Anda di halaman 1dari 1

Hukum Membaca Selawat Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi

S.A.W diantaranya : 1. Imam Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam . 2. Imam Asy-Syabi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan akhir . 3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal atau akhir . 4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya 5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali . 6. At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W 7. Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap sesuatu majlis . 8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja 9. Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .

Anda mungkin juga menyukai