Anda di halaman 1dari 2

Kesan Diskriminasi Jantina

Kes-kes diskriminasi jantina banyak membawa kesan negatif terhadap individu , keluarga , masyarakat dan negara . Kesan-kesan tersebut harus ditekan untuk menyedarkan masyarakat tentang keburukan diskriminasi dan berusaha mencegah kes tersebut . Contoh salah satu kesan buruk yang harus diberi perhatian adalah diskriminasi di tempat bekerja . Diskriminasi jantina banyak berlaku di tempat pekerjaan tanpa kira kaum lelaki atau wanita . Biasanya keadaan ini ditunjuk dalam perbezaan kegajian dan kepangkatan . Kaum wanita yang dianggap tidak mempunyai keupayaan dalam pengurusan serta pemimpinan kurang mendapat peluang untuk naik pangkat dalam organisasi . Manakala kaum lelaki pula kurang dihargai dalam bidang persolekan dan salun atau kejururawatan . Situasi ini akan menyebabkan kerendahan motivasi antara pekerja dan juga kekurangan produktiviti dan prestasi kerja . Kebakatan individu tidak digunakan secara berkesan dan ini merupakan satu pebaziran kepada organisasi serta ekonomi negara . Diskriminasi jantina juga berlaku dalam pendidikan . Disebabkan tradisi sesetengah masyarakat , kaum wanita kurang diberi peluang untuk mendapat pendidikan terutamanya di kawasan yang masih mengalami kemunduran . Situasi ini akan menindas pembangunan negara kerana pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan pengetahuan rakyat dan seterusnya meningkatkan tahap hehidupan masyarakat . Diskriminasi jantina dalam sesetengah kursus seperti mechanics dan

carpentry yang diskriminasi wanita serta kursus nursing yang diskriminasi lelaki telah menghalang individu melakukan kerja yang mereka berminat dan berbakat secara tidak langsung . Diskriminasi akan menyebabkan negara terlepas bakat dan juga peluang untuk pembangunan . Selain itu , diskriminasi jantina akan menyebabkan ketidakadilan serta gangguan terhadap jantina tertentu dan akan menjejaskan pandangan masyarakat terhadap golongan itu serta mungkin akan menyebabkan peningkatan kes jenayah . peningkatan kes rogol serta kes keganasan terhadap wanita kerana masyarakat mungkin akan pandang hina terhadap wanita dan sanggup melakukan jenayah tersebut. Di samping itu, diskriminasi jantina juga akan menyebabkan masalah kesihatan secara mental kepada mangsa , orang yang pernah mengalami diskriminasi akan mengalami masalah kesihatan seperti gangguan mental serta tekanan hidup. Mangsa tersebut juga mungkin akan melepaskan tekanan tersebut dengan mendiskriminasi orang lain dan rantaian ini akan berpanjangan dan ramai lagi yang akan terlibat. Justeru , diskriminasi jantina perlulah dibendung agar hak asasi manusia dapat dibela . Masalah ini juga perlulah dititikberatkan oleh masyarakat supaya dapat mengelak ramai lagi yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai