Anda di halaman 1dari 18

Bagaimana memerhati utk mengumpul maklumat satu sesi pengajaran dan pembelajaran Sains /matematik?

Ahli Kumpulan : Muhammad Thaqif Zulfadhli Zainul Ariffin Nur Azlan PISMP SAINS SEMESTER 7, 2012

Pengenalan
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah

penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan.


Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada

dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga.

Pengenalan
Kaedah pemerhatian sesuai digunakan

khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial,
Misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku

kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga.

Pengenalan
Kaedah pemerhatian juga sering digunakan

dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu

membuat perancangan yang baik dan teliti.

Pengenalan
Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan

tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul.
Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan

boleh dipercayai.

Pengenalan
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa

kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku.
Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri

tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Pengenalan
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama

lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif.
Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah

laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain.

Pengenalan
Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh

Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan.

Jenis Pemerhatian

Jenis Pemerhatian
Pemerhatian peserta Pemerhatian bukan peserta

1. Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati

menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.
Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik

memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

1. Pemerhatian Peserta
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah

penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai.
Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan

maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.

2. Pemerhatian Bukan Peserta


Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati

memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.

2. Pemerhatian Bukan Peserta


Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian

mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian


Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian

adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian


Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila

tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.


Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang

hati apabila tingkah laku mereka diperhati.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian


Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin

akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka.
Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang

diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Kesimpulan
Untuk membolehkan guru/pensyarah penyelidik

membuat analisis serta memperolehi kefahaman baru tentang sesuatu isu dalam pendidikan, cukup data yang relevan perlu diperolehi daripada sumber-sumber berkaitan. Untuk tujuan tersebut, pelbagai teknik boleh digunakan. Setiap teknik yang diperkenalkan di sini mempunyai kelebihan serta kekurangannya. Oleh yang demikian, guru/ pensyarah penyelidik hendaklah memilih teknik yang sesuai mengikut konteks berkenaan. Di samping itu, untuk mendapat penjelasan yang lebih menyeluruh, data-data hendaklah diperolehi daripada pelbagai sumber melalui teknik-teknik yang berlainan.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai