Anda di halaman 1dari 3

Teori pembelajaran Gagne Robert Gagne berpendapat bahawa terdapat beberapa jenis atau aras pembelajaran.

Pengelasan sebegini bermakna bahawa setiap jenis pembelajaran memerlukan pengajaran yang berbezabeza. Gagne mengenal pasti lima kategori pembelajaran : maklumat lisan, kemahiran intelek, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Keadaan luaran dan dalaman yang berbeza-beza diperlukan bagi setiap jenis pembelajaran. Seterusnya beliau mencadangkan supaya tugasan pembelajaran bagi kemahiran intelek boleh disusun secara hirarki mengikut tahap kesukaran. Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya kanak-kanak telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam Rajah 2 dibawah :

PENYELESAIAN MASALAH HUKUM KONSEP DISKRIMINASI PERTALIAN BAHASA RANGKAIAN MOTOR GERAK BALAS PEMBELAJARAN ISYARAT

Rajah 2: Peringkat pembelajaran Gagne Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut: (a)Pembelajaran Isyarat Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Pembelajaran berlaku setelah tingkahlaku itu dijalankan beberapa kali sehingga menjadi lazim seperti yang diceritakan oleh Pavlov. Pembelajaran isyarat seperti ini tidak banyak menggunakan akal

fikiran. Contohnya, apabila guru meletakkan tangannya ke bibir kanak-kanak akan diam. Dalam hal ini, kanak-kanak-kanak-kanak telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut. b)Pembelajaran Gerak Balas Pembelajaran rangsangan pula adalah apa yang diceritakan oleh Skinner. Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Penggunaan ganjaran, pujian, dan denda adalah diantara aktiviti peneguhan yang boleh memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekal. Contohnya. bila seorang kanak-kanak menunjukkan satu tingkahlaku yang baik, beri pujian supaya dia sedar yang dilakukannya adalah baik dan patut diteruskan. (c)Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran ini adalah dimana seseorang membentuk kebolehan untuk menghubungkait dua atau lebih tingkahlaku rangsangan-gerakbalas. Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Misalnya, ketika menyampaikan bola dalam permainan tenis, pemain hendaklah berdiri dengan posisi tubuh yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayun raket dengan gaya yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian. d)Pembelajaran Pertalian Bahasa Pertalian bahasa adalah satu proses dalam pembentukan kemahiran berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya. Contohnya, guru tunjukkan gambar kucing, dia akan menyebut kucing. Ini akan diulangi beberapa kali sehingga kanak-kanaknya dapat mengaitkan sebutan dengan objek tersebut. Ini akan menjamin peneguhan pertalian. (e)Pembelajaran Diskriminasi Pembelajaran jenis ini melibatkan pembentukan kebolehan untuk menunjukkan gerakbalas yang sesuai terhadap satu siri rangsangan yang berbeza. Bagi memudahkan proses mengelas dan menyimpan maklumat dalam ingatan , kanak-kanak perlu dapat membezakan benda-benda mengikut ciri-ciri tertentu. Pada masa yang sama, kanak-kanak dapat membezakan rangsangan. atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam

proses pembelajaran. Kanak-kanak dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. (f)Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Kanak-kanak dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas dan pelbagai supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman konsep tersebut guru harus membawa beberapa bukan contoh pula. Contohnya, kalau ingin menyampaikan konsep mamalia, kanak-kanak perlu diberi memerhati sifat atau ciri-ciri yang ada pada contohcontoh haiwan seperti kucing, harimau, kambing. (g)Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini merupakan proses kognitif tinggi. Ia melibatkan seseorang berkebolehan untuk menghubungkait antara konsep-konsep dan mengaplikasi hubungan yang telah dibentuk tadi dalam situasi yang pelbagai. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. Contohnya ialah apabila seseorang mengaitkan konsep bulat dan bola ketika memperjelaskan kepada kanak-kanak tentang hukum benda-benda bulat tergolek.

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan. Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran paling kompleks. Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Selagi jenis-jenis pembelajaran seperti pembelajaran hukum, pembelajaran konsep, diskriminasi, perkaitan berbahasa, rangkaian dan pembelajaran isyarat belum dicapai, maka penyelesaian masalah tidaklah dapat dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai