Anda di halaman 1dari 79

Bab 1

SUASANA rumah Tengku Hishamuddin sangat sunyi sekali. Hanya sesekali bunyi ngiau Si Ayyu, kucing Parsi milik Tengku Zahariah kedengaran. Barangkali Ayyu sangat lapar. Tiada siapa mahu melayan permintaan si kucing itu saat ini. Semua isi rumah Tengku Hishamuddin sangat sedih dengan pemergian ayahandanya, Tengku Hasanuluddin. Yang paling terkesan sekali di atas pemergian Allahyarham adalah cucundanya, Tengku Hanis Zulaikha yang paling rapat dengan beliau. Tengku Hanis bukan sahaja paling rapat, tetapi juga merupakan cucu tunggal Allahyarham. Mulut Tengku Hanis tidak henti-henti membaca surah Yasin sejak dari hari pemergian Allahyarham nenda kesayangannya semalam, sehinggalah kini. Satu-satunya penyokong setia dan pemberi semangat padanya telah pergi meninggalkannya. Kenapa nenda pergi cepat sangat? Nendakan Hanis punya old boyfriend! rintih hati Tengku Hanis. Sabar, Hanis. Yang pergi tetapkan pergi. Mummykan ada ni... pujuk Tengku Zahariah seakan mengetahui rintihan anak kesayangannya itu. Tengku Zahariah memeluk bahu Tengku Hanis. Hanis tahu itu... tapi nenda tak tunjuk pun tanda-tanda dia nak meninggal, mummy. How can I expect that!

Memang Allahyarham tidak sakit. Dia meninggal dalam tidur sesudah solat subuh dan tiada siapa menjangka Allahyarham telah meninggal dunia. Tengku Hanis yang menjumpainya sewaktu dia mahu ke pejabat. Bila dipanggil, nendanya tidak menyahut. Bila disentuh, tubuh nenda sudah sejuk dan kaku. Apa lagi, meraunglah Tengku Hanis bagaikan isteri yang kematian suami. Tengku Hishamuddin menjengah ke bilik Allahyarham bapanya. Dia sayu melihat anak dan isterinya duduk bersimpuh di sebelah katil Allahyarham. Walaupun dia tinggal serumah dengan bapanya, malah dia satu-satunya anak Allahyarham, tetapi Tengku Hishamuddin bukanlah rapat dengan bapanya seperti Tengku Hanis. Itulah satu perkara yang sangat dikesalkan oleh Tengku Hishamuddin. Mungkin disebabkan dari kecil dia dilatih duduk di asrama sehingga merantau ke negara orang, hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Tambahan pula Tengku Hasanuluddin merupakan seorang yang tegas dan terlalu sibuk membina empayar STH Holdings Berhad sehingga menjadi salah sebuah syarikat kontraktor pembinaan kelas A yang sangat terkenal di Malaysia. Tengku Hasanuluddin juga merupakan antara sepuluh orang yang terkaya di rantau Asia. Kesibukan itu membatasi pergaulan mereka anak-beranak dan perbualan mereka hanya terbatas kepada hal-hal syarikat sahaja. Kalau Hanis sedih, ayah lagi sedih. Ayah jauh sekali dengan nenda. Ayah ingat masih ada masa untuk mendekatkan jurang ayah dengan nenda, tapi ayah silap sekali. Tengku Hishamuddin mengesat air matanya. Tengku Hanis lantas memeluk ayahnya. Nenda sayang ayah. Ayah jangan risau, okey! Pintu bilik diketuk dan dikuak dari luar. Wajah Bibik Jamilah, pembantu rumah Tengku Hishamuddin muncul. Mata bibik turut merah dan bengkak. Mungkin bibik juga turut bersedih

dengan kehilangan ini. Maklumlah, selama ini bibik yang menjaga makan minum Tengku Hasanuludin, pastinya dia turut terkesan dengan pemergian Tengku Hasanuluddin yang dipanggil tuan besar. Maaf, tuan... Encik Aidil, peguamnya tuan besar ada di bawah. Mahu jumpa semuanya, tuan. Tengku Hishamuddin mengangguk-angguk. Zah, Hanis... peguam dah tunggu di bawah. Nak bacakan wasiat nenda. Jom kita turun. Lagi cepat kita dengar, lagi cepat kita selesaikan semua ini. Tengku Hishamuddin bangun dan terus menuruni anak-anak tangga menuju ke ruang tamu di tingkat bawah. Turut bersamanya Tengku Zahariah dan Tengku Hanis. Masing-masing berwajah sayu dan sedih. Lebih-lebih lagi Tengku Hanis yang berkulit putih. Hidung dan matanya kelihatan merah benar! Assalamualaikum semua. Semuanya sudah ada di sinikan? Semuanya sudah ada, Encik Aidil. Perlukah panggil semua sanak saudara yang lain? tanya Tengku Hishamuddin. Tak perlu, Tan Sri. Wasiatnya hanya untuk keluarga ini sahaja. Pertamanya saya ingin mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Tengku Hasanuluddin. Keduanya, Allahyarham ada berkata pada saya seminggu sebelum beliau meninggal. Beliau minta saya membacakan wasiatnya sehari selepas pemergian beliau. Macam dia tahu sahaja dia mahu meninggal. Tapi, macam mana pun ini ketentuan Ilahi... kita kena terima dan reda, ya. Tan Sri,

boleh saya teruskan? tanya Encik Aidil dari Aidil & Associates. Encik Aidil bukan sahaja peguam peribadi Tengku Hasanuluddin, tetapi juga peguam bagi keluarga Tengku Hishamuddin. Ya, teruskan. Ini adalah video daripada Allahyarham yang sempat dirakamkan beliau kira-kira seminggu yang lalu. Encik Aidil memasukkan cakera padat ke dalam pemain DVD. Ehem... dah okey ke? Macam cerita P.Ramlee pula saya rasa ni, Aidil! kata Tengku Hasanuluddin sambil tergelak di dalam rakaman video itu. Tengku Hanis tersenyum melihat rakaman itu. Oh! Old boyfriend! bisiknya. Assalamualaikum semua. Semasa rakaman video ini disiarkan, ayah agaknya sudah tiada di muka bumi ciptaan Allah ini. Ayah sudah pun pergi menghadap Ilahi. Ayah berharap jangan ditangisi pemergian ayah dan biarkan ayah pergi dengan tenang. Jangan nangis Hanis, ya! Tengku Hanis terus meraung. Dipeluknya Tengku Zahariah di sebelahnya. Kata-kata nendanya membuatkan hatinya sedih dan sebak yang teramat. Encik Aidil menghentikan sebentar rakaman tersebut. Tengku Hanis okey ke? Boleh saya teruskan? Tengku Hanis mengangguk-angguk. Lantas Encik Aidil meneruskan rakaman tersebut. Tengku Hishamuddin, ayah minta maaf dengan apa yang telah terjadi di atas segalagalanya. Tindakan ayah dengan tidak memanjakan kamu adalah bertujuan untuk menjadikan kamu manusia. Tetapi ayah silap, anakku. Kalau ayah tidak terlalu tegas, mungkin hubungan kita

anak-beranak boleh menjadi bertambah baik. Ayah minta maaf. Ayah harap bukan ini yang terjadi antara kamu dan Hanis, satu-satunya cucu ayah. Tengku Hishamuddin, ayah serahkan pada kamu jawatan sebagai penasihat ke atas syarikat kita. Untuk setakat inilah jawatan kamu sebagai pengarah urusan di STH. Jawatan pengarah urusan ayah serahkan kepada bakal suami Tengku Hanis. Ayah berterima kasih kepada kamu kerana sanggup menggantikan ayah dan menjalankan tanggungjawab dengan baik selama ini. Ayah rasa sudah tiba masanya kamu berehat dan bawa Zah makan angin. Tengku Zahariah, terima kasih kerana menjadi menantu ayah yang baik dan menjaga semua keperluan ayah selama ini. Ayah minta maaf sekiranya ayah ada buat salah pada Zah. Tiada apa yang ayah wasiatkan pada Zah, cuma Zah jagalah maruah keluarga kita dan pergi makan angin dengan Hisham. Dah lama Zah tak pergi holiday, kan? Asyik terperuk di rumah saja. Tengku Zahariah tersenyum sambil mengangguk-angguk. Dia sudah bersedia menjadi menantu Tengku Hasanuluddin sejak dahulu lagi. Dia juga sudah berjanji kepada ayah mertuanya untuk menjadi menantu yang baik dan menjaga maruah keluarga. Tambahan pula, Tengku Zahariah bukannya siapa-siapa bagi Tengku Hasanuluddin. Tengku Zahariah merupakan sepupu Tengku Hishamuddin. Oleh kerana kedua-dua orang tuanya meninggal dunia akibat kemalangan, Tengku Zahariah terus sahaja dinikahkan dengan Tengku Hishamuddin seawal umurnya tujuh belas tahun. Tengku Hanis Zulaikha, my beloved young girlfriend! Nenda minta maaf atas apa yang akan nenda katakan ini. Mungkin Hanis akan ingat nenda gila membuat keputusan ini tapi nenda tahu ini merupakan keputusan yang betul untuk dilakukan. Tengku Hanis, dengar baik-baik.

Nenda akan menyerahkan seluruh harta kekayaan nenda pada Hanis dengan syarat Hanis akan menikah dengan lelaki pilihan nenda. Pernikahan ini perlu berlangsung dalam tempoh tiga bulan dari sekarang dan perlu mempunyai keturunan dalam tempoh dua tahun. Sekiranya ini tidak berlaku, dengan serta-merta harta ini akan jatuh ke rumah anak-anak yatim. Hah! Ayah? Mummy? Betul ke ni? Setelah harta ini jatuh ke tangan anak-anak yatim, seluruh keluarga Tengku Hasanuluddin tidak berhak menuntut dan tidak boleh lagi tinggal di rumah ini. Taraf keluarga akan jatuh dan perlu berdiri di atas kaki sendiri. Ingat pesan nenda ini, Hanis. Hanis ingat tak gambar budak lelaki yang nenda tunjukkan dulu? Atuknya dulu merupakan kawan baik nenda dan juga kawan yang membantu nenda membesarkan empayar STH. Semua orang ingat STH merupakan singkatan kepada Syarikat Tengku Hasanuluddin tetapi sebenarnya Syaifullah Tengku Hasanuluddin. Hisham tentu ingat pada keluarga Encik Syaifullah, kan? Semua butiran keluarga Syaifullah ada pada Encik Aidil bahkan keluarganya pun telah diberitahu tentang hal ini. Hanis masih ingat pada Johan? Kawan Hanis masa kecil dulu? Nenda harap ini merupakan pilihan tepat nenda. Belajar mencintai lebih baik daripada mencintai, kan? Salam sayang buat semua termasuk Bibik Jamilah dan Pak Said. Terima kasih saya ucapkan pada bibik dan Pak Said kerana menjaga rumah ini dan keseluruhannya. Saya harap jangan tinggalkan rumah ini dan bekerjalah sebaiknya. Atas kebaikan anda dan keikhlasan anda, saya serahkan tanah saya di Sungai Petani tu untuk anda berdua. Gunakanlah dengan sewajarnya. Hingga akhirnya, salam terakhir. Assalamualaikum. Rakaman itu berhenti. Tengku Hanis termangu. Terkejut! Rasa sedihnya belum habis, rasa lain pula yang datang. Apa yang Hanis tahu, nenda tak adil!!! dengusnya lalu berlalu ke

biliknya. Dia lupa kesedihannya tadi, dia lupa mummy, ayah dan Encik Aidil yang masih ada di situ.

Bab 2
JOHAN ISKANDAR menguis-nguis pasir pantai sambil memerhati ombak yang menghempas pantai dengan lembut. Angin bayu begitu mendamaikan, tetapi tidak sedamai hatinya. Terkenang kata-kata Encik Aidil yang singgah ke rumahnya tiga hari yang lepas. Tok Din sudah meninggal, kata Encik Aidil. Tok Din pernah datang ke sini dulu tetapi Johan ingat-ingat lupa bagaimana rupa arwah Tok Din yang atuk pernah cakap adalah kawan baiknya. Kematian Tok Din bukanlah penyebab hatinya tidak tenang sekarang, tetapi tentang wasiat Tok Dinlah yang menyebabkan hatinya gelisah. Perjanjian ini atuk buat dengan Tok Din sejak dulu lagi, Johan. Atuk ingat dia hanya main-main. Tak sangka dia pertaruhkan hartanya demi janjinya. Atuk bukan mahu sangat hartanya, cukuplah dengan apa yang kita ada ini... ulas Syaifullah. Johan hanya mendengar bicara atuknya. Hatinya bercelaru. Fikirannya serabut.

Seingat Johan, dulu keluarga atuk sangat senang. Duduk di rumah banglo tiga tingkat yang dilengkapi kolam renang. Tok Din pula tinggal bersebelahan. Entah apa yang terjadi, atuk balik ke kampung bersama ayah dan ibu. Tidak lagi duduk mewah dan hanya bekerja sebagai nelayan dan penternak kambing. Johan masih ingat, ketika itu hendak cari sesuap nasi pun payah. Arwah ayah pernah cakap pada Johan, apa yang terjadi pada keluarga kita penyebabnya ialah Tok Din. Betul ke atuk? Mungkin pasal itu, dia wasiatkan sebegitu? Yelah, mungkin Tok Din rasa bersalah dengan keluarga atuk, mana tahu? bisik hati Johan. Tengku Hasanuluddin, orangnya sangat tegas dan baik. Atuk yang tak mahu lalai dalam kekayaan. Atuk tak mahu terima semua itu. Biar kita tak cukup makan, jangan kita tak cukup ajar, Johan. Atuk bukan nak memaksa kamu tentang wasiat itu, tapi fikir-fikirkanlah. Setidaktidaknya, roh arwah tenang apabila permintaannya dikabulkan, ucap Syaifullah. Dia tahu Johan bingung. Memang dulu dia terpaksa melepaskan semuanya ketika perniagaannya bersama Tengku Hasanuluddin sedang maju. Syaifullah takut keluarganya lalai dengan kekayaan. Biar dia undur diri cepat walaupun dia terpaksa bersusah. Bukannya dia tidak pernah susah dulu! Walaupun Syaifullah berundur diri, Tengku Hasanuluddin tidak menjual syernya di dalam syarikat. Bahkan dia memperoleh juga sebahagian keuntungan di atas syarikat tersebut. Duit itu tidak pernah diketahui sesiapa termasuk arwah anaknya, Izhar. Dari perbincangan tiga hari yang lepas, Lutfiah, ibu Johan hanya mendiamkan diri. Dia masih ingat keluarga Tengku Hasanuluddin, Tengku Hishamuddin dan isterinya Tengku Zahariah. Tetapi dia ingat-ingat lupa Tengku Hanis Zulaikha. Mujur ayah mertuanya masih

hidup dan masih mampu membuat keputusan. Kalau ikutkan Lutfiah, dia tidak mahu lagi berhubungan dengan keluarga itu. Entah apa sebabnya dia tidak tahu tetapi arwah suaminya, Izhar, cukup benci dengan Tengku Hasanuluddin. Izhar pernah cakap sepatutnya ayah mertuanya di tempat Tengku Hasanuluddin. Mahu juga ditanya ayah mertuanya, tetapi dia takut. Namun apa yang ayah mertuanya katakan kelmarin, semua itu bukan salah Tengku Hasanuluddin! Pening Lutfiah! Arwah Izhar meninggal dunia lima tahun lepas akibat kemalangan. Tinggallah Lutfiah dan ayah mertuanya, Syaifullah bersama Johan Iskandar. Kadang-kadang Johan ke laut dan kalau hujan ribut, Johan akan ke kebun atau ke kandang kambingnya. Walaupun Johan berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan, demi keluarga, cita-citanya terbantut di kampung sahaja. Ayah mertuanya pernah berkata pada Lutfiah, suatu hari nanti cita-cita Johan Iskandar akan tercapai. Tunggu dan lihat sahajalah nanti! Abang menungkan apa tu? Abang mesej Intan kata nak jumpa kat sini, sorrylah Intan lambat sikit. Emaklah, macam-macam soalnya! Intan nak keluar pun susah... rungut Intan. Lamunan Johan terhenti. Dia tersenyum memandang Intan yang merungut-rungut. Duduklah dulu. Abang banyak nak cerita pada Intan ni, arah Johan. Intan terus duduk di sebelah Johan. Tidak sabar rasanya hendak mendengar cerita kekasih hatinya itu. Entah macam mana, dari perhubungan sebagai seorang adik angkat bertukar menjadi kekasih. Bila masa pun Intan tidak tahu.

Johan serba salah hendak bercerita pada Intan. Dia tahu Intan pasti akan benci pada dirinya. Itu sebabnya Johan tunggu selepas tiga hari untuk bercakap mengenai wasiat itu kepada Intan. Dia mahu dirinya benar-benar bersedia menerima segala natijahnya itu nanti. Intan tahukan abang sayangkan Intan? Kita dah kawan lama, kan Intan? Dari kecil kita sudah berkawan dan kita juga sudah berjanji mahu sehidup semati bersama, kan? Johan mula menuturkan kata. Apa yang abang nak cakapkan ni? Abang nak melamar Intan ke atau abang nak pergi jauh dari Intan? Abang buat Intan tak sedap hatilah... desak Intan. Tiba-tiba Intan rasa tidak sedap hati. Apa yang abang nak cakap ni bukanlah keputusan daripada abang, tetapi abang dipaksa untuk memilih jalan ini. Abang dah tak dapat memilih jalan yang lain walaupun ianya perit dan terpaksa abang lakukan. Intan, abang nak Intan tahu, Intanlah yang terbaik buat abang dan abang percaya kalau kita ada jodoh, kita akan bersama. Lagipun, siapa nak dekat Intan, kan... kalau bukan abang yang handsome ni...? Johan cuba berjenaka tetapi wajah Intan tetap kaku, beku. Abang jangan main-mainlah...! Intan menolak bahu Johan. Johan tersenyum. Sekarang ni, abang dalam dilema. Abang kena kahwin tapi bukan dengan Intan. Abang terjerat dalam wasiat Tok Din, kawan baik atuk tu. Abang terpaksa pilih untuk kahwin paksa dengan cucu dia supaya abang boleh tahu kenapa Tok Din buat macam tu pada atuk dan keluarga abang! Intan tergamam. Tok Din? Kahwin paksa? Dengan siapa? Habis tu... Intan macam mana?

Kahwin paksa apa ni, bang? Kalau abang nak tahu, abang tanya atuklah! Kenapa abang nak berkorban diri macam ni pulak? Macam mana dengan Intan, bang? ujar Intan marah! Takkan keputusan seperti ini pun Johan tak boleh buat? bisik hatinya. Intan tak faham! Kalau Intan tak faham, cuba fahamkan Intan, bang! Cakap dengan Intan. Johan mengeluh. Macam mana nak fahamkan Intan kalau Intan sedang marah-marah? Dengar abang cakap ni... Johan mula menjelaskan semuanya kepada Intan, wasiat Tok Din, fasal atuk, fasal arwah ayahnya dan sebab mengapa dia perlu berkahwin dengan pilihan orang lain, bukan Intan. Intan terdiam. Penjelasan Johan itu menyebabkan dia bingung. Apakah setakat ini sahaja jodoh aku dengan Johan? Abang tak adil! Abang sanggup utamakan orang lain daripada Intan. Selama ini, rupanya Intanlah yang berlebih-lebih perasaan pada abang, sedangkan perasaan abang pada Intan tak lebih daripada seorang adik. Intan nak balik! Johan menepuk dahinya. Intan! Bukan itu maksud abang! jerit Johan. Tetapi Intan tidak mahu dengar. Dia sudah pun pergi. Laju sekali langkahnya meninggalkan Johan keseorangan. Johan pening!

INTAN menghentak-hentakkan kakinya masuk ke dalam rumah. Bunyi hentakan kakinya di atas lantai rumah papan itu agak kuat sehingga emaknya pun turut terkejut. Apa ni, Intan? Macam gajah naik minyak aja ni! Hang ni betuilah... marah Halijah. Mak ni... Intan sedih ni tau, mak lagi siat-siat hati Intan! Halijah memandang anaknya, keliru. Tadi beria-ia minta izin nak jumpa Johan, tak sabaq sangat, la ni balik sat saja, marah-marah! Apa kena ni? bisik Halijah dalam hati. Intan masuk ke biliknya, pintu biliknya dikatup kuat. Halijah yang baru hendak bertanyakan punca sikap Intan yang sebegitu, serta-merta terhenti langkahnya. Tak apalah... biaq pi, lah marahnya reda dulu. Halijah kembali ke mesin jahitnya. Telatah anak kesayangannya itu dibiarkan dahulu. Nanti terfikir yang itu sahaja, tidak siap pula baju tempahannya ini. Intan di dalam bilik, termenung. Dia menutup telefon bimbitnya, malas mahu menjawab panggilan Johan. Bodohnya aku mengasihi orang yang tak mengasihi aku! bentak hatinya, kesal! Nasib baik tawaran sambung belajar ke kolej jururawat itu belum berakhir! Tanpa berfikir panjang, Intan terus mengambil sampul surat tawaran itu. Inilah masanya! bisik hatinya. Intan tersenyum pahit! Pahit mengenangkan kejadian tadi. Dia bertekad ingin melupakan segala-galanya dan membuka lembaran hidup baharu....

Bab 3
SUDAH beberapa hari Tengku Hanis tidak turun makan bersama keluarganya. Walaupun bibik menghantar makanan ke biliknya, makanan itu terbiar tidak bersentuh. Tidak sedikit pun yang luak. Hanya perasaannya terluak dengan wasiat nenda. Kalau dia tidak mengikut wasiat itu, keluarganya bakal merempat! Kesian mummy, kesian ayah. Sanggupkah Tengku Hanis berbuat begitu? Nenda memang tidak adil! Sekarang semua keputusan yang dibuat perlu ditimbang tara, mana nak campak keluarga, mana pula nak kenangkan hatinya. Tengku Hanis keliru! Johan! Aku mesti bicara dengan Johan. Kalau dia menolak, tentu benda ni takkan terjadi! tiba-tiba Tengku Hanis mendapat idea.

Johan mesti tidak ada sebab untuk menolak rancangannya. Mesti Johan sudah ada yang punya! Tak mungkin Johan mahu meninggalkan buah hatinya itu. Duga Tengku Hanis. Hanis dah siap ke belum? Kita mahu ke rumah Johan ni. Nanti kita lambat, tertunggutunggu pula keluarganya! jerit Tengku Zahariah. Mulanya, Tengku Hanis mahu menolak ajakan Tengku Zahariah. Tetapi dengan rancangan baharunya ini, dia yakin Johan akan berubah fikiran. Lantas Tengku Hanis segera bersiap. Rancangan ini pasti berjaya! bisik hatinya. Perjalanan ke Sungai Petani mengambil masa lebih tiga jam. Sepanjang jalan, Tengku Hanis hanya menyepi. Hanya kedengaran suara Tengku Hishamuddin dan Tengku Zahariah berbicara dengan Pak Said. Selepas hari pembacaan wasiat itu, seorang pun tidak pernah menyatakan apa-apa kepada Tengku Hanis. Seorang pun tidak bertanya tentang keputusannya. Semuanya sepi dan pagi ini sahaja baru Tengku Hishamuddin mengajak Tengku Hanis menziarahi keluarga Johan. Alphard putih meluncur laju. Keluar sahaja dari lebuh raya terus menyusur ke jalan menghala ke Tanjung Dawai. Seperti Pak Said pernah datang ke sini sebab perjalanannya lancar sekali. Bukan sebab GPS rasanya, tetapi Pak Said memang pernah datang ke sini. Entah-entah dengan nenda? bisik hati Tengku Hanis. Pak Said pernah datang sini ke? tanya Tengku Hanis. Dia tidak mahu apa-apa persoalan yang bersarang mengganggu hatinya. Cukuplah dengan wasiat nenda yang membuatnya pening. Lah... inikan kampung kita, Ku Hanis.

Kita ada kampung? Kita pernah ada kampung ke? Betul ke ayah? tanya Tengku Hanis. Hmmm... dulu ayah lahir di sini. Masa kecil dulu Hanis selalu juga datang sini. Bila semua saudara kita pindah, kita dah tak datang sini lagi. Rumah kita tepi pantai. Hanis dan Johan selalu main dekat tepi pantai! cerita Tengku Hishamuddin. Nama Johan yang disebut oleh ayahnya membuatkan Tengku Hanis muak. Bagus sangat ke Johan tu? gerutu hati Tengku Hanis. Lalu dipeluknya Tengku Zahariah. Dia mahukan sokongan. Nanti Hanis dah kahwin, tak boleh nak peluk mummy macam ni lagi. Malu dekat suami! usik Tengku Zahariah. Usikan Tengku Zahariah membuatkan Tengku Hishamuddin turut ketawa. Tengku Hanis terus melepaskan pelukan pada mummynya. Siapa yang nak kahwin? Lagipun kenapa pulak tak boleh peluk mummy? Kan mummy Hanis. Takkan nak peluk Pak Said pulak! rajuk Tengku Hanis. Giliran Pak Said pula ketawa besar. Suka betul orang tua ni! cemuh Tengku Hanis dalam hati. Akhirnya pucuk dicita ulam mendatang. Sampai juga Tengku Hishamuddin sekeluarga ke rumah Syaifullah. Mata Tengku Hanis meliar ke sekeliling rumah dua tingkat di hadapannya. Bawah rumah batu, atas rumah papan... biasalah rumah kampung. Bisik hati Tengku Hanis. Assalamualaikum... Tengku Hishamuddin memberikan salam memanggil tuan rumah. Muncul seorang lelaki tua sekitar umur nenda di muka pintu. Itu mesti Encik Syaifullah, kawan baik nenda! teka Tengku Hanis.

Waalaikumussalam.... Eh, Lutfiah... depa dah sampai dah ni! jerit Syaifullah. Masuk... masuk... jangan malu. Rumah buruk saja. Tengku Hishamuddin menyalami Syaifullah, diikuti keluarganya. Di dalam rumah itu, semuanya serba lengkap dan teratur. Tengku Hishamuddin mengambil tempat di sebelah Syaifullah diikuti Tengku Zahariah dan Tengku Hanis. Pak Said masih di luar, mengambil angin laut. Kata Pak Said, dia mahu lihat rumah Tengku Hasanuluddin dan melawat saudara-maranya. Asalnya, Pak Said juga orang kampung sini. Mata Tengku Hanis melilau lagi. Mencari kelibat Johan.... Johan keluaq pi tangkap ikan. Hari ini hari baik, cuaca nampak elok. Sebentaq lagi dia balik mai, lah tu... ujar Lutfiah seperti tahu apa yang bersarang di dalam hati Tengku Hanis. Lama kita tak jumpa, kan Kak Yah? Hanis pun dah dua puluh lima tahun! Tengku Zahariah membuka bicara. Lutfiah tersenyum lantas mengangguk-angguk. Yelah Zah... Johan pun dah nak masuk tiga puluh tahun. Arwah Abang Izhar pun dah meninggal lima tahun lepas. Lama jugalah... terang Lutfiah. Suasana hening seketika, sehinggalah muncul kelibat Johan. Assalamualaikum.... Masing-masing menjawab salam Johan termasuk Tengku Hanis. Mata Johan tertancap pada Tengku Hanis. Tengku Hanis pun sama. Cepat-cepat Tengku Hanis melarikan matanya. Maaf, Johan lewat sikit. Kejap ya, Johan naik atas dulu. Sehari suntuk di laut, badan dah bau ikan! Johan tergelak.

Its okay, Johan. Pergilah, kita pun lama di sini... ujar Tengku Hishamuddin sambil tersengih. Johan terus berlalu. Diakah bakal suami aku? Selekeh! cebik Tengku Hanis. Pak cik, tujuan saya datang ke sini adalah untuk membincangkan wasiat arwah. Tengku Hishamuddin terus memulakan bicara. Sepatutnya kami, pihak lelaki yang ke sana. Tapi, tahulah Johan... risau kambingkambingnya tu tak berjaga. Semalam saja selori ada orang mai beli. Tak menang tangan Johan sekarang ni. Kami nak pergi ke KL tu pun, tunggu masa Johan saja. Terang Syaifullah. Kami faham, pak cik. Macam mana pun, salah seorang kena mengalah, kan? Lagi cepat kita selesaikan, insya-Allah arwah ayah akan tenang. Pertama sekali pak cik minta maaf sebab tak datang di hari pengebumian arwah. Terkilan juga arwah pergi dengan cepat walhal baru saja arwah datang sini. Mata Syaifullah berkaca. Dia sedih rakan baiknya meninggalkannya begitu cepat. Tengku Zahariah dan Tengku Hanis hanya mendengar bicara Tengku Hishamuddin dan Syaifullah. Lutfiah pula sibuk di dapur. Hendak ditolong, dia menolak. Saya rasa pak cik dah tahu apa isi kandungan wasiat arwah, bukan? Encik Aidil pun sudah menceritakan semuanya. Apa pendapat pak cik ? tanya Tengku Hishamuddin. Sebelum Encik Aidil mai sini, arwah sudah bagi tau pak cik semuanya. Pak cik ingatkan dia main-main, maklumlah arwah suka bergurau. Tiba-tiba jadi begini, pak cik tak tahu nak kata apa. Pak cik sebenarnya serahkan semua pada Johan... ujar Syaifullah. Dia hanya serahkan semuanya kepada Johan, kerana anak muda itu yang patut membuat keputusan, bukannya

Syaifullah. Syaifullah juga tahu Johan sedang berkasih dengan Intan, kerana itu dia tidak mahu membuat sebarang keputusan. Johan muncul dengan sedulang air di tangan. Dia meletakkan dulang tersebut di sebelah Tengku Hanis kemudian menarik meja dan diletakkan di tengah-tengah ruang tamu. Tengku Hanis bertindak mengambil dulang di sebelahnya untuk diletakkan di atas meja tersebut, tetapi terus disambut oleh Johan. Tak apa, abang boleh buat. Terima kasih. Dulang bertukar tangan. Tangan Tengku Hanis bersentuh dengan tangan Johan. Tengku Hanis tersentak. Maaf, abang tak sengaja. Bisik Johan. Melihat reaksi Tengku Hanis yang tersentak itu, Johan meminta maaf. Dia bukan sengaja hendak pegang tangan gadis manis itu. Menyampah! Yerk, berabang-abang pulak! Bersentuh-sentuh pulak! Arghhh... bila nak balik ni? Tengku Hanis menyimpan geram di dalam hati. Mujur insiden tidak sengaja itu tidak mendapat perhatian orang-orang tua di dalam rumah itu. Kalau tidak, mesti malu. Setelah meletakkan dulang di atas meja, Lutfiah menuangkan air ke dalam cawan. Johan pula menyalami Tengku Hishamuddin dan Tengku Zahariah. Maaf, tadi tak salam. Malu, Johan busuk bau ikan. Isy... tak apa, Johan... ujar Tengku Zahariah. Tengku Zahariah sebenarnya panar dengan tingkah laku sopan Johan. Di sudut hatinya, dia yakin dengan pilihan ayah mertuanya. Kalau dia jadi menantuku, aku yakin Johan boleh membimbing Hanis... bisik hati Tengku Zahariah.

Berbalik pada yang kita bincangkan tadi, pak cik rasa sepatutnya biarlah mereka yang membuat keputusan. Wasiat ini menentukan masa depan mereka berdua, kan? Saya pun rasa macam tu, pak cik. Hanis, ayah bagi peluang kamu berbincang dengan Johan. Bincanglah sebaiknya dan bawa keputusan itu kepada kami. Masa pun dah suntuk. Johan, pergilah dengan Hanis. Johan mengangguk-angguk. Banyak sebenarnya perkara yang hendak dibincangkan dengan Tengku Hanis. Ia melibatkan keluarganya, hidupnya dan Intan, buah hati kesayangannya. Sejak Johan bertemu dengan Intan tempoh hari, mesej dan panggilan telefonnya langsung tidak berjawab. Intan masih berjauh hati dengannya. Johan pergi ke rumah untuk memujuk pun, Intan tidak mahu keluar dari bilik. Johan rasa serba salah sehinggalah dia membuat sembahyang istikharah dan hajat kepada Tuhan memohon petunjuk. Johan yakin dengan keputusannya. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini, bisik hati Johan. Johan lantas bangun menuju ke luar, Tengku Hanis mengikutinya. Dalam hati Tengku Hanis, ayat-ayat rancangannya itu berputar-putar. Skripnya sudah ada, hanya menunggu waktu untuk meluahkannya. Johan membawa Tengku Hanis ke tepi pantai. Sampai di sebatang pokok kelapa yang telah condong, Johan berhenti. Tengku Hanis juga turut berhenti. Tengku Hanis terpesona dengan keindahan pantai di situ. Sudah lama dia tidak melihat pantai, jauh sekali hendak mandi di laut. Dulu waktu kecil-kecil, kita selalu main-main dekat sini. Tok Din selalu bawa Hanis ke sini. Hanis mungkin tak ingat, kan? Tapi tak salah kita berkenalan semula, kan? Nama abang, Johan Iskandar bin Izhar. Johan memecah sunyi dan kebisuan di antara mereka.

Tengku Hanis Zulaikha. Tapi saya ke sini bukan nak berkenalan dengan awak ke apa ke.... Saya nak bagi proposal untuk awak fikirkan dan membuat keputusan mengenainya... terang Tengku Hanis tegas. Dia mahu semuanya berakhir dengan cepat. Abang bersedia mendengar. Johan tenang sahaja. Dia tidak gugup, dia juga tidak excited! Pelik! Awak tahukan wasiat nenda? Dia suruh kita berdua kahwin, kan? Well... saya tak mahu kahwin dengan awak! Saya juga tak mahu keluarga saya merempat. Saya nak awak buat keputusan yang awak tak mahu kahwin dengan saya sebab awak sudah ada pilihan. Awak mesti ada buah hati, kan? Lagipun, ianya bukan menjadi salah saya kalau awak sendiri tak accept untuk kahwin dengan saya, kan...? ujar Tengku Hanis. Dia berharap sangat yang Johan bersetuju dengan cadangannya. Hanis sudah ada pilihan hati ke? Itu sebab ke Hanis tak mahu kahwin? Saya tak ada sesiapa. Saya tak mahu kahwin lagi, too young to get married! bentak Tengku Hanis. Orang suruh setuju je la... tanya banyak pulak! bisik hatinya. Mustahil Hanis tak ada kekasih hati? Hanis cantik, putih, tinggi macam model... tanya Johan. Sumpah tak ada. Entah kenapa dia takut untuk bercinta lagi dan dia tidak mahu mengingati kisah cintanya dahulu. Okey, sebelum apa-apa... abang nak bagi tahu Hanis, memang abang ada buah hati. Namanya Intan, Intan Syuhada. Tapi sebaik saja dia tahu pasal wasiat Tok Din, dia merajuk dengan abang. Sampai sekarang Intan tak mahu jumpa atau cakap dengan abang. Jadi abang dah

buat keputusan... abang nekad abang ikut kata Hanis dengan bersyarat! Syaratnya abang akan bagi tau nanti... ucap Johan lembut. Bila sebut nama Intan, hatinya tidak keruan. Tetapi berdepan dengan Tengku Hanis, hatinya lagi tidak menentu. Kenapa ya? Awak tak perlulah nak cerita panjang lebar pasal buah hati awak tu. Saya tak mahu tahu itu. Saya suka dengan keputusan awak, terima kasih. Apa syaratnya, nanti saya akan terima! Tengku Hanis tersenyum gembira. Dia sangat gembira. Mahu sahaja dia meloncat-loncat kegembiraan, tetapi dia takut Johan katakan dia gila pula! Okey, keputusan tercapai. Jom kita balik. Johan tersenyum. Ternyata dia gembira melihat Tengku Hanis gembira.

Bab 4
SAYA bersetuju untuk dinikahkan dengan Tengku Hanis Zulaikha. Saya rasa ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya lakukan dan terbaik untuk semua! Johan menggenggam jari-jemari Tengku Hanis.

Terbuntang mata Tengku Hanis mendengar kata-kata Johan. Tadi sepakat benda lain, sekarang keputusan kata lain pulak! Dia ni gila ke? Tengku Hanis bengang. Serentak itu dia melepaskan jari-jemarinya. Tengku Hishamuddin dan Tengku Zahariah gembira. Syaifullah juga turut gembira. Masing-masing memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Cuma Lutfiah sahaja tersenyum seperti dibuat-buat. Bukankah Johan sudah ada Intan? bisik hati Lutfiah. Dia keliru. Kini masing-masing sibuk membincangkan tentang tarikh nikah dan majlis perkahwinan di antara Johan dan Tengku Hanis. Sedang mereka leka berbincang, Tengku Hanis memberi isyarat kepada Johan supaya keluar. Johan hanya mengikut. Dia tahu dia bakal ditimpa bala. Awak kata tadi awak setuju dengan proposal saya! Sekarang apa sudah jadi? Abangkan kata abang bersetuju dengan syarat. Syaratnya ialah kalau kita berdua tak bahagia, walaupun kita berdua dah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga kita, abang akan lepaskan Hanis. Itu janji abang pada Hanis! Awak tipu saya! Mana mungkin rumah tangga kita akan bahagia, kalau saya tak boleh menerima awak dalam hidup saya! Sudah tentu awak akan tinggalkan saya. Daripada perkara ini terjadi, baik kita buat keputusan yang kita tidak akan berkahwin! Baliklah pada Intan awak tu.... Bengang Tengku Hanis. Mamat ni tak faham-faham ke? Aku bercakap dalam bahasa apa ni? Lelakikan boleh berkahwin empat? usik Johan. Arghhh... kenapalah aku berjumpa dengan mamat tak bersekolah ni! Nenda tak adil! Sungguh tak adil!!! Tengku Hanis benar-benar geram dengan lelaki di hadapannya ini.

Bagi kita peluang, Hanis. Tak kasihankah Hanis kalau hidup keluarga Hanis merempat? Hanis tahu tak apa Tok Din cakap dalam wasiat dia pada abang? Hanis tak tanya wasiat tu pun... yang Hanis tahu wasiat pada Hanis saja. Hanis ingat wasiat Hanis sama ke dengan abang? tanya Johan. Johan sebenarnya menanam niat lain untuk menjadikan perkahwinan ini realiti. Niat untuk mencari sebab mengapa Syaifullah meninggalkan STH Holdings Berhad dan tinggal di kampung! Dia mahu selidik sendiri dan hanya ini merupakan rancangan terbaik setakat ini yang boleh difikirkan untuk mendekatkan dirinya dengan keluarga itu. Apa wasiat nenda itu? tanya Tengku Hanis. Tiba-tiba dia rasa teruja ingin tahu. Tok Din cakap dalam wasiat dia, sekiranya abang tak boleh terima Hanis sebagai isteri, harta Tok Din akan diberikan kepada rumah anak-anak yatim dan keluarga Hanis tidak boleh terima satu sen pun. Hanis ingat Tok Din tu tak bijak ke? Jadi, Hanis nak terima abang ke tidak? Atau abang ubah keputusan abang.... Secara kebetulan, wasiat yang diberikan kepadanya mengikat Johan dan Tengku Hanis! Nak buat macam mana... terima saja! Tengku Hanis terdiam. Rupa-rupanya wasiat itu menjerat kedua-duanya. Tengku Hanis rasa bersalah pula kepada Johan. Dia sanggup meninggalkan Intan demi tidak mahu melihat keluarganya merempat. Lama Tengku Hanis mendiamkan diri. Dia keliru. Johan ingin masuk ke dalam semula, tetapi lengannya ditarik Tengku Hanis. Awak nak pergi mana? Abang nak ubah keputusan. Jangan! Saya terima awak seadanya awak dengan syarat! Johan tersengih. Syarat jugak minah ni....

Nombor satu, kita tak boleh duduk rumah mummy. Nombor dua, saya nak kita duduk bilik asing-asing. Yang terakhir dan paling penting, awak tak boleh sentuh saya! ujar Tengku Hanis. Okey... abang setuju. Tapi syarat yang terakhir tu, abang rasa abang tak boleh nak berkompromi. Hah? Kenapa pulak? Dalam wasiat Tok Din, dalam masa dua tahun, kita kena dapatkan zuriat. Kalau Hanis tak mahu, mana Hanis nak dapat, kan? Johan mengingatkan Tengku Hanis tentang wasiat Tengku Hasanuluddin. Tengku Hanis terlupa akan bab itu. Dia ingatkan sudah boleh keluar dari mulut buaya, rupanya termasuk dalam mulut naga! Tengku Hanis terdiam. Dia sebenarnya sedang memendam marah. Johan tergelak melihat wajah Tengku Hanis yang merah padam menahan marah. Tengku Hanis terus meluru masuk ke dalam rumah. Kenapalah aku keturunan Tengku Hasanuluddin! bentaknya dalam hati. Johan yang sedari tadi mengikutnya hanya tertawa kecil. Dia cukup seronok menyakat Tengku Hanis. Lupa sudah dia pada Intan yang dahulu buah hatinya. Dalam hati Johan, dia berjanji akan menjaga Tengku Hanis dan menuntut apa yang sepatutnya dia dan keluarganya tuntut!

USAI perjumpaan dia dan keluarga Tengku Hanis, Johan terus melawat kandang kambingnya. Banyak perkara yang hendak dibincangkan dengan Ismail, kawan baik merangkap business partnernya. Kata-kata Tengku Hishamuddin tadi terngiang-ngiang di telinganya. Pucuk dicita

ulam mendatang! bisik hati Johan. Tengku Hishamuddin mahu Johan duduk di Kuala Lumpur selepas berkahwin dan seterusnya mengendalikan STH Holdings Berhad seperti permintaan Tengku Hasanuluddin. Aku nak kahwin, Mail. Aku cuma ada masa kurang dari tiga bulan ini, ujar Johan kepada Ismail. Ismail terkejut. Ribut tak dak, guruh tak dak, tiba-tiba nak kahwin. Apa Mak Cik Halijah dah desak hang suruh cepat-cepat kahwin dengan Intan ka? tanya Ismail. Dia ingatkan Johan mahu bergurau, tetapi dilihat kawannya itu serius. Aku bukan kahwin dengan dia. Aku kahwin dengan Tengku Hanis, cucu Tok Din. Kau ingat Tok Din yang datang ke kandang kita ni dulu? Dia dah meninggal dan dia tinggalkan wasiat suruh aku kahwin dengan cucu dia! Johan menerangkan dengan panjang lebar kepada Ismail. Dulu memang Tok Din ada datang dan dia telah memperkenalkan Ismail kepada Tok Din dan juga kambing-kambing kesayangannya. Habis tu macam mana dengan Intan? Intan sampai sekarang tak mahu bercakap dengan aku. Mesej pun tak mahu balas apatah lagi nak jumpa dia. Mak Cik Halijah kata duk berkurung dalam bilik, tak mahu keluar. Ismail menggelengkan kepala. Tentu ada sebab mengapa kau terima wasiat tu, Johan. Masakan kau mahu lukakan hati Intan! Dahlah bercinta separuh mati, dapat kerabat terus tolak Intan. Hang ni biaq betuiii.... Kalau aku tak terima, keluarga dia akan merempat. Lagipun, Tok Dinkan kawan baik atuk. Atuk aku tu memang hajat sangat, lagipun dia hajat sejak aku kecil lagi! cerita Johan. Dia

mahu bercerita sebab sebenar kepada Ismail, tetapi terbantut. Biarlah rahsia itu menjadi rahsia hatinya! Bukan itu sebenarnya yang aku nak habaq dengan hang ni, Mail. Selepas aku kahwin, aku kena duduk Kuala Lumpur. Aku dah ada tanggungjawab besar Mail, dan ini merupakan citacita aku untuk kendalikan syarikat yang besar. Pasal kambing nilah yang aku nak bincang dengan hang ni! ujar Johan bersungguh-sungguh. Dia mahu Ismail faham. Kambing-kambing ni hang janganlah risau. Aku akan jaga macam biasa. Aku juga akan tengokkan mak hang dan atuk. Itu tak payah hang cakap dengan aku. Depa tu semua aku dah anggap macam keluarga aku, balas Ismail. Kata-kata Ismail melegakan hatinya. Dipeluknya Ismail dan mengucapkan terima kasih. Supiah, Zaleha, Pak Zack... hangpa duduklah dengan Abah Mail ni elok-elok no... Abah Jo nak pi duk Kolumpo dah. Nanti Abah Jo senang, Abah Jo mailah no. Johan memberi pesan kepada tiga ekor kambing kesayangannya. Ismail tergelak melihat gelagat kawan baiknya. Johan... Johan! Jadi, aku ada chancelah dengan Intan, kan? uji Ismail. Eh, mana boleh...! Kenapa tak boleh pula? Mana kau nak letak isteri tercinta kau, Mail? Nak aku report kat Mahanum ka? Lupa lak aku dah berbini! Ismail menggaru kepalanya yang tidak gatal. Giliran Johan pula yang gelak sakan.

Kes dengan Intan ini masih belum berakhir! Macam mana abang nak bagi Intan faham kedudukan abang ni ya? tanya Johan dalam hati. Dia bingung.

Bab 5
HARI INI cuaca sangat baik tetapi Johan malas mahu ke laut. Dia rasa lebih baik dia habiskan masanya di kandang kambing dan kebunnya. Putik durian hari ini banyak bercambah. Boleh dijual kepada pemborong nanti. Semalam juga rezekinya bertambah lagi. Kambingnya beranak seekor. Ada dua ekor lagi yang bunting. Alhamdulillah... bisik hati Johan.

Johan, atuk kamu panggil ke depan! jerit Lutfiah. Johan terus membuka pintu biliknya dan melangkah ke ruang tamu. Syaifullah sedang duduk dengan secawan kopi di tangannya dihirup. Johan lantas duduk bersila di hadapan Syaifullah. Atuk nak bagi kamu sesuatu sempena majlis perkahwinan kamu nanti. Atuk rasa kita tak perlulah bergantung pada harta Tok Din untuk majlis ini. Nanti depa kata kita tak dak duit pulak. Ini atuk ada simpan sikit-sikit. Buku bank Syaifullah bertukar tangan. Tak apalah atuk. Untuk majlis tu termasuk hantarannya, duit Johan kumpul-kumpul tu masih ada. Ini duit atuk. Habuan sakit dan keperluan atuk nanti. Niat di hati untuk majlisnya bersama Intan. Tapi apakan daya, Intan pergi menjauhkan diri. Johan memberi kembali buku bank Syaifullah. Itu atuk sudah ada, Johan. Ini untuk kamu. Atuk dah niatkan. Duit ini terkumpul hasil keuntungan STH Holdings selama ini. Tak ada siapa tahu, Johan... termasuk arwah ayah kamu. Semua atuk simpan senyap. Belilah rumah dan kereta untuk kamu, Johan. Atuk tak nak kamu harapkan apa-apa harta Tok Din. Anggaplah ini rasa terima kasih atuk pada kamu kerana menunaikan permintaan Tok Din, ujar Syaifullah panjang lebar. Buku bank itu bertukar tangan. Johan menilik buku bank itu. Nama akaunnya tertera nama Johan. Johan membuka helaian buku tersebut. Terlopong Johan melihat baki akaun tersebut. Atuk! Ni boleh buat kita jutawan, tuk! Kalau ada ini, kenapa kita masih duduk macam orang miskin? Johan terkejut. Baki akaunnya sudah melebihi tujuh angka!

Syaifullah tersenyum. Walaupun kita ini hidup macam ni, kita masih boleh makan, kan? Kita tak kebuluran, kan? Secara tak langsung, kita menginsafi apa yang kita ada, kan? Itu yang atuk mahu dalam keluarga kita. Tak senang sangat sampai lupa diri, tak miskin sangat sampai mengemis... ulas Syaifullah. Kopinya dihirup lagi. Ibu nak tanya sikit pada Johan. Pagi tadi ibu pergi ke kedai, jumpa dengan Mak Cik Halijah. Dia kata kamu dengan Intan bergaduh? Tiba-tiba datang Lutfiah mencelah. Terus dia duduk di sebelah Syaifullah. Johan sedikit tersentak. Ayah, janganlah minum kopi ayah oiii... nanti darah tinggi ayah naik tak turun-turun... bebel Lutfiah lagi. Secawan saja, Yah oii... bukannya satu gelen! Kalau ayah mati pun, mata ayah pejam rapat. Johan pun dah nak kahwin. Ayah jangan nak merapulah ayah! Hah, Johan... apa kena kamu dengan Intan? Apa kamu dah buat dengan dia? Johan cakaplah Johan nak kahwin tapi bukan dengan dia. Johan cerita pasal wasiat Tok Din, tapi dia tak mahu dengar. Johan dah call, dia tak mahu angkat... dah mesej, dia tak mahu balas sampai jumpa dia kat rumah pun, dia tak mahu jumpa Johan... ujar Johan. Kalau betul kamu dengan Intan sudah serius, kenapa kamu terima kahwin dengan Tengku Hanis? tanya Lutfiah, meluahkan apa yang terbuku di hatinya sejak semalam Johan sendiri pun tidak faham dengan hatinya sendiri. Johan merasakan dirinya lebih dekat dengan Tengku Hanis walaupun telah lama bersama Intan. Johan benar-benar kecil hati dengan tuduhan Intan kepadanya kelmarin sewaktu mereka berjumpa.

Syaifullah hanya menggeleng kepala melihat telatah menantunya. Semalam tidak mahu bising, hari ini pula nak bising. Setahu Syaifullah, Intan pun Lutfiah tidak berapa suka. Hari ini sibuk pula dengan Intan. Sudahlah Yah, Johankan dah buat keputusan. Kamu ni dengan Intan dulu pun bukannya kamu suka sangat, Intan itulah... Intan inilah.... Sekarang Johan nak kahwin dengan Tengku Hanis, kamu cari Intan balik! Kamu ni sebenaqnya tak nak lepaskan anak kamu ni.... Udahlah tu Yah, dia dah berumoq! bebel Syaifullah balik. Lutfiah mencebik. Lebih baik Intan, duduk dekat sini aja. Kalau Tengku Hanis, Johan kena pindah sana pulak! ujar Lutfiah. Johan tergelak. Ibunya baru meluahkan rasa. Selama ini dia ingat ibu hanya bersetuju sahaja. Ibu, kalau ibu mahu... jom kita semua pindah KL. Ibu akan dekat dengan Johan. Johan pun tak susah hati ingat ibu di sini, Johan pula di sana. Macam mana atuk? cadang Johan. Dulu bukan dia tidak pernah cadangkan, tetapi Syaifullah berdegil tidak setuju. Sungai Petani dengan KL bukannya jauh. Kalau rindu kita datang sana. Kalau depa rindu dengan kita, depa balik mai sini. Hang toksah risaulah Yah! Syaifullah bangkit dari tempat duduknya. Lutfiah mencebik lagi. Geram betul dengan ayah mertuanya. Ada sahaja jawapan bagi semua persoalannya. Ibu... Johan sayang ibu. Keputusan yang Johan buat itu semua untuk keluarga kita. Johan janji akan selalu balik sini. Johan juga akan selesaikan semua perkara dengan Intan. Jadi,

ibu jangan risau ya. Johan pun dah pesan dengan Ismail tolong tengok-tengokkan atuk dan ibu sepanjang peninggalan Johan. Johan memeluk Lutfiah. Ditenang-tenangkan ibunya yang kerisauan.

JOHAN cuba menghubungi Intan lagi. Namun Intan tidak juga membalas panggilannya apatah lagi pesanan ringkas yang dikirimkan. Kadang-kadang Johan rasa muak dengan perangai Intan yang kebudak-budakan. Suatu ketika dulu Ismail pernah bertanya Johan; banyak lagi wanita lain, kenapa Intan yang dipilihnya? Johan pun tidak pasti bagaimana itu terjadi. Ini semua gara-gara Intan diambil menjadi adik angkatnya sewaktu Intan kematian bapanya. Mungkin kerana Intan selalu merujuk kepadanya dalam apa hal sahaja pun, mereka jadi rapat, bukan seperti adik dan abang tetapi sebagai sang kekasih. Johan pun tidak sedar bila! Johan pun tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada Intan, jauh sekali meluahkan perasaan. Bagi Johan, kalau ada jodoh dia bersama Intan, ya... dia akan reda. Tetapi kalau dengan yang lain pun, Johan tidak kisah juga! Bermaksud, betullah kata-kata Intan tempoh hari bahawa Johan tidak pernah menganggap Intan sebagai sebahagian daripada dirinya. Kalau betullah Intan itu dianggap seperti kekasihnya, rancangan untuk menjadikan Tengku Hanis sebagai isterinya itu pasti dibantah sekeras-kerasnya! Namun ini tidak terjadi.... Johan bingung!

Bertambah bingung lagi Johan apabila dia melakukan solat istikharah setelah menerima wasiat itu, wanita di dalam mimpinya betul-betul persis Tengku Hanis Zulaikha yang dijumpai semalam. Apakah itu jodoh aku, Ya Allah? Banyak kali persoalan itu timbul di benaknya, dan banyak kali juga mimpi wajah yang sama timbul dalam tidurnya. Johan sengaja mendail nombor telefon yang diberikan Tengku Zahariah semalam. Nombor telefon Tengku Hanis, bakal isterinya. Didailnya banyak kali, semuanya tidak diangkat, semuanya masuk ke dalam mesej! Jodoh aku dengan singa rupanya, kenalah aku jinak-jinakkan... bisik hati Johan. Setelah bertemu dengan Tengku Hanis semalam, Johan tidak boleh lena. Mahu jatuh hati dengan puteri cantik dari kayangan yang kasar lagi bengis tu.... Masya-Allah! Tetapi Johan bertekad, kalau Tengku Hanis merupakan jodoh terbaik buat dirinya, dia akan menjaga rumah tangga itu sebaiknya, dan tidak lupa menuntut apa yang patut dituntut Johan dan keluarganya sebelum ini. Johan bukanlah berdendam, cuma rasa ingin tahu itu benar-benar membuak-buak! Kalau benar apa yang Syaiffullah kata, Johan terima, kalau sebaliknya... Johan tidak pasti apa yang akan dibuat nanti. Mungkin biarkan sahaja... Johan tidak tahu dan belum memikirkannya lagi! Entahlah... kenapa aku terjerat dalam situasi seperti ini???

Bab 6
HARI INI Tengku Zahariah banyak temu janji. Dari satu butik ke satu butik pengantin, Tengku Zahariah lawati. Naik putus urat kaki Tengku Hanis mengekori Tengku Zahariah. Sekarang ni siapa yang nak kahwin... aku ke mummy? gerutu hati Tengku Hanis. Mummy, nendakan baru saja meninggal. Kubur pun masih merah lagi. Takkan cepat sangat kita nak buat majlis kahwin? Kenduri untuk nenda saja pun baru selesai. Tengku Hanis meluahkan protesnya, namun masih beralas. Semua ini terjadi begitu cepat baginya. Dia masih belum bersedia lagi untuk semua ini. Kan nenda bagi tahu tempohnya dalam masa tiga bulan. Tiga bulan bukannya cukup untuk kita buat majlis perkahwinan, sayang. Lagipun, yang pergikan tetap pergi. Mummy senang hati betul dengan keputusan Johan. Mummy tak sangka dia tu sopan betul orangnya. Sejuk hati ibu dia tu mengandungkan dia, cerita Tengku Zahariah panjang lebar. Mata dan senyumannya benar-benar menggambarkan kegembiraannya. Tengku Hanis menjuih bibir bila teringat kata-kata Tengku Zahariah sewaktu perjalanan pulangnya ke Kuala Lumpur.

Cepatlah, sayang. Nanti kedainya tutup! Tengku Zahariah menyentak lamunan Tengku Hanis. Ditarik-tarik tangan Tengku Hanis, tidak sabar. Sekarang baru pukul dua belas tengah hari. Apa yang tutupnya? Peliklah mummy ni! bentak hati Tengku Hanis. Tengku Hanis bergegas mengikut Tengku Zahariah masuk ke sebuah butik pengantin mewah. Kalau ikutkan hati Tengku Hanis, dia mengimpikan majlis perkahwinan yang ringkas tetapi meriah. Kalau boleh majlis dalam taman. Arghhh... itu kalau aku dengan lelaki cinta sejatiku! Dengan Johan... jauh sekali aku mahu bermimpi! bentak hati Tengku Hanis. Warna apa yang Hanis nak? Kalau nikah, mummy rasa patutnya warna putih. Nanti resepsinya warna pink, okey? Hanis putih, Johan juga putih kulitnya. Mummy rasa pink cantik sangat! Errr... bukankah kita patut tanya Johan dulu, baru kita pilih? Mummy dah call Johan pagi tadi. Dia kata apa yang Hanis pilih, itu yang dia pilih. Dia tak kisah. Dia juga cakap, apa bajetnya pun tak apa. Ayah Hanis kata buat satu kenduri sudah. Johan pun setuju. Amboi... mummy call Johan? Mummy ada nombor Johan? Aku yang bakal isterinya ini pun tak ada nombor telefon Johan! Eleh... kalau tak bagi pun tak apa! Banyak duit Johan nak support semua...? Bukan ke dia cuma tauke kambing? detik hati Tengku Hanis. Ikut suka mummylah. Hanis tak kisah. Asal jangan warna hijau sudahlah! Nanti jadi pokok pulak! bebel Tengku Hanis.

Sepatutnya membeli-belah untuk majlis perkahwinan adalah saat yang dinanti-nantikan bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga. Aku? Sangat malas...! Okey, mummy puas hati betul dengan jahitan bajunya. Mummy ingat mummy ambil pakej dengan butik ini, lah. Nanti mummy call Johan untuk fitting baju. Lagipun Johan kata dia nak ke KL next week. Elok sangatlah tu! ujar Tengku Zahariah sambil tersenyum. Tengku Zahariah mengusap-usap kepala Tengku Hanis. Tak sangka anak mummy yang manja ni dah nak kahwin! Aduh mummy ni... Tengku Hanis bingung. Apalah yang Johan dah buat dengan mummy sampai mummy over excited sangat-sangat ni! Tak control langsung! Ini ke Puan Sri? tanya pembantu kedai itu. Saya suka yang ini, kejap ya... jawab Tengku Zahariah. Hanis, pergi try yang ini dulu. Mummy nak try imagine you in that dress, sayang. Come on... cepat bangun! suruh Tengku Zahariah. Tengku Hanis mengerling geram! Berapa banyak baju ni? Tadi dah try, sekarang try lagi! bebel hatinya. Itulah, orang tak seronok nak kahwin, semua yang depan mata jadi tidak menarik baginya. Biar saya tolong.... Pembantu itu mengambil sehelai gaun panjang, gaun untuk potong kek, katanya. Rasa nak potong kepala Johan adalah...! Geram Tengku Hanis. Tengku Zahariah menggeleng kepalanya melihat kerenah anak tunggalnya itu. Peningpening pun anak aku juga... kalau tak mahu kahwin pun, kena paksa juga! Kalau Hanis nak tengok mummy merempat. Tengku Zahariah jadi sayu. Perkataan merempat itu tidak pernah

terfikir di dalam hidupnya selama puluhan tahun ini. Sejak berkahwin dengan Tengku Hishamuddin, dia dilimpahi kemewahan. Kalau kena merempat... macam manalah agaknya hidup Tengku Zahariah? Tengku Zahariah malas mahu memikirkan itu, apalagi Johan sudah bersetuju untuk berkahwin. Tengku Zahariah tidak mahu lambat-lambat membuat persiapan! Kalau boleh semalam setuju, hari ini sudah kahwin! Dia mahu Tengku Hanis cepat-cepat dapat anak sebelum tempoh dalam wasiat yang diberikan ayah mertuanya tamat. Tengku Hanis keluar dengar gaun berwarna putih, panjang sehingga tiga orang flower girl diperlukan untuk mengangkatnya. So... boleh mummy imagine? tanya Tengku Hanis. Sengaja dia memerli Tengku Zahariah. Tengku Zahariah tersenyum. Cantik sangat anak mummy ni! Macam princess. Ingat tak Hanis suka betul jadi princess masa dekat kindergarten dulu? Mummy silap anak kut! Mana ada Hanis jadi princesslah mummy, Haniskan jadi prince! Ya ke? Isy... tak adalah. You look so lovely! Tak sabar nak beritahu ayah! Ayah Hanis sure suka sangat, sebab Hanis cantik sangat! puji Tengku Zahariah. Tengku Hanis mengerut dahi, apa yang cantiknya? Biasa je aku tengok...! Mummy ni yang lebih-lebih ni! Mummy suka, tapi Hanis tak mahu! Berat gilalah mummy, mahu terjatuh Hanis nanti! Siapa yang malu nanti? Mummy, kan? Tengku Zahariah terdiam. Tak suka jugak...? Kena cari lain pulak nampak gayanya!

Tengku Hanis terfikir-fikir. So... daripada mummy menyusahkan hidup aku, lebih baik aku menentukan apa yang aku mahu dalam majlis perkahwinan aku sendiri! Here we come... tunjuk minat sikit, Hanis! Seperti kau akan berkahwin dengan Anuar Zain! Bestnya! Wah... okey, minat sudah mari... bisik hatinya. Okay mummy, listen! What I want is... Tengku Hanis mula menyatakan apa yang diinginkan di dalam majlis perkahwinannya. Dari segi baju, pelamin, makanan sehinggalah ke cenderahati yang akan diberikan kepada tetamunya nanti. Tengku Hanis juga telah memilih kad jemputannya sendiri. Hakikatnya, seratus peratus adalah daripada idea Tengku Hanis. Tengku Zahariah tersenyum sepanjang hari. Akhirnya Tengku Hanis termakan jerat Tengku Zahariah! Kalau Tengku Zahariah tidak berbuat begitu, Tengku Hanis akan jadi malas seperti tadi. Masakan nak kahwin boleh malas nak berbuat keputusan! Yelah, walaupun terpaksa berkahwin, mesti ada angan-angan juga! Kenapa Hanis? Tiba-tiba Tengku Hanis nampak terganggu. Tengku Hanis geram, nombor yang sama juga naik di telefonnya. Siapa entah! Tak tahu ke, orang duk sibuk ni! Entah! Siapa telefon ni? Kacau betul! Tengku Hanis menutup terus telefon bimbitnya. Tengku Zahariah menggelengkan kepalanya. Entah dari mana menurun perangai keras hati, kepala batu Tengku Hanis, Tengku Zahariah pun tidak tahu! Rasa dari Tengku Hasanuluddin! Mungkin... detik hatinya!

SEMALAMAN Johan cuba lagi menghubungi Intan. Intan benar-benar tidak mahu mendengar penjelasan daripada Johan. Akhirnya di kedai runcit Pak Cik Hussin, mereka terserempak. Intan memang tidak boleh lari ke mana-mana. Mahu tak mahu dia terpaksa mengikut Johan ke pantai. Abang nak Intan tahu, keputusan yang abang buat itu bukanlah sebab abang pentingkan diri sendiri. Abang punya sebab sendiri, Intan... macam yang abang cakap dekat Intan dulu. Johan terus membuka bicara hal itu. Dia malas mahu beralas-alas lagi. Kalau berkias pun, bukannya Intan tahu! Dia cantik ke? Siapa? Bakal isteri abanglah! suara Intan sedikit keras. Cantik atau tidak itu bukan persoalannya, Intan. Intan boleh tak jangan lari dari abang? Intan sanggup tunggu abang, kan? Sanggup dalam tempoh dua tahun ke? tanya Johan. Dia boleh agak jawapannya daripada kerutan dahi Intan. Abang ni gila ke apa? Abang dah nak kahwin, apa gunanya Intan lagi? Kalau abang nak ajak Intan kahwin, jangan mimpi Intan nak bermadu dengan dia. Intan tak mahulah, Intan tak sanggup! jawab Intan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Abang ada buat perjanjian dengan dia. Perkahwinan ini hanya atas nama saja dan tak ada meaning pun, Intan! Dia dah beri syarat pada abang, banyak syaratnya! Kami kahwin sebab nak penuhi wasiat saja, Intan. Johan menjelaskan lagi. Abang ingat ini cerita novel ke bang? Kahwin paksa, lepas tu tercinta isteri sendiri. Ini Intanlah, abang. Intan tak mahu tunggu abang. Lagipun Intan dah buat keputusan, Intan nak

masuk kolej jururawat kat Alor Setar tu. Lusa boleh masuk daftar. Intan harap abang bahagia. Mana tahu ada hikmah. Intan nak abang lupakan Intan sebab Intan sudah mulai lupakan abang! Jangan cari Intan lagi. Assalamualaikum! Intan terus berlari meninggalkan Johan kesedihan. Intan malas untuk berkata-kata lagi. Cukuplah di sini, dia mahu lupakan Johan, walaupun sebenarnya dia tidak boleh! Argh... Intan! Kenapa Intan degil sekali! rintih Johan. Malam selepas kejadian dia berjumpa dengan Intan, Johan tidak boleh lelapkan mata. Masih terngiang-ngiang kata-kata Intan di telinganya. Kahwin paksa lepas tu tercinta isteri sendiri.... Intan banyak sangat baca novel! Mana mungkin aku bisa bercinta dengan gadis kaya yang sombong lagi bongkak itu. Sudahlah garang, bercinta dengannya sangat menakutkan! Patutlah tak ada boyfriend... ujar Johan dalam hatinya. Intan! Putus sudah harapan, putus sudah kasih dan sayang. Ayah! Johan berkorban untuk ayah demi ibu. Johan akan cari kenapa keluarga kita terpinggir macam ni... tekad Johan.

Bab 7
TENGKU HANIS bermalas-malas di tempat tidurnya. Malas betul mahu bangun. Namun memikirkan kerja-kerja yang menggunung tinggi di pejabat, Tengku Hanis bangun juga. Dia sepantas kilat mempersiapkan dirinya. Takut Pak Said dan Tengku Hishamuddin meninggalkannya. Bukan dia tidak biasa memandu sendiri ke pejabat, tetapi hari ini Tengku Hanis malas hendak memandu. Ayah, Hanis nak tumpang ayah hari ni, okey! Tunggu tau...! jerit Tengku Hanis. Di meja makan, Tengku Hishamuddin sedang enak bersarapan dengan isterinya, Tengku Zahariah. Tengku Zahariah pula tidak habis-habis berceloteh tentang hal majlis perkahwinan anak tunggal mereka. Sebenarnya dia sangat terkesan dengan keputusan Johan itu. Dia kalau boleh mahu berterima kasih sangat-sangat dengan Johan, walau sebenarnya ucapan terima kasih itu tidaklah memadai dengan pengorbanan yang dilakukan Johan. Kalau tidak kerana Johan, dia sekeluarga akan hidup merempat. Hari ni kalau ikut janji Johan pada saya, dia nak datang. Agaknya sampai petang ni, kut, ujar Tengku Zahariah.

Mummy ni kalau pasal Johan, seronoknya bukan main lagi. Tegur Tengku Hishamuddin. Sampai lupa anak sendiri, sampuk Tengku Hanis. Bibirnya dijuihkan. Pipi Tengku Hishamuddin dicium. Selamat pagi, ayah! kemudian pipi Tengku Zahariah pula dikucup. Selamat pagi, mummy! Johan nak datang hari ni, Hanis tak perlulah pergi kerja. Temankan Johan nanti, kata Tengku Zahariah. Diakan nak sampai petang. Pagikan boleh pergi kerja! Fitting bajukan esok. Yang mummy ni kelam-kabut kenapa? Dia bukan anak rajalah nak kena berteman, nak kena disambut.... Menyampah! Tengku Hanis merungut. Tengok anak abang ni! Johan ada suruh ayah carikan rumah. Dia suruh ayah tanyakan Hanis, kawasan mana Hanis nak tinggal. Apa rumah idaman Hanis. Dia juga ada tanya kereta yang bagus dan terkini. Amboi... kenapa dengan Hanis dia tak tanya sendiri? Kenapa pakai orang tengah? Johan kata dia call, Hanis tak pernah angkat! Hanis bergumam. Isy... siapa nak cakap dengan dia, entah! Perasaan...! Tengku Hanis teringat berkali-kali telefonnya berbunyi. Sudah menjadi prinsipnya, kalau nama panggilan yang tidak keluar di skrin telefonnya, dia tidak akan angkat. Bukan takut ceti kutip hutang, takut seseorang yang sudah lama dipalang daripada hidupnya, datang kembali!

Mana Hanis tahu dia yang call! Lain kali mesejlah bagi tahu itu nombor telefon dia. Nampak sangat nak tunjuk buruk Hanis aje! Belum apa-apa lagi, mummy dengan ayah ni nak menangkan dia. Kalau nenda ada, sudah tentu nenda juga sebelahkan Johan. Hanis tak ada seleralah nak makan. Hanis tunggu kat keretalah ayah! Tengku Hanis merajuk. Kedua-dua orang tuanya hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak mereka yang seorang itu. Sambil menunggu Tengku Hishamuddin di dalam kereta, Tengku Hanis melihat telefon bimbitnya. Nombor panggilan yang berkali-kali itu disimpan. Ini agaknya nombor Johan. Apa nak letak ye? Hah letak nama Orang Utan! Heheh... gelak Tengku Hanis geli hati. Pak Said, jom kita pergi. Dah lewat! Tiba-tiba Tengku Hishamuddin muncul. Tengku Hanis terus membisu kembali dan masuk ke dalam kereta, berharap tiada syarahan daripada Tengku Hishamuddin sepanjang perjalanannya ke pejabat. Kalau tidak, pasti Tengku Hanis stres! Sepanjang perjalanan, Tengku Hishamuddin berdiam diri. Begitu juga Tengku Hanis. Sesekali, terdengar bunyi Tengku Hishamuddin menyelak surat khabar. Tengku Hanis merasa lega. Sampai di pejabat, setiausaha Tengku Hishamuddin sudah sedia menunggu. Memang rutin Puan Lim akan brief Tengku Hishamuddin sambil berjalan ke pejabat mengenai jadual kerjanya hari itu. Itu sudah biasa!

Tengku akan ada meeting hari ini dengan Dato Salleh dari Magna Marketing Sendirian Berhad dalam pukul sebelas pagi nanti, then lunch dengan Dato Izuddin. Petang nanti tengku akan hadiri majlis perasmian fasa dua Bukit Gemilang. Anything else? Tidak ada, tengku. Itu sahaja hari ini. Ada tengku nak tambah? tanya Puan Lim, setiausaha lama Tengku Hishamuddin. Mungkin sudah lebih sepuluh tahun atau mungkin lebih dua puluh tahun, Puan Lim bekerja dengan Tengku Hishamuddin. Call semua board members. Kita ada urgent board meeting esok, sharp sepuluh pagi. Ada amanat daripada arwah Tengku Hasanuluddin yang hendak saya sampaikan. Other than that, saya tidak jadi pergi untuk majlis tu, suruh Encik Azam yang pergi gantikan saya. Bakal menantu saya nak datang petang ni, ujar Tengku Hishamuddin tersenyum. Tengku Hanis menjuih bibirnya. Dijelingnya Tengku Hishamuddin, geram! Baik tengku.

PETANG ITU seperti yang dijanjikan, Johan sampai di Kuala Lumpur awal setengah jam daripada masa yang dijangkakan. Entah mengapa bas yang dinaikinya dari Sungai Petani laju sungguh menyusur lebuh raya. Johan di dalam bas hanya berdoa akan keselamatannya. Dia langsung tidak boleh lena sepanjang perjalanan itu.

Johan menahan teksi dan menunjukkan alamat yang hendak dituju. Menara STH Holdings ini dekat jalan menghala ke KLCC ni, ujar pemandu teksi itu. Johan hanya mengiakan sahaja. Lama sudah dia tidak menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur. Lagipun urusan pembelian kambing-kambingnya hanya dilakukan di kampung. Walau pelanggannya dari Kuala Lumpur pun, tiada penghantaran dibuat. Pelanggan itu yang datang mengambilnya sendiri. Lagipun, upah sewa lori sangat mahal. Johan bukan tidak mampu tetapi Johan fikir lebih baik beli baka kambing daripada sewa lori. Setibanya di hadapan Menara STH Holdings Berhad, Johan jadi kagum. Inilah usaha atuk dahulu, ia benar-benar membuahkan hasil. Johan membetulkan pakaiannya. Dia tidak mahu kelihatan selekeh dan kekampungan. Bukan dia tidak pandai bergaya, malah di UiTM dulu, kemeja dan tali leher memang pakaian hariannya. Sekarang tidak lagi, Johan lebih selesa dengan jean dan kemeja. Kemeja kotak-kotak berwarna peach dipakainya hari ini, disematkan ke dalam seluar jeannya. Tidak banyak pakaian yang dibawa, hanya sebuah beg sahaja yang digalas. Johan tidak berhasrat untuk duduk lama kerana tujuannya hanyalah untuk menyelesaikan sebahagian kerja-kerja untuk majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Selamat petang. Boleh jumpa dengan Tengku Hishamuddin? sapa Johan. Penyambut tetamu di hadapannya tersenyum. Selamat petang, cik. Encik ada buat appointment dengan Tan Sri Tengku Hishamuddin ke? Siapa nama encik? Saya Johan Iskandar. Saya tidak pasti ada appointment ke tidak. Tetapi just bagi tahu er... Tan Sri Tengku Hishamuddin, saya ada di luar. Bolehkan? Johan tidak tahu selama ini

bakal ayah mertuanya adalah seorang yang berpangkat Tan Sri. Semua orang hanya memanggilnya Tengku Hishamuddin termasuk Pak Said. Bila pulak dapat Tan Sri ni? Boleh, Encik Johan duduk dahulu ya.... Johan terus duduk di ruang lobi pejabat itu. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Keadaan pejabat teratur dan tampak sibuk sekali. Johan juga melihat gambar-gambar ahli lembaga pengarah dan juga pelbagai anugerah yang diterima STH. Misi dan visi syarikat juga digantung di dinding lobi tersebut. Gambar lama sewaktu STH ditubuhkan juga ada. Gambar atuk! Gambar atuk ada di sebelah Tok Din... bisik hati Johan. Dia tersengih melihat gambar atuknya yang masih muda. Macam muka akulah pulak! Johan tergelak kecil. Tiba-tiba Johan terdengar suara marah-marah seorang wanita. Tengku Hanis. I tak mahu tender macam ni terlepas lagi, Shahrul! You ingat ini company apa? Kalau kita tak dapat tender tu, kita ni nak makan apa? You ingat sikit, we have to work as a team. Kalau macam ini komitmen yang you bagi, susahlah STH! leter Tengku Hanis. Shahrul di sebelahnya hanya mengangguk faham. You buat memo tunjuk sebab kenapa you terlepas tender tu, hantar atas meja I sebelum petang ini. I nak discuss dengan Tan Sri first! tegas Tengku Hanis. Syahrul terus berlalu. Tengku Hanis yang baru masuk ke pejabat dari mesyuarat di luar tadi mengeluh. Geram betul! Macam ni kecil punya hal pun tak boleh settle! bebel Tengku Hanis.

Johan yang duduk di situ hanya memandang situasi itu. Garang macam singa! Sebenarnya ketegasan Tengku Hanis tadi menawan Johan. Walaupun umurnya muda, Tengku Hanis nampak macam tahu serba-serbi apa yang dilakukan. Hmmm... impressive! tiba-tiba Johan tercakap kuat membuatkan Tengku Hanis menoleh ke belakang. Johan! Er... apa awak buat dekat sini? tanya Tengku Hanis. Encik Johan nak jumpa Tan Sri, Tengku Hanis. Tapi Tan Sri ada meeting kejap, Tan Sri suruh masuk duduk dalam biliknya dulu, sampuk penyambut tetamu itu. Sebenarnya dia mahu bercakap terus kepada Johan, tetapi memandangkan Tengku Hanis masuk dengan marah-marah tadi, dia jadi terdiam. Auntie Zah tak bagi tahu ke abang nak datang? Abang call Hanis, tak jawab pulak. Johan bingkas bangun mendapatkan Tengku Hanis. Ada... ada... saya terlupa pulak! Hari ni banyak kerja betul. Jom, saya tunjukkan bilik ayah. Abang pun takut jugak tadi. Macam singa betina nak makan orang! Johan tersengih. Arrr... buat lawak... buat lawak! Tengku Hanis turut tergelak kecil. Usikan Johan mencuit hatinya. Walaupun sebenarnya Tengku Hanis terkejut dengan kehadiran Johan, Tengku Hanis berjaya menghilangkan getaran hatinya. Johan dilihat atas bawah. Macam tidak percaya itu Johan, tidak selekeh seperti yang dia jumpa di kampung dahulu. Penampilan ringkas Johan menarik mata Tengku Hanis. Smart! bisik hatinya.

Lim, ini Johan Iskandar. Awak, ini Puan Lim, dia secretary ayah. Masuklah, tu bilik ayah. Tengku Hanis menunjukkan bilik Tengku Hishamuddin. Encik Johan ye? You must be tengkus future son-in-law. Very handsome young man. Pandai Tengku Hanis pilih! giliran Puan Lim mengusik. Merah padam muka Tengku Hanis. Johan hanya tersenyum. Terima kasih, Puan Lim. Kalau bunga dah cantik, kumbangnya kenalah cantik juga, kan? Johan mengusik lagi. Betul... betul! You ni kelakar juga, ya... Puan Lim ketawa kecil. Tengku Hanis menjeling ke arah Johan. Datang-datang saja, buat orang sakit hati. Menyampahnya! Tengku Hanis membebel dalam hati. Abang duduk dalam bilik Hanis, lah. Nanti apa pula orang kata, tak tahu siapa duduk dalam bilik ayah Hanis. Tak apalah Puan Lim, I duduk dengan Hanis dulu. Kalau Tan Sri sudah selesai, katakan I di bilik Hanis, okey? Puan Lim mengangguk. By the way Encik Johan, you nak minum apa? Coffee or tea? Tak apalah, Puan Lim. You have work to do, right? I suruh my future wife buat untuk I... ujar Johan, tersenyum. Puan Lim tergelak lagi. Tengku Hanis terus berlalu menuju ke biliknya. Malas betul hendak melayan kerenah Johan!

Johan mengekori Tengku Hanis ke biliknya. Mata-mata di sekeliling hanya memerhati. Johan hanya melemparkan senyuman. Suatu hari nanti, mereka semua akan bekerja di bawahku... bisik hati Johan. Pintu bilik Tengku Hanis memang sudah terbuka. Tengku Hanis memang jarang menutup pintu. Pintu hanya ditutup sekiranya dia bersolat atau ada perbincangan penting. Kasut pun diletakkan di tepi pintunya. Johan melihat keadaan bilik Tengku Hanis yang sangat teratur. Di atas meja hanyalah sebuah monitor komputer flat screen dan tray masuk serta keluar pelbagai jenis dokumen dan surat-surat penting. Di belakang tempat duduknya, tersusun buku-buku dan fail-fail. Di sudut bilik itu pula terdapat susunan telekung dan sejadah. Terdapat pantri kecil di suatu sudut berdekatan dengan set sofa dan meja. Di bilik Hanis juga ada sebuah bilik air dan tempat berwuduk. Walaupun biliknya kecil, tetapi semuanya lengkap. Tengku Hanis membuka kasutnya apabila masuk ke biliknya. Johan turut berbuat begitu setelah Tengku Hanis memberi isyarat mata. Pintu biliknya langsung ditutup. Nak minum apa? Kopi ke teh? Hanis buatkan abang air teh tak apa. Abang boleh bersembahyang di sini ke? tanya Johan. Boleh. Ada kain? tanya Tengku Hanis, prihatin. Ada. Johan berlalu ke bilik air. Usai mengambil wuduk, Johan mengambil tempat di mana Tengku Hanis telah menghamparkan sejadah. Johan tersenyum. Setelah seluar bertukar, Johan mulakan solat jamak takhir untuk asar dan zuhurnya.

Tengku Hanis yang duduk di meja di belakang tempat Johan bersolat hanya memandang. Dia bersyukur di dalam hati, bakal suaminya adalah orang yang beriman. Hesy... jangan cepat jatuh hati Hanis, diakan dah ada Intan! bisiknya dalam hati. Tengku Hanis terus mengalihkan perhatiannya ke arah kertas kerjanya. Menjadi seorang pengarah di bahagian pemasaran memang memenatkan. Sering kali Tengku Hanis keluar dari pejabat. Dalam seminggu, pastinya tiga hari dihabiskan di luar pejabat. Usai bersolat, Johan menukar kain kepada seluar semula. Johan juga menyusun kembali sejadah yang digunakan tadi. Dirapikan rambutnya dan menarik kerusi di hadapan Tengku Hanis. Cantik bilik Hanis. Pandai Hanis mengemasnya. Nanti rumah kita, abang bagi Hanis peluang untuk hiasan dalamannya hmmm... Johan ikhlas memuji keindahan bilik Tengku Hanis. Tengku Hanis hanya tersenyum. Dia memang pantang dipuji. Mahu terkinja-kinja dan terloncat-loncat! Rumah kita? Ayah kata awak nak cari rumah. Kenapa tak tanya saya dulu? Abang call Hanis tak jawab pun. Manalah saya tahu itu nombor awak. Kalau ia pun, mesejlah dulu! Kenapa? Takut boyfriend cari? Eleh... cakap orang paku serpih... dia tu yang lebih. Intan apa khabar? Putus sudah kasih dan sayang!

Kalau ada jodoh pastikan bertemu jua. Tengku Hanis merasa simpati. Mesti perihal wasiat itu mereka berpisah. Jodoh sudah ada depan mata. Tak perlu nak cari lagi. Hah, buat lawak! Buat lawak...! Tengku Hanis menjuih bibirnya. Johan tergelak kecil. Abang tengah cari rumah untuk kita, tapi abang tak tahu nak beli di mana. Hanis orang sini, Hanis pasti lebih arif. Kita pergi cari nak, sekejap lagi? Kalau Hanis tak banyak kerjalah. Lagipun, abang tak lama tau dekat sini. Zaleha nak beranak tak lama lagi. Nanti tak ada siapa yang nak jaga! Hah... Zaleha nak beranak? Siapa Zaleha? tanya Tengku Hanis sedikit terkejut. Hari tu Intan, kali ni Zaleha? Berapa ramai ni...? gerutu hatinya. Kambing abang nak beranak! Hanis ingat siapa? Bini abang ke? Tengku Hanis tergelak. Ada ke letak nama kambing, Zaleha? Abang nak ajak Hanis tengokkan kereta untuk abang. Abang tak tahu nak pilih yang mana. Lagi satu, tadi ayah Hanis ada bagi tahu abang. Esok ada board meeting! Abang tak ada baju yang sesuai. Teman abang pergi shopping nak? Itu pun kalau Hanis sudilah. Sengaja Johan mengumpan Tengku Hanis. Banyaknya kerja nak buat dalam masa setengah hari ni! Kita pergi beli baju dululah. Esok baru tengok rumah dan kereta, boleh? Boleh, ikut masa Hanislah.

Pintu bilik Tengku Hanis diketuk. Tengku Hishamuddin akhirnya muncul juga. Johan bangun dan menyalami bakal ayah mertuanya. Tengku Hishamuddin memeluk Johan, gembira melihat Johan sudah sampai. Tengku Hanis hanya melihat gelagat mereka berdua di hadapannya. Dah lama Johan sampai? tanya Tengku Hishamuddin. Bas tiba awal setengah jam. Cepat juga.... Turun-turun bas, ambil teksi terus ke sini. Lah... kenapa tak call Pak Said suruh pergi ambil? Tak apalah uncle, benda senang... apa yang mahu disusahkan, ujar Johan sambil tersenyum. Malam ni tidur rumah uncle. Auntie dah sediakan macam-macam untuk Johan makan malam nanti, ajak Tengku Hishamuddin. Insya-Allah. Ayah... Hanis nak pergi temankan Johan shopping kejap. Dia nak beli baju katanya. Hanis keluar awal hari ni, ya? Tengku Hanis minta izin ayahnya. Pergilah... pergi sekarang. Johan pun nampak letih. Jangan merayau mana-mana ye, lepas beli terus balik. Ayah ada kerja sikit ni, ayah keluar dulu. Setelah Tengku Hishamuddin keluar, Johan dan Tengku Hanis mula bersiap untuk pulang awal. Johan menggalas beg galasnya, Tengku Hanis dengan briefcase, beg tangan dan beg komputer ribanya.

Banyak betul beg yang disangkut di bahu, nanti semua tulang bahu runtuh. Biar abang bawakan. Bahu ni lama lagi nak guna, sayang. Johan mengambil beg-beg di tangan Tengku Hanis. Tengku Hanis hanya membiarkan. Tersentuh hatinya bila ada orang memanggilnya sayang. Tengku Hanis tersenyum dalam hati! Mereka berjalan seiringan menuju ke lif. Kemesraan itu menjadi bualan kakitangan STH Holdings sepanjang petang itu.

Bab 8
SOGO sale! Kalau Pasar raya Sogo mengadakan jualan murah, alamatnya umat manusia memanglah ramai. Lebih-lebih lagi kalau hujung minggu. Pak Said tekun memandu ke arah Sogo. Sesekali Pak Said berbual sakan dengan Johan. Sesekali orang tua itu tergelak besar. Entah apa yang dibualkan, Tengku Hanis tidak pasti. Dia hanya mengelamun. Dia teringatkan waktu

mula-mula dia jumpa Johan dan waktu sekarang... banyak bezanya. Tetapi usikannya tetap sama. Kadang-kadang Tengku Hanis suka, kadang-kadang Tengku Hanis meluat. Pak Said tinggal Ku Hanis dan Encik Johan dekat sini dulu, ya. Kalau nak balik nanti, call Pak Said. Tengku Hanis mengangguk. Mahu diambil beg tangannya, tetapi Johan lebih pantas. Johan menggalas beg tangan Tengku Hanis di bahunya. Pak Said tak perlu ambillah. Saya tahu jalan ni pasti sesak bila petang, orang balik kerja. Saya dengan Hanis balik naik teksi sajalah. Okey, Hanis? Ikut awaklah. Pak Said mengangguk-angguk lantas berlalu pergi. Serentak itu, Tengku Hanis masuk beriringan dengan Johan ke dalam Sogo. Awak nak pakai apa nanti? Kot, kemeja, slack, stoking dan kasut. Semua tu abang tak bawa. Ayah Hanis bagi tau pun masa abang dah dalam bas. Jom kita naik atas. Atas banyak pilihan. Johan hanya menurut. Lepas satu department ke satu department, Tengku Hanis membawa Johan. Semua yang Johan tunjukkan, Tengku Hanis tidak berkenan. Lepas satu baju ke satu baju, Johan mencuba. Tengku Hanis tidak juga berkenan.

Abang dah tak larat dah, sayang. Kenapa, warna purple tu tak cantik ke? Entah kenapa mulut Johan ringan betul memanggil Tengku Hanis dengan panggilan sayang. Kalau dengan Intan, tidak pernah sekalipun! Nak cakap sayang pun, sikit punya susah. Bersama Tengku Hanis, dia merasakan perasaan yang lain. Mungkinkah kerana sudah mahu menjadi isteri? Bukan tak cantik, tapi tak sesuai. Bakal isteri abang ini cerewet orangnya! Baru abang tahu.... Tahu tak apa. Tengku Hanis mencebik. Sedang asyik memilih, mata Tengku Hanis tertancap pada sekujur tubuh yang amat dikenali. Gelak tawa lelaki itu amat dikenalinya. Semakin lama semakin hampir. Asyraff! Serentak itu dia menyorok di belakang Johan. Johan terkejut melihat reaksi Tengku Hanis. Awak diam tau. Lelaki depan awak tu dah blah ke belum? Errr... belum. Kenapa Hanis menyorok ni? Syyy... jangan sebut nama saya. Nanti dia dengar! Johan keliru. Kenapa dengan lelaki itu? Lelaki itu kelihatan begitu mesra dengan wanita tidak cukup kain di sebelahnya. Bekas teman lelaki Hanis, kah? Okey, dia dah tak ada... beritahu Johan. Barulah Hanis beralih ke sebelahnya. Pura-pura dia tidak tahu apa-apa, Tengku Hanis mengambil baju biru laut di hadapannya. Ini cantik, wak.

Kekeliruan Johan belum terjawab, Tengku Hanis sudah mengalihkan topik. Siapa? Bekas kekasih? Bukan. Dia tu mangkuk tingkat! Johan tergelak! Tengku Hanis memukul bahu Johan, menyuruh Johan berhenti gelak. Tiba-tiba... Hai, Hanis. Lelaki itu menyapanya. Tengku Hanis panar. Er... hai Asyraff. Ucap Tengku Hanis teragak-agak. Perlahanlahan dia mendekati Johan. Johan lantas memeluk erat bahu Tengku Hanis. Sebelah tangannya menghulurkan salam kepada lelaki itu. Johan Iskandar, tunang Hanis. Giliran Asyraff pula terkejut. Asyraff... bila bertunang? Tak tahu pun? Sebulan yang lepas. Bulan depan ni kami menikah. Nanti jemputlah ke majlisnya, ya. Sayang ada alamat Encik Asyraff ni ke? tanya Johan mesra. Seolah-olah mereka betul-betul berkasih. Aaadaaa, abang. Nanti Hanis jemput, ujar Tengku Hanis tergagap-gagap. Jemput datang ya, Encik Asyraff... dengan isteri sekali. Johan menujukan kepada wanita di sebelah Asyraff.

Sorry, I bukan isteri dia. By the way, thank you for the invitation. Jom Asyraff, nanti Sogo ni tutup pulak. I tak habis shopping lagi! Gedik wanita itu. Seksa betul Johan melihatnya. Gadis di sebelahnya sedari tadi hanya berdiam diri. Selalunya Tengku Hanis boleh membentakbentak, tetapi di hadapan lelaki ini, gadis itu hanya menikus. Ilmu apa yang lelaki ini pakai agaknya? Kena belajar ni.... Setelah Asyraff berlalu, tiba-tiba Tengku Hanis mengalirkan air mata. Dia sedih, sedih tiba-tiba. Bertahun dia merawat luka di hati, begitu mudah lukanya berdarah kembali. Kenapalah dia terjumpa mamat ini? Hey... sudahlah Hanis. Abangkan ada ni! Jangan nangis, sayang. Johan menyeka air mata Tengku Hanis. Beginilah agaknya situasi Intan tatkala melihat kekasih hati dirampas orang. Johan membawa Tengku Hanis ke dalam pelukannya. Biarlah orang melihat asalkan bakal isterinya boleh bertenang. Tengku Hanis menangis sungguh-sungguh di dalam pelukan Johan. Dia benar-benar sedih. Johan mengusap-usap belakang Tengku Hanis. Johan benar-benar simpati. Sudahlah Hanis. Nampaknya abang kena beli dua baju. Habis baju yang abang pakai ni basah! Abang tak pasti, mana satu tangisan Hanis dan mana satu air hidung Hanis ni... Johan mengusik Tengku Hanis. Tengku Hanis tergelak. Sisa-sisa tangisan masih ada walaupun dia tergelak mendengar usikan Johan. Awak ni, kan!!! Tengku Hanis mencubit lengan Johan. Geram!

Sakitlah Hanis. Mesti lebam, ketam yang mengetip! Johan menggosok-gosok lengannya. Kali ini Tengku Hanis gelak besar. Padan muka! Kita ambil warna ni, ya? Semua dah sesuai. Tali leher ni pun dah okey? Johan mengangguk-angguk. Sekejap sahaja sudah reda kesedihan Tengku Hanis. Jangan sedih, sayang. Abangkan ada... Johan menyeka lagi sisa-sisa air mata di pipi Tengku Hanis. Tengku Hanis hanya mengangguk.

Bab 9
SAMBUTAN keluarga Tengku Hanis sangat mengujakan, lebih-lebih lagi Tengku Zahariah. Tengku Hanis bagaikan kehilangan keluarga, dia terasa hati. Aura apalah yang Johan ini pakai, sampaikan semuanya tertarik dengannya! Aura Mawi World ke??? Seluruh keluarga telah diperkenalkan kepada Johan termasuk Si Ayyu yang tiba-tiba manja terhadap Johan. Selalunya

Ayyu akan lari ke dapur kalau ada orang tidak dikenalinya datang. Biasalah, kucing Parsi terkenal dengan pemalunya, tetapi ini tidak berlaku kepada Johan. Pelik! Johan meneliti sekitar rumah besar milik Tengku Hishamuddin. Kalau rumah seorang Tan Sri sudah sebesar ini, apa lagi rumah seorang raja? Johan juga membelek gambar-gambar yang tersusun rapi di atas meja. Johan tergelak sendiri bila dia melihat gambar Tengku Hanis sewaktu tadika. Budak comot! gelak hatinya. Awak, jom saya tunjukkan bilik. Okey! Johan mengekori Tengku Hanis dari belakang. Sambil-sambil itu dia melihat kawasan sekitar rumah itu. Semuanya cantik di mata Johan. Dekorasi ala Inggeris memang menarik perhatiannya. Putih dan bersih. Ini bilik tetamu. Dalam dah ada bilik air. Kiblat arah ini, ya. Tengku Hanis menunjukkan arahnya. Takut Johan tidak ingat, Tengku Hanis terus menghamparkan sejadah. Johan tersenyum. Dia teringat sewaktu dia bersolat di bilik Tengku Hanis siang tadi. Bestnya ada isteri yang prihatin... angan-angan Johan. Johan meletakkan beg sandangnya di atas katil. Katil bersaiz king, lembut dan cadarnya begitu cantik serta rapi, macam sayang nak tidur. Tengku Hanis terus duduk di atas katil setelah menghampar sejadah untuk Johan. Awak, dalam almari tu kosong. Bolehlah letakkan barang-barang dalam tu. Baju yang kita beli tadi nanti saya suruh bibik tolong seterikakan. Eh... tak apalah, Hanis. Nanti abang buat. Seterika baju bukannya susah, tak perlu susahkan bibik. Dia mesti penat seharian memasak, kan...?

Okay... up to you! Tengku Hanis mengayunkan kakinya di kaki katil yang agak tinggi itu. Dia masih lagi tidak berganjak dari kedudukannya. Johan membuka butang bajunya. Dia mahu mandi dan bersolat. Seharian dia tidak mandi lagi. Bajunya juga masih lembap dek air mata Tengku Hanis tadi. Kalau Hanis nak tunggu sini tak apa, atau Hanis nak temankan abang mandi? usik Johan. Butang bajunya telah dibuka separuh menampakkan dadanya yang bidang. Tengku Hanis terkejut melihat keadaan itu. Hah? Isy... kalau ia pun, tunggulah orang keluar dulu! marah Tengku Hanis. Dah tu... Hanis tak bangkit pun! Johan tergelak besar. Tengku Hanis terus berlari ke pintu dan terus menutup pintu bilik tetamu itu. Sisa-sisa ketawa besar Johan masih kedengaran dari luar bilik. Bodoh betul! gumam hati Tengku Hanis. Setelah menyiapkan diri, Johan segera menunaikan solat maghrib. Kopiah putihnya diletakkan di kepala. Johan memakai baju Melayu berwarna kuning air dipadankan dengan kain pelekat berwarna coklat, dibawa pakaian rasminya ketika di kampung. Selalu waktu maghrib, Johan akan bersembahyang di masjid. Johan tidak pasti apakah pakaian formal di rumah Tengku Hishamuddin. Hendak pakai seluar dengan T-shirt ke? Argh... macam ini sudahlah. Usai bersolat, Johan menuruni anak tangga ke meja makan. Tiada seorang pun di meja makan, mungkin sedang bersiap, detik hati Johan. Johan terus menuju ke dapur. Bibik sedang sibuk menumbuk sambal belacan. Bik dah lama ke kerja sini? Ehhh... terkejut bibik Tuan Johan ini. Astaga....

Johan tergelak. Saya minta maaf, bik. Bibik panggil saya Johan sudah. Kalau bibik mahu ikut cara orang putih dan lebih ringkas, panggil saya Jo, okey! Bibik tergelak mendengar kata-kata Johan itu. Ternyata anak muda itu seorang yang peramah. Bibik sudah lama ke kerja sini dengan Tan Sri? Johan mengulangi soalannya. Ditariknya kerusi yang ada di meja pulau yang terletak di tengah-tengah ruang dapur. Johan duduk di situ. Sini, tengku tidak mahu dipanggil Tan Sri. Panggil tengku saja. Bibik ya... udah agak lama. Hampir dua puluh lima tahun, lah... jelas Bibik Jamilah. Sama umurnya dengan Hanis. Bibik tak pernah jumpa dengan atuk sayalah, Syaifullah? Iya... sejak bayi udah bibik jaga dia. Sampai besar sudah. Pernah dulu sekali bibik jumpa sama atuk Johan, lama sudah. Tapi, Pak Said selalu ke Sungai Petani, bawa tuan besar ke sana. Bibik mengangkat lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal belacan. Bau sambal itu menusuk hidung Johan. Bibik meletakkan sambal belacan di dalam pinggan. Mahu dihidangkan di atas meja makan ruang depan. Bibik...! jerit Tengku Hanis. Iya non. Usah dijerit-jerit. Bibiknya masih dengar ni. Nak fresh orange. Hanis dahagalah. Tengku Hanis tidak sedar kehadiran Johan di situ. Johan bingkas bangun mengambil cawan dan jus oren dari dalam peti ais. Hanis... panggil Johan.

Terkejut Tengku Hanis, rupanya Johan di dapur. Patutlah dia ketuk pintu bilik, Johan tidak menjawab. Lah... nggak usah, Johan. Bibik boleh buat! Non ni... emangnya udah biasa manja gini. Jangan terlalu biasakan, bibik. Nanti air untuk suami pun suruh bibik yang buat. Bila masa nak rasa air tangan isteri? bebel Johan. Tengku Hanis menjuih bibirnya. Lalu didekatinya Johan dan menghirup jus oren yang disediakan Johan. Johan mencuit hidung Tengku Hanis, geram! Semakin lama semakin hati tertawan melihat Tengku Hanis. Sejak pandangan pertama. Sewaktu kecil dulu sememangnya dia sangat suka mengusik Tengku Hanis. Tidak sangka, budak comot yang menjadi kawan sepermainannya adalah bakal isterinya. Sakitlah... Tengku Hanis menggosok-gosok hidungnya. Yang awak berkopiah di dalam rumah ni kenapa? tanya Tengku Hanis. Johan memegang kepalanya. Allah... abang lupa simpan. Diambilnya kopiah di atas kepalanya lantas diletakkan di atas kepala Tengku Hanis. Oleh kerana kepala Tengku Hanis kecil, kopiah itu menutup sebahagian matanya. Awakkk!!! Tengku Hanis menjerit. Johan tergelak besar. Bibik pun turut ketawa. Apa bising-bising ni, Hanis? tiba-tiba Tengku Zahariah muncul di dapur. Semuanya berhenti ketawa. Mummy, tengok Johan ni! Tengku Hanis menarik kopiah Johan dan meletakkannya di meja itu. Tak pasal-pasal aku kena marah pulak!

Tengku Zahariah tergelak melihat gelagat mereka berdua. Tengku Zahariah suka akan kemesraan itu. Jom makan. Hanis, ajak Johan makan. Ajak Tengku Zahariah. Awak dengarkan? Bangun sendiri ya! Tengku Hanis sempat menjuih bibirnya kepada Johan. Buatlah macam tu... nanti bibir jadi macam orang Afrika! usik Johan. Lantas Tengku Hanis menutup mulutnya! Johan tergelak lagi. Hanis... Hanis....

Bab 10
DI BILIK, Tengku Hanis membuka netbook kesayangannya. Dia sudah berjanji dengan Maisarah untuk YM malam ini. Banyak perkara hendak diadukan kepada kawan baiknya ini, tetapi selama sebulan ini, masa berlalu terlalu pantas sehingga tidak sempat hendak update pada Maisarah. Maisarah pula menetap di Jakarta, kalau di Malaysia, Tengku Hanis tidak kisah. Sejak Maisarah berhijrah ke Jakarta tiga tahun yang lepas, pegawai diplomatik itu juga sangat sibuk. Sehinggakan hendak berbicara perlu membuat temu janji sehari awal. Nak YM pun kena buat appointment! Mengalahkan PM...! Isy... malam ni pulak line teruk! Tengku Hanis mengangkat netbooknya mencari line. Sehingga turun ke tingkat bawah pun, masih belum ada bar! Tengku Hanis membuka pintu. Mungkin di laman dapat kut! Dapat tiga bar pun jadilah... doa Tengku Hanis. Tengku Hanis melihat sekeliling, takut bising dan terjaga semua isi rumah pula! Jam di dinding menunjukkan pukul satu pagi. Semua mesti dah tidur. Johan mesti dah lena keletihan, agak Tengku Hanis. Tengku Hanis duduk bersila di atas gazebo. Deruan air di kolam ikan kap memecahkan kesunyian malam itu. Hah... full bar! Yeah...! Tengku Hanis tersenyum. Terus dia membuka e-

mel Yahoonya. Secara automatik, YMnya menunjukkan status online. Tengku Hanis melihat nickname Maisarah juga berstatus online. Dia seronok!

Honey_Bear : Hai lurve! Loving_Sarah : Hai lurve... miss you soooo much. Muah... muah... :D Honey_Bear : Miss you too. Aku banyak nak cerita dekat kau. Tapi kau ni tak ada masa saje! Loving_Sarah : Sibuk sangat, Hanis. Aku tak tipu! Nak bercinta pun tak sempat.... Kau tau tak semalam aku terserempak dengan Ari Wibowo dengan bini dia beb! Handsome gilaaa.... Honey_Bear : Kalau Ari Wibowo aku tak mahu... tapi kalau Baim Wong, aku nak! Hahah... Loving_Sarah : Tak adalah handsome mana Baim Wong tu. Macam Chinese look saja! Macam Si Asyraff juga set-set pilihan kau ni. Tak ada orang lain ka? Honey_Bear : Kau ni... Pasal dialah aku ajak YM ni! Kita video conferencinglah Sarah, aku tak larat nak menaiplah! Webcam kau dah sihat ke belum? Loving_Sarah : Udah dong... udah bisa digunakan. Ayuh...

Tengku Hanis tergelak. Nampaknya sahabat kesayangannya itu sudah kena rasuk dengan orang Jakarta agaknya! Sarah... Sarah! Tidak sampai seminit, Tengku Hanis boleh melihat wajah Maisarah di skrin netbooknya. Tengku Hanis tersenyum. Tengku Hanis : Beb... lu nampak gemuk! Maisarah : Eh mana ada! Bukan... kalau dalam TV berat bertambah sepuluh kilo. Macam tu juga dalam skrin ni! Tengku Hanis : Banyak la tambah sepuluh kilo! Maisarah : So apa cerita? Tengku Hanis : dua puluh tujuh hari bulan depan aku jadi kahwin dengan Johan. Kau datang, ya? Aku dah booking kau awal ni.... Jadi bridesmaid aku ek...? Maisarah : Apa sudah jadi? Hari tu kau ada cakap planning kau tu, kenapa tak jadi? Tengku Hanis : Nenda letakkan wasiat, kalau Johan tak accept aku juga, aku still merempat! Kau tahu tak, Johan ada awek. Nama dia Intan. Tapi dia still accept aku dan tinggalkan Intan. Johan kata... putus sudah kasih dan sayang. Maisarah : How sweet!!! Baiknya Johan! Kau tu sepatutnya menghargai pengorbanan yang dia buat. Cuba belajar cintakan bakal suami sendiri, tau! Tengku Hanis : Hoi... kau ni kawan aku ke kawan dia? Maisarah tergelak.

Tengku Hanis : Aku jumpa Asyraff kat Sogo tadi. Dia dengan perempuan lain pulak. Hari tukan dia kata dia nak kahwin. Dia tinggalkan aku sebab Laila, si hidung tinggi tu. Sekarang dengan awek lain pulak. Sedih aku. Dah lima tahun aku cuba lupakan.... Maisarah : Jadi kau nangis ke? Sabarlah beb.... Apa yang berlaku semuanya ada hikmah, kan dear...? Tengku Hanis : Tentulah aku menangis. Habis basah baju Johan kau tahu. Malu gila! Maisarah tergelak lagi. Maisarah : So... jatuh cinta lagi.... Lagi-lagi kujatuh cinta! Maisarah menyanyi-nyanyi. Tengku Hanis : Hampeh! Tak ada maknanya! Johan tenangkan aku, dia buat lawak bangang! Aku asyik gelak saja... kadang-kadang naik meluat! Aku tak ucapkan terima kasih pun lagi pada dia. Malu dowh... nak cakap! Maisarah : Hanis... aku nampak future kau dengan dia. Aku rasa kau patut accept Johan as nenda wished. Orang tua ni, matanya tak silap memandang, pilihannya hingga akhir hayat berkekalan. Aku tak jumpa Johan pun aku tahu dia boleh jaga kau, beb. Like nenda said... belajar mencintai lebih baik daripada dicintai, kan? Tengku Hanis : Macam dia cintakan aku! How should I know that? Lagipun Sarah, aku tak mampulah nak bercinta lagi. Aku takut perkara yang sama terjadi macam aku dengan Asyraff. Cinta bagai nak rak... akhirnya hancur berkecai!

Maisarah : Dari dulu aku kata, Asyraff tu playboy. Kau tu degil, buta mata buta hati! So... dua puluh tujuh hari bulan, ya? Aku bulatkan di kalendar. Tengku Hanis : Jangan bulat saja, mesti mari arrr.... Maisarah : Kau ingat tak kita pernah berangan masa di London dulu.... Kalau aku ada suami, aku akan suruh suami aku panggil aku dear.... Kalau kau, kau suruh suami kau panggil Ika, kau ingat dak? Tengku Hanis : Haha haha... kau masih ingat, Sarah! Gilalah kau ni.... Kalau dia suami sejati dan betul-betul cinta sejati aku, dia mesti tahu apa yang aku suka dia panggil aku, kan? Agaknya Johan akan panggil aku Ika ke? Maisarah : Hai... main tarik tali nampak! Malam-malam ni, kalau ada sorang lelaki peluk dan sayang kitakan, mesti kita rasa sangat bahagia! Arrrggghhh... nak kahwin jugak! Tengku Hanis : Bodohlah kau ni...! Kau jerit-jerit nanti terbangun semua orang! Dahlah aku chat kat luar ni, mahu terbangun semua hantu-hantu! Gersang betul.... Heheh.... Maisarah : Eh... Johan bahasakan dirinya dengan kau apa, Hanis? Tengku Hanis : Abang. Tadi dia mula panggil aku sayang.... Emmm.... Maisarah : Alamak... cair aku! Cair aku, beb! Tengku Hanis : Macamlah dia kahwin dengan kakak aku pulak.... Wei, mungkin dia sayang atau mungkin tak.... Atau sengaja nak menggatal, tau! Maisarah : Eleh... kura-kura dalam perahu, suka tapi malu nak mengaku!

Maisarah dan Tengku Hanis gelak besar. Hanis! Tak tidur lagi? Gelak dengan siapa tu? sapa Johan. Terkejut Tengku Hanis. Terbantut gelaknya. Errr... dah berapa lama awak duduk kat situ? Adakah dia dengar apa yang aku cakap dengan Sarah tadi? Kalau dia dengar, malunya! Baru saja. Abang dengar ada orang gelak-gelak dari atas. Takut juga abang, takut hantu puntianak mana tadi.... Maisarah : Helo... kau ada lagi ke kat situ? Tengku Hanis : Johan ada kat sini, weh.... Maisarah : Hai... Abang Johan! Saya ni Sarah, nice to meet you. Johan mencari-cari suara yang menyapanya. Dilihat di skrin netbook milik Tengku Hanis. Lantas dia duduk di sebelah Tengku Hanis. Oleh kerana skrinnya hanyalah sepuluh inci, Johan mendekatkan mukanya ke sebelah Tengku Hanis sehinggakan gadis itu boleh merasai nafasnya. Hati Tengku Hanis bergetar. Johan : Hai... oh dengan awak ke yang Hanis gelak besar tu? Abang ingatkan siapalah duk mengekek macam puntianak tadi! Maisarah tergelak. Tengku Hanis : Ada saja benda yang nak diusiknya! Maisarah : Beb, Abang Johan memang handsome. Sesuailah dengan kau, Hanis.

Johan : Mana ada, Sarah. Biasa-biasa saja. Hanis lagi cantik daripada abang. Sarah pun cantik juga. Maisarah : Terima kasih, Abang Johan! Okeylah guys... Sarah nak blah dulu. Sini udah mau pagi, dong! Dapat tidur sekejap pun jadilah, esok kerja. Abang Johan, jangan lupa jaga sahabat Sarah, tau! Jagalah abang kalau Hanis mengadu abang buat dia! Johan tergelak. Johan : Insya-Allah. Abang takut dia yang buat abang pulak! Tengku Hanis : Babai lurve! Miss you already. Maisarah : Bye lurve.... Kirim salam dekat mummy, ayah, bibik dengan Pak Said, okey! Aku miss them gila-gila! Termasuk Ayyu! Tengku Zahariah dan Tengku Hishamuddin sudah pun menjadi sebahagian daripada keluarga Maisarah, Maisarah sudah seperti anak kedua atau kembar kepada Tengku Hanis. Papa Maisarah juga menjadi ayah angkat Tengku Hanis. Bukan sahaja anak-anak mereka akrab, keluarga juga menjadi rapat. Tengku Hanis : Orait! Tengku Hanis menutup netbooknya lalu dipeluk erat. Selipar Hello Kitty disarungnya. Sejuk pula rasanya. Terjaga ke tak boleh tidur? tanya Tengku Hanis. Abang kalau tukar tempat tidur memang tak boleh tidur. Mata mengantuk, tapi tak boleh nak lelap.

Awak curi-curi dengar ya apa yang saya cakap dengan Sarah tadi emmm...? Tak delah... abang baru turunlah. Apa Hanis cakap dengan Sarah? Kutuk abang arrr...? Hanis tu, kan... memang suka kutuk-kutuk abang! Johan mencuit hidung Tengku Hanis. Dia geram. Sakitlah...! Mana ada kutuk, tak baik tau tuduh-tuduh orang. Tengku Hanis menyapunyapu hidungnya. Sarah tu kawan baik Hanis ke? Sejak bila? tanya Johan. Sejak belajar di London. Dia sekarang migrate ke Jakarta. Dah tiga tahun dia kat sana, kerja dengan Kedutaan Malaysia di sana. Dia balik Malaysia setiap Hari Raya saja. Asyraff pun kawan Hanis di London? Tengku Hanis tersentak. Dia tidak sangka Johan akan bertanya mengenai Asyraff. Its okay kalau Hanis tak mahu cakap. Abang sebenarnya takut juga baju abang ni basah lagi. Dahlah bawak sehelai ni je. Kenalah mintak Hanis temankan abang pergi shopping lagi. Tu jugak abang takut, bukan apa... takut tak larat! Johan tergelak. Awak ni!!! Tengku Hanis memukul paha Johan. Johan memegang jari-jemari Tengku Hanis menghalangnya daripada memukul Johan lagi. Abang bukannya nak paksa Hanis bagi tau pasal dia. Tapi sekurang-kurangnya, antara kita berdua tak ada rahsia. Abang kenal siapa Hanis, Hanis kena juga ambil tahu pasal abang. Hanis suka apa, abang suka apa dan juga perkara yang Hanis dan abang tak suka. Barulah rumah tangga kita amannn... ujar Johan panjang lebar.

Tengku Hanis hanya membiarkan jarinya dipegang Johan. Okey... kalau awak nak tahu semua tu dengan satu syarat... jangan tanya lagi, boleh? Kalau boleh kita tutup buku semua cerita lama tapi ini tak bermakna tiga syarat yang dulu tu dibubarkan, tau! Janji! Johan membuat aksi janji pengakap membuatkan Tengku Hanis tergelak. Abang suka Hanis ketawa gembira macam ni, Kalau Hanis masam dan garang macam singa, bukan saja abang yang takut, singa pun takut agaknya! Tengku Hanis menolak bahu Johan. Lelaki ni selalu sangat mengusik! Johan terjatuh, Tengku Hanis geram lalu menggeleteknya. Biar Johan tidak bernafas kegelian. Tengku Hanis gelak sakan. Sudah Hanis... Ampun! Nanti kain abang terlondeh nanti... siapa nak

bertanggungjawab? Serentak Tengku Hanis menghentikan perbuatannya. Tahu takut...!!! sambung Johan lagi. Ketawanya masih bersisa. Tengku Hanis mencebik. Hari dah nak pagi. Masuk tidur. Nanti mummy kata apa pulak! Tengku Hanis bangun. Selipar Hello Kittynya tercicir. Tengku Hanis tidak sedar. Kejap, sayang. Hanis punya selipar ni! Johan mengambil selipar tidur Tengku Hanis lalu disarungkan ke kaki Tengku Hanis. Wajah Tengku Hanis merah padam, dia malu! Errr... terima kasih. Terima kasih jugak untuk kejadian petang tadi, ek!

Sama-sama kasih, sayang! ucap Johan tersenyum.

DINIHARI ITU, Johan tidak dapat melelapkan matanya. Dia teringat-ingat gelak tawa Tengku Hanis dan muncung bibirnya itu. Walaupun sudah lama Johan berkasih dengan Intan, dia tidak pernah rasa Intan serapat itu dengannya seperti Tengku Hanis! Apakah Johan sudah jatuh cinta kepada Tengku Hanis? Dengan Intan, Johan rasa seperti Intan itu adiknya. Seperti kasih seorang abang kepada adiknya. Mungkin dulu, anggapannya memang itu sahaja! Mana tahu melarat sampai menjadi kekasih. Entah hubungan itu ikhlas entah tidak? Tetapi dengan Tengku Hanis, perasaannya lain. Johan sebenarnya tidak pasti bagaimana dia boleh bercinta dengan Intan walhal sebenarnya Intan merupakan adik angkat pada mulanya. Mungkin dia jatuh kasihan pada Intan setelah Intan kematian bapanya. Mungkin disebabkan pengalaman Johan yang juga kematian bapanya, dia selami perasaan Intan dan seperti melindungi seorang adik. Dinihari itu juga Johan terfikir-fikir, perasaan Johan berbaur-baur. Macam kata-kata Tengku Hanis tadi... kita tutup semua buku cerita lama! Johan mengambil telefon bimbitnya... dibuang nombor telefon Intan. Intan, mulai sekarang abang telah mula lupakan Intan. Abang berjanji akan menyayangi Tengku Hanis, walaupun dia tak menyayangi abang. Abang salah selama ini. Abang ingatkan kasih abang untuk Intan, rupanya hanyalah kasih seorang abang kepada adiknya. Abang silap tafsir, maafkan abang! Abang harap Intan gembira melupai abang! janji Johan kepada dirinya.

Johan juga berfikir-fikir tentang kebaikan keluarga Tengku Hishamuddin terhadap dirinya. Apakah kata-kata arwah ayah itu betul? Betulkan semua ini milik atuk? Tetapi kenapa atuk tidak pula kata begitu? Johan jadi keliru. Tetapi Johan juga berjanji, sekiranya kata-kata arwah ayah itu betul, dia berjanji akan menuntut bela. Tetapi, kalau salah... Johan berjanji akan mempertahankan rumah tangganya. Bukan dia mahu meletakkan itu sebagai ukuran ke atas kebahagiaan rumah tangganya, namun jika Tengku Hanis jatuh sayang kepada Johan, sudah pasti Tengku Hanis akan mengikut ke mana pun Johan pergi. Johan bukan sahaja telah berjanji untuk mencintai Tengku Hanis, dia sudah lama jatuh sayang kepada Tengku Hanis sejak kecil lagi. Perasaan itu semakin nyata setelah berjumpa sewaktu di kampung dulu. Budak comot itu benar-benar telah mencuit hati lelakinya.... Di sebelah, Tengku Hanis masih tersengih-sengih. Kejadian petang tadi dan dinihari ini membuatkan dia benar-benar gembira. Sama-sama kasih, sayang! Arrrghhh... gila! Gila! Tengku Hanis menghentak-hentakkan kakinya di atas katil. Johan tu betul-betul romantiklah, boleh terjatuh cinta ni! Jangan Hanis... jangan! Jatuh ego kau, beb.... Hari tu tak mahu, sekarang tiba-tiba mahu. Nanti hari-hari mahu pula. Jangan cari nahas, Hanis! Tapi... sekali-sekala boleh, kan? Merawat hati yang kesunyian... duka dan lara akibat Si Asyraff yang bodoh tu! Asyraff... masih macam Asyraff yang dulu, smart, kumis nipisnya yang kemas dan still a player! Berbanding dengan Johan... emmm... janggut macam kambing! Tahulah bela kambing, tapi tak perlu simpan janggut macam kambing juga, kan? Zaleha... Tengku Hanis tergelak dalam melayani fikiran dan hati sendiri.

Hanis, tidurlah.... Esokkan ada board meeting! pujuk hatinya. Bunyi pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya, menyentak lamunan. Siapa pulak yang mesej pagi-pagi buta ni? Sweet dreams! Johan. Tengku Hanis tersenyum. You too... jawabnya di dalam hati.

Untuk sambungan dan mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan novel TERLANJUR MENCINTAIMU di rangkaian kedai buku MPH, POPULAR atau Pembelian secara online di www.karyaseni.my

Judul : Terlanjur Mencintaimu Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : KaryaSeni Semenanjung : RM18 Sabah / Sarawak : RM21

SINOPSIS :
Cinta itu mudah datang kepada sesiapa yang bersedia menerima cinta Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya? Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!" Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar? Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!" Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Sedutan Dialog :
Tengku Hanis membuka TV, suaranya agak perlahan. Johan disuruh duduk di atas sofa dan Tengku Hanis disebelahnya, tersenyum-senyum sumbing. "Ini mesti nak mengusik abang kan? Muka jahat tu.. abang tahu!" Johan meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hanis. Tengku Hanis tergelak-gelak. "Itulah Cik Intan yang memikat hati Encik Johan selama ni ya." "Salahlah... Cik Intan yang terpikat dengan Encik Johan!" "Perasaan lah abang ni! Manis orangnya..." "Memanglah, taste suami Ika ni semua yang hebat-hebat! Tengok oranglah..." Johan mendabik dada. "Apa perasaan bila abang terjumpa dengan dia? Jawab betul-betul, tak mau main-main" tanya Tengku Hanis serius. "Seronok." "Hah! Seronok?" Tengku Hanis memukul peha Johan. Johan mengaduh sakit. "Ye lah seronoklah jumpa kawan lama. Takkan nak menangis pula macam orang tu!" Johan mengusik isterinya.

MENARIK DI MEDIA :

Novel Terlanjur Mencintaimu No 1 Di carta Bestseller / Terlaris di POPULAR - Rujukan surat khabar BERITA HARIAN, Jumaat, 8/4/2011

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan novel TERLANJUR MENCINTAIMU di rangkaian kedai buku MPH, POPULAR dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Karyaseni Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:http://www.karyaseni.my atau untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KARYASENI ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

KARYASENI ENTERPRISE, 41-1, jalan Temenggung 9/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor Tel : (+6) 03 9010 4779 Fax : (+6) 03 9010 4511 Email : Admin@karyaseni.my

Anda mungkin juga menyukai