Anda di halaman 1dari 9

1.0 1.

Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst Biodata Tokoh Nama sebenarnya, Robert Havighurst. Dilahirkan pada 5 Jun 1900.

Seterusnya membesar dan menerima ijazah Ph.D dalam bidang kimia pada tahun 1924 di Universiti Ohio. Havighurst telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah beliau menjadi guru sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan. Setelah beberapa tahun, pada tahun 1974 Havighurst telah mendapat gelaran Profesor Emiritus in Development and Education dan berjaya menerbitkan buku hasil dari penulisan dan pengalaman beliau bertajuk Human Development and Education pada tahun 1953. 1.2 Konsep Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa perkembangan seseorang kanakkanak adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Ini adalah merupakan satu elemen penting yang berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak. Beliau memfokuskan kepada keadaaan sekeliling atau persekitaran di mana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan memberi dan

meninggalkan impak sama ada positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa yang mencorakkan mereka. Menurut Robert Havighurst di dalam buku psikologi perkembangan halaman 19 - 25 menyatakan bahawa contoh persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan media elektronik. Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan ianya dapat dilihat jika makanan yang diambil oleh ibu semasa mengandung adalah seimbang dan berzat maka, bayi di dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan mendapat penyakit. Ini adalah disebabkan kurangnya enzim di dalam badan bayi selepas dilahirkan. Seterusnya, bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Dari sini, ianya akan membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas. Di samping itu, ianya dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak ke arah yang positif.

Seterusnya, bagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya pula, Havighurst menyatakan ini adalah kerana jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderong untuk menjadi manja dan inginkan belaian dan kasih sayang dari ibunya. Jika dia tidak mendapat apa yang diinginkan seperti apa yang diperoleh olah kawannya, maka kanak-kanak itu akan cuba untuk memberontak. Ini terbuki bahawa faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Selain itu, faktor persekitaran seperti bahan bacaan

adalah sangat penting kerana ianya akan memberi pengaruh yang besar kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat maka positiflah perkembangan kanak-kanak tersebut. Jika sebaliknya berlaku, ianya akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak seperti berkemungkinan lambat bertutur dan sebagainya. Dari sini, ibu bapa dan guru perlulah sentiasa membimbing dan membantu kanak-kanak dalam membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara kelak. Menurut Havighurst, ibu bapa mahupun guru terutamanya perlulah

menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu kanak-kanak untuk berjaya. Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert Havighurst yang menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar dan berkembang dengan melalui sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat bayi sehinggalah ke peringkat tua seterusnya meninggal dunia. Beliau memberitahu bahawa, jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap peringkat, maka dia akan berasa sedih dan kecewa. Ini akan cenderung kepada perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan kanak-kanak normal. Maka untuk membanteras masalah ini berlaku, guru perlulah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak seperti aktiviti dalam bentuk permainan mahupun lakonan. Hal ini dapat membentuk kreativiti kanak-kanak. Havighurst menyatakan bahawa tugas-tugas dalam

perkembangan kanak-kanak hanya perlu dipelajari sekali sahaja seperti berjalan, berlari, perbezaan jantina dan sebagainya. Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan kerelaan kanakkanak itu sendiri, bukan dengan paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan paksaan akan membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari
2

sendiri dan akan memberi kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka.

2.0 Peringkat - peringkat dan cadangan aktiviti

Havighurst telah membahagikan kepada 10 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak: Peringkat pertama bayi dan awal kanak-kanak ( lahir 2 tahun). Pada peringkat ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang. Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek. Sebagai contoh kanak-kanak ketawa kerana suka akan sesuatu. Cadangan aktiviti adalah aktiviti bersama keluarga Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak boleh berdikari dan memerlukan perhatian dan bimbingan daripada keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak mereka seperti membantu mereka makan, bermain bersama dan membantu anak-anak mandi dengan betul. Sebagai contoh ibu makan bersama anak sambil mengajar anak mereka makan. Dalam aktiviti ini, anak-anak akan dapat belajar makan dengan memerhati ibu makan disamping ibu mengajar anak itu makan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak melalui cara anak itu menyuap makanan ke dalam mulut. Peringkat kedua pertengahan kanak-kanak Toddlerhood (2-3 tahun). Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi kanak-kanak. Cadangan aktiviti adalah bermain kereta mainan,lego atau blok. Dari sini, alat permainan mampu meningkatkan kemahiran motor halus mahupun kasar kanakkanak.

Peringkat ketiga prasekolah (4 6 tahun). Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina masing-masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral, iaitu jika mereka jahat mereka akan didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok atau kumpulan kanak-kanak yang lain. Cadangan aktiviti adalah melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti seharian ibu bapa di rumah. Hal ini adalah bagi membantu perkembangan dan menambahkan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, apabila ibu memasak anak akan datang membantu seperti membasuh sayur, mengupas bawang dan meramas santan .Melalui aktiviti ini,kemahiran motor halus dan kasar dapat ditingkatkan. Peringkat keempat sekolah rendah (6 12 tahun). Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengeja. Pada peringkat ini, kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana

perkembangan fizikal dan dengan adanya galakan daripada ibu bapa. Kanak-kanak turut mengalami perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan. Cadangan aktiviti adalah digalakkan mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah seperti kelab, persatuan, unit beruniform dan permainan. Dari sini, mereka dapat bersosial apabila melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum. Disamping itu, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah sebagai contoh, mereka bermain bola sepak dengan rakan yang lain. Ini dapat mengembangkan kemahiran motor kasar mereka melalui tendangan bola yang dilakukan. Peringkat kelima awal remaja (12 18 tahun). Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan fizikal seperti tinggi yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada peringkat operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri remaja seperti ingin berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina. Cadangan aktiviti adalah melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih mencabar minda mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif. Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah dan mencabar seperti reka bentuk, kesenian dan teknologi. Sebagai contoh melukis. Jadi, dari sini mereka
4

boleh melukis sesuatu seperti potret yang nampak sama dengan gambar asal yang memerlukan daya imaginasi yang kuat. Perlaksanaan Program dan aktiviti sekolah dari segi: Kurikulum: Sukatan Pelajaran Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi guru profesional. Untuk mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati kandungan sukatan pelajaran, selain memperlengkap diri dengan persiapan lain seperti pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan (Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah misalnya), serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan dan pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh profesion, seseorang guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan itu, perlu ada persediaan bagi guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian daripada inti pati profesionalisme guru. Berasaskan pemahaman dan analisis tentang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber dan bahan pengajaran. Sebagai contoh, seorang guru Bahasa Melayu di SK Sungai Buluh yang saya temui, iaitu Cikgu Normah Binti Bakri telah menjalankan proses P&P berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sesi P&P yang dikendalikan oleh beliau sepenuhnya mengikut sukatan yang ditetapkan serta beliau sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada muridmuridnya dalam setiap sesi P&P.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 1. Bahan Bantu Mengajar Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dalam membantunya untuk melaksanakan sesi P&P. Ia merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. .

Kategori Bahan Bantu Mengajar Terdapat tiga kategori bahan bantu mengajar iaitu ; i) ii) iii) Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik Bahan bantu mengajar bukan elektronik Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman

Di SK Sungai Buloh, penggunaan BBM telah digunakan secara optimum oleh guru-guru di sini semasa mengendalikan sesi P&P. Jika dilihat mengikut majoritinya, saya boleh mengatakan bahawa kebanyakan guru-guru di sekolah ini telah menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik semasa mengajar. Sebagai contoh, kebanyakan guru-guru menggunakan kad imbasan dan gambar sebagai bahan bantu mengajar bukan elektronik. Guru-guru di sana juga kebanyakannya mengajar sambil menulis di papan putih. Penggunaan buku teks juga digunakan secara menyeluruh. Seterusnya, apa yang dapat lihat di sekolah ini juga ialah kebanyakan guru tidak menggunakan penggunaan alat elektronik seperti komputer riba dan alat pemancar(LCD) sebagai bahan bantu mengajar mereka. Hanya sekali saya melihat seorang guru di sana menggunakan komputer riba dan LCD semasa sesi P&P untuk sebuah kelas tahun 2. Untuk bahan bantu mengajar bercorak pengalaman, hanya kelas pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah itu yang menggunakannya. Permainan puzzle dan boneka digunakan oleh guru pendidikan khas di sana untuk mengajar murid-murid pendidikan khas tersebut.

Jadi, pada pandangan saya, mengapa kebanyakan guru-guru di sini menggunakan BBM bukan elektronik semasa sesi P&P adalah mungkin disebabkan bahan bukan elektronik mudah dikendalikan dan kebanyakan bahan-bahan tersebut juga telah disediakan pihak sekolah. Sudut bacaan merupakan salah satu daripada perkara yang wajib ada di dalam kelas di setiap sekolah. Sudut ini penting kerana melibatkan banyak pihak. Terutamanya guru dan murid-murid. Sudut ini juga penting dalam mengawal keadaan kelas semasa ketiadaan guru. Hal ini kerana,murid-murid boleh membaca bahan bacaan di sudut bacaan semasa ketiadaan guru. Hal ini dapat mengelakkan murid tersebut daripada membuat bising atau keluar daripada kelas. Sudut bacaan ini juga menerapkan nilai-nilai seperti kerjasama, tolong menolong, dan ringan tulang ke dalam jiwa murid-murid. Dari apa yang saya perhatikan, sekolah ini menggalakkan setiap kelas menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing dengan bahan-bahan ilmiah dan murid-murid dwajibkan untuk bekerjasama untuk menyediakan sudut bacaan yang mendatangkan manfaat kepada mereka sendiri. Sesuatu yang amat menarik di sini ialah, pihak SK Sungai Buloh telah menyediakan satu trofi khas untuk diberikan kepada kelas yang mempunyai sudut bacaan yang menarik. Hal ini sekali gus dapat menaikkan semangat murid-murid untuk menyediakan sudut bacaan yabg menarik yang mana juga membantu mereka untuk mencari ilmu secara berdikari semasa menyediakan sudut bacaan tersebut. Paparan bahan pembelajaran adalah tempat di mana hasil pembelajaran muridmurid dipaparkan. Pada kebiasaannya paparan bahan ini adalah pada papan kenyataan dibelakang kelas atau pun di hadapan kelas. Seperti sekolah lain, semua kelas di SK Sungai Buloh mempunyai paparan bahan pembelajaran sama ada di hadapan mahupun di bahagian belakang kelas. Paparan ini penting untuk murid mengingati apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana paparan yang menarik dapat menarik minat murid untuk terus membaca seterusnya mengingat. Paparan ini juga membantu murid untuk mengulangkaji subjek-subjek yang mereka mahu. Bukan itu sahaja, sudut-sudut bacaan diluar kelas juga dikatakan hasil daripada pemikiran murid-murid seperti sudut lynus.

Para guru juga memainkan peranan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong. Melalui program ini, murid-murid diajar bagaimana pentingnya kebersihan di dalam kehidupan dan diajar bagaimana hendak hidup bekerjasama. Di SK Sungai Buloh, aktiviti ko kurikulum ini dijalankan pada setiap hari Rabu bermula jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Dari apa yang saya perhatikan, murid-murid atau kanak-kanak sememangnya kegemaran mereka adalah bermain. Jadi, melalui permainan hoki saya dapat lihat dapat membentuk beberapa kemahiran seperti kemahiran fizikal. Selain itu, menerusi aktiviti ini murid-murid membentuk konsep kendiri, meningkatkan kemahiran sosial, membentuk sifat kebebasan peribadi dan secara tidak langsung membentuk disiplin diri. Hal ini seiring dengan teori tugas perkembangan Robert Havinghurst. Kelab komputer SK Sungai Buloh merupakan salah satu kelab yang paling aktif di sekolah ini. Menerusi kelab ini, murid-murid diajar bagaimana untuk menggunakan bahan ICT secara bijak yang mana secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjadi pelajar celik IT. Oleh itu, ramai murid yang menyertai kelab ini. Hal ini terjadi kerana apabila murid-murid pandai menggunakan komputer

mereka dapat belajar menggunakan bahan-bahan dari dalam komputer. Selain itu, melalui kelab ini juga murid-murid dapat membentuk moral, nilai dan kemahiran hidup yang berguna pada masa hadapan seiring dengan teori tugas perkembangan Robert Havighurst Pengakap di SK Sungai Buloh merupakan badan beruniform yang sangat aktif di sekolah ini. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa perjumpaan mahupun perkhemahan. Aktiviti ini juga mendorong kanak-kanak untuk mula belajar untuk bertolak ansur sekali gus membentuk kemahiran bersosial bersama rakan sebaya. Hal ini kemudiannya dapat membentuk konsep kendiri, memberikan murid kemahiran membezakan peranan lelaki dan parempuan, melatih murid berdikari dan meningkatkan kemahiran sosial murid.ini sesuai dengan teori tugasan Robert Havinghurst.

Tugas perkembangan yang lain adalah memstikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dalam hal ini, guru mestilah sentiasa member motivasi dan rangsangan kepada murid-murid agar sentiasa melihat dan seterusnya belajar memperbetulkan kelemahan masing-masing. Kemudahan dan penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan serta kemahiran guru ketika mengendalikan kelas amat membantu kepada perkembangan pembelajaran murid.

Anda mungkin juga menyukai