Anda di halaman 1dari 11

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 1

1.0

Pengenalan

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar satu pendekatan telah dikenalpasti iaitu penekanan kepada apa yang individu boleh lakukan di tempat kerja hasil daripada pendidikan dan latihan yang diperolehi. Untuk itu, ketrampilan pelajar yang perlu dicapai terlebih dahulu di kenalpasti ,disahkan dan dihebahkan dengan mengambil kira pengetahuan dan sikap serta memerlukan prestasi sebagai bukti utama. Oleh itu, program pembelajaran perlu disediakan untuk pembangunan individu dan penilaian setiap keterampilan yang telah dikenalpasti dan dengan ini pelatih boleh meningkat melalui kemampuan sendiri dengan memperlihatkan pemilikan pencapaian yang telah dikenalpasti. Untuk mencapai kearah tersebut, satu inisiatif telah diambil oleh Penyelaras-penyelaras Sijil Kemahiran Malaysia di Sekolah-sekolah Menengah Vokasional Pulau Pinang ,untuk melaksanakan satu kursus pembangunan Manual Latihan untuk personel-personel Persijilan Kemahiran Malaysia sebagai landasan untuk merealisasikan wawasan iaitu memperkasakan pendidikan kemahiran di Sekolah Menengah Vokasional Pulau Pinang setanding dengan institusi-institusi kemahiran yang lain.

2.0 Beberapa objektif program yang dikenalpasti adalah :

Objektif Program

Dapat memberi pengetahuan dan pendedahan kepada personel-personel Persijilan Kemahiran Malaysia berkaitan pembinaan Manual Latihan. Memandu pengajar kearah pencapaian objektif latihan dan pendidikan kemahiran selaras kehendak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Membantu pengajar dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran yang berpusatkan pelatih. Penggunaan bahan pembelajaran yang sama di semua SMV Pulau Pinang dalam pendidikan kemahiran.

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 2

Menjadikan SMV zon Pulau Pinang sebagai peneraju dan benchmarking kepada

semua SMV yang menawarkan aliran kemahiran di seluruh Negara.


3.0

Kumpulan Sasaran

Antara yang terlibat dalam program ini adalah semua guru yang terlibat secara langsung dalam Aliran Kemahiran di Sekolah Menengah Vokasional Pulau Pinang.

4.0

Pelaksanaan

Setelah dipersetujui dalam kursus bersama Penyelaras-penyelaras Sijil Kemahiran Malaysia, Sekolah Menengah Vokasional zon Pulau Pinang pada 25 Januari 2011, telah ditetapkan kursus ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh Masa Tempat Club,

: : 9.00 pagi hingga 5.00 petang. : Bilik Bunga Raya, Safira Golf and Country

Pusat Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang. Penceramah : 1. En. Mohd Nizam bin Mohd. Salleh Timb. Pengarah JPK Utara. 2. En. Syafirun bin Hashim Penyelaras SKM, SMV Zon Pulau Pinang.

( Rujuk cadangan jadual yang dilampirkan ).

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 3

5.0

Jawatankuasa Pengelola Program

Satu Jawatankuasa pengelola program telah dibentuk dalam mentadbir urus perjalanan kursus ini seperti : Penaung Pengerusi : Pengetua-Pengetua SMV Pulau Pinang. : Tn.Hj. Mohd. Ali bin Hassan. Pengetua SMV Butterworth.

Naib Pengerusi 1 : En. Husain bin Mansor Ketua Bidang Kemahiran, SMV Butterworth. Naib Pengerusi 2 : En. Mat Nor bin Ibrahim. Ketua Bidang Kemahiran, SMV Nibong Tebal. Naib Pengerusi 3 : En. Shabir bin Salleh. Ketua Bidang Kemahiran, SMV Bt. Lanchang. Setiausaha : En. Syafirun bin Hashim. Penyelaras Aliran Kemahiran, SMV Butterworth.

J/K Pendaftaran peserta : En. Asrulnishah bin Abd. Wahab. Penyelaras Aliran Kemahiran, SMV Bt. Lanchang.

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 4

J/K Persiapan tempat / Jurugambar J/K Bahan Edaran

: En. Syafirun bin Hashim. Penyelaras Aliran Kemahiran, SMV Butterworth. : En. Saari bin Yazit Penyelaras Aliran Kemahiran,SMV Nibong Tebal.

6.0

Penutup

Dengan adanya program seperti ini, ia secara langsung dapat membantu tenaga pengajar untuk Persijilan Kemahiran Malaysia memahami konsep serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan ketrampilan pelajar untuk pasaran kerja. Dokumendokumen yang dihasilkan akan menjadi penanda aras serta panduan tenaga pengajar untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih yakin dan mantap. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan dinamik selari dengan kaedah pendidikan atau latihan berasaskan ketrampilan. Pelajar juga didedahkan dengan objektif pembelajaran dalam setiap tugasan atau modul.

Inisiatif yang diambil oleh Penyelaras-penyelaras aliran kemahiran di semua SMV Pulau Pinang ini adalah untuk memacu misi dan visi pendidikan teknik dan vokasional untuk memperkasakan pendidikan kemahiran dan ini selaras dengan tranformasi pendidikan teknik dan vokasional yang diterajui oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain melahirkan modal insan yang berketrampilan dan berkemahiran untuk merealisasikan wawasan Negara, usaha ini juga diharap dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu bersaing di pasaran selari dengan permintaan industri yang berkembang pesat.

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 5

Walaubagaimanapun, usaha murni ini tidak dapat tidak lari dari kekangan kewangan dan secara tidak langsung menghalang ia diperluaskan kepada seluruh warga SMV di Malaysia yang melaksanakan pendidikan kemahiran atau Sijil Kemahiran Malaysia.

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 6

Draf Cadangan Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran SKM 2011.
SMV Zon Pulau Pinang
Penyelaras Aliran Kemahiran SMV Zon Pulau Pinang.

2011

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 7

TENTATIF PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN MANUAL LATIHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA SMV ZON PULAU PINANG 2011-02-01 8 Februari 2011 Bilik APD, SMV Butterworth. MASA 9.00 -10.30 pg (1 jam) 10.30 - 11.00 pg ( jam) 11.00 - 1.00 tgh (2 jam) 1.00 - 2.00 ptg (1 jam) PERKARA Pembangunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran ( Sesi 1 )

Minum pagi
Pembangunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran ( Sesi 2 )

Rehat (Makan Tengahari) dan Bersurai

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 8

SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL


TELOK AIR TAWAR 13050 BUTTERWORTH.
TELEFON : 04 3514495 FAX : 04 3515230

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj. Kami : Bil( )dlm.smvbw/04/07/16/2011 Tarikh : 31 Januari 2011 Tuan Pengetua, SMV BUTTERWORTH SMV NIBONG TEBAL SMV BATU LANCHANG SMV BALIK PULAU Tuan/Puan, KURSUS PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN MANUAL LATIHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA UNTUK SMV ZON PULAU PINANG 2011. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa satu Kursus Pembangunan dan Pembinaan Manual Latihan Persijilan Kemahiran Malaysia untuk semua SMV yang menawarkan aliran kemahiran bagi zon Pulau Pinang untuk guru-guru kemahiran akan diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada personel yang terlibat dalam Persijilan Kemahiran Malaysia di semua SMV zon Pulau Pinang. Kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh Masa Tempat : 8 Februari 2011. : 8.30 pagi hingga 2.00 petang. : Bilik APD, SMV Butterworth.

3. Sehubungan itu, tuan dipohon menghantar 2 orang wakil bagi setiap program yang ditawarkan di sekolah tuan untuk menghadiri kursus tersebut dengan mengisi lampiran yang disertakan dan email kepada yonteknik@ymail.com. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Syafirun bin Hashim di talian 0124548821 untuk maklumat lanjut. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat dialukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERSAMA MENGARUS PERDANAKAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ( TN.HJ. MOHD ALI BIN HASSAN ) Pengetua

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 9


Sekolah Menengah Vokasional Butterworth. s.k Fail SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN MANUAL LATIHANPERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA SMV ZON PULAU PINANG 8 Februari 2011 Bilik APD, SMV Butterworth. Bi l 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Nama Peserta No. K/P Jawatan (PP/PPD/PPB) Bidang

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 10

CARTA ALIR KURSUS PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN MANUAL LATIHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA SMV ZON PULAU PINANG

MESYUARAT BERSAMA PENYELARAS SKM KAJIAN SEMULA

PENYEDIAAN RANGKA KERJA DAN DRAF KERTAS KERJA PROGRAM NEGATIF MAKLUMAN KEPADA PENGETUA-PENGETUA SMV ZON PP

KURSUS PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN MANUAL LATIHAN

MAKLUMBALAS PESERTA POSITIF

DOKUMENTASI

Kertas Cadangan Kursus Kad Hijau 2012 11

Perbelanjaan Kewangan Kos ( per pax )

Bil

Butiran

Jumlah

1 2

Jumlah peserta mengikuti kursus seramai 62 orang Sewa Bilik Bunga Raya untuk Pakej 1 hari ( 9am-5pm ) 1.Audio Visual Makan dan Minum semasa berkursus. RM 460.00 RM 460.00

2 snack + 2 Tea Break = RM 16.00 1 set Lunch / hidang / buffet = RM 20.00 Rental = RM 12.00 Jumlah = RM 48.00 Bahan kursus ( Hand-out, alat tulis, Fail Poket, Photostat )

Anda mungkin juga menyukai