Anda di halaman 1dari 1

DOA PERSARAAN


.

Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menghulurkan tangan pengharapan memohon ehsan dan rahmatMu
agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah kepada yang berbahagia Pn Kulsom Bee Bt Md
Mydin yang akan meninggalkan arena pendidikan negara ini. Berikanlah kepada beliau kesabaran, ketabahan dan
kekuatan dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim sejati di hari-hari yang mendatang.

Allahumma ya Munzilar rahmah wa ya fatihal barakah


Kurniakanlah ya Allah... ganjaran, syafaat dan keridhaanmu di atas jasa-jasa baik beliau yang telah dicurahkan
kepada kami dan seluruh warga pendidik khususnya di daerah Petaling ini. Begitupun jua ya Allah.. di atas
semangat juang beliau yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai
pemimpin, pendidik dan ibu yang senantiasa berusaha menyumbang tenaga, idea, kepakaran demi meningkatkan
kualiti kurikulum dan ko-kurikulum pelajar-pelajar Islam di daerah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana
amnya. Mudah-mudahan segala pengorbanan beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan
sebagai pendidik yang masih belum berkesudahan lagi.

.
Allahumma Ya alim wa ya qadhial hajat

Pada malam yang bercahaya ini, kami menadah tangan memohon dariMu. Berilah kami keberkatan dalam segala
gerak laku kami. Kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati
yang sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadat
sebagai bekalan kami untuk menuju akhirat Mu.
Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Bersihkanlah hati kami dan penuhilah diri kami dengan
sifat mahmudah. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang
membawa bencana kepada kami.

.

.

.

.






.

Anda mungkin juga menyukai