Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI KURIKULUM Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga,

, T. & Magel, C., 2001) Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah. Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai : Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform. Hirst(1975)-mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yg mengandungi aktiviti2 pembelajaran & disusun oleh guru utk membolehkan murid2 mencapai objektif yg telah ditentukan. Tafsiran umum utk kurikulum=aktiviti-aktiviti yg dialami oleh seseorang individu dr peringkat kematangan kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa. Tafsiran spesifik pula=pelbagai aktiviti pembelajaran yg dijalankan di dlm & luar bilik darjah. Pengertian kurikulum juga merujuk kpd bidang-bidang mata pelajaran yg diajar di sekolah.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Matlamat KBSR Matlamat pendidikan sekolah rendah adlah untuk memastikan perkembangan keseluruhan potensi individu secara seimbang dan bersepadu yang termasuk aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal untuk menghasilkan individu yang seimbang dan berharmoni dengan piawai moral yang tinggi.(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997) Objektif KBSR 1. Menguasai Bahasa Melayu 2. Menguasai kemahiran asas bahasa 3. Mengmbang dan meningkatkan kemampuan intelek termasuk pemikiran rasional, kritis dan kreatif 4. Menguasai kemahiran belajar dan berfikir 5. Menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua 6. Mengembangkan sifat kepimpinan dan keyakinan diri 7. Menjadi peka terhadap manusia dan persekitaran 8. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal 9. Memahami dan menghargai budaya serta menyertai aktiviti riadah 10. Menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal 11. Menguasai asas keusahawanan dan produktiviti 12. Memperoleh kemahiran membaca, melafaz dan memahami makna ayat-ayat dalam Al-Quran 13. Mengukuhkan asas akidah (kepercayaan pada Tuhan) dan amalan nilai murni 14. Menyemai semangat kenegaraan 15. Mengembangkan bakat dan kreativiti 16. Mengembangkan sikap positif

Prinsip-prinsip KBSR i. Murid di peringkat sekolah rendah lazimnya lebih mudah memperoleh ilmu dan kemahiran melalui aktiviti pembelajaran di bilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup mereka. Justeru itu, semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mereka mengikut peringkat-peringkat perkembangan aspek intelek, rohani dan fizikal. Suasana kondusif di sekolah adalah untuk menyediakan peluang dan menggalakkan iteraksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid. Aktiviti bilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. Penekanan pada nilai (nilai merentas kurikulum). Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira). Penilaian perlu diintergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

ii.

iii.

iv. v. vi. vii.

Fokus Tahap Fasa 1 - Tahun1 hingga 3 kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis & mengira diajar kpd murid-murid. Murid-murid diajar utk mendengar, menyebut & mengenal pasti simbol-simbol nombor serta abjad & menggunakan semua nombor & abjad ini dlm tulisan mereka. Mereka juga diajar pengiraan yg asas & kemahiran matematik seperti campur, tolak, darab & bahagi. Fasa 2 - Tahun 4 hingga 6 Kemahiran-kemahiran ini akan diperkukuhkan. Penggunaan kemahiran utk pemikiran & komunikasi khasnya dlm penaakulan logik & memahami isu-isu sosial semasa. Program KBSR juga menggunakan BM sebagai bahasa pengantar kecuali utk mata pelajaran BI. Murid-murid diberikan peluang utk mempelajari kemahiran bahasa & utk berkomunikasi dlm BM. Mereka diberikan perhatian individu & kemahiran bahasa mereka dipantau dgn teliti oleh guru. Guru mementingkan pengajaran mata pelajaran BI & sekolah juga menyediakan program pengayaan Inggeris yg khas. Aktiviti tambahan ko-kurikulum - kelab komputer, MT & SC juga adalah wajib utk murid-murid tahun ke-4 & atas. Murid-murid perlu duduk utk Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)dlm tahun 6.