Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
di Malaysia dijalankan dengan rancak dan tanpa kawalan. Namun begitu, kemajuan yang dikecapi ini sedikit sebanyak telah membinasakan bumi dan alam sekitar menjadi mangsa, baik di udara, laut ataupun di darat. Jadi, langkah-langkah yang efektif harus diambil untuk membendung pencemaran alam sekitar. Pencemaran tanah yang berlaku di Malaysia kian meruncing. Kemelut yang kritikal ini boleh diatasi dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam pertanian. Bahan kimia seperti baja nitrogen, baja ammonia dan racun serangga yang digunakan memberi impak yang negatif kepada kesuburan tanah. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini daripada berlarutan, para petani harus mengambil langkah alternatif untuk mengusahakan pertanian seperti menggunakan baja organik dan baja kompos. Selanjutnya, Kaedah-kaedah pengawalan serangga seperti pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluas. Pilihan Ini dapat mengelakkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekitar. Seterusnya, pihak kerajaan perlu bergubung tenaga bersama badan-badan bukan kerajaan dan mengadakan perbincangan dua hala untuk menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Sebagai contoh, pesalah pesalah yang disabit mencemarkan dan membinasakan alam sekitar seperti menjalankan pembalakan haram haruslah dikenakan denda. Hal ini adalah kerana, hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah boleh dijadikan pengajaran dan iktibar oleh pesalah atau rakyat Malaysia yang lain. Undang-undang yang telah digubal untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah seperti Akta Taman Negara, Akta Racun Makhluk Perosak dan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Disamping itu, sudah menjadi tanggungjawab semua penduduk untuk membendung pencemaran alam sekitar. Penduduk memainkan peranan yang paling besar dalam usaha menyelamatkan dan memulihkan alam sekitar ini. Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kalangan masyarakat, masyarakat haruslah menyertai kempen untuk melindungi alam sekitar misalnya kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, dan sahabat alam. Melalui kempen ini,
masyarakat akan lebih sedar bahawa betapa kroniknya pencemaran alam sekitar yang berlaku di Malaysia. Selain itu, Program Kitar Semula haruslah dianggap serius oleh penduduk bumi ini. Program 3R yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini bermotifkan untuk mengurangkan pembuagan sampah sarap, menggunakan semula barangan terpakai dan mengitar semula. Jikalau semua penduduk mengikut serta program ini, sudah tentu dan tidak boleh dinafikan bahawa pencemaran alam sekitar seperti pencemaran bau dan pencemaran tanah dapat ditangani. Pada masa yang sama, melalui program ini, pengeksploitasian bahan mentah juga dapat dikurangkan. "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini membuktikan bahawa alam sekitar merupakan khazanah paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, kita sudah pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah untuk dibekalkan kepada pelapis Negara akan datang. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan, langkah-langkah yang proaktif harus diambil oleh semua pihak untuk membendung pencemaran alam sekitar sebelum terlambat bak kata pepatah, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.