Anda di halaman 1dari 28

Penerapan Nilai Murni Murid Pelbagai Kaum Melalui Pembelajaran Koperatif dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Marshella

Bt Manshor Fakulti Pendidikan dan Pembanggunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abstrak :Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik pengajaran koperatif (Jingsaw dan Team Stand and Share ) dalam memupuk nilai-nilai murni di dalam diri murid-murid pelbagai kaum semasa pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dijalankan. Pengkaji akan menggunakan 3 kaedah pengutipan data iaitu melalui sesi temubual bersama sampel, pemerhatian yang disertakan dengan borang senarai semak dan analisis dokumen di mana pengkaji akan menganalisi sebarang dokumen yang berkaitan dengan kajian ilmiah ini. Data akan dianalisis secara kualitatif. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada murid Tahun 5 Zamrud di Sekolah Kebangsaan Kampong Soeharto Hulu Selangor. Hasil kajian jelas menunjukkan Pembelajaran koperatif boleh meningkatkan semangat kerjasama, cintakan sekolah, dan memupuk kemahiran komunikasi serta hubungan sosial antara murid yang berbeza kaum dan bangsa, selain daripada dapat meningkatkan pencapaian murid. Kaedah pengajaran koperatif merupakan satu teknik pengajaran moden yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini. Teknikteknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid. Kesimpulannya Pembelajaran Koperatif harus

diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Diharapakan juga pada masa akan datang satu modul pembelajaran koperatif untuk menerapkan nilai-nilai murni dapat dihasilkan. KataKunci : teknik pengajaran koperatif, penerapan nilai-nilai murni, murid pelbagai kaum, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Abstract: Aimed to study the use of Cooperative learning in subject Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan for standard 5 students, a research was conducted in a participating school. This research was done in the form of qualitative test and through action research procedure. Data collection for this research was succeeded via few stages. The qualitative experiment involves the use of certain tools such as analysis documents , observations in class and in the meantime, the researcher also will be having some interviews with the teachers and students involved. Main questions that revolved around the research were; does cooperative learning (Jigsaw and Team Stand and Share technique) can inculcating noble values through

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Cooperative learning is learning in small group of 45 persons with emphasis on interdependency among members, and maintaining individual responsibilities in achieving specific learning objectives. This research will encourages students to attain positive values in life and its also introducing learning through group competitive games which would make learning interesting. Teacher are among the

responsible parties in bringing up children to have positive characters as delineated in the 16 noble values including love for life and the environment, love, kind-heartedness, rationale, cooperativeness and diligent Hence this research is undertaken to improve the teaching and learning of values in an effort to realize the philosophy of the Malaysian School Curriculum in bringing about a balanced individual affectively, cognitively, physically, and spiritually Keywords: cooperative learning, noble values, multicultural students, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

1.0 Pengenalan

Sekolah adalah institusi kedua yang terpenting selepas institusi keluarga. Kanakkanak menghabiskan sebelas tahun usia di sekolah untuk membolehkan guru membentuk tingkah laku mereka dan menerapkan nilai-nilai murni, mengajar dan juga mendisiplinkan mereka. Ini merupakan hasil pembelajaran yang terkandung dalam falsafah pendidikan , di mana guru mempunyai peranan menghasilkan individu yang seimbang daripada segi emosi, intelek dan rohaninya. Enam belas nilai murni telah dikenalpasti, yang perlu diterap melalui kurikulum. Tanpa nilai-nilai murni ini, manusia akan terjebak dalam jenayah seperti pembunuhan, rompakan dan kes-kes masalah sosial remaja seperti

rempit, lepak, ragut, rogol dan kes-kes jenayah berat yang lain. Namun kini masalah kekurangan nilai-nilai murni dikalangan murid di sekolah sudah semakin

membimbangkan hal ini dapat dibuktikan dengan terpaparnya banyak berita jenayah yang sering dilakukan oleh pelajar sekolah di bawah umur.

2.0 Penyataan Masalah Ketidakstabilan institusi sosial asas seperti masalah keluarga dan keretakan rumah tangga boleh membawa kesan negatif kepada pengalaman kanak-kanak. Justeru itu untuk mengisi kekosongan proses sosialisasi, peranan guru semakin genting dalam pembentukan peribadi seseorang pelajar. Hakikatnya guru masa kini bukan sahaja perlu mengajar dan mendidik tetapi juga sebagai pembentuk akhlak dan nilai-nilai murni dalam kehidupan kanak-kanak masa kini. Dengan ini diharapkan sekolah dapat menjadi wadah untuk membina watak murid dan menyediakan mereka menjadi warganegara Malaysia yang bertanggungjawab serta mensyukuri nikmat Tuhan. Namun bagaimanakah guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dengan berkesan kepada murid-murid disekolah? Wujudkan halangan semasa guru ingin mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kelas hal ini akan dijawab dalam kajian selanjutnya yang dijalankan oleh pengkaji.

3.0 Objektif kajian

Dalam kontek Malaysia kini yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, nilai nilai murni seperti bekerjasama dan toleransi harus diterapkan bermula daripada sekolah rendah lagi. Objektik kajian ini ialah:

1) Mengenalpasti aspek kefahaman guru mengenai konsep teknik pengajaran koperatif 2) Melihat hasil penerapan nilai-nilai murni daripada pengajaran dan pembelajaran koperatif. 3) Mengenalpasti halangan dalam menerapkan nilai-nilai murni melalui teknik pengajaran koperatif di dalam kelas pelbagai kaum.

4.0 Soalan kajian Soalan kajian berhubung dengan teknik pengajaran koperatif dalam memupuk nilai murni dari aspek Pendidikan Multibudaya ialah: 1) Bagaimanakah aspek kefahaman guru mengenai teknik pengajaran koperatif. 2) Apakah hasil penerapan nilai-nilai murni daripada pengajaran dan pembelajaran koperatif. 3) Apakah halangan dalam menerapkan nilai-nilai murni melalui teknik pengajaran koperatif di dalam kelas pelbagai kaum.

5.0 Konseptual kajian

teet

Teknik JINGSAW Koperatif

Meningkatkan proses penerapan nilai-nilai murni murid pelbagai kaum dalam subjek Pendidikan Sivik dan

ROTATING REVIEW

Kewargnegaraan.

5.1

Kepentingan kajian

Fokus utama adalah kepentingannya kepada semua guru. Aspek nilai murni adalah sesuatu yang abstrak dan sukar digambarkan secara terus. Hasil kajian ini diharapkan guru dapat memilih dan merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan di samping membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid pelbagai kaum agar lebih kukuh jati diri mereka serta membina watak dan menyediakan mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

5.2

Batasan kajian

Sampel bagi kajian ini adalah murid-murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Kampong Soeharto. Sampel berusia sebelas tahun dan pernah mempelajari mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebelum ini. Di samping itu sampel guru-guru yang mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga diambil bagi proses pengumpulan data kajian ini Pengkaji akan membataskan kajian ini kepada perkara perkara berikut

Kandungan senarai nilai murni yang dikaji ialah keenam-enam belas nilai murni yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengkaji turut menghadkan kajian ini hanya kepada pengajaran dan pembelajaran PSK tahun lima saja. Dan teknik pengajaran koperatif yang diaplikasikan adalah Teknik Jingsaw dan Rotating Review.

6.0 Literatur

Kejayaan pelaksanaan koperatif bergantung kepada sikap, kerjasama dan akauntabiliti setiap ahli pasukan yang dibentuk. Bagi menjamin ketekalan sifat tersebut, Dr Marvin Marshall (2001:67) menegaskan : The best discipline is the kind nobody notice-not even the one being disciplined.

Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Beberapa cara

pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya


5

Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Manakala menurut Johnson & Johnson (1987), pengajaran tradisional merupakan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak memberangsangkan pelajar. Pelajar mudah bosan dan tidak berminat meneruskan pelajaran lebih-lebih lagi jika mereka tidak memahami kandungan pelajaran tersebut.

Menurut Ismail Saad,(2009:16), Jingsaw yang asal telah direka bentuk oleh Elliot Aronson dan rakan-rakannya pada tahun 1978 di Texas.. Kemudiannya Salvin telah mengubahsuaikannya pada tahun 1986 di Jonh Hopkins University dan menamakannya Jingsaw 11 selepas mengemaskininya pada tahun 1990. Dalam kaedah ini murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersifat heterogeneous . Bilangan ahli dalam kumpulan ini antara 2 hingga 4 orang sekumpulan. Setiap ahli kumpulan akan menjadi pakar dalam sesuatu tajuk dan menerangkan tajuk masing-masing dalam kumpulan setelah mendapat penerangan dari guru. Manakala rotating review pula adalah pembelajara yang berlaku di mana setiap pasukan membincangkan sesuatu topik, kemudian mencatatkannya dikertas sebak dan memaparkannya di tempat pasukan masing-masing. Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan. Setiap pasukan boleh membuat komen, tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza.

7.0 Kaedah Kajian

7.1 Temubual

Temubal merupakan salah satu lagi alat kajian bagi kajian berbentuk kualitatif. Ia merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu bagi mendapatkan data dan maklumat kajian yang dijalankan. Pengkaji yang melakukan teknik mengutip data secara temubual akan mendapat maklumat

daripada subjek melalui soalan yang dikemukakan dan mendapat reaksi daripada mereka secara verbal atau tanpa verbal (mimik muka dan pergerakan tubuh).

Temubual akan dijalankan kepada guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan bagi menjawab soalan kajian. Pengkaji juga akan menemuramah sampel murid untuk mendapat maklumat bagi membantu dalam mengukuhkan lagi data kajian ini.

7.2 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah salah satu cara mengumpul data tanpa melibatkan komunikasi secara langsung dengan responden. Pengkaji hanya akan

memerhatikan sampel atau responden dalam persekitaran yang sedia ada dan kemudiannya aktiviti atau tingkah laku yang direkodkan.

Pemerhatian akan dijalankan di dalam kelas dan rekod akan dicatat sebagai bukti kajian. Senarai semak akan digunakan supaya segala pemerhatian dan aspek yang ingin dilihat serta dikaji dapat direkodkan.

7.3 Analisis dokumen

Proses analisi dokumen akan dijalankan oleh pengkaji terhadap rancangan pengajaran harian guru PSK, soalan projek yang perlu dilakukan dalam kumpulan masing-masing dan hasil jawapan murid di dalam ujian formatif yang diberikan oleh guru selepas habis sesi pembelajaran dan pengajaran yang menggunakan teknik koperatif. Keputusan ujian formatif tersebut akan membantu pengkaji menjawab persoalan kajian yang terakhir di sesi menganalisis data.

8.0 Dapatan

8.1 .1 Temubual Sampel Guru (1 dan 2).

Hasil daripada temubual bersama dua orang guru PSK yang mengajar mata pelajaran PSK dapat dirumuskan bahawa guru di SK Kampong Soeharto sudah mengetahui dan pernah mengaplikasi teknik pengajaran koperatif dalam kelas masing-masing. Menurut kedua-dua sampel murid di dalam kelas mereka amat meminati subjek PSK dan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P) murid akan melibatkan diri secara aktif. Kedua-dua sampel juga bersetuju mengatakan teknik pengajaran koperatif membantu mereka mencapai objetif nilai yang ada dalam subjek PSK.

Sampel satu lebih suka mengaplikasikan teknik pengajaran koperatif semasa aktiviti projek dilakukan. Bagi beliau penerapan nilai-nilai murni dapat di terapkan melalui kerjasama semasa membuat projek. Namun kedua-dua sampel bersetuju menyatakan semasa sesi P & P berjalan unsur nilai-nilai murni diselitkan secara langsung atau tidak langsung. Ini penting kerana aspek nilai murni telah menjadi unsur penting di dalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran PSK. Kedua dua sampel turut mengatakan pernah dan sering menggunakan kaedah pengajaran secara koperatif di dalam kelas dan penerimaan murid adalah positif walaupun dari murid yang berbeza kaum dan bangsa. Pembelajaran koperatif sebenarnya menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah

konstruktivisme. Namun hasil daripada temu bual pengkaji mendapati guru menghadapi sedikit halangan semasa menjayakan teknik pengajaran koperatif antaranya adalah kawalan kelas yang agak tidak teratur dan pemupukan budaya koperatif dalam kalangan murid yang masih lemah untuk memahami peranan dan tujuan sebenar teknik pengajaran dan pembelajaran ini.

Halangan ini sebenarnya mampu diatasi sekiranya guru diberikan pendedahan secara mendalam berkaitan cara dan langkah menggunakan teknik pengajaran koperatif dalam kelas. Melalui pembelajaran koperatif terdapat banyak implikasi. Antara implikasi utama pembelajaran koperatif adalah

meningkatkan prestasi akademik murid, meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid, mempereratkan persahabatan yang positif, meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid, meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas, meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan, mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat sesama murid serta memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap persekolahan dan cara belajar yang berkesan.

Pembelajaran Koperatif harus diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan dan penerapan nilai-nilai murni. Keberkesanannya memang tidak dapat mempertikaikan. Ia bukan sahaja

membentuk kerjasama di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses pemikiran mereka.

8.1.2 Sampel Murid (1,2 dan 3)

Hasil daripada sesi temubual yang dijalankan pengkaji mendapati ketiga-tiga sampel ini amat meminati subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Kesemua sampel turut menyatakan di dalam sesi temubual bahawa dengan mempelajari subjek ini dia dapat mendisiplinkan diri dan menerapkan nilai-nilai murni seperti yang dinyatakan oleh sampel ketiga iaitu bertutur dengan sopan. Seperti yang kita sedia maklum negara Malaysia kaya dengan adat dan budaya yang pelbagai seperti budaya kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum ini turut terdapat dalam dunia pendidikan ini kerana di dalam kelas aka nada murid yang berbeza kaum dan bangsa.

Berdasarkan jawapan temubual jelas menunjukkan

kesemua sampel

selesa untuk mempelajari subjek PSK dalam bentuk kumpulan dan merasakan
9

belajar secara berkumpulan juga membolehkan mereka bertukar-tukar pendapat dan membantu mereka mengetahui sesuatu topik yang tidak difahami semasa sesi perbincangan dalam kumpulan, Aktiviti kumpulan yang dijalankan turut mendapat kerjasama daripada semua ahli dan sampel sering menyumbangkan tenaga dari segi menghias projek, memberi idea dan menulis isi perbincangan untuk dibentangkan dalam kelas. Berdasarkan kenyataan tersebut pengkaji merasakan dengan menjalankan aktiviti secara berkumpulan murid akan lebih berani untuk menyuarakan pendapat dan idea kerana perbincangan adalah dalam jumlah yang kecil (kumpulan). Selain daripada itu murid yang pasif dapat juga terlibat aktif di dalam kumpulan dengan melakukan tugasan lain seperti mewarna atau memperkemaskan projek atau tugasan.

Ketiga-tiga sampel turut menyatakan bahawa mereka sudah memahami unsur-unsur nilai murni dalam kehidupan seharian. Sampel mengatakan nilai murni seharusnya dipraktiskan agar disukai oleh rakan (orang sekeliling) contoh nilai yang diberikan adalah bekerjasama, tolong-menolong dan hormat menghormati. Salah satu nilai murni penting yang harus dimiliki oleh murid pada masa kini ialah semangat suka membantu sesama insan. Ahli-ahli sekumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan persefahaman serta kemajuan. Kedudukan mata bertentangan mata dapat memberangsangkan perkongsian idea, ataupun jawapan. Di samping itu, ia dapat juga memupuk semangat kekitaan dan seterusnya menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli.

Dalam era kemodenan ini semua tindakan menolong dikaitkan dengan konsep menerima pembalasan iaitu buat baik harus dibalas sesuatu yang berbentuk ganjaran kebendaan. Persepsi sebegini harus diubah segera supaya murid memahami bahawa sikap membantu melepasi aspek bangsa, agama, umur, gender dan sosioekonomi seseorang itu. Jadi, kita seharusnya perlu mencari dan memahami betapa sikap tolong-menolong itu amat penting dalam kehidupan seharian.

Pengkaji mendapati pembelajaran secara koperatif ini mampu untuk memupuk nilai-nilai murni ini agar interaksi awal di dalam kumpulan mampu
10

mendedahkan murid kepada nilai-nilai murni seperti aspek tolak ansur, toleransi, menghormati pendapat rakan lain dan sebagainya. Sampel juga mengatakan sekiranya ada ahli kumpulan yang gagal melibatkan diri secara aktif dia akan akan menegur rakan tersebut secara berlembut dan tidak kasar.Aspek kesopanan juga sebenarnya unsur penting dalam pemupukan nilai-nilai murni rasa hormat kepada seseorang membuktikan bahawa murid itu memahami setiap rakan di dalam kumpulannya mempunyai hak mereka masing-masing. Tebalnya rasa hormat ini menyebabkan rakan tidak mudah melenting apabila ditegur, dimarah dan dikritik oleh ahli kumpulan yang lain orang lain. Lantaran itu, sikap menghormati ini memberi satu kelebihan kepada murid untuk memahami tindakan orang lain dengan rasionalnya. Pada akhir sesi temubual ini kesemua sampel turut mengatakan bahawa, belajar secara berkumpulan sebenarnya banyak membantunya memahami sesuatu tajuk dengan lebih mudah. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan akan sentiasa saling bantu-membantu menjelaskan apa yang kabur dan tidak difahami.

8.2 Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian di dalam kelas semasa sesi pengajaran mata palajaran PSK dijalankan. Pemerhatian disertai dengan satu borang senarai semak bagi memastikan pemerhatian lebih berstruktur dan sistematik.

Pemerhatian ini dijalankan pada 19 April 2012 iaitu pada jam 12.05 sehingga 1.05 tengah hari di kelas Tahun Lima Zamrud. Dengan melakukan pemerhatian pengkaji ingin melihat proses dan hasil penerapan nilai nilai murni oleh guru melalui teknik pengajaran koperatif. Berikut adalah aspek yang dapat dilihat semasa proses pemerhatian. METODOLOGI : Pemerhatian Murid Pelbagai Kaum Melalui

TAJUK KAJIAN: TAJUK : Penerapan Nilai Murni

Pembelajaran Koperatif dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ALAT KAJIAN :Pemerhatian

11

BIL 1

PEMERHATIAN

YA

TIDAK

CATATAN

Murid kelihatan gembira semasa guru mengatakan sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini adalah dalam bentuk kumpulan. /

Murid kelihatan seronok dan teruja semasa guru mengatakan hari tersebut mereka akan

belajar secara berkumpulan. Murid sudah ada kumpulan masing-masing. / (sekitar

Murid sudah mempunyai kumpulan masing-masing dan mengenali diri ahli kumpulan.

tempat duduk masing-masing sahaja)

Murid mengambil masa yang lama untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing /

Tidak kerana murid hanya perlu mengalihkan kerusi dan tempat duduk mereka sahaja untuk menghadap rakan-rakan dalam kumpulan

Semasa guru sedang memberikan penerangan melakukan kerja /

Ada

juga

beberapa

orang

murid yang kurang faham, namun dibantu oleh ahli

kumpulan, semua murid memberikan perhatian dan memahami arahan guru.


5

kumpulan lain.

Murid

menunjukkan

sikap

yang

Ada juga murid yang pasif di dalam ahli kumpulan, namun mereka ini telah diberikan / kerja juga seperti mewarna atau menghias hasil kerja. Semua untuk murid bekerjasama tugasan

positif di dalam kumpulan masingmasing seperti bekerjasama dan saling hormat menghormati.

menyiapkan

kumpulan Terdapat

masing-masing. kumpulan yang


12

bergilir-gilir menulis di dalam lembaran kerja.


6

Murid memahami penerangan guru berkaitan dengan nilai murni dan mampu memberikan contoh yang releven. /

Contoh diberikan

nilai

murni

yang

dapat

diterima

sebagai contoh: -Bekerjasama membersihkan kelas atau melakukan aktiviti kejiranan. -Sopan semasa berbual dengan orang lain -Hormat orang yang lebih tua

Semua ahli kumpulan bangun dan membentangkan hasil kerja mereka dan semasa sesi pembentangan murid dari kumpulan lain tidak / membangkang idea yang diberikan kumpulan pembentang.

Ada ahli kumpulan yang malu untuk pembentangan,namun pembentangan dibangkang dan membuat hasil tidak guru

memperkukuhkan lagi jawapan murid.

Setiap kumpulan bersaing untuk menghasilkan kerja kumpulan yang terbaik. /

Semua menjadi yang siap.

kumpulan kumpulan

mahu terawal

Ada

beberapa yang

murid malu

dalam untuk

Ada murid malu memberikan idea namun mereka masih terlibat dalam perbincangan

kumpulan

menyuarakan pendapat

13

/
10

kumpulan. Semasa guru bersoal jawab dengan murid mereka dapat memberikan jawapan yang

Murid lebih mudah memahami isi pengajaran guru. Murid mampu /

menjawab persoalan yang diajukan dengan lancar dan betul

betul dan logik. Suasana kelas menjadi lebih seronok kerana masing-masing berebut untuk menjawab soalan guru.

11

Teknik koperatif berjaya memberi murid pendedahan berkaitan nilainilai murni. /

Selepas

sahaja murid

tamat dapat

pembentangan menyenaraikan membuat rakan dan

kebaikan bersama antaranya silaturahim, semangat

aktiviti jiran

mengeratkan memupuk

bekerjasama dan tolak ansur dan mengeratkan kasih sayang.

Dalam pemerhatian pada aspek pertama jelas menunjukkan sampel seronok dan suka untuk belajar di dalam kumpulan walaupun berbeza bangsa dan kaum. Pada awalnya mereka agak kelam kabut untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing, namun pembentukkan kumpulan akhirnya berjalan dengan baik selepas menerima arahan dari guru. Guru memainkan peranan yang penting untuk menjayakan aktiviti pembelajaran koperatif setiap arahan perlulah jelas dan didengari oleh setiap anak muridnya. Hal ini penting agar suasana dan perjalana kelas akan berjalan dengan lancar

14

8.3. 1 Rancangan Pengajaran Harian Guru

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH Kelas Bil Murid Hari Masa Tarikh Tema Tajuk Sub Topik Hasil Pembelajaran 5 Zamrud 29 orang Khamis 12.05 hingga 1.05 tengah hari 12 April 2012 Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat. b) Aktiviti kejiranan semangat bermuafakat Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat :1. Menyatakan kepentingan kunjung-mengunjung. 2. Melayan tetamu dengan cara yang sopan. 3. Menghormati tetamu. Objektif Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat: 1. Menulis kepentingan hidup bermuafakat 2. Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sopan. 3. Menunjukkan sikap menghormati rakan semasa berbual. Aktiviti Set induksi Guru memperdengarkan lagu selamat hari raya yang mengandungi lirik kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara. Guru mengaitkan respon murid dengan tajuk pengajaran.

Aktiviti 1 Guru meminta murid berada di dalam kumpulan masing-masing

(berdasarkan kedudukan tempat duduk) Guru memberikan penerangan berkaitan tajuk pengajaran hari ini iaitu aktiviti kejiranan yang memupuk semangat muafakat. Guru meminta ketua kumpulan mengambil kertas manila dan marker untuk membuat peta minda dalam kumpulan berdasarkan tajuk masing-masing 15 Kumpulan 1 : aktiviti gotong royong Kumpulan 2 : sukaneka

Kumpulan 3 :riadah Kumpulan 4 :rumah terbuka Kumpulan 5 :kenduri kahwin Setiap kumpulan harus membuat peta minda berkaitan aktiviti seperti I. II. III. IV. V. Di mana aktiviti dijalankan Bila aktiviti di jalankan Siapa yang terlibat Jenis aktiviti Kebaikan

Aktiviti 2 Secara bergilir setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan masing-masing. Guru mengulas jawapan murid dan memberikan penjelasan yang lebih lengkap berdasarkan tajuk pengajaran.

Penutup Guru meminta murid bersalaman antara satu sama lain dan memohon maaf andai pernah melukakan hati masing-masing. Guru menamatkan sesi pengajaran dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong dan bertutur dengan sopan semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penerapan Nilai-Nilai Murni ABM 1. Tolong menolong 2. Bekerjasama 3. Bertutur dengan sopan 1. Manila kad 2. Marker 3. Lagu Pembelajaran Koperatif Impak Kelas berjalan seperti yang dirancang, murid dapat memberikan kerjasama yang baik semasa aktiviti berkumpulan dan memberikan jawapan yang betul. Namun semasa aktiviti koperatif berjalan terdapat murid yang malu dan tidak berani membentang di hadapan kelas. Hamper 96%objektif tercapai.
16

1. Jingsaw

Berdasarkan pemerhatian, sampel sudah mempunyai kumpulan dan mengenali ahli kumpulan masing-masing. Perkara ini dapat dikukuhkan lagi apabila mereka tidak mempunyai masalah untuk berbincang dan bekerjasama semasa menyiapkan tugasan kumpulan. Kedudukan tepat duduk murid telah membantu sampel untuk membentuk kumpulan dengan mudah dan cepat semasa pemerhatian aspek ke-3 dilakukan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam bentuk kumpulan (koperatif) juga mampu menarik perhatian murid hal ini kerana mereka tidak putus-putus memberikan idea dan jawapan yang bernas. Semua sampel memberikan perhatian kerana bimbang terlepas maklumat penting daripada guru mereka. Pembelajaran secara kumpulan akan melibatkan lebih banyak komunikasi antara sampel berlaku. Pertukaran dan percambahan idea akan berlaku dengan sendirinya.

Berdasarkan aspek pemerhatian yang kelima dan keenam jelas menunjukkan pembelajaran koperatif dapat memupuk sifat yang positif dan nilai-nilai murni dikalangan murid-murid antaranya hormat menghormati, bekerjasama dan kasih sayang. Sampel yang kurang aktif di dalam kumpulan tidak dibiarkan berehat sahaja, malah ketua kumpulan telah membahagikan kerja semua ahlinya, seperti menulis, membaca isi, menghias hasil kerja, mencorak, dan mewarna. Pembahagian tugas ini telah menunjukkan wujudnya semangat kerjasama diantara mereka untuk menyelesaikan tugasan kumpulan.

Pengkaji mentafsirkan bahawa sampel tahu dan memahami erti serta konsep nilainilai murni. Contoh yang diberikan sampel sangat tepat dan berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seperti sopan semasa berbual dengan orang lain dan hormat orang yang lebih tua. Sampel yang masih muda iaitu berusia 11 tahun masih malu untuk bercakap sendirian di hadapan, dan akhirnya kesemua ahli dalam kumpulan keluar ke hadapan untuk membuat pembentangan.

Berdasarkan aspek pemerhatian kelapan jelas menunjukkan setiap kumpulan wujud persaingan yang sihat. Sampel memberikan sepenuh komitmen untuk menghasilkan kerja kumpulan yang terbaik. Namun tidak dinafikan masih ada murid yang malu untuk menyuarakan pendapat. Namun semua idea dari ahli kumpulan dipertimbangkan dengan teliti

17

dan tidak ditolak sewenang-wenangnya. Pengkaji turut membuat pemerhatian dari aspek pemahaman isi pengajaran.

Pembelajaran secara koperatif bukan sahaja membantu menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama malah membantu guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih mudah. Soalan yang diajukan mampu dijawab oleh sampel dengan mudah dan betul. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sampel memahami isi pengajaran dengan baik dan semua dapatan tersebut dapat dilihat dari aspek pemerhatian yang kekesepuluh dan kesebelas.

8.3 Analisis dokumen

Analisis dokumen membantu pengkaji mengenalpasti aspek kefahaman guru mengenai konsep pengajaran Koperatif. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian guru PSK ini pengkaji mendapati guru menggunakan teknik pengajaran koperatif kerana tajuk ini sangat bersesuaian dengan teknik pembelajaran secara berkumpulan iaitu Muafakat Membawa Berkat. Kesemua tajuk yang dirancang untuk dibincangkan oleh kumpulan masing-masing adalah berkaitan dengan nilai-nilai murni kemasyarakatan antaranya gotongroyong, sukaneka, kenduri kahwin dan rumah terbuka.

Berdasarkan pengalaman sedia ada murid, sedikit sebanyak membantu mereka menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru. Aktiviti kedua turut mengaitkan nilai-nilai murni di dalam pembelajaran koperatif antaranya pembentangan kumpulan yang perlu dilakukan bersama-sama semua ahli kumpulan dan memerlukan komitmen kerjasama dan nilai bertanggungjawab terhadap kumpulan yang sangat tinggi. Jelas guru ini menggunakan teknik pengajaran koperatif dengan baik dan mengetahui proses pengajaran kopertif yang betul. Selain itu guru tidak meninggalkan isi pengajaran serta aspek nilai-nilai murni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kesan yang positif dapat dilihat dalam impak yang telah ditulis oleh guru di mana hampir 96% objektif pengajaran dan pembelajarannya tercapai.

18

8.3.2 Soalan Projek

Soalan Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 Kumpulan Tarikh penyemakan 1 Tarikh penyemakan 2 Tarikh penghantaran Tajuk Projek 1 hingga 5 15 mac 2012 29 Mac 2012 12 April 2012 Kenali Budaya Malaysia Keunikan kepelbagian kaum di Malaysia

M/S 1

PERKARA Nama sekolah Kelas Nama kumpulan Tajuk projek Nama Guru Pendidikan Sivik an Kewarganegaraan

2. 3. 4-10 11

Isi kandungan Penghargaan Biodata ahli kumpulan Pengenalan Sejarah Kemerdekaan Malaysia

12-13

Bab 1 Warisan budaya kaum Melayu Perayaan Makanan Alat muzik Seni tari

14-15

Bab 2 Warisan budaya kaum Cina Perayaan Makanan Alat muzik


19

Seni tari

16-17

Bab 3 Warisan budaya kaum India Perayaan Makanan Alat muzik Seni tari

18-19

Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia kini. Teknologi dan Sains Automobil Sukan Pembanggunan

20

Penutup

Berdasarkan soalan Projek Folio Pendidikan Sivik ini pengkaji mendapati guru banyak menitik beratkan aspek kepelbagaian dan keunikan kaum dan bangsa yang ada di Malaysia. Selain itu projek ini juga turut dilakukan dalam bentuk koperatif iaitu dalam berkumpulan. Dalam proses mencari maklumat bagi menyiapkan projek ini murid secara tidak langsung akan mengenali dan mendalami keunikan dan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia.

Selepas perkara berkaitan warisan mengikut kaum guru telah meminta setiap kumpulan mencari kejayaan yang telah dicapai oleh Negara Malaysia antaranya dari aspek sukan, Teknologi dan Sains, pembanggunan, dan automobil. Semua aspek yang diminta oleh guru secara tidak langsung akan menerapkan nilai-nilai murni kepada diri murid seperti bersyukur berada di sebuah negara yang maju dan aman, berterima kasih kepada pemimpin dan tokoh-tokoh yang berjuang demi menuntut kemerdekaan dan memupuk semangat perpaduan demi mengekalkan keharmonian negara ini.

20

8.3.3 Ujian Formatif Sampel 1 Tuliskan jawapan anda di dalam ruang yang disediakan. Bil 1 Soalan Jawapan

Nyatakan kegiatan kemasyarakat yang Mengadakan rumah terbuka hari raya dapat memupuk semangat kerjasama di kawasan tempat tinggal anda.

Berikan 4 kebaikan daripada menjalankan kegiatan kemasyarakatan seperti gotongroyong?

1. Bekerjasama 2. Mengeratkan silaturahim 3. Sifat bertanggunggjawab 4. Membina kasih saying

Apakah yang anda lakukan apabila jiran Bersalam dengan jiran saya dan membuat air berkunjung ke rumah anda? minuman.

Bagaimanakah anda sebagai murid ingin Mempekenalkan diri dan membantu jiran saya membantu jiran anda yang baru sahaja mengangkat barang rumahnya. pindah.

Sampel 2 Tuliskan jawapan anda di dalam ruang yang disediakan. Bil 1 Soalan Jawapan

Nyatakan kegiatan kemasyarakat yang Bergotong-royong memasak semasa kenduri dapat memupuk semangat kerjasama di kahwin. kawasan tempat tinggal anda.

Berikan 4 kebaikan daripada menjalankan kegiatan kemasyarakatan seperti gotongroyong?

1. Memupuk kerjasama 2. Sifat tolong-menolong 3. Menghormati antara satu sama lain 4. Mengeratkan silaturahim

Apakah yang anda lakukan apabila jiran Saya akan bersalam dengan jiran saya. berkunjung ke rumah anda?

21

Bagaimanakah anda sebagai murid ingin Saya

akan

membantu

jiran

baru

saya

membantu jiran anda yang baru sahaja mengangkat barang-barang rumahnya, pindah. Sampel 3 Tuliskan jawapan anda di dalam ruang yang disediakan. Bil 1 Soalan Jawapan acara bergotong royong

Nyatakan kegiatan kemasyarakat yang Mengadakan

dapat memupuk semangat kerjasama di membersihkan pusat sumber awam. kawasan tempat tinggal anda. 2 Berikan 4 kebaikan daripada menjalankan kegiatan kemasyarakatan seperti gotongroyong? 1. Kerjasama 2. Hormat-menghormati 3. Bertolak ansur 4. Syukur 3 Apakah yang anda lakukan apabila jiran Salam dan buat air. berkunjung ke rumah anda?

Bagaimanakah anda sebagai murid ingin Bantu angkat barang rumah jiran yang baru membantu jiran anda yang baru sahaja pindah. pindah.

Berdasarkan analisis dokumen ini pengkaji dapat menghuraikan hasil penerapan nilainilai murni daripada sesi pengajaran dan pembelajaran koperatif. Ketiga-tiga sampel jelas memahami konsep nilai-nilai murni yang sewajarnya dan tahu untuk mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

Soalan pertama kesemua mereka mengetahui jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua penduduk di kawasan tempat tinggal. Soalan kedua ketiga-tiga sampel turut menjelaskan kebaikan dari aktiviti-aktiviti tersebut dengan menyatakan nilainilai murni yang akan mereka perolehi dari aktiviti tersebut. Selain itu jawapan bagi soalan ketiga menunjukkan nilai menghormati jiran telah diterapkan ke dalam diri ketiga-tiga sampel. Soalan terakhir turut menunjukkan sampel tahu dan bersedia untuk membantu jiran

22

yang baru berpindah dengan menyatakan jawapan seperti membantu jiran mengangkat barang dan memperkenalkan diri sebagai tanda perkenalan. Jawapan murid dari ujian formatif ini menunjukkan bahawa objektif nilai di dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tercapai dan murid mampu memberi jawapan dengan baik

9.0 Perbincangan

Hasil daripada analisis data dokumen dan alat pemerhatian kajian ini menunjukkan hubungan yang positif antara pembelajaran koperatif dan proses penerapan nilai murni dikalangan murid semasa sesi pengajaran mata pelajaran PSK. Ini dapat disimpulkan bahawa melalui pembelajaran secara koperatif (berkumpulan) murid mampu mengaplikasikan unsur nilai-nilai murni dan melakukan perubahan sikap kepada positif seperti bekerjasama dan memupuk nilai saling menghormati diantara ahli kumpulan dan rakan lain. Ini dapat dibuktikan semasa pengkaji melakukan pemerhatian kepada aspek keempat, di mana beberapa orang murid yang kurang faham, telah dibantu oleh ahli kumpulan lain.

Salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersemuka semasa bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masing-masing. Berdasarkan kenyataan di atas dalam pembelajaran koperatif, seharusnya wujud penglibatan saksama, di mana semua murid mesti

melibatkan diri secara saksama maka oleh sebab itu setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran. Dalam kerja kumpulan yang lain, tidak ada cara untuk memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk belajar.Pembelajaran koperatif boleh meningkatkan semangat kerjasama, cintakan sekolah, mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial, selain daripada pencapaian pelajar.

Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil, membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid.
23

Sampel turut menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial dan psikologikal mereka.

Mereka ada gambaran diri yang lebih baik dan lebih suka belajar serta juga suka sekolah mereka. Semasa menjalankan kajian ini pengkaji dapat melihat sendiri bagaimana akrabnya hubungan diantara ahli kumpulan semasa mereka sama-sama menyempurnakan tugasan kumpulan. Jika dibandingkan dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun. Dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. Interaksi serentak ini sekaligus mempertingkatkan penglibatan aktif mempertingkatkan potensi belajar setiap murid. setiap murid dan

Hasil analisis dapatan kajian seperti temubual menunjukkan pertalian yang positif dengan tajuk kajian. Sampel merasakan dengan melakukan pembelajaran secara koperatif mereka mampu untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain dan dengan itu, akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang baik. Jalinan kerjasama ini amat

membantu guru dalam memupuk aspek nilai-nilai murni sesama sesi pengajaran dan pembelajaran PSK. Hasil analisis dokumen juga jelas menunjukkan murid berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan jawapan yang betul dan nilai murni yang tepat berdasarkan situasi-situasi tertentu. Kefahaman murid ini amat penting kerana PSK juga merupakan subjek yang menitik beratkan aspek ilmu dan kemahiran sosialnya.

10.0Rumusan

Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan penerapan nilai murni adalah aspek penting yang perlu ditekankan dalam kehidupan seharian dan bukan sahaja di sekolah. Pemilikan nilai-nilai murni berupaya melahirkan satu kelompok generasi muda yang begitu baik sahsiah dan mampu mengharungi kehidupan yang mencabar ini. Tanggungjawab seorang guru untuk melaksanakan teknik pengajaran koperatif tidaklah terlalu berat dan sukar namun guru harus mempunyai beberapa strategi antaranya pertama melakukan pembahagia kumpulan. Kumpulan yang hendak dibentuk tidak terlalu besar, kebiasaanya tiga atau empat orang dalam satu kumpulan. Kumpulan murid yang terlalu
24

ramai kurang efektif kerana pembabitan ahli kumpulab akan cenderung tida sama rata. Kedua guru harus mentrukturkan tugasan yang ingin diberikan, pastikan ahli kumpulan saling bergantungan sesame sendiri untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Elakkan member tugasan yang boleh diselesaikan tanpa pembabitan setiap ahli dalam sesuatu kumpulan..

Ketiga, wujudkan kebergantungan setiap ahli. Jadikan tanggungjaab pencapaian terletak dikedua-dua tahap individu dan kumpulan. Satu cara yang mungkin boleh dilakukan ialah melalui pemberian markah dalam kumpulan masing-masing. Keempat berikan garis panduan komunikasi dan tingkah laku kepada murid, guru perlu menjelaskan kepada murid apakah tingkah laku yang wajar dan tidak wajar dilakukan semasa pembelajaran koperatif berlaku. Dengan mengambil strategi di atas diharapkan guru dapat mengaplikasikan teknik ini bagi menerap nilai-nilai murni seperti bekerjasama, menghormati dan toleransi antara murid pelbagai kaum dan etnik yang ada di sekolah.

Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya menjadi satu renungan kepada para guru dan juga ibu bapa untuk memulakan tugas mendidik anak mereka sebaik mungkin. Kajian lanjutan yang lebih terperinci dan tepat perlu dilakukan untuk memantapkan lagi dapatan kajian tentang kaedah pengajararan koperatif ini.

11.0Cadangan

Pengkaji telah berpeluang untuk menjalankan kajian ilmiah ini dalam bentuk kajian kualitatif dan menggunakan sampel murid sekolah rendah yang masing-masing berusia 11 tahun. Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian . Berasaskan kepada batasan kajian ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan.

Kajian ini hanya melibatkan murid sekolah rendah yang berusia 11 tahun (Tahun 5) yang berada di kawasan luar Bandar (felda). Kajian lanjutan dicadangakan supaya melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah yang berada di kawasan Bandar. Selain daripada itu pengkaji hanya menjalankan proses pengutipan data dan dapatan kajian dalam masa yang sangat singkat iaitu 5 minggu . Kajian lanjutan dicadangkan supaya
25

tempoh pengumpulan data dilanjutkan lebih lama agar hasil mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

kajian lebih jitu dan

Kajian kali ini melihat dan mengupas aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk pengajaran koperatif (Jingsaw dan Rotating Review) untuk menerapkan nilai murni dalam subjek PSK. Kajian lanjutan dicadangkan supaya menggunakan teknik koperatif yang lain untuk melihat keberkesanannya dalam memupuk nilai-nilai murni dan juga meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran. Dan dalam kajian ini murid yang terlibat sebagai sampel terdiri daripada murid dari kaum Melayu dan India sahaja, diharapkan kajian akan datang dapat dilakukan dalam sekolah yang mempunyai murid dari 3 kaum utama Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India untuk melihat corak komunikasi dan nilai-nilai murni diantara mereka semasa proses pembelajaran dalam kelas.

26

RUJUKAN

Abd Razak Habib.(2006). Kaedah kajian dalam pendidikan. Selangor: Meteor Doc Sdn Bhd.

Anuar MD Amin.(2003).Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran komsas. Kuala Lumpur:Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Ee Ah Meng.(1997).Pedagogi III edisi kedua.Selangor: Fajar bakti Sdn. Bhd

Jabbar Qamihah.(1996).Nilai-nilai Islam satu pengenalan.Kuala Lumpur: Yayasan Islam Terenganu Sdn Bhd

Ismail Saad.(2009).Kaedah pemelajaran koperatif sekolah rendah.Selangor:Karisma publication.

Johnson,D.W and Johnson,R (1989).Cooperative and competition: Theory and Research . Edina, MN: Interaction Book Compony.

Kamaruddin Hj Husin& Siti Haar Abdul Aziz.(2003).Pedagogi asas pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Manisah Md Sharif.(2001).Kaedah pembelajaran koperatif dalam ekonomi asas:implikasi tehadap pelajar yang lemah pencapaian akademik.Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun.(2005).Kemahiran belajar.Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

27

Ramlan

Hamzah

&

Lily

Mastura

Harun.(2006).Panduan

ulangkaji

psikologi

pendidikan.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Sabitha Marican. (2005).Kaedah penyelidikan sains sosial.Selangor : Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani & Mohd Zohir Ahmad.(2007). Pedagogi strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: Zafar Sdn Bhd

Saliah Abdul Aziz.(1997).Bilik Darjah Semuafakat.Kuala Lumpur: Marskha Sdn Bhd

Tam Yeow Kwai.(1996).Pendidikan moral 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Yahya Don.(2007).Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia.Kuala Lumpur: Zafar Sdn Bhd

http://azman-duniaku.blogspot.com/2008/07/karangan-pemupukan-nilai-nilai-murni.html. pada 15 Mac 2012. http://www.geocities.com/devlin_sigma2002/koperatif.htm .diakses pada 15 Mac 2012 http://www.teachersrock.net/Refleksi_Sosial.htm. diakses pada 16 Mac 2012 http://www.geocities.com/Athens/Thebes/1650/index.htm .diakses pada 16 Mac 2012

diakses

http://pppl.upm.edu.my/~gansl/cl.html .diakses pada 16 Mac 2912 diakses pada 16 Mac 2012 http://eprints.utm.my/3769/. Diakses pada 17 Mac 2012

28