Anda di halaman 1dari 5

Beberapa Contoh Isi yang Baik

1.Industri pelancangan di negara kita semakin berkembang sejak beberapa tahun ini. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan sektor yang kedua penting ini. Antara faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan sektor yang semakin penting ini ialah Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. (AJ) Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. (AH) Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. (AC) Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayursayuran serta buah-buahan tropika. (AP) 2.Kenaikan harga barang pada hari ini kian membebankan pengguna khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghadapi kesulitan ini. Sebagai langklah awal, kerajaan perlu memastikan semua barang keperluan harian masyarakat dijadikan barang kawalan. (AJ) Tindakan ini bertujuan bagi memastikan kenaikan barang barang kawalan itu mesti mendapat kelulusan kerajaan dan kegagalan mematuhinya boleh menyebabkan sipelaku ditahan dan dipenjarakan. (AH) Buat masa ini hanya segelintir barang sahaja seperti minyak, tepung, dan ayam yang menjadi barang kawalan yang kurang memberikan impak yang diharapkan. (AC) Oleh itu, jumlah barang yang harus menjadi barang harga kawalan ini perlu ditambah untuk menangani masalah kenaikan harga barang di negara kita. (AP) 3.Gejala sosial dalam kalangan remaja kian membimbangkan semua pihak kerana

mereka merupakan harapan negara pada hari esok. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong gejala ini kian menular dalam kalangan remaja hari ini. Keruntuhan institusi kekeluargaan dikenal pasti mendorong kepada kewujudan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadisatu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapaterhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuatanak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencarialternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtanggayang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remajauntuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Sudah lebih setengah abad kita menghirup udara kemerdekaan, namun masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. (AR) Hal ini dikatakan demikian kerana kes gengsterisme misalnya yang dilaporkan telah mencapai peningkatan yang mendadak. (AR) Gejala ini bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah bahkan pelajar sekolah rendah.

Golongan ini rata-rata semakin bermaharajalela di alma mater. (AR) Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus menular. (AA) 4. Ibu bapa berperanan menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anakanak. Huraikan pernyataan di atas. Ilmu itu pelita hidup. Demikianlah bunyinya kata hikmat yang jelas menggambarkan kepentingan ilmu yang dapat menyinari hidup seseorang. (AR) Seseorang yang berbekalkan ilmu di dada perlulah banyak membaca kerana Membaca itu jambatan ilmu. (AR). Mereka merupakan individu yang penting dalam kehidupan anak-anak itu. Jadi, ibu bapa boleh melakukan pelbagai tindakan yang positif untuk menyuburkan minat membaca dalam diri anak-anak mereka.(AR) Justeru,Ibu bapa mempunyai peranan utama dalam menyemai sikap suka membaca dalam jiwa anakanak. (AA)
*Perhatikan frasa yang bergaris

Anda mungkin juga menyukai