taumpak - Terompah (kasut),

Badju - Baju, Sin - Sen (Duit), Aku - Aku, buk - buku Kitab - Kitab, iskul - sekolah tahik - air laut rilaut/delaut - lautan palauk/lauk - lauk karitak - kereta Tangan - Tangan longon - lengan bowa-bawa Mata - Mata Talinga - Telinga uas- Beras Kayu - Kayu Sipak - Sepak (Tendang) Sampak - tampar (Lempang) Timbak - Tembak Lakkas/palakkas - Lekas (Cepat) anginum - Minum amangan - makan alahi - Lari Sukup - Cukup Potek - Putih, bilu - biru,

bianing - kuning, gaddung - hijau, ettom - hitam, coklat - cokelat, oren - oren/jingga, unggu/taluk - ungu, ata'u - pandai mata - mata manis - manis(rupa yang manis); amamis - manis(gula ataupun makanan atau minuman yang manis), kukku - kuku , matai - mati, atai - hati, jantung - jantung, hatus - ratus, ivu - ribu, daluwa - sama, batu - batu, kota/bandal - kota, bangsa - bangsa, suku - suku, lampuk - lampu, suvuh - pagi, sawan - cawan, sapu - sapu, lella/lalla - lelaki danda/randa - perempuan,

atakka- sampai, dua/rua,empat,lima,onnom/,sangpuh - dua,empat,lima,enam,sepuluh issa,tullu,pituh,waluk,siam - satu,tiga,tujuh,lapan,sembilan lumak - rumah, a - orang ahap - sedap/bagus min - dari sinnyawa/pantalun - seluar bajjuk - baju tapek - kaki ung - hidung lepa - perahu /biduk suruk - sudu maskid - masjid angai - kenapa dangai/rangai - berapa to'a - tua sambahayang - solat/sembahyang bang - azan sukup - cukup katas - kertas ahap - bagus/baik otak/utuk - otak lawang - pintu bangkuk - bangku bittis - betis tangan - tangan

jambatan - jambatan langit - langit napas - nafas siga - rokok tb - tv halam - tiada palengan-jalan(palengan2-jalan2) amandi-mandi bowa - bawa [sunting]Bajau kota belud lengantu = lapar limpang = baring luman tanak = jalan kaki mapi = masak kiti = kita benad betis = lenguh kaki somo = sama mangan = makan yan abar = apa khabar turi = tidur saging =pisang dendo = perempuan laruk = tapai jomo = orang kambul =selimut segai = mereka payau = rusa dela =lelaki baie = basi yangto'o =nenek tarum = terung mato'o =datuk ngeluteh = lesu eyang =mama kilik = cerek irom = hitam peberinut = beransur balik ema =bapa

sian = siapa lema'an =jalan parak = berkecai nguta =muntah limbo = lemas tio =jauh seruan = bertunang sikot =dekat limpas =lalu /tumpang lalu turi =tidur lulai = lari ngantuk =mengantuk sekelat = selimut tegega =terkejut odon = tangga ingin =suka beluang = pintu gali =geli pendawan = tingkap teto'o =ketawa sesapu = penyapu pinggo =pergi ke mana temang = lidi minggo =mana kuri-kuri/beragam = main-mian songngom =malam mekale = dengar iyan/iyen =apa beserita = bercakap dela' =lidah mandi badak = malam berinai urung =hidung sabuk = gayung moto =mata situn = tempayan telingo =telinga kebentianan = ???? siyen =siapa suang = sungai isa =satu regisin = tali air duo =dua ungkab = terkopek/buka telu =tiga empat=empat limo =lima

enom =enam pitu' =tujuh wauk' =lapan siom =sembilan sepu' =sepuluh buas =nasi rapa' =sayur de'ing =ikan ratas/tara' =redah [sunting]Bahasa Bajau di Filipina Bahasa bajau di selatan filipina juga menuturkan bahasa yang sama, tanpa perubahan sebutan atau makna. walaubagaimanapun,terdapat perbezaan sedikit diantara bahasa kaum bajau sebelah pantai barat dan pantai timur sabah, dari segi sebutan tetapi masih mengekalkan makna yang sama. 60% bahasa bajau adalah bahasa melayu. Apa yang pasti, kebanyakan orang tua - tua suku kaum bajau dahulu amat sukar apabila menyebut perkataan yang ada huruf 'R' dan 'C'dan . Contohnya 'NUR' menjadi 'NUL', 'SABAR menjadi 'SABAL', 'SYUKUR' menjadi 'SUKUL', 'CUKUP' menjadi 'SUKUP', 'CAWAN' menjadi 'SAWAN', menjadi , menjadi dan banyak lagi. [sunting]Bajau kudat / Pendekar Tausug Bajau Kudat adalah kumpulan beberapa sub-etnik bajau yang bergabung dan menuturkan bahasa yang sama serta mengongsi budaya dan adat resam yang sama. Bajau Kudat yang asli adalah gabungan daripada sub etnik bajau iaitu etnik suku Banadan,Danauan serta agayan dengan etnik suku orang Suluk . Oleh itu Bajau Kudat yang asli menuturkan kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Bajau Banadan dan Bahasa Suluk sebagai bahasa harian mereka dan mereka juga dikenali sebagai Bajau Suluk. Dalam lagenda juga dikenali sebagai Bajau Gunung seperti cerita Puteri Gunung Ledang, Puteri Santobong, Puteri Saadong dan puteri-puteri lain di tanah melayu, Pahlawan-pahlawan hebat dan bijaksana pada masa itu akan membina penempatan di kawasan gunung dan berkahwin dengan puteri-puteri kayangan menjaga gunung. Mat Salleh "Wira Pahlawan Sabah" adalah merupakan salah seorang dari keturunan Bajau Suluk dan Menetap di Kawasan Pergunungan Sabah sebelum mula berhijrah. Bajau Kudat kadang kala dikenali juga dengan panggilan Bannaran atau Dannawan atau Samah atau Bajau di kalangan kelompok-kelompok Bajau yang lain.Manakala suku bangsa lain di daerah Kudat seperti Suku Brunei, Suku Bajau Samah, Suku Orang Sungai, Suku Rungus dan Suku Tambanuo yang mendiami kawasan Kudat memanggil orang-orang Bajau Kudat sebagai Bajau Suluk. Oleh itu, orang-orang Bajau Kudat agak unik kerana mengongsi bangsa,bahasa,budaya dan adat resam suku kaum Bajau dan Suluk dan dari etnik Bajau yang lain. Keadaan ini disebabkan adanya asimilasi antara dua suku bangsa ini yang akhirnya menghasilkan Bajau Kudat / Bajau Suluk. Walau bagaimanapun, Bajau Suluk merupakan sub suku yang paling sedikit dalam etnik bajau dan menyebabkan mereka kurang dikenali ramai. Namun darah pahlawan mereka seperti mat salleh dan Raja Islam Sulu menyebabkan mereka menjadi rujukan untuk menyelesaikan masalah. Kini keturunan suku Bajau Suluk masih dikenali dengan kelebihan seperti bijak, pandai, cantik berbading sub-ethik bajau lain biarpun hidup bersama Bajau Kota Belud/Tuaran Petempatan utama Bajau dan Suluk Kudat ini ialah di Kampung Limau-Limauan ( pada masa sebelum penjajahan British Limau-Limauan adalah ibu negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bajau Kudat

dibawah pemerintahan Maharajah Untung Haji Abdul Rahimmoyang kepada Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun dan juga Tuan Guru kepada Datu Paduka Mat Salleh), Kampung Talaga ( Pusat Kekuasaan Bajau Kudat sebelum bertukar ke Limau-Limauan ), Kampung Parapat Laut ( Pecahan daripada Kampung Limau-LImauan ), Kampung Landung Ayang Laut, Kampung Tanjung Kapor, Kampung Membatu Laut, Kampung Liwatan, Kampung Milau, Kampung Tampakan, Kampung Batu Putih dan beberapa perkampungan lain. Bajau Kudat adalah Suku Bajau yang agak unik. Mereka menggunakan seratus peratus (100%) istilah dan bahasa Banarran-uluk dalam kebudayaan, adat resam dan persuratan mereka. Dokumen lama ditulis dalam tulisan bajau dan Suluk. Semua sebutan, huruf, istilah, tulisan,gaya lagu bacaan dan kaedah pengajian al Quran adalah menggunakan bahasa rab dan jawi ajau-Suluk kuno. Semua istilah Nikah Kahwin dan pertunangan adalah menggunakan bahasa ajau dan Suluk Kuno dan bercampur dengan bahasa Melayu lama. Istilah-istilah seperti "Turul Taimah"( Istilah yang seerti dengan "JAWAPAN PENERIMAAN LAMARAN" ) dan "Muka Laung"( BUKA MULUT dalam bahasa Melayu Sabah ) adalah contoh istilah Bahasa Suluk Kuno yang digunakan dalam majlis dan adat pertunangan. Manakala istilah "Mahanda" adalah dari bahasa Bajau yang bererti "Meminang". Istilah "Tampan Maru" pula adalah istilah bahasa Bajau yang digunakan oleh kaum Bajau Kudat yang bererti "Denda akibat pelanggaran satu-satu adat pertunangan atau perkahwinan.Istilah seperti Akat Nika, Mas Kawin dan Tunang adalah berasal dari Bahasa Melayu.Pasangan pengantin Bajau-Suluk atau Bajau Kudat ini selalunya akan diarak menggunakan USUNGAN seperti seorang raja dan permaisuri.Keberangkatan dan ketibaan pengantin selalunya diiringi dengan irama TITIK PALANG NGAN dan irama TITIK SAMBUTAN.Keberangkatan dan ketibaan pengantin atau pasangan pengantin juga akan diiringi dengan bunyi tembakan senapang selalunya tujuh das atau sembilan das bergantung kepada status-quo keluarga pengantin.Keberangkatan pengantin yang diarak akan dialualukan dengan syair tradisi dalam bahasa Suluk yang dikenali sebagai KALANGAN dan panji-panji berwarna Merah yang dikenali sebagai PANJI dan SAMBULAYANG dengan kumpulan muzik tradisional akan turut sama menyertai rombongan pengantin. Orang-orang lama Bajau Kudat hampir keseluruhannya mengakui dan mendakwa bahawa nenek moyang meraka adalah berasal daripada keturunan manusia yang lahir dari ruas bambu atau dikenali sebagai bambu "Kayawan".Berdasarkan kajian, satu-satunya manusia di Kepulauan Borneo dan Sulu yang diakui dalam Tarsila Kesultanan Sulu sebagai keluar dari ruas bambu ialah TUAN MASAIKiaitu Raja Islam Sulu yang pertama ( memerintah dan mengasaskan Kerajaan Sulu Islam pada tahun 1280 Masehi sebelum Sultan Syariful Hashim menyatukan dan mendirikan Kesultanan Sulu pada tahun 1450 Masehi ) yang berasal dari Tanah Besar Borneo Utara ( Sabah ) yang telah berkahwin dengan PUTERI RAJA SIPAD dari Suku Kaum Dayak Buranun ( nenek moyang suku kaum Tausug atau Suk). Antara tokoh-tokoh ternama di Sabah yang pancar keturunannya dari Bajau Kudat ialah Datu Paduka Mat Salleh ( anak-anaknya seperti Halipan @ Ungkung dari isterinya Dayang Bandang dan anakanaknya dari isteri kedua Dayang Shariffah masih terdapat keturunannya di kampung Parapat Laut, Kampung Landung Ayang dan Kampung Talaga Kudat),Tun Datu Mustapha Datu Harun, Datu Aliuddin Datu Harun, Datu Salam Datu Harun, Maharajah Panglima Untung Haji Abdul Rahim, Shariff Osman Wira Marudu, Shariff Ligaddung ( Digadung ), Datu Khalil Jamalul dan ramai lagi.

Satu lagi ciri unik Bajau Kudat ialah rata-rata golongan tua dari suku kaum ini mampu menuturkan lebih dari dua bahasa persukuan di Sabah. Mereka mampu bercakap dengan fasih dan lancar bahasa suku-suku sub etnik Bajau seperti bahasa Banadan, bahasa Kagayan, bahasa Bajau Samah ( Bajau Kota Belud ) dan bahasa-bahasa etnik suku Suluk, Sungai dan Rungus. Pekerjaan utama golongan tua dari suku kaum ini ialah sebagai nelayan dan petani padi bukit. Walau bagaimana pun, generasi Bajau Kudat pada hari ini majoritinya bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Pada masa sekarang Bajau Kudat masih lagi mengekalkan beberapa adat dan budaya lama yang telah diamalkan turun-temurun seperti adat MAG GUNTING atau bergunting beramai-ramai di masjid dan adat MAG DUAAH iaitu kenduri arwah beramai-ramai satu kampung di masjid pada masa Hari Raya Aidl Fitri dan Aidil Adha. Budaya MAG GUNTING agak unik kerana setiap anak Bajau-Suluk yang baru lahir akan diadakan upacara bergunting rambut di masjid setiap kali masa hari raya atau dua kali setahun sahaja. Kanak-kanak lelaki yang akan digunting rambutnya akan diarak ke masjid bersamasama dengan sebuah REPLIKA JONG atau Kapal Layar yang dihias manakala anak perempuan pula akan diarak disertai dengan sebuah REPLIKA MAHLIGAI.Kedua-dua replika ini iaitu JONG dan MAHLIGAI adalah melambangkan seorang Putera Raja dan seorang Puteri Raja. JONG adalah kenderaan Putera Raja manakala Mahligai tempat tinggal seorang Puteri Raja. Senjata tradisi Bajau Kudat ialah BARUNG dan BAKUKU serta KALIS. Barung,Bakuku dan Kalis adalah senjata tempur dan selalunya ia menjadi senjata pusaka keturunan. Barung menjadi senjata kebanggan bagi orang-orang Bajau Kudat. Bajau Kudat telah mendiami perairan Teluk Marudu (Kudat) sekurang-kurangnya seawal abad ke-13 lagi.Sarjana Barat mengakui bahawa kedatangan agaama islam ke Palawan dan Balabak( sekarang ini Filipina) adalah dari Teluk Marudu ( Kudat ) dan Teluk Darvel ( Segama-Lahad Datu). Ahli Pelayaran Belanda Van N Hort yang telah memetakaan daerah MARUDO dalam peta dunia pelayarannnya pada tahun 1595 mengakui adanya petempatan dan pelabuhan di Teluk Marudu. Perkataan Marudu adalah berasal dari Bahasa Bajau Kudat iaitu kata MA ILU DU ATAU MARU DU yang bererti "DI SITU-SITU JUGA".Daerah Marudu adalah daerah tertua di Sabah yang dipetakan oleh sarjana Barat selain daerah Kinabatangan.Dalam Peta Belanda Melaka 1602 pula, nama wilayah Marudo dan Api-Api ( Kota Kinabalu pada masa ini )telahpun dipetakan sebagai dua kawasan yang didiami oleh dua sub etnik orang Bajo atau Bajau. Alat muzik tradisoinal Bajau Kudat adalah Kulintangan, gong, tambul ( Tambur), gabbang (dibuat daripada bambu) dan biola. Uniknya, Bajau Kudat ini mempunyai beberapa jenis irama lagu tradisional yang dimainkan menggunakan kulintangan, gong dan tambul. Antara irama atau dikenali sebagai JINIS TITIK yang selalu dimainkan ialah TITIK SAMAH, TITIK MANGKABUNG, TITIK KAGAYAN, TITIK SUK (Irama peperangan atau Silat), TITIK TA ( KITA ),TADDOH HABAH (irama percintaan),TITIK KABLITAN (irama muzik yang diiringi tarian IGAL) dan TITIK PALANGNGAN ( irama pengantin berangkat dan tiba). Kaum perempuan Bajau Kudat terkenal dengan tenunan kain PIS iaitu kain dastar ikat kepala. Kain Pis yang ditenun selalunya akan dijual kepada suku kaum Rungus yang selalunya bertaraf sekurangkurangnya Ketua Kaum. Ini disebabkan kain PIS ini harganya mahal dan pada masa dahulu ianya dijual secara tukaran barang sama ada ditukar dengan barangan tembaga seperti gong dan gadur

ataupun dengan kerbau.Kadang kala ditukar dengan padi. Sehelai kain Pis boleh mencecah harga tukaran 2 biji gong atau 2 ekor kerbau atau 10 karung padi bergantung kepada motif tenunan. Terdapat beberapa jenis motif tenunan antaranya ialah corak naga (paling mahal), burung merak dan awan larat yang mana ada nama-namanya tersendiri di kalangan ahli tenun Bajau udat. Di Kudat juga terdapat suku Bajau Samah yang merupakan penghijarah dari daerah Kota belud dan Daerah Tuaran. Mereka telah datang ke daerah Kudat semasa dan selepas pendudukan Jepun untuk mencari perlindungan.Kecuali Bajau Samah di perkampungan Sebayan mereka adalah penduduk awal bajau samah di daerah Kudat. Selain daripada itu terdapat juga suku kaum yang dikenali sebagai BAJAU LAUT.Suku kaum ini agak unik kerana bahasanya sama seratus peratus dengan Bajau Samah di Kota Belud tetapi bahasanya agak kasar. Misalnya ikan disebuat DAEYANG( Bajau Laut ) DEENG ( Bajau Kota Belud/Samah Milo Pink disebut Milo Piang dan sebagainya. Bajau Laut ini mendiami Kg Tanjung Kapur Kudat, Kg Landung Ayang ( KUDAT), Kg Meringgan, Kg Mengkubau, Kg Mapan-mapan, Kg Tanjung Piring, Kg Kanibongan ( Di daerah Pitas ) dan Kg Marudu Laut di Kota Marudu. Suku Kaum ini dikenali juga sebagai Bajau PALONGGOH di Kota Marudu. Mereka juga dikenali sebagai BANGSA LA AYUN yang menurut lagendanya adalah suku kaum dari keturunan orang yang memancung kepala Saidina Hussin di Padang Karbala. Kononya nenek moyang bangsa La ayun mempunyai empat puting susu sebagai sumpahan kepada keturunan mereka.Orang-orang Bajau dan Suluk di Kudat juga mengenali suku ini dengan gelaran SAMAH BURUAN.

Anda mungkin juga menyukai