Anda di halaman 1dari 24

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat terbahagi kepada 2 mahzab iaitu :

Mazhab Perenialisme Mazhab Esensialisme

1. Perenialisme : a. Perenialisme berpunca daripada realisme. b. Berasal daripada perkataan perennial yang bermaksud tidak berubah c. Menurut pegangan ini, pendidikan seharusnya berfokuskan carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah.

2. Konsep dan Matlamat Pendidikan : a. Konsep : Ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubahubah. Antara ciri-ciri tersebut adalah rasionaliti b. Matlamat Pendidkan :

Pendidkan bertujuan untuk mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau dan tidak mempunyai had masa.

3. Tumpuan : a. Terdapat empat aspek dalam tumpuan pendidikan falsafah Perenialisme iaitu : Jenis kurikulum Peranan Guru Kaedah Mengajar Peranan Murid

b. Jenis Kurikulum : Antara bidang yang diberi tumpuan adalah bidang kemanusiaan dan kesusasteraan. Ini kerana bidang-bidang ini mempunyai sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia dan bukannya bidang vokasional. Bidang yang disyorkan adalah bidang-bidang seperti bahasa, sastera, matematik seni dan sains. Ini pula kerana bidang sedemikian dikatakan akan memberi murid peluang untuk memperoleh celik akal yang penting mengenai kehidupan.

c. Peranan Guru : Guru dianggap seorang pakar yang bijaksana dan berwibawa dalam bidang pendidikan dan pengetahuan.

Tanggungjawab guru adalah untuk menyampaikan ilmu, membimbing perbincangan kumpulan dan mendisiplinkan anak murid.
d. Kaedah Mengajar :

Kaedah didaktik ditekankan iaitu di mana guru mengajar dan murid belajar segala isi yang disampaikan tanpa menanya sebarang soalan.
e. Peranan Murid : Murid perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh agar dapat memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing dan perlu menyiapakan kesemua tugasan yang diberikan.

4. Esensialisme :
a. Bermula pada tahun 1930an sebagai satu pergerakan falsafah pendidikan yang sistematik dalam bidang pendidikan. b. Berpunca daripada realisme dan idealisme. c. Esensialisme, dasarnya adalah bersifat konservatif.

5. Konsep dan Matlamat Pendidikan : a. Konsep : Berbanding dengan mazhab Perenialisme, Esensialisme menumpukan kepada perkara-perkara yang asas sahaja iaitu apa yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif. Bersifat praktikal dan prakmatik.

b. Matlamat Pendidikan :
Pengajaran berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid sebagai penghayatan budaya.

6. Tumpuan : a. Terdapat empat aspek dalam tumpuan falsafah pendidkan Esensialisme iaitu: Jenis Kurikulum Peranan Guru Kaedah Mengajar Peranan Murid

b. Jenis Kurikulum : Tumpuan diberikan kepada kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Bidang yang wajib diambil adalah sains, sejarah, seni, muzik. Sementara bidang sastera dan kemanusiaan adalah bidang sampingan. Jika tidak ada peruntungan maka bidang tersebut akan dikeluarkan daripada senarai nama bidang yang waijb pada satu-satu tahap persekolahan.

c. Peranan Guru : Disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam pengajaran dan dan pembelajaran bilik darjah. Serta mahir dari segi kawalan bilik darjah dan menjadi teladan kepada anak murid. d. Kaedah Mengajar : Pendekatan didaktik ditegaskan. Murid-murid tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam proses spekulasi reflekif yang dilihat sebagai satu perkara yang semata-mata mensia-siakan masa sahaja.

e. Peranan Murid : Bagi mencapai kejayaan, muri-murid perlu rajin belajar dan menumpukan perhatian dan usaha mereka kepada apa yang diajar di sekolah.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT - MODEN

Terdiri dari 3 mazhab

Progresivisme 2. Rekonstruktivisme 3. Eksistensialisme


1.

Progresivisme
Konsep
Manusia berupaya menyesuaikan diri terhadap perubahan

Matlamat Pendidikan

Menghasilkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian

Tumpuan
Kurikulum Kebebasan untuk memilih

matapelajaran yang ingin dipelajari


Guru pembimbing dan pengurus Kaedah mengajar induktif Murid mencari ilmu dan bersifat aktif

Rekonstruktivisme
Konsep
Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru

Matlamat Pendidikan

Mengasaskan corak budaya baru

Tumpuan
Kurikulum- bidang sains sosial Guru agen perubahan Kaedah mengajar berpusatkan murid Murid berani mencuba dan bersifat aktif

Eksistensialisme
Konsep
Manusia bertanggungjawab ke atas diri sendiri

Konsep

-Tidak digariskan-Bergantung kepada setiap individu-

Tumpuan
Kurikulum - Bidang estetik dan falsafah Guru pemangkin ilmu Kaedah mengajar berpusatkan murid dan aktiviti Murid penerima ilmu yang bersifat aktif

Anda mungkin juga menyukai