Anda di halaman 1dari 20

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINTANG SELATAN TAMAN SHAMELIN PERKASA,KUALA LUMPUR

TAJUK FOLIO

: BIODATA PERDANA MENTERI MALAYSIA

NAMA TAHUN

: MOHD YUSAIMAN BIN MOHD YUSOFF : 6 NEPTUNE

NAMA GURU : PUAN ROSLINA

BIODATA MURID

NAMA

: MOHD YUSAIMAN BIN MOHD YUSOFF.

TAHUN

: 6 NEPTUNE.

ALAMAT

: 3C-1-02, BLOCK C, OKID APARTMENT, JALAN BUKIT INDAH , TAMAN BUKIT INDAH, 68000, AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

ADIK-BERADIK : ANAK KE 2 DARI 2 ORANG ADIK BERADIK HOBI : BERMAIN KOMPUTER DAN BADMINTON.

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa,guru & rakan saya kerana menolong saya untuk mencetus idea yang banyak.Saya Mohd Yusaiman Bin Mohd Yusoff pelajar darjah6 Neptune bersyukur ke hadrat Illahi dengan keizinannya saya dapat juga menyiapkan kerja folio ini.Pertama kalinya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bimbingan saya iaitu Puan Roslina kerana beliau banyak beri tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja khusus ini. Tidak lupa juga kepada saya ayah dan ibu saya, mereka juga banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan kerja khusus. Kepada rakan-rakan seperjuangan juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka banyak memberi idea kepada saya.

Sekian, terima kasih

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DAHULU DAN SEKARANG

PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA (BAPA KEMERDEKAAN)

Nama : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda) Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar 1916 - Penang Free School, Penang 1925 - lulus B.A. dari University Cambridge 1945 - lulus LLB, dari Inner Temple, London Kerjaya : 1946 - bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor 1951 - dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 - Rombongan Merdeka ke London 1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama 1962 - rombongan ke London - Gagasan Malaysia 1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963 1970 - bersara daripada politik

06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh negara berkabung atas pemergian almarhum. Seluruh dunia menghantar ucap takziah. Atas wasiat almarhum, jenazah disemadikan di Makam Diraja Langgar. PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA (BAPA PEMBANGUNAN)

Nama : Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein Lahir : 11 Mac 1922, di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang Pendidikan : Sekolah Melayu Langgar, Pekan Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK 1940 - Raffles College Singapura Pentadbiran 1947 - ke England sebagai Queen's Scholar dalam bidang Undang-Undang 1950 - lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law Kerjaya : 1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang. 1955 - Menteri Besar Pahang, meletak jawatan - bertanding pilihan raya pertama dan menang, Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak yang menentukan sistem pelajaran negara pada 16.05.1956. Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau menaikkan taraf luar bandar 1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London. Jenazahnya

dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA (BAPA PERPADUAN)

Nama : Allahyarham Tun Hussein bin Dato Onn Lahir : 12 Februari 1922, di Johor Bahru Pendidikan : English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge 1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India 1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London Kerjaya : 1942 - bertugas di Mesir 1945 - pemerintah Polis Depot, Johor Bahru 1946 menyertai UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO Pertama 1950 - ADO, Kuala Selangor, Klang 1970 - Menteri Pelajaran 1973 - Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri 1976 - Perdana Menteri Malaysia Ketiga 1981 - bersara daripada politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia 29 Mei 1990, Tun Hussein Bin Dato Onn kembali ke rahmatullah di rumahnya, di Kuala Lumpur.

Terkenal, berhemah tinggi, merendah diri, jujur dan amat disegani. Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT (BAPA PEMODENAN MALAYSIA)

Nama : Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Lahir : 20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah Pendidikan : Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran Perubatan MBS - 1953 Kerjaya : 1945 - aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO 1954 - bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis 1957 - membuka klinik sendiri di Alor Setar, iaitu Klinik MAHA 1964 - memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan 1973 - dilantik Pengerusi FIMA 1975 - Naib Presiden UMNO 1976 - Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri 1981 hingga 2003 - Perdana Menteri Malaysia Keempat

PERDANA MENTERI MALAYSIA KELIMA (BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN)

Nama: Yang Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Lahir: 26 November 1939, di Bayan Lepas, Pulau Pinang Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang Universiti Malaya-Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Pengajian Islam Kerjaya: 1964 Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam 1969 Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1974 - Timbalan Ketua Setiausaha dalam Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1978 - Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan

1980 - Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan 1981 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1984 - Menteri Pelajaran 1986 - Menteri Pertahanan 1991 - Menteri Luar Negeri 1999 Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2003 hingga 2009 Perdana Menteri Malaysia Kelima

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM

Nama: YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Lahir: 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang Pendidikan: Institusi St. John, Kuala Lumpur Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974. Kerjaya: 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan 1982-1986 - Menteri Besar Pahang 1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan 1995-1999 - Menteri Pendidikan

2004-2009 Timbalan Perdana Menteri 2009-kini Perdana Menteri Malaysia Keenam

SULTAN MALAYSIA YANG DAHULU DAN SEKARANG

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J. Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah. Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah.

Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu kuas di dalam bidang pentadbiran. Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11. Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah-masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Darjah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah. Baginda adalah pemegang pertama Darjah Kebesaran Dato Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang Baginda zahirkan pada tahun 2002. Baginda telah dianugerahkan Darjah KebesaranDarjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 8 Mac 2003. Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia. Baginda amat berminat di dalam aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan maritime. Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.

Hobi Baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama, mengumpul vintage cars dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Pada 9 November 1998, Baginda telah berjaya melancarkan buku pertama Baginda iaitu Peking to Paris. Pada tahun 1976, Baginda telah dilantik sebagai Honorary Member Of The Philatelic Society di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary telah menganugerahkan Paul Harris Fellow kepada Baginda. Pada tahun 1998, Baginda telah menerima anugerah tertinggi dari Persatuan Pengakap Malaysia iaitu Pingat Semangat Padi. Pada tahun 1989, Baginda telah dilantik sebagai Honorary Life Commodore oleh Pelayaran Diraja Selangor Royal Selangor Yacht Club. Baginda berminat di dalam bidang seni dan telah mengumpul banyak lukisan-lukisan tempatan dan Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Galeri Shah Alam pada tahun 1991. Pada tahun yang sama juga Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai Fellow of The Chartered Institute Of Transport. Pada 25 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai Pro Canselor UiTM dan pada 31 Mac 2001, Baginda telah dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Pada 1 April 2002 Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia. Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda telah terukir di dalam Malaysia Book of Records sebagai The First To Sail Around The World dan The First To Complete Peking-Paris Motor Challengepada tahun 1998. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Yang di-Pertuan Agong ke-XIV 13 Disember 2011 kini Pertabalan Negeri Pendahulu Raja Permaisuri Agong Perdana Menteri 11 April 2012 Kedah Tuanku Mizan Sultanah Haminah Hamidun

Dato' Seri Najib

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XIII 13 Disember 2006 12 Disember 2011 Negeri Pendahulu Pengganti Kedah Sultan Mizan Sultan Muhammad V

Yang di-Pertuan Agong ke-V

21 September 1970 20 September 1975 Pertabalan Negeri Pendahulu Pengganti Raja Permaisuri Agong Perdana Menteri 20 Februari 1971 Kedah Sultan Ismail Nasiruddin Sultan Yahya Petra Tunku Bahiyah

Tun Abdul Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-IV 21 September 1965 20 September 1970 Negeri Pendahulu Pengganti Kedah Sultan Ismail Nasiruddin Sultan Yahya Petra

Sultan Kedah ke-28 14 Julai 1958 kini Pendahulu Sultan Badlishah

Diputerakan

28 November 1927(umur 84) Alor Setar, Kedah

Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Yang di-Pertuan Agong ke-XIII 13 Disember 2006 12 Disember 2011 Pertabalan Negeri Pendahulu Pengganti Raja Permaisuri Agong Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi Dato' Seri Najib 26 April 2007 Terengganu Tuanku Syed Sirajuddin Sultan Abdul Halim Tuanku Nur Zahirah

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XI dan XII 20 Jun 1999 12 Disember 2006 Negeri Pendahulu Terengganu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pengganti

Sultan Abdul Halim

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Terengganu ke-18 15 Mei 1998 kini Pendahulu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Sultanah Diputerakan

Tuanku Nur Zahirah 22 Januari 1962 (umur 50) Kuala Terengganu, Terengganu

Ayahanda

Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Ibunda Putera-puteri

Tengku Ampuan Bariah Tengku Nadhirah Zaharah Muhammad Ismail Tengku Muhammad Mua'az Tengku Fatimatuz Zahra'

Anda mungkin juga menyukai