Anda di halaman 1dari 3

Kekuatan dan kelemahan teori penyuburan

Antara kekuatan yang terdapat dalam teori penyuburan yang paling ketara ialah kesan Mean World yang dibuat berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas televisyen, para penonton dan program keganasan. Ia berlaku apabila heavy viewers menggangap dunia merupakan benua yang yang berbahaya dan tidak selamat ( nastier place) berbanding dengan light viewers ( Gerbner 1980). Selain itu terdapat dua kesan iaitu mainstreaming dan reasonance. Kesan mainstreaming menyatakan bahawa perkongsian berlaku apabila di kalangan heavy viewers yang berlingkungan demografik yang sama di mana light viewers akan melihat pandangan yang pelbagai ( devergent views). Akan tetapi dalam kajian Gerber serta rakannya mendapati bahawa satu kes di mana light viewers mempunyai pandangan yang mendekati convergent outlook dengan viewers ( Gerbner 1980). Contohnya, dalam hasil peninjauan semula pada 1980 mendapati bahawa heavy viewers dan light viewers pada peringkat pendapatan yang rendah mempunyai pandangan atau fikiran yang agak sama. Seterusnya, ialah kesan resonance ialah kesan yang berkaitan dengan pengalaman penonton yang mempunyai persamaan dengan dunia televisyen dan mendapati ia memberi kesan berganda ( double dose) dalam perkembangan teori penyuburan ( Gerbner 1980). Gerbner dan rakannya pada tahun 1980 telah menganalisis kesan reasonance dengan data-data yang berasal daripada Nation Opinion Resaearch Center ( NORC) menyatakan bahawa jantina dan kawasan kediaman merupakan pembolehubah yang penting dan ketara ( significant) terhadap kesan reasonance. Mereka menjelaskan bahawa watak wanita yang di tampilkan sebagai mangsa dalam rancangan keganasan mengakibatkan para penonton wanita yang heavy vewing bukan saja akan meransangkan kesan mainstreaming serta akan merasai ketakutan memandangkan mereka adalah golongan yang terlibat. Begitu juga dengan heavy viewers di kawasan Bandar akan berasa lebih bahaya atau tidak selamat terhadap persekitaran jika dibandingkan dengan heavy viewers di luar Bandar.

Manakala itu, antara kelemahan teori penyuburan ini ialah ramai yang tidak berpuas hati apabila Gerbner dan rakannya telah menyiarkan satu siri kajian tentang teori penyuburan di dalam jurnal-jurnal komunikasi seperti journal of communication, ia telah memberi telah menyebabkan sebahagian ahli teori di bidang ini tidak berpuas hati dengan penjelasan teori yang dikaji. Beberapa ahli teori di bidang seperti Hugh, New Comb, Hirshch dan Mc Quail telah mengemukakan beberapa punca kelemahan teori itu. Antara kelemahan yang dikemukan ialah dari segi penjelasan Gerbner dan rakannya adalah terlalu umun ( over-simplification) tentang punca sebenar yang mengakibatkan impak scary world. Hirsch ( 1980) dan Hugh ( 1980) mengkritik bahawa pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam analisis merupakan jenis control variable dan ia akan memberi hasil yang akan memihak kepada keinginan penyelidik dan kesilapan ini dikenali sebagai spurious relationship. Selain itu, Hugh juga mempersoalkan tentang pembolehubah-pembolehubah yang digunakan di mana ia mengakibatkan faktor pencelah ( third variable), contohnya bangsa berkulit hitam adalah berkaitan dengan isu pengasingan ( alienation) yang mengakibatkan mereka menonton lebih banyak televisyen begitu juga dengan persoalan tentang takut jalan sendiri pada waktu malam di sekitar kawasan. Hugh (1980) juga membangkitkan bahawa kaedah yang di mengkategorikan tahap tontonan televisyen ( television viewing level) adalah tidak sejajar seperti yang dikemukan oleh NORC dan Michigan yang telah digunakan dalam Gerbner et al. s Reporting on Children under 18 years of age. Oleh itu beliau telah mempersoalkan kepercayaan terhadap kenyataan yang dikemukan dalam laporan tersebut. Manakala, NewComb ( 1978) telah membangkitkan kritikan dari segi perspektif kemanusian terutamanya tentang andaian-andaian yang dinyatakan dalam kajian Violence Profile. Beliau membangkitkan bahawa mengandai semua penonton menerima maklumat yang sama dan pasif merupakan satu andaian yang tidak pernah dibuktikan. Oleh itu, andaian yang dibuat tidak boleh menjamin kekuatan kenyataan yang telah dibuat ( NemComb 1978) kritikan yang telah dikemukan oleh Hugh, Hirsch dan NewComb mendapat sokongan daripada McQuail ( 1990) di mana beliau telah meyatakan bahawa teori penyuburan merupakan satu kemuskilan untuk berbincang dengan yakin kerana ia mempunyai hubungan yang kompleks dalam proses menyuburkan para penonton yang didapati banyak faktor lain yang berkemungkinan besar menyebabkan penukaran pandangan dan tingkahlaku penonton.

Dan kaedah penyelidikan yang telah digunakan juga dipersoalkan terutama daripada tinjauan yang dijalankan adalah secara umun dan tidak dapat dibuktikan dengan kerja-kerja experiment ( Hirsch 1980). Soalan-soalan seperti adakah teori penyuburan hanya memenuhi Heavy Viewers di Amerika sahaja? Atau di sebabkan oleh latarbelakang di antara Negara yang berbeza? Ini adalah antara soalan-soalan yang dinyatakan dalam kajian-kajian Wober dan Doob McDonarld di British dan Kanada. Di mana keputusan kajian mereka telah menolak kesan penyuburan di kedua-dua Negara tersebut. ( Hirsch 1980, McQuail 1990)

Anda mungkin juga menyukai