Anda di halaman 1dari 83

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PENSYARAH TARIKH

: EN NAZRI WAN SENIK : 19/01/2012

AHLI KUMPULAN

ANNIE SHANTHI A/P NORIS PRIYA A/P SEGARAN KALAYARASI A/P GNANASEGARAN

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR


a) Membanding beza antara teori pembinaan kurikulum berdasarkan model objektif dengan model proses. b) Membanding beza antara KBSR dan KSSR. c) Memberi penjelasan tentang pembelajaran yang menyeronokkan berserta contoh-contoh yang sesuai. d) Membuat penulisan refleksi mengenai pelaksanaan KBSR dan KSSR ke arah pencapaian matlamat wawasan 2020. e) Membincangkan perubahan-perubahan terkini dalam kurikulum sekolah rendah.

A) Membanding beza antara teori pembinaan kurikulum berdasarkan model objektif dengan model proses.

DEFINISI
Teori merupakan andaian dari mana suatu set peraturan boleh diasaskan secara logikal. Teori ialah penerangan yang terurus untuk suatu set peristiwa atau fenomena yang diperhatikan yang memerlukan penerangan. Model merupakan keperluan teori berkenaan pengajaran dan pembelajaran dan juga menggariskan pendekatan, kaedah dan prosedur untuk implementasi dan penilaian.

KURIKULUM
Suatu rencana yang disusun untuk melancarkan proses berlajar mengajar di bawah bimbingan dan tanggungjawab sekolah atau lembaga pendidikan beserta staf pengajarnya. Kurikulum juga adalah peristiwa-peristiwa yang terjadi di bawah pengawasan sekolah, jadi selain kegiatan kurikulum yang formal juga kegiatan yang tak formal.

MODEL KURIKULUM
(1)Model Ralph Tyler (1949) -American educator (2)Model Hilda Taba (1966) -Architect, curriculum reformer (3)Model Stenhouse (1975)

OBJEKTIF

PROSES

Pembentukan Model Kurikulum Tyler


Berdasarkan kepada empat persoalan dasar: Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai? Apakah pengalaman Pendidikan yang boleh diberi supaya tujuan tersebut dapat dicapai? Bagaimanakah pengalaman Pendidikan dapat diorganisasikan secara efektif? Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuantujuan tersebut dicapai?

Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal proses pendidikan;
Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah.

Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori kurikulum dan praktis: ia amat bersistematis dan mempunyai kekuatan untuk mengurus dengan membentuk objektif tingkah laku menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapat dinilai hasilan tersebut
OBJEKTIF KANDUNGAN KURSUS TATACARA PENILAIAN

MODEL TABA
Kurikulum sebagai pelan tindakan; Pendekatan Bawah-Atas (Bottom-up) terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama; Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan berpendapat bahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses pembentukan tersebut; dan

Tujuh langkah pembentukan kurikulum


(1) Mengdiagnos keperluan (2) Pembentukan objektif (3) Pemilihan kandungan (4) Menyusun kandungan (5) Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran (6) Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran (7) Penilaian

MODEL STENHOUSE
Kurikulum sebagai Proses; Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan; Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai; Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang diperkenalkan oleh Aristotle; Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan ciriciri usul Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan.

Model ini lebih berfokus kepada:


i. ii. iii. iv. v. Aktiviti-aktiviti dan peranan guru Aktiviti-aktiviti murid dan pelajar Keadaan-keadaan di mana pembelajaran berlaku Mementingkan bagaimana dan bukan kesudahan Pelajar seharusnya mempunyai peranan dalam membuat keputusan tentang aktiviti pembelajaran vi. ]lebih mempunyai individu vii. Mempunyai andaian bahawa pelajar memberikan respons yang unik terhadap pengalaman pembelajaran.

Kurikulum ialah perantaraan untuk murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh. Pendidikan sebagai pengalaman yang berkembang dan hasilnya dilihat dari segi perkembangan intelek atau kodnitif. Model ini mementingkan kebijaksanaan dan intervensi guru untuk kemajuan pelajar.

Mengelakkan penyataan yang benar. Membuat penilaian yang lebih tepat dan cepat. Membantu memilih dan menstrukturkan kandungan. Membuat guru atau pendidik sedar tentang pelbagai jenis dan peringkat pembelajaran yang terlibat dalam mata pelajaran tertentu. Membimbing dan mendorong guru dan pelajar berkenaan kemahiran yang perlu dikuasai.

Pada peringkat yang lebih rendah, penentuan objektif tingkah laku adalah rumit dan tidak diperlukan. Susah untuk menulis objektif tingkah laku yang dapat memuaskan pada peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Tingkah laku yang spesifik atau unik adalah tidak sesuai untuk domain afektif. Kurikulum terlalu terikat dengan mata pelajaran dan peperiksaan.

Menekankan peranan yang aktif oleh kedua-dua guru dan pelajar. Menekankan kemahiran belajar. Menekankan kepada beberapa aktiviti yang penting dan berguna untuk kehidupan.

Mengabaikan pertimbangan kandungan yang sesuai Susah mengaplikasikan pendekatan ini pada sesetengah bidang.

Dalam Perancangan Kurikulum

Dalam Pembelajaran Empirikal

Dalam Pembelajaran Proses 1. Guru mesti memilih isi kandungan dari segi kriteris dan tidak perlu bergantung kepada objektifnya 2. Merancang aktiviti yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Guru mesti 1. Guru mesti menentukan apa menentukan bahan yang harus dipelajari oleh murid pengajaran yang dan cara-cara menilai akan diajar. pencapaian murid. 2. Prinsip-prinsip yang akan dipraktikkan dalam kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. 3. Prinsip- prinsip dalam membuat urutan bahan pembelajaran 2. Melihat feasibility atau kesesuaian mengimplementasikan kurikulum dalam konteks sekolah dan persekitaran yang berlainan.

3. Stenhouse menitikberatkan pengajaran guru dan menggalakkan peranan tambahan guru sebagai penyelidik dengan tujuan meningkatkan kemahiran guru tersebut

4. Kriteria-kriteria mengenai kekuatan dan kelemahan murid-murid

1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah. 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup. 1988 - Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi berbunyi 1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 1994 -Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada: Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab

Teras ke-2 PIPP Dasar Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni Matlamat Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai

Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Kurikulum Sekolah Rendah 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1993 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 KBSR (Semakan) 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang diri Individu

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan Estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri

Bahan kurikulum: Sukataan pelajaran

Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:


Linear

Reka bentuk kurikulum:


Modular

Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan kreatif.

Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul elektif. Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif

Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawana serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.

Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira)

Fokus: 4M (Membaca, menulis, mengira dan menakul)

Aspek

KBSR

KSSR

Bentuk

Komunikasi Manusia Dengan Alam Sekelilingya Perkembangan Diri Individu

Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi
Tahap I o Modul Teras Asas o Modul Teras Tema o Modul Elektif Tahap II o Modul Komunikasi o Modul Komunikasi Elektif o Modul Kerohanian, Sikap dan nilai o Modul Fizikal dan Estetika o Modul Sains dan Teknologi o Modul Kemanusiaan

Organisasi

Berasaskan mata pelajaran

Kandungan

Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran

Pedagogi

Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar

Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut: Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar

Peruntukan Masa

Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa matapelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Kaedah Pentaksiran

Penekanan yang ketar kepada pentaksiran sumatif

Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Bersifat autentik dan holistik

Bahan

Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Kandungan Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti P&P Buku Teks

Dokumen Kurikulum Standard Kandungan Standard Pembelajaran Buku Teks

Pengurusan Kurikulum

Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.

C) MEMBERI PENJELASAN TENTANG PEMBELAJARAN YANG MENYERONOKKAN BERSERTA CONTOHCONTOH YANG SESUAI.

MODUL TERAS ASAS

MODUL ELEKTIF

MODUL TERAS ASAS


BAHASA MALAYSIA

BAHASA TAMIL (SJKT)

BAHASA INGGERIS

BAHASA CINA (SJKC)

MODUL ELEKTIF

BAHASA ARAB

BAHASA CINA (SK)

BAHASA KADAZAN DUSUN BAHASA IBAN

BAHASA TAMIL (SK)

PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.

MATLAMAT TMK
Matlamat TMK adalah merentas kurikulum adalah bagi memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran.

OBJEKTIF TMK
Pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid akan dapat: Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

STRATEGI P&P (TMK MERENTAS KURIKULUM)


Pengajaran dan pembelajaran dijalankan
menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru seperti menggunakan perisian aplikasi, CD-ROM atau bahan muat turun daripada Internet.
TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka seperti hasilkan portfolio, laporan bergambar dan poster digital. yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan.

Murid boleh mengguna dan memanipulasi sumber


Murid boleh mengukuhkan konsep dan kemahiran

Rujuk Dokumen Standard TMK untuk


memastikan tahap kemahiran TMK yang dicapai oleh murid di Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

Tahun 3 Tahun 1 Tahun 2

Literasi TMK Pengenalan Perkakasan Komputer Kemahiran menggunakan papan kekunci dan tetikus Menaip Menyisip imej Membuka fail Menyimpan fail Membuat persembahan digital yang mengandungi elemen teks dan grafik. Merakam suara Melakar dan melukis secara digital Mencetak dokumen Internet Mencari imej Nilai Peraturan makmal, Bertoleransi, bertanggung jawab

Literasi TMK Kemahiran menggunakan papan kekunci dan tetikus Menaip dalam lajur dan baris Menyisip imej ke dalam jadual Membuat persembahan digital yang mengandungi elemen teks, grafik dan audio Menukar latarbelakang persembahan dan menggunakan ciri transisi antara slaid Internet Mencari maklumat Menghantar dan membalas e-mel Nilai Teknologi Hijau, Keselamatan komputer dan data

Literasi TMK Kemahiran menggunakan papan kekunci dan tetikus Menaip dan format Menterjemahkan maklumat dalam bentuk graf atau carta Membuat pengiraan ke atas maklumat Menggunakan elemen animasi dalam persembahan digit

Internet Mengepil fail melalui e-mel Nilai Keselamatan Kompter dan Data, Teknologi Hijau, kerjasama

MOD PENGGUNAAN TMK DALAM P&P


1. Guru dan murid

2. Guru sahaja

3. Murid sahaja

KREATIVITI DAN INOVASI SERTA KEUSAHAWANAN DALAM TMK


Kreativiti dan inovasi serta keusahawanan dapat dikukuhkan melalui: Manipulasi kemahiran menggunakan fitur-fitur perisian Menghasilkan produk atau bahan menggunakan pelbagai fitur perisian Menjana idea baru dengan menggunakan TMK Penyelesaian masalah dengan menggunakan TMK Membuat perbandingan nilai kualiti bahan atau projek yang dihasilkan menggunakan TMK Mempromosi idea atau bahan dengan menggunakan TMK

D) MEMBUAT PENULISAN REFLEKSI MENGENAI PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR KE ARAH PENCAPAIAN MATLAMAT WAWASAN 2020.

REFLEKSI PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR

1. Pelaksanaan KBSR & KSSR telah menyebabkan

wujudnya pendidikan seumur hidup.


Pendidikan diibaratkan sebagai satu usaha yang berterusan, iaitu proses belajar berlaku secara berterusan dan tidak ada had dari segi jangka waktu. Mengarah kepada pembentukan, pembaharuan, peningkatan, penyempurnaan secara sistematis pengetahuan, keterampilan, dan sikap yang dapat meningkatkan kondisi hidup. Secara am atau umumnya, sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya menyumbang kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

2. Pelaksanaan KBSR & KSSR menyebabkan semua murid mendapat pendidikan yang sama

KBSR dan KSSR telah menyediakan pendidikan yang sama bagi semua murid. Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang tanpa mengambil kira jenis aliran persekolahan. Kelas pemulihan akan wujud ke atas murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid yang telah menguasua sesuatu kemahiran. Malahan prinsip mudah alih yang merujuk kepada pengkaedahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan organisasi bilik darjah juga diberi penekanan dalam KBSR dan KSSR.

3. Pelaksanaan KBSR & KSSR menyebabkan wujudnya suasana sekolah yang kondusif

Memberi peluang dan galakkan interaksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid. Sekolah merupakan tempat diselenggarakannya proses belajar mengajar. Di antaranya untuk mendidik, membimbing dan mengembangkan kemampuan murid-murid untuk mencapai tujuan pendidikan. Salah satunya menjadikan manusia yang berbudi luhur dan berahlak mulia penuh dengan keimanan, ketaqwaan, kejujuran, keteladanan serta sopan santun.

4. Pelaksanaan KBSR & KSSR juga wujudnya nilai-nilai murni merentasi kurikulum.
Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran nilai murni dalam Pendidikan Moral boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran dalam bilik darjah. Menanam nilai rajin dalam diri mereka terutama dengan persaingan globalisasi yang begitu meruncing. Kerajinan murid-murid dalam mencari ilmu pengetahuan menjadi aset yang penting untuk mereka memajukan diri dan negara yang memerlukan tenaga muda mereka itu kelak. Memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu masalah.

5. Pelaksanaan KBSR menyebabkan wujudnya murid-murid yang mampu menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul )

Aspek yang terkandung dalam kemahiran asas 3M atau 4M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan 4 operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR telah membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam penguasaan kemahiran 3M atau 4M. Guru merupakan elemen penting dalam mendidik anak murid menguasai kemahiran 3M atau 4M. Pengajaran yang berkualiti adalah hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut.

6. Pelaksanaan KBSR & KSSR menyebabkan wujudnya murid-murid yang mempunyai kemahiran berfikir (KB).

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. 2 jenis (kritis dan kreatif) KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

KB secara kreatif ialah kecekapan menggunakan minda untuk: Menjana dan menghasilkan idea, Mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Dengan adanya KBSR & KSSR, dapatlah wujudnya murid-murid yang mempunyai kemahiran asas yang mempunyai pemikiran yang luas dan dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang berpatutan.

7. Pelaksanaan KBSR & KSSR murid-murid memperolehi pengalaman asas hidup dari persekitarannya

Iaitu pembelajaran dilakukan melalui perhubungannya dengan manusia lain, unsur-unsur alam dan Tuhan mengikut peringkat-peringkat perkembangan aspek intelek, rohani dan fizikal. Maka pembelajaran tentulah menjadi lebih bermakna apabila mengaitkannya dengan pengalaman asas yang sedia ada pada kanak-kanak. Oleh itu, bidang manusia dan alam keliling mengandungi komponen kemanusiaan dan persekitaran. Bidang ini juga merangkumi komponen kerohanian, nilai dan sikap yang memberi perhatian khas kepada Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral pada tahap 1 sedangkan pada tahap 2 iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Hal ini bertujuan mencapai pembinaan sikap, watak dan peribadi yang sempurna.

MATLAMAT PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020.

Untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh yang akan membenarkannya utk beroperasi dengan efisien dalam struktur sistem sosial negara. Supaya murid dapat menguasai kemahiran asas,iaitu membaca, menulis & mengira serta memperoleh ilmu pengetahuan yang cukup sesuai dengan peringkat umur & perkembangan diri mereka. Untuk murid menguasai Bahasa Melayu dengan memuas sesuaikan dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita.

Masyarakat daya saing dan makmur Masyarakat yang adilekonomi

Bangsa Malaysia yang bersatu padu

Wawasan 2020

Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang Masyarakat demokratik yang matang Masyarakat yang berakhlak mulia dan utuh

Masyarakat penyayang Masyarakat saintifik dan progresif Masyarakat yang toleransi

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia.

Pelaksanaan KBSR & KSSR untuk membolehkan murid menguasai kemahiran saintifik dan teknikal memainkan peranan yang amat penting ke arah pencapaian Wawasan 2020. Cabaran Wawasan yang ke-6 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif bermaksud negara kita ingin mewujudkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Cabaran ini hanya akan dicapai dengan adanya sistem pendidikan yang baik iaitu melalui KBSR & KSSR. Hal ini disebabkan pelaksanaan KBSR & KSR adalah untuk mewujudkan murid yang mempunyai potensi yang menyeluruh dan seimbang dari semua aspek. Kejayaan Wawasan 2020 juga banyak bergantung kepada kualiti sistem nilai yang dihayati oleh setiap warganegara.

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif Cabaran Ke-6 Wawasan 2020 Objektif: menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. KBSR Dengan ini, negara Malaysia tidak perlu bergantung kepada negara asing kerana telah wujud bakal yang berupaya menyumbang kepada tamadun teknikal masa depan.

Pelaksanaan KBSR atau KSSR untuk membolehkan murid mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup juga memainkan peranan yang penting ke arah pencapaian Wawasan 2020. Cabaran ke-9 Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat daya saing dan makmur bermaksud negara Malaysia berhasrat melahirkan model insan yang mempunyai daya saing dan ketahanan dinamik serta tangkas menghadapi perubahan. Sekiranya murid-murid mengamalkan nilai-nilai murni yang dilaksanakan dalam KBSR atau KSSR, maka mereka berpotensi untuk mencabar segala dugaan dan cabaran yang akan wujud dalam usaha menjelang Wawasan 2020.

KESIMPULAN
Sekolah rendah merupakan tahap terpenting dalam pendidikan formal seseorang kanak-kanak. Pendidikan peringkat ini menjadi teras kepada sistem pendidikan negara berjalan lancar dan matlamat pembangunan negara dapat dicapai dengan maksimum.
Matlamat KBSR atau KSSR dalam sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkambangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan beraklak mulia.

Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Berilmu Pengetahuan Berketrampilan Percaya kepada Tuhan Berakhlak Mulia Berkeyakinan Murid yang Berdikari

Global Player

TERAS PEMBANGUNAN KURIKULUM

Daya Saing Daya Tahan Kemahiran Berkomunikasi Jati Diri

Warga Negara Bertanggung jawab


Berbudi Bersatu padu Patriotik Adil Penyayang Berbakti

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan Wawasan 2020 Rangka Rancangan Jangka Panjang Cabaran Abad Ke-21 Model Baru Ekonomi (MBE) Teori Pembelajaran 4 Pillars of Education (UNESCO)

Pekerja Berilmu Inovatif Kreatif Dahagakan Ilmu Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi Pencipta Teknologi Belajar Sepanjang Hayat

Tahap ll Sekolah Rendah (Tahun 4 6) pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai Tahap l Sekolah Rendah (Tahun 1 3) penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai Prasekolah perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.
Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

STANDARD KANDUNGAN BAHASA MELAYU Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul BAHASA INGGERIS Able to express personal response to literary texts

STANDARD PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah. BAHASA INGGERIS Able to respond to: a. Book covers b. Pictures in books c. Characters with guidance MATEMATIK Menamakan nombor hingga 100: a. Membilang objek dalam kumpulan. b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.

MATEMATIK Menama dan menentukan nilai Nombor

E) MEMBINCANGKAN PERUBAHAN-PERUBAHAN TERKINI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH.

Penerapan nilai-nilai murni Susunan kemahiran asas kepada kompleks Menyerap amalan perdagangan Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains dan Kajian Tempatan

Penerapan nilai-nilai murni dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Matlamat pendidikan di sekolah rendah bukan lagi menekankan kemahiran penguasaan kemahiran asa sahaja tetapi penguasaannya secara betul, jujur dan bertanggungjawab dalam urusan seharian.

Kemahiran-kemahiran disusun semula daripada yang paling asas kepada yang kompleks mengikut topik masing-masing. Aspek penyelesaian masalah yang difikirkan sesuai diintegrasikan dalam setiap topik.

Sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran disusun semula mengikut perubahan dalam susunan kemahiran-kemahiran sekolah rendah. Sehubungan ini, draf Sukatan Pelajaran Tahun 1 yang disediakan pada November 1992 mula dilaksanakan pada Disember 1992.

Menyerap Amalan Perdagangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam tajuktajuk seperti wang, ukuran dan sukatan. Oleh itu, Amalan Perdagangan tidak lagi menjadi satu tajuk yang diajar secara berasingan.

Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains dan Kajian Tempatan mengikut jadual pelaksanaan seperti di bawah ini:
Sesi
1994/95

Tahun 4
Sains dan Kajian Tempatan Sains dan Kajian Tempatan

Tahun 5
Alam dan Manusia Sains dan Kajian Tempatan

Tahun 6
Alam dan Manusia Alam dan Manusia

1996

1997

Sains dan Kajian Tempatan

Sains dan Kajian Sains dan Kajian Tempatan Tempatan

Menjelang tahun 2000, pelaksanaan konsep Sekolah Bestari telahmenjadi satu lagi reformasi kurikulum pendidikan untuk kedua-dua sekolah rendah dan sekolah menengah, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan diperkenalkan dalam 90 buah sekolah rendah dan menengah yang dikenal pasti sebagai Sekolah Bestari dengan menggunakan teknologi maklumat serta komunikasi sebagai sebahagian daripada aktiviti sokongan kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, sukatan pelajaran bagi keempat-empat mata pelajaran tersebut diubahsuai dan disediakan dalam bentuk perisian olej Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2003, Tahun 1 di semua sekolah rendah diperkenalkan kurikulum baharu, iaitu mata pelajaran komputer dengan komputer riba dan projektor LCD. Bahasa pengajaran dan pembelajaran adalah dalam bahasa Inggeris.

Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21; Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

SEKIAN TERIMA KASIH