Anda di halaman 1dari 16

PENDAHULUAN

Alam merupakan komponen yang terdiri daripada unsur-unsur planet dan cakerawala di angkasa lepas dan unsur-unsur seperti gunung-ganang ,lautan,rimba belantara serta sungai dan tasik yang wujud di atas muka bumi. Semua komponen tersebut tersebut berperanan untuk memberikan pelbagai kemudahan kepada manusia. Lautan yang luas terbentang menyediakan pelbagai khazanah dan rezeki selain menjadi laluan perhubungan Bumi yang terhampar menyediakan kemudahan untuk manusia berlindung begitu, uniknya alam ciptaan Tuhan. Namun begitu,dengan hemat untuk hidup selesa segala isi alam telah diteroka dengan sewenang-sewenangnya.Sebaliknya, tanpa disedari tindakan rakus tersebut telah menimbulkan pelbagai krisis bencana alam dan terus mengancam bumi kita sehingga tidak tertanggung pula oleh manusia sendiri yang menjadi satu tanggungjawab kepada mereka. Walaupun terdapat pelbagai kempen dalam memelihara dan memulihara alam ini, tetapi rakyat kita masih tidak mengubahkan sikap kecuaian mereka.

JUMLAH TABURAN HUJAN


Kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak. Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah. Tanah menjadi lemah dan mudah runtuh. Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak. Tanah runtuh berlaku terutamanya di lereng-lereng bukit

PEMBANGUNAN DI KAWASAN TANAH TINGGI


Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang. Walaupun kos pembinaan mahal dan tidak selamat namun projek pembangunan tetap dijalankan demi mengaut keuntungan. Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan. Tragedi Highland Towers yang genap lima belas tahun lalu tidak dijadikan iktibar oleh pihak pemaju.

AKTIVITI PEMBALAKAN
Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan Senario ini berlaku kerana aktiviti pembalakan di negara kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.

PERIBAHASA

pembakaran terbuka
melakukan pembakaran terbuka boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

Terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhatihati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.

pembuangan sampah merata tempat


membuang sampah ke dalam longkang dan sungai sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang menyebabkan banjir kilat

Terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA


PEMBALAKAN HARAM negara kita kaya dengan pokok balak kepupusan pokok balak akibat aktiviti pembalakan Pokok balak tumbang menghempaskan tumbuhan kecil menyebabkan tumbuhan renek mengalami kepupusan hutan dikorbankan tiada habitat untuk flora & fauna

PEMBURUAN HARAM

mementingkan keuntungan sendiri


diburu untuk bidang perubatan Contoh gajah,gading badak sumbu,tanduk dikatakan mujarab,perubatan tradisianal telur penyu,tenaga batin harimau,perubatan

AKTIVITI PERIKANAN Rezeki nelayan persisiran pantai

tangkapan menggunakan bot besar dan peralatan moden


pukat tunda mengaut segala kehidupan di dasar laut contoh terumbu karang tapak sulaiman ikan terumbu karang ,tempat tinggal sesetengah ikan habitat ikan musnah

PERIBAHASA
Kita sepatutnya bertindak sebelum kemusnahan teruk berlaku seperti kata mutiara indah, mencegah lebih baik daripada mengubati

KESIMPULAN
Alam yang maha luas ini menyediakan pelbagai kebaikan apabila dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya .Walau bagaimanapun apabila tindakan manusia mula bercanggah dengan hukum alam akhirnya timbullah pelbagai bencana .Oleh itu, atas hemat dan pertimbangan yang waras kita wajib memanfaatkan sumber alam pada kadar yang berpatutan. Sesungguhnya,antara alam serta komponennya dan manusia adalah saling Bersangkutan.Sebagai konklusinya, kerjasama daripada pihak yang bertanggungjawab dan setiap insan yang mulia amat diperlukan supaya tidak menyesal selepas nasi menjadi bubur dan dapat mengambil langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara alam kita .

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai