Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE) DALAM INDUSTRI

Setiap manusia itu telah dipertanggungjawabkan ke atasnya untuk menjadi seorang pemimpin. Konsep pemimpin ini bermula daripada memimpin diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya sebuah organisasi yang besar. Dalam menggerakkan sesebuah kepimpinan itu sememangnya telah di dasarkan kepada beberapa matlamat tertentu dan memerlukan pemimpinnya menggunakan sumber-sumber yang ada secara cekap dan berkesan supaya pada akhirnya organisasi tersebut dapat memperoleh kejayaan di samping dapat mengukuhkan lagi kedudukannya setanding dengan organisasi lain. Walaubagaimanapun, sesebuah organisasi itu tidak akan kukuh sekiranya hanya pengurusnya sahaja yang bertindak sebagai ketua dan dalam masa yang sama turut bertindak sebagai kakitangan dalam merancang dan melaksanakan segala kerja untuk membangunkan sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi itu sememangnya memerlukan seorang pemimpin yang dapat mengetuai barisan pengikutnya yang mana jika di kaitkan dalam bidang industri, ketua pemimpin itu adalah pengurus manakala pengikut itu adalah terdiri daripada pekerjanya yang bertindak sebagai penyumbang kemahiran, bakat, kreativiti serta melahirkan daya usaha dan juga kepimpinan ke arah pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, bahagian pengurusan sumber manusia amatlah perlu diwujudkan dan dititikberatkan dalam menyumbang kejayaan organisasi terutamanya hal-hal yang melibatkan pengambilan pekerja, kemahiran pekerja dan sebagainya. Bahagian sumber manusia ini merupakan satu proses permulaan dalam merancang proses perjalanan sesebuah organisasi. Bermula dari proses pengambilan dan pemilihan sumber manusia secara berterusan bagi mengisi jawatan-jawatan kosong yang wujud di dalam organisasi sehinggalah penamat tempoh pekerja tersebut bekerja di organisasi semuanya termaktub di bawah tanggungjawab bahagian pengurusan sumber manusia. Dalam perniagaan Hj Ideris ini, beliaulah individu yang bertanggunjawab menjadi pengurus dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia yang juga turut dibantu oleh isterinya. Dalam hal pengurusan sumber manusia ini, Hj Ideris bertanggungjawab dalam menentukan jumlah tenaga kerja yang diperlukan sesuai dengan kuantiti produk yang diminta oleh pelanggan. Tenaga kerja yang dipilih turut dipengaruhi oleh faktor siapa pekerja tersebut, bilangan pekerja yang diperlukan, bilangan tempahan yang diminta, waktu dan masa yang diperlukan di samping beberapa faktor kriteria lain yang diperlukan oleh tenaga kerja.

Dalam urusan pengambilan pekerja, Hj Ideris lebih selesa melibatkan individu yang sediakala dikenalinya sebelum ini. Seramai 3 orang pekerja telah diambil dari kalangan jiran tetangganya yang terdekat. Pengambilan pekerja di kalangan mereka yang dikenali ini merupakan satu tindakan yang bijak kerana majikan sememangnya akan mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan latar belakang dan kemahiran yang dimiliki oleh pekerjanya. Oleh yang demikian, masalah berkaitan dengan pekerja yang melibatkan kejujuran, sikap dan tingkah laku yang tidak baik dapat dielakkan sekaligus peratus bekerja dengan baik dapat ditingkatkan. Namun demikian, sekiranya tempahan produk daripada pelanggan terlalu banyak, Hj Ideris akan bertindak untuk menambah beberapa orang pekerja yang bekerja secara sementara bertujuan untuk menampung jumlah tenaga pekerja yang sudah sedia ada. Pekerja yang bekerja secara sementara ini kebiasaannya akan diambil daripada kalangan ibuibu tunggal yang menetap berhampiran dengan kawasan perumahan beliau. Pengambilan pekerja di kalangan ibu tunggal ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah di samping dapat meringankan beban mereka dalam menjadi ibu dan ayah dalam keluarga. Tindakan Hj Ideris dalam merancang bahagian pengurusan sumber manusia ini ternyata menunjukkan kepada kita bahawa beliau merupakan seorang pemimpin organisasi yang berwawasan dan berfikiran luas kerana mampu melihat corak dan bentuk perniagaannya yang mendatang dan mampu merangka sebuah perniagaan bersifat jangka masa panjang. Dalam urusan pengurusan manusia ini, ada pepatah yang menyebut bahawa memulakan sesuatu dengan memuaskan bermakna separuh dari kerja telah dilaksanakan. Gomershall dan Mayers (1996) menyatakan bahawa program orientasi yang lemah boleh merosakkan organisasi dari segi kewangan kerana mengurangkan keberkesanan kerja dan mungkin menjadi sebab ketidakpuasan hati. Dalam memastikan pekerja yang bekerja di bawah kelolaan Hj Ideris ini sentiasa berpuas hati dengan tugasan yang diamanahkan, Hj Ideris sentiasa mengambil berat akan kebajikan pekerjanya. Disamping itu juga, beliau turut menjalin hubungan yang baik sesama pekerjanya supaya matlamat yang ingin beliau capai pada syarikatnya akan dapat dibawa bersama dengan pekerjanya. Latihan dan penerangan secukupnya berkenaan produk dan tatacara penghasilan produk dihasilkan diterangkan kepada para pekerjanya supaya tidak mengalami permasalahan untuk kerja-kerja penghasilan produk nanti. Selain itu, tujuan lain mengapa latihan dan penerangan yang secukupnya diberikan kepada para pekerjanya adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sedia ada pada seseorang pekerja untuk menyempurnakan tugas-tugas semasa yang diberikan. Nilai-

nilai pembangunan juga turut disuntik supaya segala input yang disampaikan dapat digunakan untuk masa hadapan. Untuk memastikan produk yang dikeluarkan dapat dipasarkan dengan lebih luas di pasaran antarabangsa khususnya, Hj Ideris telah mengambil inisiatif untuk mengikuti kursuskursus dan program-program khas yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau badan-badam swasta yang lain, untuk memastikan kemahiran,pengetahuan dan teknologi yang dimiliki sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa. Dengan kursus-kursus dan program-program tersebut, Hj Ideris bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri malah, lebih dari itu beliau juga turut dapat melebar luaskan pengaruh perniagaan beliau pada usahawan lain yang turut serta dalam program yang di ikuti.