Anda di halaman 1dari 3

TINGKATAN 1: KEMAHIRAN GEOGRAFI Ismail Adnan

UNIT 1: KEDUDUKAN Kedudukan ialah perletakan atau lokasi sesuatu tempat. Terdapat dua cara menyatakan kedudukan: Koordinat Titik rujukan Kedudukan relatif dinyatakan dengan merujuk titik rujukan.Contoh Wendy (objek) duduk di belakang Kavitha (titik rujukan).

Pada permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B). Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut.

JARAK Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain. Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak relatif (masa dan kos). MENGUKUR JARAK ATAS PETA
Jarak lurus dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok atau jalur kertas.

UNIT 2: ARAH Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain. Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan bintang di langit.

Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah Utara kerana tarikan medan magnet bumi. Kompas mesti dijauhkan daripada bahan bermagnet bagi mengelakkan jarum kompas terpesong.

Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat lain.

Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat.

KOORDINAT Koordinat ialah titik persilangan antara lajur dan baris. Koordinat dinyatakan dalam empat angka. Contohnya kedudukan Wendy ialah pada koordinat 0303, manakala kedudukan Kavitha ialah 0302. Nilai lajur dinyatakan terlebih dahulu diikuti oleh baris.

UNIT 3: SKALA DAN JARAK SKALA Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi. Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear. Selain itu terdapat juga skala penyata.

bentuk jadual Membina graf bar dan graf garisan berdasarkan jadual Mentafsir jadual, graf bar mudah dan graf garisan. Petunjuk digunakan bagi menerangkan ciri yang diwakili oleh setiap simbol. Terdapat pelbagai jenis simbol seperti simbol titik, simbol garisan dan simbol lorekan.

Jarak melengkung pula dapat diukur menggunakan benang, tali dan jalur kertas.

UNIT 5: PETA Peta ialah suatu gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara. Peta sering digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan. Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam sesebuah peta.

Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam dalam peta. A. B.P Hosp. Sek. Kg. Alur Balai Polis Hospital Sekolah Kampung

Kemudian jarak ini ditukarkan kepada jarak di permukaan bumi berpandukan skala peta. UNIT 4: GRAF Mengumpul data dapat dilakukan melalui cara pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik atau tinjau siasat dan rujukan perpustakaan. Data yang dikumpulkan perlu disusun menggunakan jadual kekerapan agar mudah ditafsir. Jadual perlu dibina sebelum membina graf. Terdapat pelbagai bentuk graf iaitu graf bar mudah dan graf garisan.

MELUKIS PETA LAKAR MENTAFSIR GRAF Semasa mentafsir jadual dan graf, anda mesti meneliti tajuk, jumlah, nilai tertinggi dan nilai terendah. PROSES MENGUMPUL DAN MEMPERSEMBAH MAKLUMAT
Memilih perkara-perkara tertentu untuk dikumpulkan maklumat Memilih kaedah yang sesuai Mengumpul dan merekod data Menyusun maklumat dan data dalam

SIMBOL FIZIKAL
Contohnya bentuk muka bumi, saliran, dan tumbuhtumbuhan semulajadi.

SIMBOL BUDAYA Contohnya petempatan, tanaman, perhubungan, perindustrian, dan perlombongan

Langkah-langkah melukis peta lakar: 1. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan. 2. Pilih simbol yang sesuai bagi melambangkan ciri geografi. 3. Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan simbol, warna dan singkatan yang sesuai. 4. Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.

MENTAFSIR PETA

Peta Pekan Mawar dan kawasan sekitarnya.

Langkah-langkah mentafsir peta: 1. perhatikan tajuk peta. 2. perhatikan petunjuk arah mata angin. 3. perhatikan petunjuk peta. 4. perhatikan skala. 5. kenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya. 6. tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dan ciri budaya.
Selamat maju jaya

Anda mungkin juga menyukai