Anda di halaman 1dari 8

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia.

Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Motif Batik Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan. Contoh Motif Organik. 1.Motif Ayam 2.Motif Bunga Buluh 3.Motif Bunga Kerak Nasi 4.Motif Bunga Kotak Bercampur 5.Motif Bunga Orkid 6.Motif Bunga Raya 7.Motif Daun Sireh 8.Motif Geometrik 9.Motif Pucuk Rebung 10.Motif Rama-rama 11.Motif Siput

Contoh Motif Geometrik. 1.Motif Pucuk Rebung 2.Motif Bunga Kotak Bercampur Corak Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang sering digunakan. 1.Corak Berdiri 2.Corak Jalur 3.Corak Melintang 4.Corak Menyeluruh 5.Corak Menyerong 6.Corak Tompok-tompok 7.Corak Ulangan Batu-bata 8.Corak Ulangan/Selang seli Proses Membuat Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik. 1.Blok penerap 2.Campuran lilin 3.Kain 4.Pencelup 5.Sebuah Meja Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan. Penjenisan Kain Batik Batik terbahagi kepada tiga jenis. Batik Blok Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Conteng Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Batik Skrin Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja. Penggunaan Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlismajlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lainlain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

hasil kajian folio sejarah 1. a) Maklumat asas produk tempatan Nama Produk Produk yang diusahakan oleh pengsuaha ialah Batik. Pengusaha mengeluarkan pelbagai jenis produk kraftangan berasaskan batik seperti Baju Wanita, Kaftan, Baju Kemeja Lelaki, Tali lehar, bag Tangan dan selipar serta kain sarung. b) Kategori

Produk tempatan yang dikaji ialah produk kraftangan tempatan iaitu Batik c) Nama pengusaha/ syarikat/ status/ hak milik Produk Kraftangan Tempatan Batik Noor Arfa ini diusahakan oleh encik Wan Mohd Ariffin bin Wan Long yang didaftarkan atas nama isterinya Puan Noor Hijerah binti Hanafiah. Pada peringkat awal penubuhan Syarikat Noor Arfa, ia adalah merupakan perniagaan pemilik tunggal. Pada 22 September 1982, syarikat ini ditukar kepada perniagaan perkongsian bersama Wan Mohd Ariffin Wan Long dan Noor Hijerah binti hanafiah. d) Lokasi Syarikat Noor Arfa Batik beribu pejabat di Cendering Kuala Terengganu dan kilangnya juga disitu. Namun, ia mempunyai beberapa cawangan seperti di Wisma Noor Arfa kampong Baru, Melaka, one Utama dan jalan Tuanku Abdul rahman. 2. a) Latar Belakang. Sejarah Kewujudan Ada mengatakan sejarah kewujudan Batik dikesan di Turki dan Mesir dan Arab. Pendapat ini disokong oleh Pengkaji Sejarah McCabe Eliot (1984:22) Piny The Elder menyatakan bahawa orang-orang Mesir menghiasi pakaian yang menyerupai Batik pada tahun 70M lagi. Definisi Batik merupakan kesan titik seperti imej bunga, tumbuhan-tumbuhan dan lain-lain yang dilukis pada permukaan kain. Sejarah kewujudan Noor Arfa Batik bermula pada 13 Februari 1982 di No 73 jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu kemudian berpindah ke No 796 Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Setrusnya pada 28 Januari 1989, berpindah ke kilang baru di Lot 1048K Kawasan perindutrian Cendering Kuala Terengganu. Pada 1 Januari Noor Arfa Complex Centre (NACC) dirasmikan oleh YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Syarikat Noor ARfa Batik memulakan perniagaan dengan modal permulaan RM1000.00 iaitu modal pensendirian hasil simpanan dari pengasasnya tanpa menerima mana-mana pinjaman.

Kepentingan produk ini adalah bertujuan menengahkan kreativiti dan kemahiran Orang Melayu Terengganu dalam menghasilkan produk batik. Secara tidak langsung, industry Batik akan dapat member peluang pekerjaan dan memupuk minat masayarakat Malaysia supaya mencintai produk tempatan. Keistimewaan produk Batik keluaran Noor Arfa adalah batik lukisan tangan. Dari segi corak dan rekaannya mengunakan kaedah canting. Lukisan dibuat terus di atas kain sehingga member identity tersendiri kepada corak tersebut. 3. a) Kaedah / Cara Penghasilan Senarai bahan Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk Batik lukis ialah kain sutera putih. Kain ini selalunya diimport dari negar China. Manakala untuk kain cotton diimport dari Indonesia. Selain itu, lilin juga diperlukan. Lilin yang digunakan adalah diperbuat daripada campuran resin (dammar) dan paraffin (lilin putih). Lemak haiwan atau minyak masak dicampurkan untuk membolehkan lilin lancer dan tidak tersekat atau pecah. Kemudian, bahan seperti pewarna yang lazimnya diimport dari Jerman. Pewarna ini jenis reactive dye yg biasanya digunakan dengan hanya dicampurkan dengan air. Bahan lain ialah sodium silicate/ batik fixer digunakan untuk mematikan atau mengekalkan warna pada kain yang telah decanting. Bahan seterusnya ialah soda ash digunakan untuk menanggalkan lilin digunakan untuk mencanting. soda ash ini kelihatan seperti sabun. b) Senarai peralatan Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk Batik ialah canting, kain putih yang dapat meresap cecair lilin. Pemidang (frame) berfungsi menegangjan kain bagi memudahkan proses mencanting, dapur untu memanaskan lilin.Selain itu periuk atau kuali atau kawah untuk merebus kain yg telah decanting bagi mematikan warna. Besen digunakan untuk membilas kain yang telah direbus, penyidai digunakan untuk menjemur kain , berus untuk mewarna dan bekas plastic untuk menyimpan warna. c) Proses/ peringkat penghasilan

Proses penghasilan Batik dimulakan dengan memotong kain putih mengikut saiz yang diperlukan. Langkah kedua menyediakan corak lakaran di atas kain putih dengan menggunakan pensel Langkah seterusnya ialah memanaskan campuran lilin dan dammar serta sedikit lemak haiwan atau minyak masak. Apabila lilin telah panas, ceduk lilinn menggunakan canting. Kain reja/ kain tisu digunakan supaya lilin tidak menitik. Kemudian, corak diwarnakan dengan menggunakan berus yang lembut. Langkah berikut ialah, kain dibiarkan kering diatas pemidang. Apbila telah kering, kain terswebut direndam di dalam bekas yang mengandungi Sisa Sodium Silicate. Kain itu kemudiannya direbus untuk menanggalkan lilin dan dijemur sehingga kering.

d)

Spesifkasi produk (timbangan/sukatan ukuran) Bagi menghasilkan kemeja lelaki berlengan panjang, saiz (S,M,L,XL), ukuran kain yang diperlukan ialah 2.40m, bagi saiz XXL, XXXL, ukuran kain ialah 2.50m dan saiz yang lebih besar ialah 3m Manakan untuk baju kurung perempuan semua saiz ialah 4m manakala saiz luar biasa ialah 2.50m untuk kain dan 3m untuk baju. Pemidang atau frame yang diperlukan ialah 5m panjang dan lebar 45 inci. Seterusnya semasa mencampurkan lilin dan dammar sukatanya ialah 60% lilin dan 40% damar.

4. a)

Perkembangan produk Rangkaian pemasaran Syarikat Noor Arfa Batik memasarkan produk Batiknya dengan 4 strategi pemasaran iaitu Pusat Perlancongan, Pusat Jualan, Pusat Borong dan Pusat Tempahan. Selain itu, melalui usaha dan sokongan Allahyarhamah Datin Seri Paduka Endon, isteri kepada Tun Abdullah Badawi, arwah menggalakkan semua kakitangan kerajaan Malaysia memakai batik sebagai pakaian rasmi pada

setiap hari Sabtu dan kini pada hari Khamis. Usaha ini secara tidak langsung telah menaikan imej Batik di mata masyarakat. b) Pengiktiran/sambutan daripada pengguna/ penghargaan. Perkembangan Batik di Malaysia turut mendapat sokongan padu daripada Kraftangan Malaysia yang sentiasa mencari penemuan atau teknik baru di dalam bidang ini. Selain itu Kementerian Perlancongan turut sama dengan memartabatkan batik di persada antarabangsaan. Syarikat Noor ARfa Batik juga mendapat pelbagai pengiktiran antaranya ialah seperti Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 pembangunan Jenama Malaysia. c) Potensi produk Sejarah Batik di Malaysia boleh dikatakan cepat dari segi indutri. Meskipun dari segi olahan motif, warna dan fesyen yang sentiasa bertukar namun dari segi keunikan dan keindahan yang ada amat sukar untuk kita cari dan jumpa keistimewaan ini di luar Negara. Sehingga kini, industry batik merupakan satu industry warisan melayu yang masih terpeliharan. d) Perancangan masa depan Syarikat Noor arfa batik bercita-cita untuk menemnusi pasaran antarabangsa. Sehingga kini ia telah menyertai 12 program ekspo di luar Negara seperti UK, Jepun dan Asutralia. Ia juga mempelawa mana2 usahawan yang berminat untuk menjadi francise kepada Noor Arfa agar dapat mengembangakn industry batik Malaysia.

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempohmasa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajarandan nilai yang telah saya pelajari.S e l e p a s m e n j a l a n k a n K e r j a K u r s u s S e j a r a h T a h u n B a r u C i n a , s a y a r a s a a m a t bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaumy a n g t e r d a p a t d i n e g a r a y a n g t e r c i n t a i n i . K e t i k a m e n j a l a n k a n k e r j a k u r s u s i n i , b a n y a k pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentangkeistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancongasing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat p e n y e l e d i k a n d e n g a n t a t a c a r a y a n g b e t u l s e r t a d a p a

t m e n i n g k a t k a n k e m a h i r a n berkomunikasi.Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran,memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan danmenyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorangwarganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resamyang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapatmengenali dengan lebih mendalam tentang Permainan tradisional.Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebihfaham dan menghayati permainan tradisional orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan permainan dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah.Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami permainan sesuatukaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-hormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkansebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapatmenjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyatMalaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu- padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkannegara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia