Anda di halaman 1dari 2

Soalan 19 Give three reasons why it is important to develop a positive teacher-student relationship.

Terdapat beberapa kepentingan membina hubungan guru-murid. Antaranya ialah murid lebih senang dikawal. Hubungan guru-murid yang baik akan membuahkan kerjasama antara guru-murid. Sebagai contoh, Model Canter ada menyatakan bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Dengan wujudnya hubungan guru-murid yang baik, murid akan senang bekerjasama dengan guru dalam mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Contoh situasi yang dapat digambarkan ialah guru telah menetapkan peraturan bilik darjah di mana murid tidak boleh membuat bising ketika guru sedang mengajar. Dengan adanya hubungan guru-murid, murid akan bekerjasama dengan guru bagi mematuhi peraturan tersebut. Murid akan senyap dan menumpukan perhatian semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya, guru dapat mengurus dan mengawal murid dengan lebih efektif serta memberi fokus terhadap ilmu yang ingin disampaikan kepada murid. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan. Selain itu, hubungan guru-murid yang baik dapat menaikkan motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar. Guru yang membina hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Apabila aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, guru akan menjadi semakin bermotivasi untuk mengajar. Sebagai contoh, hubungan guru-murid yang baik akan mendorong murid untuk bekerjasama dengan

guru. Kerjasama murid akan memberikan kesan kepada pengajaran guru. Aktiviti pengajaran akan menjadi lebih seronok dan efektif sekiranya mendapat kerjasama yang padu daripada murid-murid. Penglibatan murid yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memotivasikan guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih praktik dan berkesan. Dengan ini, guru akan lebih bermotivasi untuk mengajar dan murid akan berasa lebih seronok untuk belajar. Kepentingan membina hubungan guru-murid ini juga dapat memberi kebaikan kepada murid. Antaranya ialah murid lebih berminat untuk belajar. Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru dapat meluahkan masalah serta pandangan mereka. Melalui hubungan demokratik dan komunikasi dua hala ini, guru dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, Model Glasser ada menyatakan bahawa kasih sayang merupakan salah satu keperluan asas murid. Murid-murid perlu mempunyai perasaan yang mereka adalah sebahagian daripada komuniti bilik darjah. Mereka memerlukan guru yang mengambil berat dan prihatin ke atas diri mereka, barulah mereka berasa diri mereka disayangi dan dipunyai di dalam bilik darjah. Contoh situasi ialah apabila murid mempunyai masalah, murid terus meluahkan segala masalah kepada guru kelasnya. Guru kelas mendengar, memberikan pendapat dan membantu murid menyelesaikan masalahnya. Dengan cara ini murid akan lebih bersemangat untuk belajar dan dapat merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekaligus meningkatkan minat murid untuk belajar.