Anda di halaman 1dari 22

PANDUAN GIMNASTIK Seseorang guru gimnastik hendaklah sentiasa peka kepada faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran kemahiran gimnastik. Perkara-perkara seperti kesediaan murid-murid, kaedah mengajar, kesesuaian kelengkapan dan alatan saling berkait dalam menetukan sama ada tujuan sesuatu pelajaran itu dapat dicapai atau tidak. Oleh itu, dari masa ke semasa para guru perlu menggunakan budi bicara mereka untuk mengatasi sesuatu masalah yang mungkin mereka hadapi. Catatan yang berikut bertujuan memberi beberapa panduan kepada guru yang mengajar pelajaran gimnastik. 1. Buat pentafsiran tentang kebolehan dan kesediaan seseorang murid yang ingin menyertai latihan gimnastik. 2. Pengajaran hendaklah dilakukan secara ansur maju. Ia hendaklah di mulakan dari peringkat yang mudah ke peringkat yang agak kompleks. 3. Amalkan prinsip latihan berulangan untuk memperkukuhkan lagi proses pembelajaran. Ini bererti semua latihan hendaklah dilakukan oleh muridmurid secara berulang-ulang. 4. Murid-murid hendaklah diberi latihan tentang teknik menyokong atau membantu rakan mereka. 5. Pengurusan kelas hendaklah memberi peluang yang maksimum kepada murid-murid untuk melibatkan diri mereka dalam latihan. Seberapa yang boleh cuba kurangkan masa menunggu giliran untuk membuat latihan. 6. Langkah keselamatan yang terperinci hendaklah diberi keutamaan semasa mengendalikan latihan gimnastik.

AKTIVITI DAN PERGERAKAN Secara umum, gimnastik di sekolah merangkumi aktiviti-aktiviti yang boleh dibahagikan kepada ketangkasan membuat gulingan, hambur, imbangan, lombol, dan hayunan. Di dalam semua aktiviti ini, terdapat pergerakanpergerakan yang disebut Corak Pergerakan Utama yang terdiri daripada perkara yang berikut: CORAK PERGERAKAN 1. Statik CONTOH Mengimbang di atas sesuatu bahagian badan atau membiarkan badan dalam kedudukan tergantung. Dalam pergerakan yang bercorak statik, pusat graviti 2. Pusingan / Putaran 3. Hambur peserta adalah dalam keadaan tetap. Berguling menuju ke sesuatu arah atau bergerak secara berpaksi. Melompat atau melonjak ke paras lain hasil daripada tolakan kaki, tangan atau bahagian badan yang lain. Pergerakan hambur memerlukan kekuatan dan 4. Hayunan kepantasan. Menghayun dari bahagian hadapan menuju ke bahagian belakang atau dari sisi (badan jadi 5. Layangan tergantung). Mengerakkan badan di udara kepada paras yang tertentu selepas melonjak / menghambur dan 6. Mendarat sebelum mendarat. Mengakhiri sesuatu layangan atau lompatan secara terkawak di atas lantai.

PEMANASAN BADAN UNTUK LATIHAN GIMNASTIK. Lazimnya sebelum menjalani latihan jasmani atau mengambil bahagian dalam pertandingan, seseorang peserta itu digalakkan memanaskan badan terlebih dahulu. Secara umum, memanaskan badan dianggap sebagai langkah menyediakan badan dan anggota- anggota lain sebelum melakukan pergerakanpergerakan. Mengikut Daughtrey dan Lewis (1978), satu kajian telah membuktikan bahawa 95% daripada dua puluh dua penyelidikan tentang nilai memanaskan badan memberi keputusan bahawa pemanasan badan membawa kesan yang positif terhadap prestasi peserta. Pakar-pakar sains sukan juga telah lama menyokong pandangan ini. Mereka berpendapat bahawa dengan memanaskan badan, peserta peserta bukan sahaja bersedia dari segi jasmani tetapi juga bersedia dari segi fisiologi dan psikologi untuk mengambil bahagian dalam latihan atau pertandingan sukan yang berkenaan. Selain itu, ia bertujuan menerangkan serba sedikit tentang faedah memanaskan badan, prinsip-prinsip memanaskan badan dan menunjukkan beberapa senaman yang sesuai dilakukan semasa memanaskan badan untuk latihan gimnastik.

PERALATAN Dalam sukan gimnastik peralatan disediakan mengikut jenis atau acara yang dijalankan. Ia terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita. Biasanya semua peralatan atau alatan ini ditempatkan di dalam satu dewan atau gymnasium khas. Selain itu, jurulatih atau pengawas hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut peringkat umur mereka. Jurulatih atau pengawas juga perlulah memastikan aspek-aspek keselamatan peserta. Umpamanya ialah meliputi perkara-perkara berikut: Susunan atau kedudukan setiap alatan hendaklah tidak sampai mengganggu atau menggugat keselamatan peserta. Umpamanya ialah tempat membuat lompatan dan tempat mendarat hendaklah diadakan ruang agar peserta dapat menggunakannya terutama dalam keadaan terdesak atau bagi menjaga keselamatan mereka. Tebal tilam untuk latihan lantai hendaklah sesuai dengan latihan dan pertandingan. Tilam-tilam keselamatan haruslah diletakkan di kawasan yang akan menggunakan perlatan itu. Peralatan di gymnasium mestilah diperiksa pada setiap kali ia digunakan. Para peserta hendaklah mengelakkan daripada melakukan kemahiran sukar yang berisiko tinggi, tanpa pengawasan jurulatih yang berkelayakan Sukan gimnastik boleh dijalankan dengan syarat diawasi oleh guru atau jurulatih berkelayakan. Peserta hendaklah mengelakkan diri daripada memakai pakaian atau peralatan yang boleh membahayakan diri sendiri ataupun orang lain.

PENILAIAN PERGERAKAN WAJIB Undang-Undang Asas 1. Penilaian pergerakan wajib adalah berasaskan kepada tiga faktor pemarkahan berikut :a. Tafsiran pergerakan-pergerakan mengikut teks yang disediakan. b. Perlaksanaan pergerakan berdasarkan keperluan teknik dan bentuknya. c. Markah bonus begi kecekapan luar biasa dalam perlaksanaan pergerakan. 2. Mengikut faktor 1(a) hakim akan memastikan pergerakan-pergerakan dipersembahkan mengikut teks yang disediakan dan dalam susunan yang sepatutnya. Dalam faktor 1(b) hakim menilai gaya dan aspekaspek teknik perlaksanaan dan faktor 1(c) hakim akan menentukan kemungkinan memberikan markah bonusnya yang maksimum, 0.20 markah bagi perlaksanaan kecekapan yang luar biasa bagi keseluruhan atau sebahagian persembahannya. Kandungan Dan Bentuk Pergerakan Wajib 1. Setiap pegerakan wajib dibahagikan kepada bahagian atau kumpulan yang diberi nilai markah mengikut tafsiran yang disediakan dan juga dalam jadual pemotongan markah. Ia mestilah sepadan dengan tahap kesukaran iaitu nilai sebenar bahagian tersebut. 2. Kandungan pergerakan wajib, bentuk dan gambaran untuk ditafsirkan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknik. Selain dari bahagian A, setiap pergerakan wajib ini mengandungi empat hingga lima bahagian nilai yang tidak melebihi nilai bahagian B. 3. Nilai maksimum bagi pergerakan wajib ini ialah 9.80 markah. Baki 0.20 markah untuk mencukupkan 10 markah boleh diperolehi dari markah bonus dari segi perlaksanaan kecekapan yang luar biasa.

4.

Perlaksanaan kecekapan yang luar biasa dalam pergerakan wajib merupakan kejayaan percubaan gimnas tersebut mencapai tahap kesempurnaan. pelaksanaan Ini juga digunakan teknik kepada ada bentuk dan juga atau unsur-unsur sama sebahagian

keseluruhan persembahan. Tafsiran Pergerakan Wajib 1. Jika pergerakan tidak dipersembahkan mengikut teks yang disediakan, potongan-potongan adalah seperti berikut :a. Untuk bahagian atau sambungan yang ditinggalkan, potongkan keseluruhan nilai bahagian atau kumpulan tersebut. Jika bahagian yang ditinggalkan itu memudahkan perlaksanaan pergerakan sebelum atau berikutnya, tambah potongan yang sederhana ukurannya (0.20 hingga 0.30 markah). b. Bagi bahagian yang ditambah, setiap kali potongan adalah sama dengan ayunan pertengahan dan jika bahagian yang ditambah itu memudahkan perlaksanaan pergerakan sebelum atau berikutnya, potong sama seperti Artikel 15.1.a, iaitu 0.20 hingga 0.30 markah. c. Jika unsur ini dilaksanakan di sebelah bahagian yang salah, pemotongan adalah separuh dari nilai unsur tersebut. 2. Semua kesalahan lain terhadap teks yang disediakan akan berkesudahan dengan potongan berkadar. Ini bermaksud nilai bahagian unsur yang sesuai atau sebahagiannya dipotong, jika kesalahan perlaksanaan atau tertinggal. 3. Jika pergerakan diganggu kerana terjatuh dengan atau tidak melepaskan pegangan, pergerakan itu tidak boleh diulangi, sebaliknya boleh diteruskan dalam masa 30 saat. Bahagian yang terganggu boleh diulangi bagi memastikan persambungan yang sempurna tetapi tidak akan dinilai.

DIRIAN TANGAN (hand stand) PENGENALAN Tangan diletakkan diatas tilam dengan jarak seluas bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambahkan keluasan tapaknya. Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak disokong oleh otot-otot. Pergerakkan tangan terkawal dan lurus semasa diayun kebawah Ayunan kaki keatas dibuat secara lurus dan pada masa yang sesuai. Kepala didongak kebelakang agar dagu betul-betul melintasi garisan hujung jari dan mata dapat memandang lebih kurang 0.6 hingga 0.9 meter kehadapan dengan selesa. Bahu akan berfungsi sebagai sangatuas, kepala dan tengkuk berada pada sebelah bahagian tuas, sementara sebelah bahagian tuas lagi ialah badan dan kaki. Badan dalam keadaan imbang, disokong oleh tangan, kaki dirapatkan. Untuk mengawal imbangan, badan dan kaki mestilah digerak-gerakkan agar pusat graviti beerada diatas bahu. Ini baik sekalui dilakukan dengan meluruskan pinggul, utut, sendi pergelangan kaki dan mengeraskan otot-otot punggung agar hujung jari kaki berada betul-betul diatas pangkal tengkuk. Badan hendaklah menunjukkan lengkung yang menarik dari kepala hingga kehujung kedua-dua jari kaki. Lengkung ini janganlah terlalu besar

Imbangan juga boleh dikawal dengan menumpukan pandangan kepada satu tanda kira-kira0.9 meter dihadapan. Penumpuan kepada satu tanda ini amatlah berguna pada kesemua latihan inbangan. Jika anda berasa akan terjatuh kebelakang iaitu melintasi kepala, tekankan jari-jari kelantai.n jika sebaliknya berlaku, tekan pangkal tangan anda ke lantai pula. Dengan cara ini ia boleh mengubahsuaikan imbanga badanya agar dirian tangan tidak terjatuh. Siku dan bahu juga boleh diubah-ubahkan kedudukannya bagi tujuan imbangan. Kedudukan kepala yang ditunduk atau didongakkan juga boleh membantu imbangan. Penyesuai yang dilakukan semasa kita berdiri sebelah kaki juga berlaku apabila kita membuat dirian sebelah tangan. Apabila pelatih manjadi mahir, penyesuaian ini tidaklah begitu ketara oleh kerana latihan yang kerap dilakukan. Pelatih mendarat dengan menurunkan sebelah kaki balik ke arah lonjak terlebih dahulu diikuti satu lonjatan kecil dan tolakan tangan dilakukan serentak untuk berdiri semula . PERINGKAT PERKEMBANGAN DIRIAN TANGAN 1. Badan direnggang sebelum kaki ditendang naik. Tangan lurus keatas. 2. Badan dibongkokkan dengan tangan dan kaki menyokong. 3. Dirian tangan dengan badan dan kaki dengan lurus

ANSUR MAJU DIRIAN TANGAN Lonjakan Sebelah Kaki 1. Lejang kuda 2. Imbangan dekan Dirian tangan dalam kumpulan tiga orang dipalang dinding . Ulang gerak kerja dirian tangan berpasangan dengan penyokong menghadap dan mencekak pinggul pelatih . Dirian tangan dipalang dinding. Gunakan tapak kaki untuk menolak dinding bagi mendapatkan imbangan.

3. Dari kedudukan dirian tangan, cuba biarkan berat badan berpindah melebihi tangan. Ini akan menyebabkan badan akan terjatuh dihadapan. Bagi menggelakkanya daripada jatuh terhempas, angkat sebelah tangan yang akan menyebabkan badan berputar diatas sebelah tangan yang satu lagi dan mendarat dengan selamat. 4. Dirian tangan dengan kedudukan badan dalam keadaan imbang dan disokong oleh tangan serta kaki yang dirapatkan. Menahan imbangan selama tiga hingga lima saat.

Lonjotan Dua Kaki 1. Lejang kuda. 2. Dalam kedudukan sokong hadapan dengan badan dibongkokkan dan kemudian badan digoyangkan. 3. berdiri mendekam dan dirian tangan secara berpasangan. Penyokong mencekak punggung pelatih dan membantu untuk mendapatkan kedudukan badan dan kaki yang lurus. Berdiri, mendekam dan dirian tangan dalam kumpulan bertiga, berpasangan dan individu pada palang dinding atau dinding. 4. Berdiri, lutut dibengkokkan, tangan menyokong hadapan kemudian lakukan Dirian tangan secara berpasangan dan individu pada palang dinding atau dinding. 5. Berdiri,mendekam dan dirian tangan secara individu

TEKNIK DAN CARA-CARA MENYOKONG DALAM DIRIAN TANGAN 1. Badan pelatih diluruskan. Begitu juga dengan kaki dan tangan. 2. Penyokong merapatkan badan kepada pelatih. Kedua-dua tangannya memengang pinggul pelatih. 3. Tangan pelatih masih lurus dan berada diantara kaki hadapan penyokong

HAMBUR TANGAN

PENGENALAN Hambur tangan merupakan salah satu kemahiran asas dalam gimnastik artistik. Kemahiran ini haruslah dikuasai oleh setiap gimnas sebelum melakukan sebarang pergerakan senaman lantai atau pada peralatan lain yang lebih sukar. Hambur tangan ini dikategorikan di dalam kemahiran asas dalam gerak kerja ketangkasan. ARAS DALAM HAMBUR TANGAN Pergerakan hambur tangan dibahagikan kepada empat aras iaitu : 1. Larian muncul a. Tumit di angkat, larian yang terkawal dengan jarak larian sama atau konsisten. b. Bersedia untuk melakukan lonjakan, lutut dibengkokkan sedikit, tangan dihayun ke hadapan selari dengan lantai. c. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan dan badan dicondongkan sedikit. d. Kepala berada dalam kedudukan biasa iaitu selari dengan badan kerana jika kepala mendongak, kelajuan akan terhad. e. Larian mempunyai 7, 5 dan 3 langkah untuk mempelajari hambur tangan bagi tujuan pergerakan yang lebih terkawal. 2.Lonjakan a. Berat badan dipindahkan kepada kaki hadapan dan badan bertambah condong. b. Kaki yang tidak dilonjak di hayun ke belakang. c. Tangan mencecah lantai iaitu kira-kira 0.9 di hadapan kaki yang melonjak. d. Keseluruhan berat badan kemudiannya dipindahkan ke tangan. e. Tangan dibuka selebar bahu, jari menghala ke hadapan.

f. Siku dibengkokkan, kepala tag. 3. Penerbangan a. Kaki yang melonjak di angkat. b. Kedua-dua kaki dihayun ke hadapan dan atas apabila berat badan melintasi atas tangan. c. Apabila badan mencapai 800 , suatu tolakan yang kuat dilakukan dengan siku diluruskan. d. Apabila badan melambung ke atas dan hadapan, satu lengkung yang menarik akan terhasil. e. Lutut dan sendi pinggul diluruskan sepenuhnya. 4. Pendaratan a. Kaki dibuka sedikit agar pendaratan dapat dilakukan dengan kemas. b. Pergelanggan kaki dan lutut dibengkokkan untuk menampung berat badan semasa melakukan pendaratan. c. Semasa mendarat, tangan diayun ke hadapan dan bawah untuk membawa badan ke hadapan, ini menjadikan pusat graviti badan stabil. d. Satu lonjakan kecil dilakukan untuk mendapatkan kedudukan berdiri tegak. TEKNIK DALAM HAMBUR TANGAN 1. Tangan lurus ke atas, bahu dikembangkan, mula melangkah. 2. Pengembangan bahu dikekalkan, dada ditekan ke bawah arah lantai. 3. Bahu di belakang tangan yang dilurus, kaki tendang dengan kuat ke belakang. 4. Kaki mula dirapatkan, kepala donggak, badan dikekalkan lurus. 5. Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.

CARA MENYOKONG HAMBUR TANGAN 1. Tangan kanan penyokong mencekak bawah bahu pelaku, tangan kiri memegang pinggangnya. 2. Penyokong berdiri rapat berhampiran pelaku dengan lutut dibengkokkan untuk membantu mengangkat pelaku. 3. Bahu pelaku hendaklah ditahan agar tidak tersungkur ke hadapan.

LANGKAH KESELAMATAN 1. Menggunakan peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti iaitu tilam, papan anjal dan peti lombol ( vault ). 2. gunakan tilam untuk mendarat bagi mengurangkan risiko kecederaan. 3. Langkah-langkah ansur maju dilakukan terlebih dahulu. 4. Penyokong sentiasa bersedia untuk membantu iaitu memegang lengan atau bahu serta belakang badan pelaku sehingga sesuatu kemahiran yang dilakukan tamat.

DIRIAN KEPALA (head stand)

PENGENALAN Dirian kepala, pelaku akan mencangkung di hadapan tilam. Kedua dua tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu agar berada dalam kedudukan sokongan hadapan. Pelaku perlu menitikberatkan tapak sokongan. Tapak sokongan berbentuk segitiga sama. Pelaku akan meletakkan dahinya dan kedua dua tangan dengan tapak sokongan yang selesa ( segitiga sama ). Otot belakang badan,punggung,lutut dan pergelangan tangan hendaklah dikeraskan semasa kedudukan ini. Kaki lurus dan dirapatkan, tinggikan punggung dengan merapatkan kedua dua kaki secara beransur ansur menghala ke dahi sehingga kedua tapak kaki terangkat. Kaki terus diangkat secara perlahan lahan hingga tegak keatas. Keseluruhan badan hendaklah diluruskan seberapa yang boleh walaupun dikekalkan sedikit lengkungan yang cantik dan asli. Berat badan hendaklah dibahagi sama rata di antara dahi dan kedua dua tapak tangan agar tumit kelihatan betul betul tegak atas bahu. Mendarat atau menurunkan kaki secara terkawal agar tidak jatuh ke belakang. Pengawalan ini dapat dibiasakan dengan berlatih dari kedudukan dirian tangan kepada dirian kepala bersudut atau sebaliknya.

ANSURMAJU DIRIAN KEPALA. 1. Lonjakan Sebelah Kaki. a. Dengan menggunakan dinding, lakukan gerak kerja dirian kepala dengan bantuan 2 penyokong yang berada di sisi pelaku. Pelaku berdiri sebelah kaki di hadapan ( kaki yang melonjak ) dengan tangan dan dahinya di atas tilam. Lutut kaki hadapan dibengkokkan sepenuhnya. Satu lonjakan dilakukan dengan kaki hadapan dan kaki sebelah lagi diayun dari pinggul ke atas. Penyokong

penyokong memberi bantuan dengan meluruskan kedudukan kaki dan badan pelaku dengan memegang pinggul pelaku. Jika pelaku tidak dapat membawa kakinya naik, penyokong penyokong boleh membantu dengan menyambut kaki ketika pelaku mengayun kakinya naik. b. Dengan menggunakan seorang penyokong,lakukan gerak kerja dirian kepala dengan lutut dibengkokkan atau kaki dikangkangkan. 2. Lonjakan Dua Belah Kaki a. Lakukan dirian kepala dengan menggunakan lonjakan dua belah kaki secara individu, bantuan dinding dan kemudian tanpa bantuan. b. Lakukan dirian kepala dengan keadaan lutut lurus dan jari kaki masih mencecah lantai dan kaki dilonjak serentak. 3. Berjalan Atas Hujung Jari Kaki a. Pelaku berada dalam kedudukan seperti gambarajah 1 dibawah dengan lutut yang diluruskan cuba berjalan di atas hujung jari kaki menghala ke dahi. Lakukan perjalanan ini sehingga kedua dua kaki terangkat naik. b. Kawal pergerakan naik ini dengan menggeraskan otot perut, peha dan lengan. Bawa perlahan lahan kaki hingga ke kedudukan dirian kepala bersudut dan kemudian ke dirian kepala.

TEKNIK DALAM DIRIAN KEPALA a. Kaki diluruskan dan gerakan dibuat pada hujung jari kaki.tangan pula menekan kuat ke lantai ( tilam ). b. Kepala dan tangan membentuk segitiga sama. c. Perlakuan dirian kepala bermula dengan memastikan hidung mencecah lantai.

d. Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala, lutut dan badan dirapatkan. e. Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan seperti dalam gambarajah dibawah.

CARA MENYOKONG DIRIAN KEPALA a. kedudukan kaki penyokong hendaklah seperti di gambar rajah dibawah

b. Penyokong

berdiri

rapat

berhampiran

pelaku

dengan

lutut

dibengkokkan untuk membantu mengangkat pelaku. c. Penyokong hendaklah memegang pinggulsi pelaku.

PUTAR RODA (cart wheel) PENGENALAN Putar roda merupakan salah satu daripada kemahiran asas dalam gimnastik. Caranya ialah dengan berdiri sisi, kaki mengangkang, tangan mendepa dan badan dicondongkan menghala arah yang berlawanan dengan arah pergerakan roda kereta. Jika pergerakan menghala ke kiri, pandang ke bawah ke kiri sisi kiri. Condongkan badan ke bawah sisi kiri, tangan menyokong di tanah sambil lejangkan kaki kanan, diikuti oleh kaki kiri dan tanagn kanan menyokong sama di tanah. Jarak kedua-dua tangan adalah lebih kurang 0.6 meter dan sebaris dengan kedua-dua kaki tadi. Apabila berat badan dipindahkan dari tangan kiri ke tangan kanan, satu tolakan yang kuat dilakukan ari kaki kiri ke tangan kanan, satu tolakan yang kuat dilakukan dari kaki kiri ketika kaki kiri bebas dihayun ke sisi dan naik ke atas memandu pergerakan. Berpusing seperti roda sambil badan dikilaskan dan berpusing 90 darjah dengan kaki dan tangan diluruskan. Siku dibengkokkan sedikit untuk mengawal gegaran dan kaki dikangkangkan bagi pengawalan imbangan. Sebaik sahaja kaki kiri bebas, ia diluruskan dan mengikuti jejak kaki kanan. Badan diluruskan dan kepala dicondongkan kebelakang pelajar melalui kedudukan dirian tangan dengan kaki kangkang. Perlu diingatkan seperti dalam dirian tangan, dagu hendaklah betul-betul tegak dia atas hujung jari tangan dan ibu jari kaki betul diatas tengkuk. Apabila berat badan dipindahkan ke atas tangan kanan, satu tolakan dilakukan oleh tangan kiri dengan kuat. Ketika badan jatuh ke sisi dan pusat graviti melintasi dan melebihi bahu kanan, tangan kanan akan menolak ke atas dengan kuat. Tolakkan tangan kanan dan hayunan kaki kanann akan membawa bahagian atas badan naik dan turun ke bawah. Badan semasa ini akan menunjukkan kedudukan tegak.

Pendaratan pada pangkal jari-jari kaki kanan dengan jarak kira-kira 0.6 meter dari tangan kanan. Kaki kiri kemudian mengikuti untuk menamatkan pergerakan dalam keadaan berdiri kangkang. Mendarat juga dilakukan bagi pergerakan putar roda sambil berpusing 90 darjah, kaki rapat dan menghadap tempat lakuakn permulaan. Ulang pergerakan ke arah sisi kanan pula, paling penting ialah kedudukan tangan dan kaki dilantai hendaklah berada dalam satu barisan lurus dari masa permulaan sehingga tamat pergerakan.

GULING HADAPAN PENGENALAN Peserta dalam kedudukan berdiri, lutut dibengkokkan, tangan diangkat lurus ke hadapan dan pastikan belakang dalam keadaan tegak. ( Rajah seperti dalam lampiran pembelajaran mikro). Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas lantai dengan jarak seluas bahu, kemudian jongketkan badan dengan meluruskan lutut dan menolak ke hadapan dengan pangkal jari-jari kaki. Kepala ditundukkan ke dada, tangan dibengkokkan dan bahu dibiarkan menyentuh lantai. Pastikan anda tidak bergolek atas kepala. Tolakkan dari pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan yang berguling ke hadapan sehingga berdiri atas kaki semula. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula. ANSURMAJU GULING HADAPAN 1. Dari kedudukan duduk, cuba berdiri dengan menjangkaukan kedua-dua belah tangan ke hadapan. 2. Dari kedudukan duduk pula, berguling ke belakang dan ke hadapan atas belakang badan, kemudian cuba berdiri tanpa bantuan tangan. 3. Dari kedudukan duduk juga, berguling ke belakang dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke atas kepala. dari kedudukan ini cuba berdiri dengan mengayunkan kedua-dua belah tangan dengan keras ke hadapan dan ke bawah. Penekanan hendaklah diberi di bahagian ayunan tangan di antara kedudukan atas dan hadapan . 4. Ulangi pergerakan yang sama tetapi ditamatkan dengan melonjak ke udara dan mendarat serta berdiri tegak. 5. Berdiri, kemudian cuba duduk di atas tilamdengan kedua-dua tangan menjangkau ke hadapan. Berat badan dikekalkan pada pangkal jari kaki

semasa lutut dan pinggul dibengkokkan . punggung hendaklah diletakkan di atas tilam seberapa rapat yang mungkin dengan tumit. 6. Berdiri, duduk dan berguling ke belakang dengan kedua-dua kaki tangan lurus di atas kepala. Lonjak untuk berdiri dengan mengayunkan tangan ke hadapan. 7. Berdiri, individu. 8. Berdiri separuh cangkung, lengan lurus ke hadapan dan guling hadapan. KESALAHAN-KESALAHAN DALAM GULING HADAPAN Kepala terlalu rapat dengan jari-jari tangan. Ini akan menyebabkan pergerakan gulingan terhentak di atas belakang badan. Berat badan dibiarkan terlalu jauh di hadapan tangan sebelum menundukkan kepala akan menyebabkan badan terhentak apabila berguling. Tidak menundukkan kepala juga akan menjadikan badan dalam keadaan lurus semasa berguling. Bahu yang diturunkan tidak serentak juga menyebabkan gulingan yang senget. Berdiri dengan menekankan tangan di lantai atau dengan menyilangkan kaki merupakan pergerakan yang tidak menyilangkan kaki merupakanpergerakan yang tidak digalakkan. mendekam, tundukkan kepala dan guling hadapan kepada kedudukan duduk. Pergerakan ini dilakukan secara berpasangan atau

GULING BELAKANG PENGENALAN

Guling belakang merupakan salah satu pergerakan yang terdapat dalam acara gimnastik yang mana pergerakan dimulakan dengan membengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai dan badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat graviti sentiasa di atas pangkal jari-jari kaki. Ini membolehkan pelajar dengan mudah dan selesa duduk rapat ke tumit tanpa buntut terhentak. Pada masa yang sama, dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk belakang badan yang bulat. Apabila badan mula berguling ke belakang, tangan dibengkokkan sepenuhnya dengan siku dirapatkan ke sisi badan. Pergelangan tangan dibengkokkan ke tahap maksimum dan tapak tangan menghala ke atas. Ketika gulingan bergerak ke belakang, lutut yang bengkok tadi dibuka sedikit dan ditarik dengan cepat ke dada kemudian gulingan dilakukan di atas bahu, pangkal tengkuk dan belakang kepala. Ketika berat badan dipindahkan ke tas belakang kepala, pusat graviti akan melebihi tapak tangan, satu tolakan yang lembut dibuat ke atas dan ke belakang mengarah gulingan. Pada masa yang sama, kaki ditekan ke lantai seberapa rapat yang boleh dengan tangan. Pendaratan di atas pangkal jari-jari kaki akan berlaku dengan kedudukan menyerupai mendekam. Satu tolakan dari tangan yang kuat dengan lonjakan ke atas dan ke belakang akan membolehkan pelajar berdiri semula. Kaki yang disentap kea rah tangan serta tolakan dari tangan akan menyebabkan pusat garaviti berpindah melintas kaki. Ini akan menyenangkan pelajar untuk melonjak ke udara dan berdiri tegak. Perhatian perlu ditekankan agar tolakan dari tangan tidak dilakukan terlalu awal, iaitu sebelum pusat garviti melebihi tangan. TEKNIK GULING BELAKANG 1. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan. 2. Lutut dilipat ke dada, tangan dibawa awal ke atas bahu. 3. Tolak dengan kuat, kekalkan lutut dilipat. 4. Tolakan diteruskan sehingga mendarat atas pangkal jari-jari kaki.

ANSURMAJU GULING BELAKANG

1. Dari kedudukan berdiri, cuba duduk ke belakang di atas tilam tanpa bantuan tangan dan pastikan buntut tidak terhentak. 2. Berdiri, mendekam, tundukkan kepala ke dada, lonjak naik ke atas dengan bantuan tangan untuk mendarat berdiri. 3. Duduk berlunjur, lutut diangkat, dibengkokkan dan dirapatkan ke dada, tangan bengkok sepenuhnya dengan siku rapat ke sisi badan. Pergelangan tangan juga dibengkokkan agar tapak tangan menadah ke atas Dari kedudukan ini, guling ke belakang dank e hadapan di atas belakang badan. Perlu diingatkan semasa kedudukan terbalik, pastikan tapak tangan menyentuh lantai dan siku menghala ke siling. Dagu ditekan ke dada ketika badan berguling ke belakang. 4. Ulang pergerakan 3, tetapi dengan bantuan penyokong. Penyokong berlutut di sisi pelajar dan menolak belakang tengkuk pelajar dengan perlahan ketika gulingnya mencecah bahu bagi membantunya berdiri naik Ulang pergerakan 4, tetapi tanpa penyokong. 5. Dari kedudukan berdiri kemudian guling belakang. 6. Dari kedudukan berdiri, guling belakang dengan lutut lurus. Pelajar hendaklah duduk ke belakang dari pinggul dan badan yang dicondongkan ke hadapan dengan tangan menjangkau ke hadapan untuk membolehkannya duduk tanpa terhentak. Lutut dikekalkan lurus sehingga berdiri semula.

KEMAHIRAN IKHTISAS GIMNASTIK (QSI 3031)

NAMA:MOHAMAD RIDUWAN BIN ALIAS NO MATRIK:D20111047446

NAMA PENSYARAH:EN MAZUKI BIN MOHD YASIM