Anda di halaman 1dari 11

TEORI TAKSONOMI BLOOM Taksonomi Bloom merupakan kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma

berdasarkan persaman dan perbezaan sifat organisma itu. (Kamus Dewan, Edisi Keempat, (2005)). Manakala dalam bidang pendidikan, taksonomi ini merupakan model yang digunakan untuk menganalisis bidang-bidang dalam pendidikan. Ia merangkumi objektif-objektif pendidikan yang menjurus kepada pengetahuan, sikap dan psikomotor. Sebelum kita menyelongkar lebih dalam teori ini, kita perlu melihat domain yang terbahagi kepada tiga iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Domain kognitif melibatkan pemikiran murid yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain ini merupakan suatu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. Manakala domain afektif melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi, nilai murid seperti minat, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Akhir sekali, domain psikomotor yang melibatkan perkembangan fizikal murid. Tujuan pendidikan dibahagi kepada tiga domain iaitu domain kognitif (Cognitive Domain), yang merangkumi perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berpikir. Domain afektif (Affective Domain) yang merangkumi perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. Akhir sekali, domain psikomotor (Psychomotor Domain) yang merangkumi perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan fizikal seperti menulis, berlari, berenang, dan mengoperasikan mesin. Beberapa istilah lain yang juga menggambarkan hal yang sama dengan ketiga domain tersebut di antaranya seperti yang diungkapkan oleh Ki Hajar Dewantoro, iatu: cipta, rasa, dan karsa. Selain itu, juga dikenal istilah: penalaran, penghayatan, dan pengamalan. Dari setiap ranah tersebut dibahagi kembali menjadi beberapa kategori dan subkategori yang berurutan secara hirarki (bertingkat), mulai dari tingkah laku yang sederhana sampai tingkah laku yang paling kompleks.

DOMAIN KOGNITIF Bloom membahagi domain kognitif kepada enam aras. Domain ini terdiri dari dua bahagian: Bahagian pertama adalah Pengetahuan (kategori satu) dan bahagian kedua berupa kemampuan dan keterampilan intelektual (kategori dua hingga enam). Aras pengetahuan merupakan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar dan sebagainya. Sebagai contoh, ketika diminta menjelaskan kualiti pengurusan, orang yg berada diaras ini mudah untuk menguraikan dengan baik definisi dari kualiti, produk yang berkualiti, standard kualiti minimum untuk produk. Aras aplikasi berkisar kepada seseorang memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, kaedah, rumus, teori dalam pembelajaran ataupun pekerjaan. Sebagai contoh, ketika diberi maklumat tentang penyebab meningkatnya permasalahan di kilang, seseorang yg berada di tingkat aplikasi akan mampu merangkum dan menggambarkan penyebab berlaku permasalahan ini dengan menggunakan fish bone diagram. Manakala aras analisis pula berkaitan seseorang akan mampu menganalisis maklumat yang masuk dan membahagi atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya, dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Aras sintesis menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat, dan mampu mengenali data atau informasi yang harus didapat untuk menghasilkan keputusan yang diharapkan. Aras evaluasi dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai untuk memastikan nilai lebih efektif.

Dalam bidang pendidikan di Malaysia, Taksonomi Bloom digunakan secara lebih terperinci dan terancang bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dan lebih efektif. Domain Taksonomi Bloom

Rajah 1: Hierarki Taksonomi Bloom Domain ini menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini berbentuk hierarki yang disusun mengikut tahap iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen-elemen ini dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Aras pengetahuan merupakan elemen pertama yang terletak paling bawah dalam hierarki Taksonomi Bloom. Aras ini digunakan untuk menguji keupayaan murid untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras kedua dalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya aras tiga adalah pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, dan bila. Objektif utama aras ini ialah memerlukan murid mengingat semula apa yang telah

dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas. Seterusnya elemen kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras ini terbahagi kepada tiga iaitu penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah proses mentafsir atau intepretasi iaitu idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Biasanya soalan bagi aras kefahaman ini terdiri daripada perkataan jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan. Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan murid menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan. Aras analisis merupakan elemen yang keempat yang mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan murid mengenalpasti unsur unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohnya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi. Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah pelajar perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teoriteori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

DOMAIN AFEKTIF Domain afektif melibatkan aspek kerohanian dan memberi penekanan kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud pada diri seseorang khususnya murid. Krathwohl, Benjamin S. Bloom, Masia (1964) telah mengklasifikasikan domain afektif ini kepada

empat kategori, iaitu peringkat penerimaan, peringkat memberi gerak balas, peringkat rasa bernilai dan peringkat mengorganisasi. Sikap biasanya ditakrifkan sebagai satu kemahuan sama ada mahu mendekati atau menjauhi satu-satu persekitaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ia lebih tepat ditakrifkan sebagai menyukai, merasa seronok atau membenci sesuatu matapelajaran itu. Penghargaan pula adalah satu ukuran terhadap kepuasan berinteraksi atau menghayati sesuatu persekitaran. Guru-guru harus berkebolehan menggunakan unsur-unsur ini bagi mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang baik. Dengan adanya sifat-sifat ini pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Bidang afektif ini mengandungi beberapa aras bermula daripada peringkat yang rendah kepada peringkat yang tinggi. Aras penerimaan merupakan hubungan dengan kemahuan murid-murid dalam memberi perhatian. Ia mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa atau persekitaran. Ia menekankan kepada kebolehan mendengar dengan penuh minat cerita-cerita atau pendapat, menanyakan soalan-soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap, contohnya pada akhir pengajaran, murid sedar tentang tiga jenis kepercayaan agama utama bagi penduduk Malaysia. Terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian iaitu tahap kesedaran yang dikatakan Murid-murid sedar dengan objek atau peristiwa-peristiwa jika perkaraperkara ini berlaku pada masa kehadiran mereka. Seterusnya tahap kesudian atau penerimaan. Tahap ini berkaitan dengan sesuatu pengajaran itu harus disampaikan dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. Akhir sekali tahap perhatian yang terkawal atau terpilih. Pada tahap ini murid-murid dapat membezakan keseluruhan keadaan itu kepada dua atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu aspek tertentu dan terus memberikan perhatian kepadanya. Kategori kedua pula berkaitan dengan gerak balas. Gerak balas bermaksud melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Murid bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi, contohnya murid dapat membezakan antara tingkah laku yang baik dengan tingkah laku yang buruk. Proses gerak balas ini berakhir dengan tahap kepuasan selepas melibatkan diri dengan memberi gerak balas terhadap rangsangan. Persetujuan untuk bertindak balas ini melibatkan tindak balas yang pasif terhadap rangsangan seperi patuh kepada peraturan-peraturan. Kesudian untuk ber tindak balas. Sebelum seseorang murid itu menjalankan sesuatu tugas ia perlulah terlebih dahulu secara sukarela

melengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan. Hal ini dilakukan tanpa paksaan. Akhir sekali, kepuasan dalam bertindak balas ini berasaskan kepada kesudian untuk bertindak balas. Murid dapat merasakan kepuasan daripada tindakan yang dilakukan. Rasa bernilai merupakan aras yang menekankan penilaian dan penghargaan murid terhadap sesuatu rangsangan. Murid berupaya membuat pertimbangan sesuatu aktiviti berasaskan nilainya kepada diri sendiri. Ada tiga cara pendekatan murid terhadap sesuatu nilai iaitu penerimaan sesuatu nilai. Murid bertindak balas berdasarkan nilai. Contohnya, murid itu secara konsisten berjuang untuk bekerja bersama-sama dengan rakan sekelasnya dalam situasi yang membolehkan mereka berinteraksi dan bekerjasama. Cara kedua pula melibatkan kecenderungan terhadap sesuatu nilai. Murid bukan sahaja menerima nilai-nilai tetapi mencari dan mendapatkan nilai tersebut. Contohnya, murid-murid berusaha menjalin persahabatan dengan rakan-rakan sekelas untuk membina satu perhubungan yang baik. Penglibatan murid juga amat penting dalam menentukan penilaian diri. Di sini adanya satu dorongan yang nyata untuk melaksanakan dan mengamalkan perlakuan yang berhubung dengan nilai tersebut. Organisasi bermaksud membentuk sesuatu sistem nilai. Untuk bertindak dalam keadaan-keadaan ini, murid terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan nilai-nilainya. Kategori ini menerangkan peringkat permulaan dalam membentuk satu sistem nilai. Pertamanya berkaitan dengan penanggapan sesuatu nilai yang mana murid mengenali ciri-ciri asas nilai itu. Keduanya, berkaitan dengan organisasi sesuatu sistem nilai sebagai contoh, seorang murid terpaksa merancang aktiviti-aktiviti kelasnya berdasarkan kepada penilaiannya terhadap pertandingan, kerjasama, gred dan sebagainya. Aras perwatakan menekankan ketekalan tingkah laku dengan sistem nilai yang dianuti oleh seseorang. Murid mempunyai falsafah tersendiri dan falsafah hidup ini dapat dizahirkan secara automatik. Terdapat dua peringkat pada aras perwatakan. Set penyamarataan melibatkan pembentukan set umum di mana individu menggarap, memproses dan bertindak terhadap sesuatu keadaan mengikut sesuatu sistem nilai. Keduanya perwatakan meliputi semua kategori yang telah dikemukakan sebelumnya. Pada peringkat ini individu bertindak berdasarkan falsafah kehidupan atau world view. DOMAIN PSIKOMOTOR

Benjamin S. Bloom (1979) menyatakan domain psikomotor berhubungan dengan hasil pembelajaran yang pencapaian melalui ketrampilan manipulasi yang melibatkan otot dan kekuatan fizikal. Oleh itu, domain psikomotor merupakan domain yang berkaitan dengan keterampilan (kemahiran) atau kemampuan bertindak setelah seseorang menerima pengalaman belajar tertentu. Domain psikomotor adalah domain yang berhubungan dengan aktiviti fizikal, misalnya berlari, melompat, melukis, menari, memukul, dan sebagainya. Hasil pembelajaran domain psikomotor dikemukakan oleh Simpson (1956) yang menyatakan bahawa hasil pembelajaran menggunakan domain psikomotor ini dalam bentuk keterampilan (kemahiran) dan kemampuan bertindak individu. Hasil pembelajaran ini sebenarnya merupakan lanjutan dari hasil daripada pembelajaran domaian kognitif (memahami sesuatu) dan dan hasil pembelajaran domain afektif (kecenderungan perilaku). Hasil pembelajaran domain kognitif dan hasil pembelajaran domain afektif akan menjadi hasil pembelajaran domain psikomotor apabila murid telah menunjukkan perilaku atau perbuatan tertentu sesuai dengan makna yang terkandung dalam domain kognitif dan domain afektif. Ciri-ciri Domain Penilaian Psikomotor Domain psikomotor berhubungan dengan hasil belajar yang pencapaiannya melalui keterampilan manipulasi yang melibatkan otot dan kekuatan fizikal. Domain psikomotor adalah ranah yang berhubungan aktivitas fizikal seperti menulis, memukul, melompat dan lain sebagainya. Contoh Pengukuran Domain Penilaian Psikomotor Ryan (1980) menjelaskan bahawa hasil belajar keterampilan dapat diukur melalui pengamatan langsung dan penilaian tingkah laku murid selama proses pembelajaran berlangsung. Sementara itu, Leighbody (1968) berpendapat bahawa penilaian hasil belajar psikomotor mencakupi kemampuan menggunakan alat dan sikap kerja, kemampuan menganalisis suatu pekerjaan dan menyusun urut-urutan pengerjaan, kecepatan mengerjakan tugas, kemampuan membaca gambar dan atau symbol serta keserasian bentuk dengan yang diharapkan dan atau ukuran yang telah ditentukan. Dari penjelasan di atas dapat dirangkumkan bahawa dalam penilaian hasil pembelajaran psikomotor atau keterampilan harus mencakupi persiapan, proses, dan produk. Penilaian dapat

dilakukan pada saat proses berlangsung iaitu semasa murid melakukan praktikal, atau sesudah proses berlangsung dengan cara memberi ujian kepada murid. Penilaian psikomotor dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian merupakan alat penilaian yang banyak digunakan untuk mengukur tingkah laku individu ataupun proses terjadinya baik dalam situasi yang sebenarnya mahupun dalam situasi simulasi. Dengan kata lain, pemerhatian dapat mengukur atau menilai hasil dan proses belajar atau psikomotor. Misalnya tingkah laku murid ketika proses pembelajaran seperti perbincangan dalam kumpulan dan penglibatan murid dalam sesi tersebut. Domain psikomotor ini ini mempunyai lima aras iaitu aras persepsi, aras rangsangan deria, aras pemilihan tanda saran, aras terjemahan, aras set, aras gerakan terbimbing, aras mekanisme dan aras gerak balas nyata dan kompleks. Aras persepsi adalah langkah pertama dalam melakukan satu tindakan motor. Ia adalah proses menjadikan seseorang individu itu mengetahui atau sedar tentang objek, kualiti dan hubungan melalui alat-alat deria. Hal ini melibatkan tiga perkara seperti berikut iaitu rangsangan deria yang berkaitan dengan rangsangan yang tersebut di atas. Ia melibatkan satu atau lebih alat-alat deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan kinestetik. Seterusnya pemilihan tanda saran yang memutuskan apakah tanda saran yang harus dipilih untuk memenuhi keperluan pelaksanaan tugas. Ini melibatkan pengecaman tanda saran dan menghubungkannya dengan tugas-tugas yang akan dilaksanakan. Ia mungkin melibatkan pengumpulan tanda saran yang berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman lalu. Tanda saran yang sesuai dan berkaitan dengan keadaan itu akan dipilih sebagai panduan kepada tindakan dan yang tidak berkaitan akan diketepikan. Akhir sekali terjemahan yang bermaksud menghubungkan persepsi kepada tindakan dalam melaksanakan satu tindakan motor. Ia merupakan proses mental bagi menentukan makna tanda saran yanditerima untuk tindakan. Ia melibatkan terjemahan yang simbolik, iaitu mempunyai satu bayangan atau satu idea, sebagai kesimpulan daripada tanda saran yang diterima. Ia juga mungkin melibatkan wawasan yang dianggap penting dalam mengatasi satu masalah. Terjemahan deria adalah satu aspek bagi aras ini. Ia melibatkan maklum balas iaitu pengetahuan daripada kesan proses.

Seterusnya aras set yang merupakan satu kesediaan untuk sesuatu jenis aksi atau pengalaman. Set mental adalah kesedian untuk melaksanakan satu tindakan motor yang tertentu. Ia melibatkan aras persepsi dan kategori-kategori yang lain. Diskriminasi, iaitu menggunakan pertimbangan dalam membuat perbezaan adalah satu aspek. Set fizikal merangkumi kesediaan menjadikan penyesuaian anatomis (berhubung dengan tubuh) penting untuk tindakan motor dilaksanakan. Kesediaan dalam pengertian fizikal melibatkan set penerimaan, iaitu penyertaan deria. Manakala set emosional merupakan kesediaan dipandang dari segi sikap, sesuai untuk tindakan motor berlaku. Kerelaan untuk bertindak balas seperti yang telah dinyatakan.

Aras gerakan terbimbing adalah langkah permulaan dalam membentuk kemahiran. Di sini ditekankan kepada keupayaan yang merupakan komponen kemahiran yang lebih kompleks sifatnya. Tindakbalas terbimbing adalah tindakan perlakuan murid yang nyata bawah bimbingan seorang tenaga pengajar. Tindakan itu adalah kesediaan dari segi set bagi meghasilkan pemilihan terhadap tindak balas yang dilakukan mengikut keperluan perlaksanaan tugas. Terdapat dua kategori yang berhubung dengan perkara ini iaitu meniru. Meniru adalah perlaksanaan satu tindakan yang merupakan satu tindakbalas secara terus terhadap persepsi seorang lain yang melakukan tindakan itu. Seterusnya proses mencuba pelbagai tindak balas, biasanya dilakukan dengan beberapa tujuan untuk setiap tindak balas, sehingga satu tindak balas yang tepat seperti yang dikehendaki tercapai. Tindak balas yang setepat itu adalah sesuatu sesuatu yang dapat memenuhi keperluan perlaksanaan tugas. Aras gerakan terbimbing ini boleh diterangkan sebagai pembelajaran tindak balas berlipat ganda yang membolehkan satu tindak balas yang tepat dipilih daripada pelbagai perlakuan, mungkin melalui pengaruh hadiah atau hukuman.

Manakala aras mekanisme menerangkan tentang tindak balas yang telah dipelajari menjadi habitat. Pada peringkat ini, pelajar telah mencapai satu keyakinan dan satu kadar kemahiran dalam melakukan satu tindakan itu. Tindak balas itu mungkin lebih kompleks daripada peringkat permulaan. Ia melibatkan beberapa bentuk tindak balas dalam melaksanakan tugas itu. Kebolehankebolehan ini digabungkan untuk mendapatkan kemahiran itu.

Aras gerak balas nyata dan kompleks menyatakan bahawa pada peringkat ini, seorang murid itu boleh melakukan satu tindakan atau perlakuan otot yang dianggap kompleks. Ini kerana bentuk gerakannya yang rumit. Pada peringkat ini, satu kadar kemahiran yang tinggi telah dicapai. Tindakan itu boleh dijalan dengan licin dan berkesan. Ia menggunakan kuasa dan tenaga yang minimum. Terdapat dua kategori iaitu ketetapan ketidakpastian dan juga perlakuan automatik. Ketetapan ketidakpastian merupakan tindakan itu dilakukan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian tugas. Seseorang itu tahu rangkaian itu diperlukan dan kemudian maju dengan keyakinan. Tindakan itu ditegaskan sebagai kompleks sikapnya. Manakala perlakuan automatic menyatakan bahawa pada aras ini seseorang itu boleh melakukan satu kordinasi kelakuan motor dengan kawalan otot dan mengerjakannya dengan mudah.