Anda di halaman 1dari 12

KEMBARA AMIRA KARYA AMER HMZAH L.

KADIR
1) Latar Masa - Malam : Amira dan Jacinta menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya - Pagi : Amira dan Jacinta tiba di Stesen Dahan Hijau : Amira dan Jacinta bersarapan di Desa Karpus. - Petang : Amira terjatuh dan tergelincir ke dalam arus sungai yang deras tetapi diselamatkan oleh Itai dan Tau - Senja : Amira dan Jacinta di Perkampungan Itai : Jennifer tiba di Bukit Mat Raya bersama John OHara untuk mencari Malique yang hilang.

2) Latar Tempat - Di dalam koc keretapi a) Amira menerima email daripada ibunya,Profesor Zaidah dan gambar terbaharu penemuan tulang karpus. b) Amira terserempak dengan Malique dan John OHara ketika dalam perjalanan ke Stesen Dahan Hijau. - Stesen Dahan Hijau a) Amira dan Jacinta menanti Pak Lias sebelum meneruskan perjalanan ke Desa Karpus,Bukit Mat Raya. - Desa Karpus a) Tempat Profesor Zaidah,Doktor Zawawi dan pelajar-pelajar tahun akhir universiti menjalankan kerja arkeologi. - Air Terjun Angin a) Tempat Amira bertemu dengan Malique - Sekolah swasta antarabangsa di Pulau Pinang a) Tempat Amira dan Jacinta bersekolah. - Gunung Gua Gajah a) Tempat Tau menyembunyikan Malique b) Tempat Amira menjumpai mobile disk milik Malique c) Tau membawa kumpulan Profesor Zaidah dan menemui kapak batu pada zaman neolitik. - Perkampungan Orang Asli di Bukit Mat Raya a) Amira tiba di Perkampungan Itai ketika matahari terbenam.

Latar Masyarakat 1) Masyarakat Pelajar Amira dan Jacinta bersekolah di Sekolah Swasta Antarabangsa di Pulau Pinang. 2) Masyarakat yang bijak Itai melanjutkan pelajaran dalam perubatan. 3) Masyarakat yang gigih Profesor Zaidah,Doktor Zawawi dan pelajarpelajar tahun akhir universiti gigih mencari artifak di tapak kerja lapangan. 4) Masyarakat yang bekerjasama Profesor Zaidah,Doktor Zawawi dan pelajar-pelajar tahun akhir universiti berkerjasama menjayakan projek yang dijalankan. 5) Masyarakat yang taat pada agama Amira menunaikan solat subuh setelah tiba di Stesen Dahan Hijau. 6) Masyarakat yang masih mempertahankan nilai tradisi Penduduk suku orang asli semai yang mendiami Bukit Mat Raya masih mengamalkan tradisi pentadbiran. 7) Masyarakat Orang Asli melalui watak Ludin sebagai Tok Batin,Tau dan penduduk suku orang asli semai di Bukit Mat Raya 8) Masyarakat yang mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. - Amira dan Jacinta menghabiskan cuti persekolahan mereka dengan mengikuti aktiviti cari gali di Desa Karpus,Bukit Mat Raya

Teknik Penceritaan Plot 1) Pemerian Pengarang menceritakan suasana puncak bukit Mat Raya pada waktu pagi. 2) Dialog Perbalahan antara Profesor Zaidah dengan Rusli tentang kejadian tali khemah yang terputus semasa hujan lebat 3) Kejutan Pembaca mendapat tahu bahawa Itai dan Malique ialah anak-anak Tau dan Ipah. 4) Saspens Amira terjatuh dan tergelincir ke dalam arus sungai yang deras . Pembaca tertanya-tanya sama ada Amira akan selamat atau tidak. 5) Imbas Kembali Tau teringat kisah hidupnya dengan Ipah - Jacinta teringat akan ibunya yang telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu

Watak Sampingan JACINTA 1) 2) 3) 4) Gadis berketurunan Cina dan berkulit putih Ayahnya seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan Kematian ibu 4 tahun yang lalu Mengurus perniagaan bapanya di Paris 1) Seorang sahabat yang baik - Jacinta berkawan baik dengan Amira walaupun Amira berketurunan Melayu 2) Seorang yang memendam rasa - Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang telah berkahwin lain setelah kematian ibunya tetapi Jacinta tidak beritahu. 3) Seorang yang sensitif - Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit

ITAI 1) 2) 3) 4) 5) Bakal ketua kampung Adik kepada Sabi Anak kepada Tau dan Ipah Berbadan tegap Berkulit gelap 1) 2) Seorang yang bijak Itai menyambung pelajaran dalam bidang perubatan Seorang yang berani Itai berani melawan makhluk berbulu yang digeruni masyarakat orang asli 3) Seorang yang dianugerahkan deria ke-6 - Itai dianugerahkan deria keenam dapat mengesan jantina melalui kesan tapak kaki dan dapat menghidu bau melalui angin

PROFESOR ZAIDAH 1) Ibu kepada Amira 2) Isteri kepada Amir iaitu Jurutera ICT 3) Pensyarah arkeologi di sebuah universiti 1) Seorang yang penyayang Profesor Zaidah memeluk dan mencium Amira ketika Amira bersedih 2) Seorang yang tegas Profesor Zaidah bertegas untuk meneruskan projek arkeologi walaupun dibantah oleh Profesor Zaidah. 3) Seorang yang memberi kerjasama Pofesor Zaidah bekerjasama dengan Doktor Zawawi dan pelajar-pelajar tahun akhir universiti untuk mencari artifak di tapak kerja lapangan .

TAU 1) 2) 3) 4) Bapa kepada Itai dan Malique Bekas suami Ipah Anak kepada Jidin Adik kepada Ludin 1) Seorang yang cinta akan tanah air- Tau menyamar sebagai makhluk berbulu untuk menakutkan orang yang meneroka Bukit Mat Raya 2) Seorang yang berkorban Tau sanggup berkorban dengan mengahwini Ipah supaya abangnya,Ludin dapat menjadi ketua kampung. 3) Seorang yang prihatin Setiap malam, Tau akan berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Profesor Zaidah tanpa pengetahuan Profesor Zaidah.

MALIQUE @ SABI 1) Abang kepada Itai 2) Anak kepada Tau dan Ipah 1) Seorang yang bersopan-santun Keperibadian Malique menambat hati Profesor Zaidah semasa Malique melawat Amira di Desa Karpus 2) Seorang yang mahir dalam bidang ICT - John OHara meminta Malique menyediakan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimiliknya 3) Seorang yang cinta akan alam sekitar - Malique telah mencipta virus sendiri dalam laporan untuk menggagalkan rancangan John OHara dalam projek pencarian emas yang boleh merosakkan alam sekitar.

PERSOALAN 1) Persahabatan yang erat antara dua manusia yang berlainan bangsa - Jacinta berkawan baik dengan Amira walaupun Amira berketurunan Melayu. 2) Kepentingan Ilmu pengetahun - Itai menyambung pelajaran dalam bidang perubatan 3) Berani mengambil risiko - Itai berani melawan dengan makhluk berbulu yang digeruni masyarakat orang asli 4) Ketegasan membuat keputusan - Profesor Zaidah tetap bertegas untuk meneruskan projek cari gali walaupun dibantah oleh Doktor Zawawi. 5) Kasih Sayang seorang ibu kepada anak-anaknya. - Profesor Zaidah memeluk dan mencium anaknya semasa Amira bersedih 6) Bekerjasama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. - Profesor Zaidah,Doktor Zawawi dan pelajar-pelajar tahun akhir universiti bekerjasama menjayakan projek yang dijalankan. 7) Tanggungjawab memelihara alam daripada musnah - Tau menyamar sebagai makhluk berbulu untuk menakutkan orang yang meneroka Bukit Mat Raya

NILAI 1) Semangat bermasyarakat Jacinta berkawan baik dengan Amira walaupun Amira berbangsa Melayu 2) Kebijaksanaan - Itai menyambung pelajaran dalam bidang perubatan 3) Keberanian Itai berani melawan dengan makhluk berbulu yang digeruni masyarakat orang asli 4) Ketegasan Profesor Zaidah bertegas untuk meneruskan aktiviti cari gali walaupun dibantah Doktor Zawawi. 5) Kasih-sayang Profesor Zaidah memeluk dan mencium Amira apabila Amira bersedih. 6) Bekerjasama Profesor Zaidah bekerjasama dengan Doktor Zawawi dan pelajar-pelajar tahun akhir universiti untuk menjayakan projek yang dijalankan. 7) Cinta akan tanah air Tau menyamar sebagai makhluk berbulu untuk menakutkan orang yang meneroka Bukit Mat Raya.

1)

2) 3) 4)

5)

6)

7)

PENGAJARAN Kita mestilah menjalinkan hubungan baik tanpa mengira bangsa Jacinta berkawan baik dengan Amira walaupun Amira berbangsa Melayu Kita mestilah menuntut ilmu dalam apa jua keadaan - Itai menyambung pelajaran dalam bidang perubatan Kita mestilah berani mengambil risiko Itai berani melawan dengan makhluk berbulu yang digeruni masyarakat orang asli Kita mestilah bertegas membuat keputusan Profesor Zaidah bertegas untuk meneruskan aktiviti cari gali walaupun dibantah Doktor Zawawi. Kita mestilah mencurahkan kasih-sayang kepada anak-anaknya Profesor Zaidah memeluk dan mencium Amira apabila Amira bersedih. Kita mestilah bekerjasama menjayakan sesuatu matlamat Profesor Zaidah bekerjasama dengan Doktor Zawawi dan pelajar-pelajar tahun akhir universiti untuk menjayakan projek yang dijalankan. Kita hendaklah cinta akan tanah air Tau menyamar sebagai makhluk berbulu untuk menakutkan orang yang meneroka Bukit Mat Raya.

Anda mungkin juga menyukai