Anda di halaman 1dari 11

PANTUN EMPAT KERAT (MUHIBAH DAN PERPADUAN)

Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa, Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Cantik dipetik satu persatu, Walaupun berlainan bangsa budaya, kerana muhibah hidup bersatu.

Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung, Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong- royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu, Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu.

Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali, Kebudayaan asal tidak dilupa, kebudayaan nasional mereka banggai.

TEMA:
Perpaduan

yang terjalin di negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan agama

Persoalan:
Amalan hidup

yang harmoni dalam

masyarakat Kepentingan bersatu padu dalam negara berbilang bangsa Bekerjasama dalam semua tindakan Kebudayaan nasional yang sentiasa diamalkan Amalan bersatu padu dapat memupuk semangat muhibah

Bentuk:
Pantun ini terdiri daripada lima

ranggap Berisi empat baris dalam serangkap Ada pembayang dan maksudnya Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris

Gaya Bahasa

Asonansi Air mengalir dalam terusan (Pengulangan vokal a) Aliterasi tanda bersatu bergotong-royong (pengulangan konsonan t) Anafora pengulangan kata yang sama pada awal baris Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai. Simile- senyuman manis seperti madu Diksi Enak nian air kelapa (penggunaan katakata yang indah dalam ayat)

Nilai:

Keharmonian Perpaduan

Bekerjasama
Penghargaan

Pengajaran:
Kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang harmoni khususnya dalam negara yang berbilang bangsa. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bersatu padu Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama dalam kehidupan Kita hendaklah menghargai kebudayaan nasional agar kebudayaan yang diwarisi tidak luput.

Tamat Sekian terima kasih