Anda di halaman 1dari 10

SKEMA JAWAPAN LATIHAN BENGKEL PENGAJIAN AM SKOR A STPM 2012 SIRI 1 Latihan Bengkel 1 STPM 2012

Bahagian D

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur, etnik dan daerah pada tahun 2010 di negeri Johor.

Berdasarkan bancian penduduk di Malaysia pada tahun 2010 yang berjumlah 26.78 juta, kira-kira 12.02% atau seramai 3,217,895 orang adalah penduduk di negeri Johor dan daripada jumlah tersebut, seramai 1,635,019 orang adalah penduduk di daerah Pontian dan selebihnya Johor Bahru.

Bilangan penduduk Pontian dalam kumpulan umur 0~19 tahun adalah yang tertinggi melebihi sebanyak 40,246 orang berbanding Johor Bahru dengan bilangan seramai 641,106 orang dalam kumpulan umur yang sama. Daripada jumlah itu di daerah Pontian, etnik Melayu adalah seramai 427,469 orang, Cina 193,142 orang dan India 44,744 orang. Sementara di daerah Johor Bahru pula, etnik Cina seramai 181,098 orang, India 43,838 orang, lain-lain 13,968 orang dan selebihnya ialah Melayu.

Bagi kumpulan umur 20~39 tahun, bilangan etnik Melayu di Johor Bahru adalah kurang sebanyak 2,263 orang berbanding bilangan etnik Melayu di Pontian yang seramai 278,202 orang. Bilangan kedua tertinggi ialah etnik Cina di Pontian seramai 164,844 orang, diikuti etnik Cina di Johor Bahru seramai 157,767 orang dan daripada seramai 77,987 orang jumlah etnik India, 40,700 orang adalah di Pontian. Bagi kaum lain-lain seramai 11,332 orang adalah di Pontian dan 12,460 orang di Johor Bahru.

Daripada bilangan penduduk etnik Melayu dalam kumpulan umur 40~59 tahun seramai 339,508 orang, paling ramai iaitu 170,307 orang tinggal di Johor Bahru. Keadaan ini berbeza dengan etnik Cina, mereka yang tinggal di Pontian adalah melebihi sebanyak 8,745 orang berbanding yang tinggal di Johor Bahru seramai 127,548 orang sahaja. Seterusnya bilangan etnik India di Pontian adalah seramai 25,907 orang, India di Johor Bahru seramai 24,700 orang dan etnik lain di Pontian seramai 5,357 orang serta di Johor bahru seramai 4,752 orang.

Penduduk di negeri Johor dalam kumpulan umur 60 tahun dan ke atas adalah yang paling kecil bilangannya. Di daerah Pontian, bilangan etnik Melayu seramai 54,706 orang, Cina 59,373 orang, lain-lain 1,301 orang, dan selebihnya etnik India. Sementara itu, daripada jumlah penduduk Johor Bahru dalam kumpulan umur ini, kira-kira 5.45% adalah India, 61,275 orang melayu, 61,499 orang Cina, dan 1,095 kaum lain-lain. Hasil kajian mendapati jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat berikutan peningkatan taraf hidup dan kesihatan penduduk keseluruhannya. (Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Skema Jawapan Graf Bar Piramid Komponen Negeri Johor : Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Umur, Etnik dan Daerah pada Tahun 2010 Kump. Umur (tahun) 0~19 20~39 40~59 60 dan ke atas Jumlah Daerah Pontian Melayu 427 469 278 202 169 201 54 706 Cina 193 142 164 844 136 293 59 373 India 44 744 40 700 25 907 6,451 Lain-lain 15 997 11 332 5 357 1,301 Jumlah 681 352 495 078 336 758 121,831 1 635 019 Melayu 402 202 275 939 170 307 61,275 Daerah Johor Bahru Cina 181 098 157 767 127 548 61,499 India 43 838 37 287 24 700 7,141 Lain-lain 13 968 12 460 4 752 1,095 Jumlah 641 106 483 453 327 307 131,010 1 582 876
(Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Panduan pemeriksa : 1. Calon melukis graf bar piramid komponen / kompaun / bertindan separa 2. Calon melukis selain graf piramid salah media. Sila rujuk jadual 3. Tahun sebagai petunjuk Rujuk jadual 4. Malaysia ditulis sebagai negara dalam tajuk 5. Maklumat dalam bar dengan antara bar boleh bersilih ganti 6. Umur jika tidak ditulis tahun 7. Jika calon menggunakan skala peratus

15 markah 3 markah 1 markah 6 markah 15 markah 6 markah 1/15 markah

Negeri Johor : Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Umur, Etnik dan Daerah pada Tahun 2010 Daerah Pontian Kumpulan Umur (Tahun) Daerah Johor Bahru

60 dan ke atas 40 ~ 59 20 ~ 39 0 ~ 19

700000 560000 420000 280000 140000 Jumlah Penduduk (orang) Skala 1 cm = 70000 orang Petunjuk : Etnik Melayu Etnik Cina Etnik India Etnik Lain-lain

140000 280000 420000 560000 700000 Jumlah Penduduk (orang)

(Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Bahagian D

Latihan Bengkel 2

STPM 2012

Berdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk membandingkan jumlah enrolmen pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengikut negara-negara asal terpilih bagi tempoh 2006 dan 2007. Kerajaan Malaysia telah memperluaskan peluang pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tanpa sempadan. Justeru, negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan negara kita telah merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran ke negara ini.

Rakyat Thailand telah memilih negara kita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institut pengajian tinggi. Jumlah pelajarnya pada tahun 2006 ialah sebanyak 944 orang. Jumlah ini terdiri daripada pelajar IPTA sebanyak 464 orang dan selebihnya merupakan pelajar IPTS. Jumlah pelajar negara ini pada tahun 2007 telah meningkat sebanyak 204 orang berbanding tahun sebelumnya. Jumlah ini terdiri daripada pelajar IPTA yang telah mencatat sebanyak 719 orang dan selebihnya terdiri daripada pelajar IPTS.

Negara Iran telah menghantar pelajarnya ke Malaysia sebanyak 1784 orang pada tahun 2006. Sebanyak 736 orang pelajar menuntut di IPTA dan angka ini meningkat secara mendadak sehingga mencecah 2049 orang pada tahun 2007. Bilangan pelajar IPTS tetap tinggi bagi kedua-dua tahun iaitu masing-masing sebanyak 1048 orang dan 1629 orang. Keadaan ini mendorong peningkatan sebanyak 1894 orang atau 106.17% bagi keseluruhan pelajar tahun 2007.

Seterusnya negara serumpun kita, Indonesia telah mencatat jumlah pelajar paling tinggi bagi kedua-dua tahun. Bagi tahun 2006, pelajar negara ini berjumlah 7541 orang dan sebanyak 1850 orang menuntut di IPTA serta selebihnya di IPTS. Bilangan pelajar negara ini di IPTA terutamanya di USM telah mempengaruhi peningkatan sehingga mencatat 3000 orang pada tahun 2007 yang jumlahnya mencecah seramai 8454 orang.

Hubungan dua hala yang baik telah menarik minat pelajar dari negara China untuk menuntut di IPT negara ini. Dari sejumlah 7310 orang pelajar, IPTS telah menjadi pilihan utama kerana sebanyak 6937 orang pelajar telah mendaftar pada tahun 2006. Pada tahun 2007, walaupun jumlahnya berkurangan sebanyak 842 orang berbanding tahun sebelumnya, tetapi masih mencatatkan bilangan kedua tertinggi. Penurunan kepada hanya 5308 orang di IPTS telah mempengaruhi penurunan bilangan keseluruhan pelajar dari China pada tahun 2007.

Pada tahun 2006, bilangan pelajar IPTA dan IPTS bagi pelajar dari negara Bangladesh adalah sebanyak 230 orang dan 6287 orang. Menjelang tahun 2007, keadaan telah memperlihatkan pengurangan yang besar bagi jumlah pelajarnya. Pada tahun itu, jumlah semua pelajarnya ialah 2506 orang. Walau bagaimanapun, bilangan pelajar IPTA telah meningkat kepada 309 orang dan selebihnya ialah pelajar IPTS.

Pihak kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini bagi menandingi negara maju. Peningkatan bilangan pelajar luar di IPTA dan IPTS negara ini telah membuktikan peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia. (Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, 2008)

Skema Jawapan Graf Bar Piramid MALAYSIA : JUMLAH ENROLMEN PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA MENGIKUT NEGARA-NEGARA ASAL TERPILIH BAGI TEMPOH 2006 DAN 2007 2006 (orang) IPTA 464 736 1850 373 230 3653 IPTS 480 1048 5691 6937 6287 20443 Jumlah 944 1784 7541 7310 6517 24096 IPTA 719 2049 3000 1160 309 7237 2007 (orang) IPTS 429 1629 5454 5308 2197 15017 Jumlah 1148 3678 8454 6468 2506 22254

Negara-Negara Asal Thailand Iran Indonesia China Bangladesh Jumlah

(Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, 2008)

MALAYSIA : JUMLAH ENROLMEN PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA MENGIKUT NEGARA-NEGARA ASAL TERPILIH BAGI TEMPOH 2006 DAN 2007 2006

Negara

2007

Thailand

Iran

Indonesia

China

Bangladesh

9000

8000

7000

6000

5000

4000

3000

2000

1000

1000

2000

3000

4000

5000

6000

7000

Jumlah Pelajar (orang) PETUNJUK IPTA IPTS

Jumlah Pelajar (orang)

(Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, 2008)

Nota : 1. 2. 3.

Jawapan hanya graf bar piramid. Sekiranya tiada perkataan Terpilih dalam tajuk salah tajuk (06 m) Sekiranya tahun menjadi petunjuk 01 m

8000

9000

Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

Jadual

Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola eksport Malaysia ke Negara-negara Islam terpilih antara tahun 2008 hingga anggaran tahun 2010. Jelaskan mengapa berlaku peningkatan eksport Malaysia ke negara-negara tertentu. Malaysia : Eksport Ke Negara-negara Islam Terpilih antara Tahun 2008 hingga Anggaran Tahun 2010

2008 Negara Jumlah (RM Juta) %

2009

2010*

Jumlah (RM Juta)

Jumlah (RM Juta)

Pakistan

1 141

1.18

1 205

1.25

1 203

1.02

Nigeria

5 162

5.36

5 469

5.69

7 362

6.22

Indonesia

6 804

7.06

8 086

8.42

11 677

9.86

Turki

909

0.94

568

0.59

533

1.45

Arab Saudi

60 534

62.80

62 488

65.06

72 176

60.94

Tunisia

17 505

18.16

15 092

15.71

22 954

19.38

Mesir

4 334

4.50

3 138

3.27

2 526

2.13

Jumlah * Anggaran

96 389

100

96 046

100

118 431

100

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan MITI, 2010)

Skema Jawapan Pendahuluan Malaysia merupakan anggota Persidangan Negara-negara Islam OIC yang aktif. Sebagai anggota D8 Malaysia menjadikan OIC sebagai pentas memasarkan barangannya ke negara-negara anggota. Idea A. Pola Perubahan 1. Jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia ke negara-negara Islam tidak konsisten. 2008 jumlah perdagangan RM96 389 juta turun kepada RM96 046 juta pada tahun 2009 iaitu penurunan sebanyak RM343 juta atau kira-kira 0.36% 2010 dianggarkan berlaku peningkatan kepada RM118 431 juta iaitu dianggarkan meningkat sebanyak RM22 385 juta iaitu kira-kira 23.31% Perdagangan ke Pakistan tidak konsisten. 2008 jumlah perdagangan RM1 141 juta meningkat kepada RM1 205 juta pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak RM64 juta atau kira-kira 5.61% 2010 dianggarkan menurun kepada RM1 203 juta atau kira-kira 0.17% Perdagangan ke Tunisia tidak konsisten 2008 jumlah perdagangan RM17 505 juta menurun kepada RM15 092 juta pada tahun 2009 iaitu penurunan sebanyak RM2 413 juta atau kira-kira 13.78% 2010 dianggarkan meningkat kepada RM22 954 juta atau kira-kira RM7 862 juta 52.09% 2. Jumlah perdagangan meningkat Perdagangan ke Nigeria menunjukkan peningkatan 2008 jumlah perdagangan ialah RM5 162 juta dianggarkan meningkat kepada RM7 362 juta pada tahun 2010 Jumlah peningkatan RM2 200 juta atau kira-kira 42.62% Perdagangan ke Indonesia menunjukkan peningkatan 2008 jumlah perdagangan ialah RM6 804 juta dianggarkan meningkat kepada RM11 677 juta pada tahun 2010 Jumlah peningkatan RM4 873 juta atau kira-kira 71.62% Perdagangan ke Arab Saudi menunjukkan peningkatan 2008 jumlah perdagangan ialah RM60 534 juta dianggarkan meningkat sebanyak RM72 176 juta pada tahun 2010 Jumlah peningkatan RM11 642 juta atau kira-kira 19.23% 3. Jumlah perdagangan menurun Perdagangan ke Turki menunjukkan penurunan 2008 jumlah perdagangan RM909 juta dianggarkan menurun kepada RM533 juta atau kira-kira RM376 juta atau kira-kira 41.36% Perdagangan ke Oman menunjukkan penurunan 2008 jumlah perdagangan RM4 334 juta dianggarkan menurun kepada RM2 526 juta atau kira-kira RM1 808 juta atau kira-kira 41.72% B. Pola Bandingan 2008 Jumlah perdagangan RM96 389 juta Perdagangan ke Arab Saudi merupakan perdagangan terbesar berjumlah RM60 534 juta atau kira-kira 62.80% Perdagangan ke Turki merupakan perdagangan terendah berjumlah RM909 juta atau kira-kira 0.94% 2009 Jumlah perdagangan RM96 046 juta Perdagangan ke Arab Saudi merupakan perdagangan terbesar berjumlah RM62 488 juta atau kira-kira 65.06% Perdagangan ke Turki merupakan perdagangan terendah berjumlah RM568 juta atau kira-kira 0.59% 2010 Jumlah perdagangan dianggarkan berjumlah RM118 431 juta Perdagangan ke Arab Saudi dianggarkan merupakan perdagangan terbesar berjumlah RM72 176 juta atau kirakira 60.94% Perdagangan ke Turki dianggarkan merupakan perdagangan terendah iaitu RM533 juta atau kira-kira 0.45% C. Faktor peningkatan eksport ke negara-negara tertentu 1. Hubungan Diplomatik yang baik 2. Wujud rakan dagang baru seperti Nigeria 3. Rakan dagang tradisi seperti Indonesia 4. Perkembangan ekonomi yang memberangsangkan 5. Permintaan yang tinggi seperti Indonesia

Bahagian E

Carta Aliran STPM 2012

Latihan Bengkel 1

Berdasarkan gambarajah di bawah, jelaskan faktor-faktor yang mewujudkan Bandar Lestari dari perspektif alam sekitar. [ 15 m ]

Kriteria Bandar Lestari Dari Perspektif Alam Sekitar

Persekitaran Fizikal Kriteria untuk memperbaiki tahap persekitaran fizikal, kesihatan seperti aspek penambahbaikan kualiti udara.

Inisiatif Ekologi Pemuliharaan Penambahbaikan habitat Kepelbagaian biologi Inovasi mesra alam Pengurangan pulau haba

BANDAR LESTARI DAN DAN ALAM SEKITAR

Pendidikan dan Kesedaran Menyumbang kepada peningkatan kesedaran dan pemahaman isu-isu serta inovasi alam sekitar.

Perkhidmatan Perbandaran Amalan pengurusan sisa pepejal, cecair dan gas Peningkatan perkhidmatan pengangkutan awam.

Perkhidmatan Alam Sekitar Ketelusan dan dipercayai Komunikasi dua hala Latihan pengurusan alam sekitar.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Era Hijau, Jabatan Alam Sekitar, 2009)

Jawapan Pendahuluan Carta Aliran menunjukkan bandar lestari dari perspektif alam sekitar adalah sebuah bandar yang merangkumi pencapaian pembangunan sosial, ekonomi dan fizikalnya. Kombinasi amalan ini seharusnya dilaksanakan secara berterusan.

1.

Persekitaran fizikal Elemen-elemen yang berkaitan dengan kriteria ini adalah tahap yang diambil untuk penambahbaikan persekitaran fizikal untuk meningkatkan tahap kesihatan perbandaran Sebagai contoh aspek meningkatkan kualiti air, udara, dan mengurangkan tahap kebisingan

2.

Inisiatif ekologi Berkaitan secara langsung dengan kriteria pemuliharaan alam semula jadi, inisiatif terhadap penambahbaikan kepelbagaian biologi dan habitat serta inovasi mesra alam seperti penggunaan bahan mesra alam Penguruangan kesan pulau haba dalam persekitaran pembinaan, amalan inovatif, teknologi baru serta amalan-amalan lain ke arah penghasilan produk mesra alam

3.

Perkhidmatan perbandaran Inisiatif merangkumi amalan pengurusan sisa pepejal seperti pengurangan penggunaan sisa pepejal, cecair, gas dan beralih kepada bahan mesra alam atau boleh dikitar semula Peningkatan dari segi kecekapan dalam perkhidmatan pengangkutan awam

4.

Pendidikan dan kesedaran Merangkumi aspek pendidikan dan komunikasi yang menyumbang kepada peningkatan kesedaran orang awam melalui pendidikan formal dan tidak formal Pemahaman berkaitan inovasi berkaitan pemuliharaan alam sekitar

5.

Pentadbiran alam sekitar Memberi pengiktirafan kepimpinan seperti mempraktiskan prosedur pentadbiran yang telus dan dipercayai Wujudnya komunikasi dua hala dengan masyarakat seperti aduan masyarakat dan ketelusan media

Penutup Bandar lestari mestilah dilihat melalui pembangunan yang menyeluruh dan harmonis. Ia juga dilihat tidak mengganggu gugat kehidupan semula jadi di persekitaran pembangunan tersebut.

Bahagian E Latihan Bengkel 2

Carta Aliran STPM 2012

Berdasarkan gambarajah di bawah, bincangkan faktor-faktor yang secara langsung dan secara tidak langsung yang menentukan kejayaan seseorang pelajar. [ 15 m ]

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN SESEORANG PELAJAR

Masyarakat

Ibu bapa

PIBG

Sikap

Kejayaan pelajar

Guru

Adik beradik

Rakan sebaya

Tuisyen

(Dipetik dan diubahsuai daripada Ahmad Salleh, 2003, Motivasi Untuk Pelajar, Kuala Lumpur)

Jawapan Pengenalan Isi A Faktor langsung 1. Ibu bapa 2. Guru 3. Sikap Ibu bapa faktor utama kejayaan seseorang pelajar Didikan yang sempurna dari awal sangat penting kepada seseorang Pendidikan secara rasmi di sekolah bermula dengan guru Pengajaran dan pembelajaran yang sempurna mendorong pelajar berjaya Seseorang yang bersikap positif boleh berjaya cemerlang Ketahanan diri dalam menghadapi masalah boleh membawa kesan positif kepada seseorang pelajar Huraian

Faktor tidak langsung 4. Rakan sebaya Rakan sebaya berperanan penting bagi kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar Pelajar mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya untuk belajar atau mengulangkaji Kelas ini menjadi tarikan pelajar dan ibu bapa masa kini Masa yang digunakan untuk tuisyen memberi manfaat pada pelajar Banyak membantu kejayaan pelajar Masyarakat sekeliling berperanan bagi kejayaan pelajar Sikap anggota masyarakat yang peka dan prihatin tentang pelajar, menegur kesalahan pelajar membantu pelajar berjaya Peranan ahli keluarga selain ibu bapa membantu pelajar berjaya Dorongan dan sokongan dari segi moral dan material memberi semangat kepada pelajar Sokongan kewangan dan program tertentu membantu kejayaan pelajar PIBG menyokong dari aspek sumbangan idea dan program untuk pelajar

5.

Tuisyen

6.

Masyarakat

7.

Adik beradik

8.

PIBG

Nota : 1.

Pemarkahan Isi Huraian Kebahasaan Rumusan

= = = =

4 markah 8 markah 1 markah 2 markah 15 markah

2. 3.

Setiap isi perlu ada perkataan langsung atau tidak langsung, jika tidak, tiada markah diberi. Gabungan isi 2 faktor langsung + 2 faktor tidak langsung

Disediakan oleh : Cikgu SEZALI DIN Metafora Training And Consultant

10

Anda mungkin juga menyukai