Anda di halaman 1dari 2

Kuliah : 1 Tarikh : 4.

Januari 2012 Tempat : Bilik Kuliah Utama Nama: Mohd Iman Arif bin Jamaludin Unit:PISMP Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran ) Semester 7 Pensyarah Pembimbing: Puan Rafidah bt.Aziz Refleksi :

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dariNya saya masih diberi peluang untuk meneruskan pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) Pendidkan Khas semester ke tujuh pada tahum 2012 . Pada semester ini terdapat dua subjek yang disediakan kepada semua pelajar semester tujuh iaitu Bimbingan dan Kaunseling serta Kajian Tindakan. Bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling ( EDU 3107 ), Pensyarah yang ditugaskan membimbing saya dan rakanrakan adalah Puan Rafidah binti Aziz. Kuliah pertama yang berlangsung pada 4 Januari 2012 dimulakan dengan sesi suai kenal antara pelajar dan pensyarah. Puan Rafidah juga telah memberikan proforma kursus kepada wakil kelas untuk diperbanyak dan diedarkan kepada semua pelajar. Kuliah yang dijalankan hasil gabungan antara Unit Pendidikan Khas dan Unit Pemulihan berlangsung dengan lancar dan berkesan. Bilangan pelajar adalah 40 orang semasa kuliah ini dijalankan. Sehubungan dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling kerana sudi mengajar dan memberi khidmat nasihat kepada saya dan rakan-rakan. Justeru, saya berharap kerjasama antara pensyarah dan pelajar akan sentiasa dalam keadaan yang baik serta mesra sehingga berakhirnya kursus ini. Sekian.

Kuliah : 2 Tarikh : 5.Januari 2012 Tempat : Bilik Kuliah Utama Nama: Mohd Iman Arif bin Jamaludin Unit:PISMP Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran ) Semester 7 Pensyarah Pembimbing: Puan Rafidah bt.Aziz REFLEKSI: Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dariNya saya masih diberi peluang untuk menghadiri kuliah kedua bagi subjek ini . Kuliah kali ini dijalankan di bilik Kuliah Utama Blok PKPG IPG Kampus Dato Razali Ismail pada jam 10.15 hingga 12.15 tengahari. Kuliah yang berjalankan selama dua jam berlangsung dengan lancar dan suasana yang menyeronokkan. Kuliah kedua ini berkisar tentang konsep-konsep asas bimbingan dan kaunseling, matlamat yang perlu dicapai, prinsip dan falsafah serta kepentingannya. Puan Rafidah telah memberikan kuliah dan penerangan yang jelas tentang topik-topik yang dibincangkan bersama pelajar. Saya dan rakan-rakan saling berinteraksi dan bertukar pendapat dengan pensyarah pembimbing mengenai tajuk yang dibincangkan. Banyak input baru yang saya perolehi semasa berlangsungya kuliah ini. Walaupun ia sesuatu yang baru bagi saya, namun maklumat yang dipelajari amat menarik minat saya untuk mempelajari topik-topik yang bakal dikuliahkan pada sesi akan datang. Sehubungan dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing bagi subjek Motivasi dan Kaunseling kerana sudi mengajar dan memberi khidmat nasihat kepada saya dan rakan-rakan. Justeru, saya berharap kerjasama antara pensyarah dan pelajar akan sentiasa dalam keadaan yang baik serta mesra sehingga berakhirnya kursus ini. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai